........... Saari Sakit Jantung ? Tu laaah, Tuhan Nak Tunjuk ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Saari Sakit Jantung ? Tu laaah, Tuhan Nak Tunjuk ...

Saturday, August 16, 20144comments

Saya nak komen sedikit mengenai keghairahan kita menyebarkan berita kemalangan seorang yang kontroversi DAN mengaitkannya dengan balasan Allah terhadap tindakan mangsa sebelum ini .... konon sebagai bukti mangsa telah melakukan kesalahan.

Cepat sekali berita tersebar dan ramai pula yang percaya.... Tu lah , Tuhan nak tunjuk...

Saya merujuk kepada khabar angin yang mengatakan Saari Sungib sakit jantung akibat melanggar baiah...


Suka sangat kita memperkatakannya kan ....

Bagaimana kalau ternyata berita itu palsu ?

Sudah ada penafian yang memetik pengakuan dari anaknya dan juga dari IJN yang menafikan berita itu ,,,, tapi kenapa tidak ada penafian dari Saari sendiri ? - Sinar .

 

Teringat saya sebelum PRU13 bagaimana puak2 Pas begitu teruja menyebarkan berita kononnya Abdullah Saamah terkena strok hingga mulutnya kaku tidak boleh bercakap -


KLiK
Suka sangat orang Pas memperkatakannya ... kan .

Ternyata berita itu satu Fitnah.

Saya bukan nak menyalahkan sesiapa jauh sekali meletakkan hukum ... cuma sekadar meletakkan berita panas itu dalam perspektif yang lain.

Terserah pada anda sendiri untuk membuat penilaian...

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2014 at 7:02 PM

Brader Din, jika musibah berlaku kepada orang yang kita tidak suka atau musuh kita, kita kata itu ialah balasan Allah atau tu diaa..Allah bayag cashhhh!!!..tetapi jika musibah itu berlaku kepada diri kita sendiri atau orang yang kita suka, kita kata itu ialah dugaan Allah, atau Allah sayangkan kita, atau Allah mahu angkat darjat kita...itu lah naluri kita....

Dengan kata lain, kita la yang tahu apa yang Allah fikir, kita la yang tahu tujuan Allah izinkan sesuatu berlaku, sama ada musibah atau rezeki.......bkn begitu brader Din????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2014 at 7:12 PM

kemelut mb di selangor adalah berpunca dari strategi menyelamatkan anuwar dari persada politik tanah air. selangor sebenarnya telah utuh di bawah pakatan rakyat. umno kalah teruk dan gagal menjadi pembankang yang efektif. umno tidak dapat berbuat apa2 untuk menguasai kembali selangor kerana majoriti besar pakatan rakyat. umno sebenarnya telah berkubur di selangor. jika pakatan rakyat membiarkan khalid menjadi mb sehingga pru 14 dan semasa pru 14 ini khalid tidak dicalunkan sebagai adun tetapi sebagai ahli parlimen … khalid tidak akan menjadi mb lagi. wan aazizah atau azmin bolehlah ditabalkan sebagai mb. kerana pakatan pasti akan menang di selangor. dari segi politik langkah kajang tak perlu pun. tetapi kenapa langkah kajang digerakkan?
jawapannya kerana mahu menyelamatkan kerjanya politik anuwar. sekiranya khalid kekal sebagai mb selangor pasti khalid tidak akan menyalurkan dana kepada siri demonstrasi menyelamatkan anuwar yang akan dijalankan semasa anuwar dalam penjara nanti. ini dapat dilihat dari sikap khalid yang tidak mahu terlibat dalam siri demonstrasi yang telah dibuat oleh pakatan rakyat pada tahun lepas. ini merbahaya untuk kelangsungan politik anuwar kerana khalid tidak akan ambil port dalam siri demonstrasi yang akan anuwar lancarkan semasa dalam penjara nanti. sedangkan untuk anjurkan siri demonstrasi sejumlah wang yang banyak diperlukan. azmin juga tidak akan membantu anuwar dalam perancangan siri demonstrasi. sebagai mb azmin perlu membina reputasi mb yang cemerlang agar dia kekal ditampuk kerusi mb untuk beberapa siri pru yang akan datang.
anuwar hanya perlukan wan azizah sebagai mb selangor. keperluan itu adalah pada masa sekarang kerana anuwar tahu dia pasti dipenjarakan. dengan azizah sebagai mb banyak wang boleh digunakan untuk siri demonstrasi. banyak aset di selangor boleh digunakan untuk merancang siri demonstrasi. team pemikir boleh diserap masuk dalam kerajaan selangor untuk merancang siri demonstrasi bagi menyelamatkan anuwar. itulah yang anuwar perlukan sebenarnya. dengan itu anuwar tidak akan menerima cadangan pas agar calon lain diberi bagi mengantikan azizah. anuwar tahu pas adalah partai konservatif dan tidak akan menerima wanita sebagai mb. tetapi anuwar mengharapkan puak anuwarinas di dalam pas mampu mempengaruhi puak ulamak yang konservatif ini menerima gagasannya tetapi dalam hal ini puak ulamak nampaknya bertegas mungkin kerana merasakan bahawa perjuangan pas telah jauh tersasar dari perjuangan asal dan ia perlu diperbetulkan semula.
langkah kajang kini menjadi langkah kejung untuk anuwar kerana pas tidak akan berkompromi dalam melantik calon lelaki sebagai mb. apatah lagi dalam perlembagaan negeri selangor jelas menyatakan “he” dalam perlantikan mb selangor. jika azizah dibenarkan menjawat jawatan mb pastinya umno akan membawa kes ke mahkamah dan ini tidak baik untuk kelangsungan pemerintahan pakatan rakyat di selangor. inilah bahayanya yang disedari oleh puak ulamak dan puak anuwarinas dalam pas setelah mereka mengkaji perlembagaan negeri selangor.

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2014 at 7:28 PM

Bila kita beragama Islam, pegang lah kepada janji dan ikrar kita yang terdapat saksi-saksi nya.

Jika ini di langgar, taraf kita umpama munafik yang lebih hina dari kafirun harbi.

Hukum Allah SWT bukan untuk di persenda. Dengar khabar PAS akan buat U turn sokong calon baru MB Anwar. Maka munafik politik (terma TGNA) akan terjadi. Sesiapa menyokong PAS, akan terlibat sama. Fikirkan lah.

Sekarang hipokrit dan munafik di samakan. Mana boleh ? Munafik khas untuk Islam dari segi "baiah" yang di lafaz mulut, di ikat kata hati untuk syahadah dan perjanjian nya dengan Allah SWT. Maka munafik itu sudah berpura-pura mengaku beriman dengan tujuan untuk menghancurkan Islam dari dalam.

Hipokrit itu bahasa manusia ; sentiasa mementingkan diri sendiri, kaum sendiri, bangsa sendiri secara angkuh dan berpura-pura baik apabila bersama jamaah. Hakikat nya tidak pernah memikirkan kebaikan bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2014 at 8:09 PM

Antara sifat munafik itu ;
"bila berjanji, ia mungkiri"
Apatah lg bila janji itu diperkuat dgn sumpah atas Nama Allah swt, mk sptnya dia memperkecil kecilkan Nama Allah swt, mk mmg zahirnya manusia sedemikian bermasalah aqidahnya.

Post a Comment