........... Respon Raja Bogel Terhadap Teguran Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Respon Raja Bogel Terhadap Teguran Tun Mahathir

Saturday, August 30, 201415comments



Selepas 12 hari berlalu barulah Najib jumpa kata2 untuk menjawab Teguran Tun Mahathir -

"Perkara ini daripada segi pendirian Umno, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada.

"Di samping itu mereka menghormati Tun (Mahathir) sebagai the elder statesman (negarawan kanan).

"Jadi kita anggap ini sebagai soal dalaman Umno.

"Kita harap ia dapat diuruskan dan ditangani dengan sebaik-baiknya,"
- Mkini.


-

Kenapa saya terasa seperti Najib tidak mengambil berat teguran Tun itu  ...... Soal Dalaman Umno ?

Cuba imbas kembali artikel Menegur Tun, apakah Tun menegur dalam konteks Umno saja ?


Perkara ini daripada segi pendirian Umno, mereka memberi sokongan kepada kepimpinan sedia ada .... MEREKA yang Najib sebut itu adalah SAMA dengan dato-dato istana dalam contoh yang Tun berikan -

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
 
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

 
12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

 
Entahlah apa nak jadi dengan Najib dan Umno ni .....

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 2:07 AM

Semakin jelas bahawa najib akan jadi ketua pembangkang pada pilihanraya akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 7:48 AM

'......Entahlah apa nak jadi dengan Najib dan Umno ni ..... '

Jawabnya UMNO/BN akan jadi pembangkang! Malah DSN sendiri tidak layak menjadi Ketua Pembangkang!

Mengapa saya kata DSN tidak layak jadi Ketua Pembangkang?

Pertama, akan selama lamanya lah UMNO/BN jadi pembangkang akibat ketidakmampuan DSN menjadikan UMNO/BN bangkit semula!

Kedua, kerajaan pada masa itu boleh melakukan sewenang wenangnya kerana tidak ada 'check and balance' dari pembangkang. Ini disebabkan pembangkan di mana DSN sebagai salah seorang ahlinya, tidak berani atau bersikap 'tidak apa apa' terhadap semua isu!

Akibatnya, hancurlah semua perjuangan memelihara ketuanan Melayu dan hak hak istimewa orang Melayu seperti yang tercatit dalam perlembagaan. Perkara yang telah dipersetujui oleh nenek moyang pendatang ketika mereka diterima sebagai warganegara!

Demikianlah adanya!


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 7:57 AM

Din,aku tengok statement Najib ni macam SS (syok sendiri). Dah di beri kuasa tapi tak reti nak manfaatkan,hujung2 melayu akan hilang kuasa politik di bumi sendiri.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 8:01 AM

Pandangan saya Najib tidak langsung punyai naluri sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Teguran Tun yang merupakan satu semangat untuk mempertahankan bangsa Melayu dilihat saperti seolah olah tidak punyai sebarang tekanan. Daripada apa yang dilaporkan oleh MKini, dapat dilihat Najib saperti individu yang begitu angkuh dan selesa dengan keadaan masa kini. Tiada langsung dapat dirasa dan hayati akan teguran Tun.

Bagi orang Melayu yang kurang bijak pun dapat melihat bahawa maruah bangsa Melayu dan agama Islam serta kedaulatan Raja Raja Melayu yang Tun perjuangkan. Teguran Tun bukan sahaja pandangan dari beliau sendiri, malah itulah yang dirasakan oleh bangsa Melayu kini. UMNO hanyalah sebagai parti untuk bangsa Melayu mempertahankan hak dan memperjuangkan bangsa. Kalau Najib menganggap teguran Tun itu “soal UMNO”, tidak kah dapat beliau melihat akan bangsa yang telah menyokong UMNO?

Kalaulah TEGURAN Tun itu sukar difahami oleh Najib, saya kira eloklah beliau undur kerana bangsa Melayu memerlukan seorang pemimpin yang faham akan bahasa Melayu dengan baik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 8:31 AM

mentaliti dia, kegusaran dia ketika tun m bersuara hanyalah kuasa.

maka bila tun tegur terlintas dlm hati adakah dia akan ditolak oleh umno.

sedangkan teguran tun lebih kepada negara, berharap dia pertimbang dasar2 yg tidak berkesan.

tp yg register dlm otak dia as soon as tun tegur is kuasa dia dlm umno masih selamat ke x.

jadi jawapan dia response spontan dia mestilah berkenaan ahli umno semua yg sebulat suara menyokong dia.

maksudnya tun m boleh kacau tp dia masih selamat dlm umno.

pegi mampus dgn segala keresahan org melayu, taraf hidup makin payah dan kuasa beli yg sgt berkurangan.

typical bangsawan elitis melayu. rakyat dan bangsa susah ade aku kisah? kuasa je yg aku kisah.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 9:03 AM

menghapuskan ISA adalah satu kesilapan besar dan nyata... tapi kesilapan ini enggan diakui...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 9:45 AM

Bro din... jadi ketua pembangkang ok la..... tp aku rasa umno akan belayar terus dah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 10:03 AM

Bro Din,bukan UMNO ni parti keramat Melayu ke? Kalau tengok baik2, sejak Tun M kritik najib secara terbuka, secara tiba2 najib ni jadi pro Melayu.. secara tiba2 agenda ekonomi Bumiputera jadi prioriti najib.. lepas tu dua tiga hari lepas ada Anugerah Ulama dan Umara.. ntah bila wujud anugerah ni sy pun xpasti.. mungkin saya terlepas pandang.

Kita boleh simpulkan perangai najib dgn org2 dia kat PWTC tu; bila dah tersepit baru terhegeh2 nak cari orang Melayu!

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2014 at 11:21 AM

Baca chedet - Promoting Malaysia.

'Raja bogel' jika dari kacamata pembodek, semua nya 'perfect'. Yang cacat di mata pun indah, realiti nya menipu diri sendiri. Yang jujur dan ikhlas menyatakan kebenaran.

Maka kebenaran 'Promoting Malaysia' sinonim pelaburan. Pelaburan fizikal mengimbangi pelaburan media yang juga melibatkan kos mahal.

Dari segi pembangunan negara, Malaysia memerlukan kedua-dua nya. Bijaksana menjadual 'the right time and at the right place'. Kementerian terbabit mesti mempunyai sasaran promosi dan pendapatan sumbangan kepada KDNK. Mesti aktif dalam dan luar negara dan bertanggungan secara terus kepada Negara.

Bogel kerana bodoh atau kebijaksanaan memimpin, dua perkara yang jelas berbeza. Rakyat terlibat kerana nya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 11:40 AM

Melayu dlm istana..
Kita Melayu kebanyakan..tak sama
Dia buat untuk orang macam dia am
Orang Melayu kebanyakan dia tak peduli dan dia tak segan segan bagi tahu satu Malaysia dia tak peduli
Umno dah jadi macam ni.
Kita dah tuntut berubah pun belum lagi nampak perubahan. Dia tak tahu ke umno do ahli aje ramai. Sokongan ahli malap Dan bertambah malap. Jadi..dah hilang semangat umno ni. Sebab tu ada semangat 46 dulu. Ada umno baru. Macam ni baru masalah dalaman umno. Sekarang ni lebih kepada umno dah hilang telor.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2014 at 11:59 AM

@maaetambah satu lagi -and the right event. Monsoon Cup tak boleh blah ......

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2014 at 12:00 PM

Seperti biasa, komen2 anda melengkapkan artikel dan mesej yg cuba disampaikan. TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
August 30, 2014 at 3:17 PM

@AnonymousAzizah Perdana Menteri, Hai pening .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 5:56 PM

brada...haku cemuih nengok promo najib kat tb....aq mencik org yg ckp tak serupa bikin....brim tu...org cin berduit pon amik brim ngan menipu...depa kata duit tu depa punya....
ntah la..haku ing haku blurr gila...ghupernya najib dan pemimpin umno lebih blurr dr haku.....pru 14 kalau isma dan perkasa tak bertanding di kawasan haku...baik tido dr penat berbaris tp pemimpin hampas pun lebih berguna dr depa......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 9:13 PM

Keduanya kesilapan BRIM huge mistake!!!
.

Post a Comment