........... Isu MB Selangor - Nasihat Saya Kepada Haji Hadi - Buat Dunno Jer ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu MB Selangor - Nasihat Saya Kepada Haji Hadi - Buat Dunno Jer !

Wednesday, August 13, 201415comments

Dalam isu jawatan MB Selangor ini, keadaan telah meletakkan Pas buat pertama kalinya berada di tempat yang paling berpengaruh dalam senario politik PR. Bukan saja nasib MB Khalid berada dalam tangan Pas, malah masa depan gabungan PR juga bakal ditentukan oleh Pas  !

Baru je klik TMI dan perhatikan tajuk2 berita di bawah ni ..... BILA LAGI nak tengok tajuk seumpama itu menjadi berita utama portal pro PR ? ! !


Yang biasa kita baca adalah - Dap beri amaran pada Pas ...


BILA LAGI nak tengok keadaan dimana pemimpin tertinggi PR sendiri berkejar ke kampung Presiden Pas di Marang dalam misi memujuk ? ?

Selama ini pandangan Pas tidak pernah diberikan perhatian serius oleh kepimpinan tertinggi PR ..


Siapa kata kerajaan PR Selangor dah tumbang ?  Hanya kerana 6 exco Pkr dan Dap dipecat maka dikatakan kerajaan PR dah tumbang ..... habis tu exco2 Pas mewakili siapa ? 

Ya, MB Khalid bukan lagi MB dari PR , tapi siapa punya angkara ? Yang gatal tak sabar2 pi pecat Khalid dari keahlian Pkr tanpa melalui proses penghakiman telus, siapa suruh ?


Anwar juga yang gatal memulakan Kajang Move tanpa terlebih dahulu berbincang dengan Pas .... alih2 bila keadaan dah jadi genting begini, kenapa Pas pula yang diberikan tekanan berbentuk amaran oleh pemimpin Dap supaya jangan bersekongkol dengan Umno melalui pendirian sokong Khalid yang dari awal lagi telah Pas nyatakan .... malah lebih awal dari Umno ?

Beberapa kali keputusan penting dibuat oleh Anwar melalui Kajang Move tanpa menghiraukan pandangan Pas. Tapi bila semuanya kantoi, kenapa Pas pula diserang ? Tak pasal2 nanti Pas pula mahu dilagakan dengan pihak istana oleh PR ....

Kepada Haji Hadi - BUAT DUNNO JER !

Ini masanya Pas menunjukkan taringnya dalam PR tanpa perlu berbuat apa-apa. 

Bekerjasamalah dengan MB Khalid yang jelas mendapat perkenan Sultan. Bukankah Pas juga wakil PR ? Jadi tidak benarlah bila dikatakan yang kerajaan PR Selangor telah tumbang. PR masih majoriti dalam Dewan.


Jadi Pas gunakanlah kesempatan terbaik hadiah dari Anwar ini, untuk mengembalikan semula pengaruh dan maruah parti yang selama ini diinjak2 oleh rakan2 PR lain. 


Bila lagi nak berada di atas ?

PS - Serius ni .... apa yang mampu MB Khalid buat selagi majoriti kerusi dipegang oleh PR ? Biar jelah Khalid nak terus jadi MB pun .... Khalid pun orang Melayu Islam. Kena gayanya, Khalid masuk Pas nanti !

Jangan terikut sangat gegak gempita dari Dap ... diorang sebenarnya tak boleh tahan bila sedar yang Pas telah menjadi lebih berpengaruh dari Dap. 

Artikel ni bukan apa, cuma kesian jer nengok Pas selama ini menjadi balaci kepada Anwar dan Dap.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 8:48 AM

Tabik PAS.. jgn biarkan dap pkr berkuasa. Kuasa pkr utk anwar kuasa dap utk kaum dia saje. Kuasa kita islam utk semua dgn adil. Jom bangkit. Semoga Allah satukan umat islam dimana saja kami berada. Aameen.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 8:54 AM

Brother Din...yesssss....ini lah masanya..knp pas dianggap bersekongkol dgn umno jika sokong khalid hnya kerana umno jgk menyokongnya? Bagaimana pula jika umno sokong lim guan eng? Adakah dianggap bersebersekongkol jgk?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 9:05 AM

TSKI, kasi replace ahli majlis from parti dappigs and parti anjing dengan orang pas..........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 9:08 AM

Untuk pengetahuan PAS, undian drp penyokong PAS lah yg selama ini menentukan kemenangan bagi calon DAP dan PKR dlm 2 PRK yg lalu. DAP (menang di kawasan Cina majoriti sahaja) dan PKR (satu kerusi pun tak boleh menang) pasti akan kehilangan banyak kerusi jika PAS keluar dari gabungan PR. Inilah sebabnya mereka begitu tertekan dan mengelabah biawak. Pada PRK yg akan datang, pemerintahan PR di P.Pinang pula akan tersungkur menyembah bumi tanpa sokongan dari penyokong PAS. Saya yakin jika PAS keluar dari PR, parti PAS akan mendapat lebih banyak sokongan daripada rakyat yg beragama Islam dan akan lebih disegani dan disanjungi. Insyaallah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 9:10 AM

saya tak setuju dgn din dalam hal ni. pada saya kerajaan PR di Selangor dah collapse. PAS hanya ada dua pilihan sahaja. samada keluar pakatan rakyat dan sokong Khalid ataupun kekal dalam pakatan dan keluar dari pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. omputih kata you cannot have the best of both world. sebabnya PAS sendiri yang ajar penyokong2nya supaya jadi partisan, maksudnya apa2 dr parti lawan seperti UMNO adalah x betul. makanya pendirian seperti ini haruslah dipanjangkan juga kepada Khalid Ibrahim. walaupun konflik ini asalnya dari PKR, namun sebab PAS pun dah berada dalam PR maka consensus bersama penting dalam hal pentadbiran negara/negeri. sebab itulah tujuan bersama mereka untuk tadbir negara/negeri. kata nak tawan putrajaya. kalau tak PAS hanya layak jadi hate party saja, bukan parti yang ada ideology yang jelas untuk mentadbir Negara.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 9:14 AM

salam...
bro dt...jubah tu nak saiz 40 ada tak? saya nak support bro dt...tapi tanya org rumah..dia saiz 40..boleh special request tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 9:41 AM

Pr bukannya berdaftar pon. Ape yg berlaku ialah pkr terlalu berpolitik. Apa khalid n pas buat betol. Niat bekerja utk rakyat. Saya jelas n rasanya ramai yg jelas. Cukup2la berpoltik cara anwar. Khalid tau tanggungjawabya pd rakyat pada agama juga. Tu yg penting.

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2014 at 9:54 AM

@AnonymousLari topik nih tapi terpaksa jawab... ada saiz 40.

Tanyalah di blog koleksi DT atau msg saya, no ada di sana

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 10:01 AM

3 pilihan PAS; 1. terus jadi balaci; 2. bersendiri dan kemudiannya hilang kuasa, atau pd aku pilihan terbaik; 3. bekerjasama dgn UMNO / BN sambil mengislahkan diri dan jadi check and balance dlm BN serta bersama sama majukan ummah dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 10:43 AM

PAS dengan Umno je berani tunjuk samseng. Bila dengan geng depa dalam PR, cakap pun tergagap-gagap bila kena picit telur..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 11:14 AM

Check n balance. Pas ade kelemahan dan umno pon ade kelemahan. Yg penting kesudahannya keutamaan bangsa dan agama. Pendekatan masing2 mungkin berbeza dan itulah yg disebut dlm al quran... yg penting persefahaman demi kesatuan ummah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 12:26 PM

.. anwar akan jadi sejarah dlm politik malaysia. Pandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Anwarinas bermula semasa dia dlm umno lagi. Kehebatan berhujah menjadi senjata menikam Tun yg mengangkatnya sehingga menjadi Tpm. Ramai pemimpin umno meletakkan jawatan bila saja di dakwa atas kesalahan walaupun blum dibawa kes utk diadili demi kepentingan parti yg berjuang utk bangsa dan agama. ...tetapi anwar sebaliknya. Anwar memanipulasi pas utk menyokongnya walaupun sblum tu pas yg melondehkan liwat anwar. Itulah politik anwar

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2014 at 5:41 PM

Kita semua tahu pas adalah parti yg tak cerdik.Saya jangkakan pas akan membuat tindakan2 bodoh yg tidak menguntungkan dirinya menjelang 17 ogos ni atas tekanan parti2 sekutunya yg lebih bijak dan berkuasa.

Pas beri amaran tak mahu exco dari umno dilantik atau exco2nya akan meletak jawatan.Ini semata2 untuk menunjukkan kesetiaannya pada pakatan dan kebenciannya pada umno.

Umno memang sepatutnya tak minta atau terima jawatan exco walaupun sekiranya ditawarkan.Kalau umno minta/terima jawatan exco seolah2 umno yg merancang kemelut ini dan akan segera dipersalahkan oleh pakatan.Biarkan saja mereka berbalah dan saling sangsi sesama sendiri.Biarkan siluncai terjun dengan labu2nya.

Biarkan pas menjadi kerajaan di selangor dan kita tengok apa yg pas mampu lakukan sebagai pemerintah.Adakah cakap pas serupa bikin seperti janji untuk menutup kilang arak,pusat2 hiburan dsb.Dulu alasan kerana kurang kuasa kerana berkongsi kuasa dengan kafir dan liberal.Sekarang tiada alasan lagi.

Inilah peluang pas buktikan dirinya di negeri bercampur yg lebih mencabar dan lebih menggambarkan komposisi kaum di Malaysia.Rasanya semua orang Melayu akan berasa lega kerana akhirnya sebuah kerajaan Melayu tulen berjaya ditubuhkan di Selangor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 7:12 PM

Banyak hujah hujah matang politik dapat dilihat hasil dari kemelut MB Selangor selepas perancangan luar tabiee oleh Sheikh Ketum Anu War Berahi Al Juburi..

Aku ahli PAS seumur hidup, kecewa dan mengambil sikap tawakuf apabila PAS bekerjasama dengan menubuhkan Pakatan Ahzab bersama DAP dan PKR..

Aku rindu untuk bekerja semula dalam gerakan Islam, hidup dalam suasana ukhuwah dengan program usrah minguan dan tamrin bulanan, ziarah menziarah sambil sambil bantu membantu dalam kerja kebaikan dan takwa, berpuasa sunat Isnin dan Khmais,melalukan qiamullail secara jamaah,membentuk diri, keluarga dan jiran tetangga ke arah satu cara hidup berpaksikan iman dan Amal ... banyak kenikmatannya..

Semoga PAS kembali berdiri di atas kekuatan akidah.... aku ingin segera kembali membentuk generasi Al Quran yg unik !!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2014 at 12:19 AM

Aljub ni tak faham2. PAS sbenarnya tolak Aljub & fmly sbb trlampau penipu, liberal & plural. Pas tu dah bnyak kali kena tipu dgn Aljub lak tu. Cakap lain buatnya lain. Cakap nak bayar pas tu tak bagi pun. Last2 kena by force la, tu la kenapa TGHH buat pasal.

Post a Comment