........... Najib Semakin Kuat Dalam Keadaan Umno Yang Semakin Lemah | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Semakin Kuat Dalam Keadaan Umno Yang Semakin Lemah

Tuesday, August 19, 201411comments


Gempar jugalah dunia politik tanahair semalam ekoran 'surat teguran' Tun Mahathir kepada Najib dan para pembodeknya. Cuma saya perasan tak ramai rakan bloggers yang mahu sebarkan artikel Tun itu .... kenapa ek ? Kalau Tun kritik pembangkang, berduyun2 akan tolong promosikan tapi kalau sentuh batang tubuh Najib, adalah dua tiga kerat jer. 

Itulah juga apa yang cuba disampaikan oleh Tun melalui artikelnya !

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

Ramai juga yang komen mengatakan teguran Tun itu sudah terlambat .... memandangkan genggaman Najib yang semakin kuat ke atas kepimpinan Umno. Payah dah nak ubah .... 

Jadi apakah kita akan akur dan membiarkan saja Najib yang terus perasan bahawa cara yang dibawanya itu adalah yang terbaik buat bangsa dan negara ? 

Saya tidak akan jawab persoalan itu .... terserah pada diri masing2. Saya hanya boleh jawab bagi pihak diri saya iaitu, selagi terdaya, saya akan terus menegur .... dan jika saya lihat melalui pengunduran Najib adalah jalan yang terbaik bagi bangsa, maka itulah juga yang akan saya sarankan.


Saya sebut di atas - genggaman Najib ke atas kepimpinan Umno semakin kuat, bagaimana pula pengaruh Najib ke atas yang bukan Umno ? Apakah orang Melayu yang bukan Umno semakin kuat menyokong Umno yang diterajui Najib ?

Bagaimana kalau saya katakan yang Najib semakin kuat dalam keadaan Umno yang semakin lemah ?

Teringat saya akan artikel A.Kadir Jasin awal bulan ini - Kedudukan Mohd Najib Makin Kukuh.... sesuai sangat untuk dibaca kembali bersama artikel teguran Tun Mahathir sebagai satu analisis akan kedudukan Najib ketika ini - ( artikelnya panjang jadi saya besarkan mana2 yang ingin saya highlightkan )


DUA peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.


Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada hari raya kedua.


Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Mohd Najib Abdul Razak.


Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan.


Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepemimpinan serta berkemungkinan meledak.


Saya katakan, Malaysia mungkin sudah "implode" - meledak dari dalam.


Di kedai kek berhampiran pula, taukenya - seorang wanita Cina - menunjukkan ke arah peti televisyen yang sedang menyiarkan berita. "All bad news (Semua berita buruk)," katanya.


Saya menasihati bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya sehingga merana memakan diri.


Saya katakan kepada beliau: "Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!"


Kepemimpinan Bentuk Baru


Sama ada benar atau tidak tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Mohd Najib, sebagai orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, telah berjaya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.


Dari segi pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi kedudukan politik; setidak-tidaknya pun secara perbandingan.


Justeru itu, sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.


Mohd Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden  Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana Menteri.


Hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.


Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin. Tetapi beliau telah pun mengisytiharkan yang beliau "tired" (letih) dan tidak berminat mencabar Mohd Najib.


Antara alasan beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana Perdana Menteri. Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.


Baru-baru ini, Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami "sindrom Timbalan Perdana Menteri" - merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik menjadi PM - (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam (meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (disingkir).


Main Selamat Baik Untuk Najib


Hatta Dr Mahathir yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti seperti Mohd Najib.


Tidak sampai lima tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan Presiden Umno.


Tidak ada sebarang isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Mohd Najib.


Mohd Najib sering disindir kerana kononnya main selamat (play safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan Mohd Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.


Dan sejak menjadi PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh. Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.


Ramai pengkritik beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah. Mereka sudah mati akal berdepan dengan "elegant silence" beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan negara.


Siapa kata Mohd Najib lembek? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya - umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas daun, tetapi sepantas kilat menerkam.


Nasib Mohd Najib luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun menjadikan Mohd Najib lebih kuat dan popular.


Ke Mana Arah Tujuan Kita?


Buat waktu ini, kedudukan politik Mohd Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada siapa yang boleh menjatuhkan beliau.


Dalam situasi itu, Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.


Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan Menteri Besar Selangor di kalangan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Mohd Najib.


Apa yang membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara "the devil that they know" dengan "the devil that they don't know" seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang terkuat di kalangan yang lemah.


Natijahnya, kalau kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.


Mohd Najib kuat, tetapi rakyat jelata belum tentu kuat juga.

                                   ***************
.

Untuk kesekian kalinya, satu persoalan yang sama saya unjurkan - Jika keadaan tidak berubah, apakah BN mampu menang PRU14 ?

Dan satu lagi soalan tambahan - Apakah bangsa Melayu akan terus terbela di bawah Najib ?

Bagi saya, tidak ada maknanya BN menang jika bangsa Melayu semakin hilang maruahnya .... ataupun jika negara semakin maju dalam keadaan jurang ekonomi antara kaum semakin jauh ... dan masalah perkauman semakin meruncing.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 9:49 AM

Biarkan genggaman Najib ke atas kepimpinan Umno semakin kuat, yang pasti lagi sahih akar umbi UMNO semakin hampir untuk menggenggam bara hingga menjadi abu! Saranan akar umbi supaya Najib segera menyertai PR agar dilantik menjadi MB Selangor yang baru. Tiada guna berPM UMNO tetapi berjiwa PR...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 9:56 AM

Pemimpin Umno sekarang lebih tumpukan perpaduan dikalangan mereka dari sibuk nak berbalah...Kuasa pemerintahan di hujung tanduk,lebih baik bersatu.Tak boleh dibandingkan zaman Tun dimana UmnoBN dilihat dominan maka muncullah petualang dlm Umno untuk rebut kuasa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 10:07 AM

BN masih mampu menang pada PRU14. UMNO akan gunakan sentimen Melayu dan Islam bagi menarik undi Melayu. Dan untuk kesekian kalinya, kita orang Melayu akan memangkah lambang dacing pada kertas undi. Langkah strategik DAP oleh para strategis mereka ialah menembusi Sabah dan Sarawak dengan memainkan sentimen Borneo untuk Borneo. Strategi mereka ini boleh dikatakan mula berhasil apabila Sabah dan Sarawak mula bertegas terhadap Kerajaan Persekutuan seperti kenaikan royalti minyak.

Kitaran politik yang sama akan diulang2 setiap kali musim pilihan raya tiba. Negara semakin lesu dengan permainan politik ini. Rakyat terutama orang Melayu makin jelik dengan kepimpinan UMNO. Negara sekarang tiada hala tuju bukan seperti zaman Tun M dengan Wawasan 2020.

Ke mana kita nak pergi? Negara berpendapatan tinggi? Tapi kuasa membeli rakyat semakin mengecil. Inflasi meningkat. Harga barang meningkat. Harga rumah xmasuk akal. Tapi gaji sektor swasta masih di tahap tahun 2000 dulu. Nak jadi negara maju? KDNK tahunan kita xmampu nak capai tahap negara maju menjelang 2020.

Ketegangan kaum dan agama meningkat sehinggakan bila2 masa boleh tercetus semula 13 Mei. Orang Melayu dan Islam diasak kiri kanan, depan belakang, atas bawah. Pemimpin Melayu masih mampu tersenyum dan gelak ketawa. Persoalannya sekarang, bukan BN mampu menang atau tidak PRU14 nanti, tapi ke mana hala tuju kita sebagai orang Islam dan Melayu 5 tahun akan datang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 10:21 AM

Kalaulah DAP tidak begitu cina seperti sekarang, maka berduyun2 melayu akan sokong dap... percayalah!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 10:44 AM

Selagi tiada seorang pemimpin yg mampu menyatukan melayu di bawah kepimpinannya, selagi itulah melayu dan islam akan terus hanyut

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 12:03 PM

salam,

abang dan bapa saya orang kuat umno, peringkat bawahan ajer. bila kita kritik ah jib gor ajer, maka terkeluarlah kata-kata, apa yang umno buat semua tak baik dan cuba melemahkan umno.kritikan umpama menunjukkan umno tidak bagus dan buat kesalahan dan kesilapan. rasanya memang wujud kesilapan dan kesalahan pemimpin, tetapi digula-gulakan dengan rasa iri hati dan ketidak puas hati orang yg kritik. macam orang yang kritik ni bermasalah dan ada agenda peribadi. macam akj dan tun daim kena. ada agenda tersembunyi, maka mengata kepada ah jib gor. mereka penyokong akan menjadi benteng mempertahankan ah jib gor, dan pm hanya perlu tutup mulut, sebab banyak mulut lain akan mempertahankan ah jib gor.

pemimpin umno memang rendah diri dan terlalu merendah diri kerana tak banyak membaca dan ramai pengikut disekeliling yang perlu lifestylo. maka kenaikan pemimpin dibeli, maka penyokong juga perlu dibayar. kalu idak, nanti kena hempas. ramai pulak kurang menonjol dan tertonjol. hanya ah jib gor ajer yg terbaik sekarang ni. itu la yg diuar-uarkan kepada ahli umno. tanpa ah jib gor maka masa hadapan umno akan pupus

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 12:22 PM

Di tempat aku dah ada ketua pemuda cawangan yg cuma ada SRP tapi dah menyimpan hasrat menggantikan ketua cawangan sbb boleh "makan" banyak skit. Dia dah pon membina empayar dgn merekrut "kutu2" seangkatan sebagai jeneral2 utk mengangkat dia sebagai raja. Ini baru peringkat terendah dlm struktur UMNO dan ini realiti yg benar2 berlaku. Di sebelah sana...pucuk teratas sekali para pemimpin muda seolah2 mengambil giliran drp pemimpin veteran yg nak pencen utk tujuan yg sama...rekrut penyokong...letak di tempat2 strategik dlm struktur UMNO sehingga yg pangkal boleh bertaut dgn yg pucuk. Sbb tu la aku tak heran kalau peringkat bawahan yg bodo2 pon bleh kenal datok2 seri yg dok kt atas. Aku respect gak DAP yg walaupon parti kroni anak bapak...setiap rekrut diorang mmg go for the kill...rekrut kasi bunuh UMNO dgn bunuh MCA...Gerakan...lepas tu rekrut gundik2 mcm Dyana yg melayu diluar...cina di dalam..utk bunuh UMNO. PM Najib walau di mana aspect pon cuba playsafe....pakai la kondom sepuluh lapis sekalipon...realitinya ialah org2 melayu semakin lemah dan rugi. Cuma negarawan2 seperti Tun M jer yg boleh nampak smpai beliau terpaksa menegur kerana beliau tahu org2 melayu yg dipimpin org2 sebegini drp peringkat terbawah sampai la teratas cuma akan menjadi barah...dan yg pasti akan membunuh potensi org2 melayu yg benar2 berbakat menjadi pemimpin. UMNO akan mati secara perlahan2 tanpa perlu DAP bersusah payah...cuma perlu sabar jer lagi 2-3 generasi...Aku dah byk baca blog2 yg masih pertahankan pemimpin2 UMNO skrg dgn alasan2 tertentu utk mewajarkan kelayakan diorang tapi secara peribadi aku tak nampak kebijaksanaan dlm memimpin kecuali kalau nak menang undi atau kosmetik jer...pemimpin melayu PAS atau PKR lagi laa tak bleh pakai...yg bekas jaga stor pon dah YB skrg. Senang cerita nak tau kualiti pemimpin2 teratas yg kita pilih rajin2 la nengok sidang parlimen...pastu nak nengok yg paling bawah lak rajin2 la lepak kedai kopi...nak tau masa bila yg pangkal bertaut dgn yg pucuk tunggu masa pilihanraya...masa tu la "para pemimpin" org2 melayu berjumpa "akar umbi" berbincang camna nak menang undi sambil duit bertukar tangan....camtu la para pemimpin kita mendengar masalah "rakyat bawahan". Mana ada yg mcm Tun Razak yg sanggup meredah kampung bertemu dgn rakyat di masa bukan pilihan raya...dia redah dulu melihat nasib rakyat...pastu meminta rakyat kuasa supaya boleh diangkat menjadi pemimpin utk membela rakyat. Sama la mcm Tun Dr Ismail...Tun M....yg semua2 nie bertaraf negarawan....yg benar2 memahami realiti semasa rakyat dan agent pengubah nasib rakyat sebenar2 nya....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 19, 2014 at 3:10 PM

1) Mohd Najib a.k.a. Ah Jib Gor bukannya Tun Abdul Razak begitu juga Mukhriz bukannya Tun Dr Mahathir. Personaliti berbeza. Apa yang diharap ialah matlamat perjuangan kerana Agama, Bangsa dan Tanahair adalah SAMA.

2) Kenapa menghentam orang yang BERANI menegur jika diri sendiri tidak berani melakukannya ?

3) Najib perlu BUANG semua CONsultant tak berguna dan mula berfikir sendiri. Apa gunanya dilantik menteri2 semua jika tak dapat membantu ? Hanya sekadar hiasan atau menjadi tukang kipas ?

4) Najib perlu mendengar nasihat dan berguru dengan veteran2 UMNO yang berkaliber. Contohnya Tun Dr Mahathir, Tun Daim dll.

5) Najib perlu mengambil pandangan dan cadangan NGO Melayu/Islam serta BERTINDAK.

6) Najib perlu berhenti memberi wang kepada sekolah jenis daripada terus meningkatkan jurang perpaduan. Sekolah jenis perlu ditukar menjadi Sekolah Kebangsaan.

7) Ketua Pemuda UMNO yang lembik dan lemau perlu ditukar kerana tidak berjuang memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara. Ijazah di atas kertas tidak menjamin jatidiri yang kuat dalam membela anak bangsa.

8) Menteri2 melayu liberal perlu diBUANG terus daripada kabinet. Mereka tak layak ada kerana perjuangan yang terpesong.

9) Harap Mohd Najib kembali ke landasan sebenar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 19, 2014 at 9:53 PM

Salam..tak ramei blogger gomen berani siarkan artikel ayahanda tun.malah ada yg salah anggap ngan teguran ayahanda yg kununnye nak najib berundur...ayahanda tun cuma kasik nasihat kat najib jgn duk rase rendah diri sgt kat bangsa dan agama len dan bersikap sebagai ketua pd semua dan layan penggundi yg bg kemenangan dgn adil sama seperti najib turuti titah perintah pembangkang...salahker...tak salah pon kan kan kan...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 8:39 AM

Tidak ada sebarang isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam kepemimpinan Umno hari ini dan sebab itule Malaysia makmur and aman dalam 22 tahun DR M

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 7:24 PM

Encik Najib dia suka bercadang jalan wasatiyyah atau pertengahan dalam kepimpinan Islam, tapi tindakan2 dan cakapannya sendiri tidak mencerminkan suatu fahaman pertengahan yang munasabah. Seorang mukmin yang penyantun bukan bererti ia lembik peribadinya

Post a Comment