........... McD Milik Melayu ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

McD Milik Melayu ! ? ?

Wednesday, August 6, 201413comments



Sebut hal boikot McD, saya ada terima mesej Group Wassup yang bunyinya SEBIJIK macam masa orang tengah marah kat Cadbury baru ni.

Antara lain disebut, franchise McD milik penuh orang Melayu, pekerja semua Melayu... konon cina yang sebar suruh boikot dengan menggunakan isu Gaza. Ditanya kenapa tak boikot Starbucks ke, Burger King ke, Kenny Rogers ke ...sebab pemilik franchisenya Cina !

Benda ni memang saya dah agak akan keluar ... biasanya lepas teruk kena hentam, akan keluarlah mesej2 yang pro pihak kena hentam menggunakan hujah2 Agenda Cina vs Agenda Melayu.

Kalau tak silap semuanya bermula masa kes NFC dulu ... ingat ? Agenda cartel daging bla bla bla...

Ramai yang begitu teruja dengan boikot2 ni. Lepas satu2 benda ditimbulkan kaitannya dengan Israel, kemudian ditanya - Yang ni kenapa tak diboikot ?

Adoooi ...silap2 nanti, diorang duk bertempur di Gaza, kita pulak duk bertempur hal boikot !

Satu je saya nak pesan, janganlah sebab hal boikot ni kita pulak bergaduh. Yang boikot tu, janganlah pandang serong mereka yang tak boikot. Begitu juga yang tak boikot, janganlah diperlekehkan mereka yang boikot.

Nak tegur pun, gunakanlah bahasa yang elok. Lepas puas berhujah, dan kedua2 pihak masih berdegil dengan pendirian masing2, maka hormatilah hak masing2 - Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju.

Tapi macamana kita nak bertindak dengan dasar Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju, itu kena tanya orang Pas dan Dap !

PS - oya, yang boikot McD tu pulak, janganlah pi hentam pekerja2 McD konon mereka talibarut Yahudi ! 

BerWassatiyah la waima dalam Boikot hehehe...

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2014 at 1:28 AM

Kita nak boikot, semua yang terlibat yang nyata milik yahudi, bukan Mc D sahaja.

Masaalah nya, kerajaan tidak pernah pula menyokong. Di Amerika, gesaan kuat terhadap pengeluar-pengeluar produk yang di gunakan yahudi menjahanamkan Palestin, sungguh-sungguh di lakukan. Mereka persoalkan Tractor, Sy. Elektronik yang membuat sistem yang terlibat dengan persenjataan dan produk canggih berkaitan. Sekurang-kurang nya, impak besar telah yahudi rasakan.

Ada yang komen, Israel secara moral sudah kalah dengan pejuang-pejuang Islam kerana keangkuhan dan kesombongan sendiri yang terlampau, melangkaui keputusan sekutu-sekutu mereka AS dan Beberapa Pemimpin Arab.

Kini Iran secara nyata akan membekalkan senjata, menyokong Briged Pejuang-Pejuang Jihad di samping sokongan kuat Lebanon dan beberapa negara Islam secara belakang tabir. Kita bersyukur kerana Allah SWT itu sentiasa memberi kekuatan kepada Umat Islam yang berani dan bersatu !

Jika boikot membawa impak yang positif kenapa tidak ? Jika sebalik nya, tiada jalan lain, dunia Islam perlukan usaha-usaha pejuang-pejuang politik peringkat tertinggi menyatukan semua Umat Islam menjauhi kemiskinan, pintar sains dan teknologi, pintar berniaga, pintar berpoliti, pintar demi pembanguna dan keselamatan negara dan paling penting pintar menjaga, menyatukan saudara se Islam dalam saf-saf yang berbaris-baris, demi mengagongkan Hak-Hak kita supaya sentiada sujud kepada yang SATU!

Di Malaysia kita BOIKOT juga yang ingin menjadi pencatur Tuhan ! Yahudi menafikan Tuhan, ingkar dengan perintah Tuhan dan membuat perjanjian syaitan ! Mereka masih merasakan takjub konon 'anugerah Tuhan' dan 'terpilih' sehingga begitu sombong melakukan bencana dan kerosakkan di dunia !

Kita boikot juga kumpulan yang tidak bertindak memilih bulu kerana terpaksa dan TIDAK memertabatkan Islam ! Ini anjing-anjing yahudi zionis bertuhankan syaitan !
( rujuk balasan email Tun M kepada yahudi Hannan..)

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2014 at 7:44 AM

Provokasi boikot produk yahudi di malaysia ni sbnrnya dibuat oleh mereka juga..mereka cuba merancang secara halus untuk melingkupkan ekonomi kita..ttg Boikot MCD tu mereka dan puak2 mereka yang buat kerana mereka marah sbb ada segelintir pengusaha restoran MCD Malaysia ni org melayu islam dan kebanyakkan pekerja MCD Malaysia adalah org melayu islam..inilah cara halus mereka ini nk menjahanam org melayu islam..ini juga cara halus supaya MCD Malaysia mengurangkan bayaran cukai dan zakat perniagaan kpd kerajaan Malaysia..yang amat menghairankan lg kaum cina india juga turut nk Boikot MCD Malaysia..adakah kita x terpikir yg kaum cina dan india inilah yg nak merampah hak eksklusif org melayu, mereka juga yg menghina agama islam kita dan nabi muhammad kita..provokasi Boikot Barangan Yahudi ini juga dirancang oleh mereka untuk kita LUPA sebentar apa tanggungjawab kita kpd rakyat palestin GAZA..ini pendapat saya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 8:07 AM

Kalau nak boikot McD, diam2 sudahlah. Tak perlulah sehingga berdemo di hadapan McD sehingga tercetusnya kekacauan dan provokasi melampau. Kita hidup ni biarlah bertamadun sikit. Nak protes pun, buatlah kat depan kedutaan US, bukannya kat depan restoran McD. Aku sendiri pun dah lama tak makan burger McD tapi tak kecoh pon. Banyak lagi burger lain yang aku boleh makan. Hakikatnya ialah matlamat tidak menghalalkan cara. Boikot tetap boikot.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 8:08 AM

boikot..boikot juga..toksah gaduh.

kalau dia bagi burger free...ambik...cuma jangan bayar 1 sen pun..itu baru pemboikot yang bijak..hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 8:36 AM

Hampa sanggup tak BOIKOT PANADOL sebab YAHUDI yang invented dan Kalau sakit pala pi minum air jampi kat pasaran banyak. Tunggu masa air jampi tu 'dipil'kan supaya mudah bawak sana sini dan mudah di telan. Nak pi UMRAH pi naik UNTA Kapla Terbang semua invented by Yahudi. Tau tak apa makna ni semua? Tak de Yahudi tak de panadol, Kapla Terbang, Movie macam macam lagi. Apa makna nya? Toksah dok boikot nanti sengsara. Lebih baik jadi COMPETITIVE and INVENTIVE. Kalau Yahudia ada NUCKLEAR then yang ANTI YAHUDI nak TOLONG GAZA dan lain lain kena ada 2 kali lebih kuat DARI NUKLEAR supaya sekali gertak KECUT Yahudi. NI nak jentik teloq Obama pun tak sampai, kecut perut. Cipta lebih baik dari PANADOL . Malangnya OIC still ooooo i seee, Arab tak boleh harap duk tembak orang sendiri see Libya, Iraq, Syria dan lain lain. geram geram tapi nak buat lagu mana, tadah tangan doa je lan sampai air mata menitis.. walluhalam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 8:41 AM

pelik jugak. apesal hanya McDonald yang jadi mangsa boikot. adakah kerana McDonald penyumbang terbesar zionis? bagaimana pula dengan penyumbang kecil2an tetapi dalam bilangan yang banyak?

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2014 at 11:25 AM

Kesimpulannya - Kalau nak boikot, kenalah boikot SEMUAnya secara keseluruhan. Tak boleh sikit2 atau sebahagian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 12:58 PM

Kalau nak boikot, kenalah boikot SEMUAnya . Harap din pun boikot panadol, naik kapal terbang., janag gi tengok hollywood movie dan kesemua yang bekenaan Yahudi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 3:56 PM

Bro Din,
Janganlah kita beremosi sangat sehingga nak boikot itu ini, sedangkan kehidupan manusia sebenarnya bergantung kepada penciptaan orang-orang Yahudi. Allah memberi akal yang lebih kepada mereka adalah untuk kesempurnaan hidup manusia sejagat dengan penciptaan-penciptaan yang canggih-canggih, dan penciptaan-penciptaan ini juga yang disalahgunakan sehingga membawa kepada kemusnahan manusia sejagat.
Cuma yang kita harus marah bukanlah kepada Yahudi keseluruhannya tetapi kepada Yahudi Zionis yang memerintah Israel yang kejam dan tidak ada peri kemanusiaan.
Orang-orang Islam sendiri juga, tidak kurang kejamnya kepada sesama sendiri seperti apa yang berlaku di negara2 Arab sekarang. Semunya berbunuh antara satu sama lain tak sudah-sudah. Bila A bunuh B, A akan bertakbir Allah-hu-Akbar seolah-olah dia membunuh saudara Islamnya sendiri atas perkenan Allah swt. Begitu juga bila B bunuh A, dia puan akan bertakbir Allah-hu-Akbar, seolah-olah pembunuhan yang dilakukannya juga dapat perkenan dari Allah swt.
Fikir-fikir lah saudaraku, kita banyak melakukan benda-benda yang tak di redha oleh Allah swt dan ini akan membawa kemusnahan kepada kehidupan kita manusia semuanya.

Dari Sabbas48

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 4:52 PM

kalau saya x boikot mcd sbb isu gaza hanya kerana bangsa maka itu baru definisi assobiyah kalau x silap. membenarkan ape yg saya rasa x betul kerana bangsa. bukankah ?

byk fatwa byk pendpt maka ade benarnya yg boikot dan x boikot jgn berbalah.

cuma satu kita sering ada masalah ini. byk pendpt byk fatwa. bukankah majlis fatwa sepatutnya menjadi final say. tp mcm biasa majlis fatwa mcm xde selalu lembab.

bukan ape kalau byk isu byk perbezaan sesama islam maka sudah tentu perbalahan x dpt dielakkan.

apa kata kita sound sikit majlis fatwa yg mcm segan2 silu hidup segan mati x mahu.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 6:59 PM

Aku boikot sebab ada alternatif lain. Cthnya macam McD dan Starbuck, boleh diganti dengan produk buatan muslim. Tapi untuk komputer, laptop, intel atau apa jua produk buatan yahudi yang masih belum mampu dibuat oleh orang Islam, aku tak boikot. Facebook, walaupun aku tak boikot, tapi aku gunakan ciptaan yahudi tu untuk menyebarkan protes terhadap rejim zionis. Aku hanya boikot mengikut kemampuan. Walaupun apa yang aku lakukan itu nampak kecil tapi kesannya tetap ada. Kepada sesiapa yang mengatakan kenapa tak boikot semua. Saya percaya ianya pasti akan direalisasikan pada masa akan datang jika umat Islam menjadi pencipta dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan IT.

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2014 at 7:20 PM

I like !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 11:54 AM

Lagi satu barang jgn lupa nak boikot..rokok! Dah terang2 produk yahudi..

Post a Comment