........... Koleksi DT - Mohon Sokongan Anda ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Koleksi DT - Mohon Sokongan Anda !

Monday, August 11, 20147comments

Semalam mungkin ada yang dah perasan banner disebelah kanan blog ini ada tertera link baru untuk ke laman Koleksi Denim Trend. Secara kebetulan je tuh akronimnya juga DT hehehe..



Koleksi DT adalah cubaan pertama saya untuk berniaga secara online dengan memanafaatkan blog yang sekian lama saya kendalikan ini. 

Secara jujur saya akui akan keperluan mendesak untuk mencari pendapatan tetap dalam saya meneruskan perjuangan di alam maya, 

Memilih untuk berjuang di atas pagar atas nama Agama, Bangsa dan Tanahair yang sebenar tanpa memihak kepada mana2 parti politik, sebenarnya memerlukan satu 'pengorbanan' besar. Tidak ramai malah boleh dibilang dengan jari siapa bloggers yang memilih jalan yang sama .... dan mereka semuanya mempunyai kerjaya tetap yang stabil. Itu pun saya percaya mereka banyak berkorban masa bagi memastikan blog terus di kemaskini.

Ramai juga yang terpaksa mengalah kepada prioriti sebenar melayari realiti kehidupan. Blogger Bebas bukan satu kerjaya.

Makanya saya usahakan perniagaan online  Koleksi Denim Trends menggunakan baki simpanan yang semakin menyusut (!) bagi memastikan saya masih mampu untuk terus berjuang di sini secara aktif. Dua dalam satu gitu ...

Saya amatlah berbesar hati sekiranya anda dapat memberikan sokongan kepada usaha saya ini. Jangan risau, produk amat berkualiti dan harganya kompetitif. Kredibiliti saya juga bergantung kepada mutu perkhidmatan yang mampu saya sediakan.

Ia masih diperingkat permulaan dan mungkin ada kekurangan .... insyaAllah Koleksi DT akan terus diperbaiki dari masa ke semasa baik dari segi pilihan produk dan perkhidmatan. Waktu sama saya alu2kan sebarang komen membina dan idea2 baru yang boleh diaplikasikan.

Akhirkata, saya harap anda berilah sokongan ! Kalau tak beli pun, tolonglah sebar2 kan ya...

TERIMAKASIH !

PS - Hanya pakaian wanita yang berasaskan kain denim ( jeans lembut ) yang dijual peringkat permulaan ini. Sesuatu yang agak baru dan tidak ramai yang jual lagi.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2014 at 11:01 AM

InsyaAllah.. Kami yg sekian lama bersama DT akn membantu sedaya upaya kami.

Kami akan sentiasa menyokong DT dr blakang.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2014 at 5:23 PM

Assalamualaikum
Macam mana nak buat order?

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2014 at 5:30 PM

@AnonymousTerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2014 at 5:31 PM

@hariri noorKlik pada link atau klik pada gambar disebelah kanan itu.

Sebarang pertanyaan / order boleh dibuat melalui watsapp/sms pada nombor yang diberikan

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2014 at 7:01 PM

Din, apa kata ko bukak sewa tapak ruang iklan. Harga iklan ikut saiz tapak dan tempoh iklan. Ko cajlah iklan secara bulanan. Aku rasa mesti ada pembaca ko yang mempunyai bisnes sendiri. Pastu diaorang mesti nak ambik peluang promo bisnes kat beribu-ribu pembaca ko tu din. Rugila kalo tak promo bisnes kat blog femes mcm blog ko ni din. Ranking top 10 tu beb.....hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2014 at 11:13 PM

Assallamualaikum Bro DT,

Dari Amerika saya mulakan dengan Doa semoga usaha anda diberkati dan maju, Insya Allah. Sama sama kita Doa dan Mendoakan antara kita.

Amin.

PS. Hamba lagi perah keringat untuk 3 anak yang sedang melayari timbaam ilmu dimenara gading tanpa sebarang bantuan, (tu yang saya selalu bengang konon cinabeng saja bangsa yang bekerja kuat dan pandai....hakikat nya sebalik nya).

OM - Melayu Luar Negara

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2014 at 8:41 AM

selamat maju jaya, skang x boleh nak bantu beli, dah dapat gaji boleh insyaallah.

Post a Comment