........... Kenyataan Media Exco Pkr/Dap Selangor VS Akujanji Berlafaz Sumpah - Mandat Parti atau Mandat Sultan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kenyataan Media Exco Pkr/Dap Selangor VS Akujanji Berlafaz Sumpah - Mandat Parti atau Mandat Sultan ?

Tuesday, August 12, 20149comments

Anda dah baca kenyataan media para exco Selangor dari Pkr dan Dap di bawah -


KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

SEMUA KEPUTUSAN MELALUI PROSES UNDIAN DALAM MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN)

Kami ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN atau EXCO) dari KEADILAN dan DAP menghormati perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim meneruskan tugas sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor dalam suasana sekarang.

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, KEADILAN dan DAP akan menggunakan kaedah yang menepati Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat.

Sebagai menghormati kehendak rakyat dan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor tersebut, kami akan terus menjalankan tugas harian sehinggalah seorang Menteri Besar baru dari Pakatan Rakyat dilantik untuk menggantikan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam tempoh peralihan ini, urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti seperti berikut:

1. Kedudukan dan fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanyalah dalam kapasiti peralihan sementara menunggu seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat dilantik;

2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa melalui proses undian. Sebarang keputusan MMKN perlulah diundi supaya fungsi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dihadkan kepada kapasiti peralihan; dan

3. Kami, ahli EXCO dari KEADILAN dan DAP tidak akan berjumpa dengan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim (kecuali di mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) untuk mengelakkan sebarang perbincangan mengenai kedudukan parti masing-masing

Perkara-perkara diatas akan dilaksanakan serta merta.

Kami akan terus menjalankan tugas mengikut mandat yang diberikan kepada Pakatan Rakyat sementara perkara ini diselesaikan secara baik dan seorang Menteri Besar dari Pakatan Rakyat mengambil alih dalam masa terdekat.

DATO’ TENG CHANG KHIM
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian & Penyelidikan


PUAN RODZIAH BINTI ISMAIL
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan Dan Hal Ehwal Wanita

SAUDARA EAN YONG HIAN WAH
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Pembangunan Kampung Baharu, Pemutihan Kilang Haram

PUAN WONG KEAT PING
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna Dan Alam Sekitar 

PUAN DR. DAROYAH BINTI ALWI
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi & Inovasi 

SAUDARA GANABATIRAU A/L VERAMAN
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pekerja Ladang, Kemiskinan Dan Kerajaan Prihatin 

12 Ogos 2014


Hahahaha .... saya nampak lebih kepada nak pertahankan jawatan dan gaji jer !

Diorang boleh buat ke macam tu ?

Saya tak pasti dari sudut undang2, apakah mereka punya 'hak' untuk menetapkan sebarang syarat kepada BOS bagaimana cara nak kerja baik dipihak mereka maupun bos.

Secara logiknya saya berpendapat, para exco terikat kepada lafaz sumpah jawatan / akujanji ketika mereka menerima watikah perlantikan depan Sultan tempohari.

Puas saya cari akhirnya ketemu juga lafaz sumpah / akujanji berkenaan ( Klik imej untuk besarkan ) -




Takder pun disebut dalam akujanji diatas bahawa para exco  boleh kenakan syarat -
urusan yang melibatkan kami, anggota EXCO dari KEADILAN dan DAP adalah mengikut mandat yang telah ditetapkan oleh parti ....


Hmmm .... apapun saya pasti kenyataan para exco Pkr dan Dap di atas akan diperhalusi serta dibincangkan dari segi laku/tak laku oleh para profesor undang2 dan peguam2.

Susah sangat, Khalid boleh saja pecat dan lantik exco baru yang jenis dengar kata dan yang mendahulukan rakyat dari parti yang mereka wakili ! 

Kemaskini - Terbaru MB Khalid dah pecat kesemua exco Pkr/Dap yang nama mereka tercatat di atas ! - TMI . Hahahaha ...

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2014 at 8:23 PM

Tahniah TS Khalid

Tak sangka bahawa anda terpilih untuk menyatukan bangsa Melayu dan orang Islam di Malaysia !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2014 at 8:40 PM

PKR dan DAP masih ingat ini negeri bapak dia, undang tubuh ada kata MB perlukan 4 orang exco dan maximum 10, dan perlantikan exco adalah hak MB, so apa lagi PKR DAP, KALU KAMU TAK BOLEH KERJASAMA, KELUARLAH...SEKARANG DAH DI PECAT PUN..KALAU ANWAR BOLEH PECAT KHALID,...KHALID JUGA MEMPUNYAI KUASA EXECUTIVE UNTUK PECAT EXCO DIA...JANGAN BENGAP SANGAT LAH PKR DAP..siapa gigit jari sekarang..baginda sultan tak mau dengar masaalah dalaman PKR adalah satu petanda baik..bahawa PKR bercelaru, tak layak nak mentadbir Selangor..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2014 at 8:51 PM

Din, kesian kat ketum nak kemas bag pung tak dan, dia nak pi holiday dah ni... yu huuuuuuuuu

Lagi berapa hari dia nak pi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2014 at 9:00 PM

KALAU ADA BERANI RESIGNLAH MACAM RESIGN ADUN KAJANG. SEBAB ITU YOU TAHU BOLIH MENANG. MAU TUNJUK LAWA. EXCO PKR & DAP APA MACAM TAK BERANIKAN. GAJI TARAK ELAUN TARAK. MANA BOLIH KASI CONDITIONS SAMA MB. INI MB BUKAN MACAI TAHU?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2014 at 10:16 PM

Siapa sangka TS Khalid boleh gelecek Anwar dalam soal politik,kaalu dalam urusan business kita fahamlah,Anwar hanya layak jadi budak suruhan TS Khalid.Anwar puntak sangka ini semua boleh berlaku,Tokong Tokong DAP pun tak sangka.Dari sudut akalnya memang tak logik.

Tapi dari segi kuasa Allah ,perancangan Allah apa pun boleh berlaku.Ini adalah perangan Allah tuhan kita,tuhan yg kita sangat muliakan nama Nya dgn tidak membenarkan di kongsi dgn puak Kristian.Inilah akhirnya barakah yg di turunkan utk kita.Sekelip mata Allah boleh menghancurkan musuh-musuh Islam jika di kehendakiNya.Peristiwa ini juga patu menjadi iktibar kepada Pas yg sudah hampir menuruti si mungkar liberal,pluralis dan gay.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2014 at 11:56 PM

Jenaka..jenaka..jenaka...
Kenyataan rasmi yang sombong.
Boleh blah la..dah kena pecat kan !

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2014 at 4:43 AM

Anuwar lupa khalid juga adalah seorang strategist yang berwibawa.Kalau london stock exchange pun boleh digegarnya dalam peristiwa dawn raid yg bersejarah itu tak heranlah anuwar pun boleh digegarnya.Cuma sama ada aljubs boleh tersungkur atau tidak tak dapat dipastikan lagi.Anuwar melalui trojan2 horsenya yg berselerak di dalam parti pas boleh saja menggagalkan strategi khalid.

Ada juga terfikir oleh saya adakah khalid juga sebenarnya trojan horse yg dipasang oleh tun m di dalam pkr untuk meranapkan pkr dari dalam secara halus dan terancang?Serkap jarang saja...huhu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 7:08 AM

Kesian kat Ketua Umum (KETUM) PKR. Segala perancangan musnah macam tu jer. Paling lama Khalid Ibrahim pegang kerusi panas sudah tentulah next PRU. Lama tu kalo nak menunggu. Umur Anwar pun makin lama makin meningkat. Eloklah kita cadangkan pada Anwar supaya bercuti panjang dan bersantailah puas2 kat Resort Sungai Buloh. Biarlah Malaysia ni kasi aman sikit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2014 at 8:10 AM

Biarlah PAS menerajui Selangor,,, TS Khalid pon akan masok PAS.

Anwar, Azizah dan Rafizi boleh mintak tolong DAP, Lim Guang Eng letak Jawatan supaya PKR Boleh lantik Anwar atau Azizah jadi Ketua Menteri supaya perjuangan ke Putrajaya dapat diteruskan.

Azizah jadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kita nak tengok aper pendapat Cina2 Penang boleh terima MELAYU jadi Ketua Menteri ke Tidak?

Post a Comment