........... ( KENA BACA ) Kempen Boikot Barangan Zionis - Sokong Premis Yang Aktif Dalam Kempen ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

( KENA BACA ) Kempen Boikot Barangan Zionis - Sokong Premis Yang Aktif Dalam Kempen !

Sunday, August 3, 201417comments

Nabi bersabda: “Apabila kamu melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tangan; jika tak mampu, dengan lidah; jika tak mampu juga, dengan hati; maka itu adalah selemah-lemah iman.” Riwayat Muslim.



Sebagai manusia yang beragama dan bertamadun, sudah tentu kita tidak suka menggunakan cara keganasan yang digunakan oleh Amerika dan israel untuk menegakkan pendirian (dengan menjadi pembunuh dan pemusnah). Boikot adalah salah satu cara untuk meluahkan penentangan terhadap kezaliman, ketidakadilan dan keganasan zionis; tanpa perlu kita bertindak ganas. Sebagai pengguna, kita mampu memainkan peranan untuk merubah keadaan. Kalau tak mampu boikot semua produk keluaran Amerika dan syarikat yang menyokong israel, kita bermula dengan beberapa item yang kita mampu dulu, InsyaAllah. Kita sebagai Insan yang lemah hanya merancang, mencari ikhtiar dan berusaha, Allah Taa'la yang Maha menentukan segalanya. Walau apapun, perjalanan 1000 batu bermula dengan satu langkah.

Bagi kita rakyat Malaysia yang merdeka, kita masih mampu mengubah keadaan dengan lidah dan tangan. Sebagai pengguna pula, kita masih mampu untuk berbuat sesuatu dengan kuasa membeli yang ada pada kita. Kita juga mampu menggunakan lisan kita untuk memberi penerangan dan pendidikan kepada orang lain.

Ayat di atas saya copy dari laman web Sabasun.com, sebuah hypermarket milik seorang usahawan Melayu di Kuala Terengganu yang pernah saya highlightkan satu kes penghujung tahun lepas.

Sabasun sudah lebih 12 tahun aktif dalam misi boikot produk Zionis dan mereka tidak segan silu menghebahkannya tanpa berselindung. Malah selama itulah juga para pengunjung akan diperingatkan dengan mesej Boikot dipintu masuk premis -


Kenapa saya siarkan artikel ini ?

Sejak akhir2 ini mesej Boikot Zionis begitu lantang kedengaran namun dalam diam saya percaya ramai yang agak skeptikal dengan tindakan ini, mungkin kerana pasaran kita sudah sekian lama dilambakkan dengan produk2 keluaran pro Zionis sehingga mewujudkan satu keadaan Kebergantungan kita kepadanya.

Begitu juga dipihak penjual / pekedai mungkin berasa cuak untuk ikut sama Boikot kerana takut hilang bisness dan pelanggan.

Sabasun adalah BUKTI kita mampu lakukannya, baik selaku pengguna maupun peniaga !

Sila KLiK untuk mengetahui bagaimana Sabasun melakukannya .... selama lebih 12 tahun. 

Dan Sabasun berjaya melakukannya dalam keadaan persaingan yang begitu sengit dengan kehadiran dua pasaraya taraf gergasi iaitu Giant dan Mydin yang hanya berselang 500 meter dari mereka !

Proses pemboikotan terpaksa dilakukan secara berperingkat memandangkan penggunaan produk ini yang meluas di kalangan pengguna di Malaysia serta faktor sejarah dan jenamanya yang sudah lama bertapak di negara kita. Strategi yang digunakan ialah dengan memboikot 30 jenis barangan daripada jumlah keseluruhan 126 jenis pada peringkat pertama. Pada tahun berikutnya, 100 jenis dari 126 jenis barang berjaya diboikot. Hanya beberapa jenis yang masih mendapat permintaan pelanggan dijual seperti bedak bayi. Di samping itu, ruangan jualan dan pameran dihadkan serta sebarang bentuk pengiklanan, aktiviti promosi atau sampel barangan tidak dibenarkan. Dengan produk alternatif tempatan yang ditawarkan berserta sokongan pelanggan, jualan produk dari syarikat Amerika ini semakin berkurangan dari sehari ke sehari lalu dapat diboikot sepenuhnya sebelum berakhir bulan Januari 2009. Pengguna yang berbelanja di Sabasun mula selesa memilih bedak bayi buatan tempatan seperti Carrie, Safi Manja Care, Do Re Mi dan beberapa jenis lagi


Boikot secara bijak dan berterusan ......  bukan secara hangat taik ayam.


Satu perkara yang ingin saya cadangkan - Kita juga kena sokong premis2/pekedai2 yang aktif dalam kempen boikot zionis ini seperti Sabasun sebagai tanda sokongan kita. 

Para pekedai yang ikut boikot barangan Zionis ini mengambil risiko yang besar dari sudut perniagaan dengan kemungkinan kehilangan pelanggan yang masih terikat kepada faktor Kebergantungan pada produk2 yang diboikot.

Dengan sokongan kita selaku pengguna, tidak mustahil pekedai yang turut serta dalam kempen Boikot ini bakal mendapat KEUNTUNGAN pula !

Ini pastinya memberi tekanan / galakan kepada lebih ramai pekedai untuk ikut sama dalam kempen Boikot.

Tidak ketinggalan juga, diharap para usahawan kita akan mula menerokai sektor pembuatan / pengilangan untuk menyediakan produk2 alternatif yang sama atau lebih bermutu dan kompetitif dengan produk2 Zionis. Kerajaan boleh menyediakan insentif untuk perkara ini. 

Secara langsung, kempen Boikot Zionis ini boleh menjadi pemangkin kepada pembangunan industri barangan pengguna dikalangan usahawan kita.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2014 at 5:02 PM

Orang melayu yang mengambil franchise dan berniaga menjual produk jenama israel ini juga membayar zakat perniagaan..adakah duit zakat tersebut disalurkan kepada israel@yahudi@zionis??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2014 at 5:11 PM

google dgan fb tak masuk ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2014 at 7:54 PM

betul ke melayu nak boikot barang barang yahudi???..kalau melayu masih suka poya poya, suka menghabiskan masa dengan hiburan, berbelanja ikut nafsu, hiburan jadi perkara penting, lupa kan lah nak boikot barang yahudi, semua ada dalam dunia ni ada unsur yahudi, yahudi control perniagaan dunia, amerika yang kuat pun tunduk pada kuasa yahudi...melayu boleh ke hidup tanpa ASTRO, tanpa MAXIS, tanpa card credit, tanpa ah long, pakai pakaian berjenama mahal, hidup berpoya poya...kalau melayu sanggup buang nafsu yang di atas, mungkin dapat boikot, kalau tidak, berangan je lah, nafsu melayu nafsu yang tak berakal...asal boleh melayu akan mengikut apa kafir laknat buat...berangan lah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2014 at 10:58 PM

Sokong... beranganla sampai ketua nak mampos.
Melayu boleh berubah ke

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2014 at 12:22 AM

tidak ada paksaan untuk boikot, atas diri masing2. Lagipun kita boleh laksanakan kempen beli barangan tempatan pada waktu sama... kan bagus tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2014 at 2:16 AM

tak payah boikot..boikot ni bermusim je..org malaysia hipokrit..dulu pun gaza pernah kena serang..boikot sebulan je pastu makan nestle dgn mcd balik..puihhh

teruskan je berniaga siapa yg ada franchise nestle..sebahagian keuntungan tu salurkan la kepada gaza untuk mereka membeli senjata,makanan dan ubat2..tu baru betul..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2014 at 3:20 AM

Kau apa hal? Kalau kau selesa dgn barang & produk yahudi, teruskan. Apa ada hal kalau kau jenis suka yahudi. Jgn pulak buat tulisan bodoh dgn kaitkan melayu begitu melayu begini. Kalau mampu kita boikot, tak mampu duduk diam2 (selemah-lemah iman). Bukan pegi buruk2kan melayu pulak. Lantak la kalau kau bukan melayupun, jangan buat perangai dajal. Tak mau boikot, duduk diam2 ok..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2014 at 7:36 AM

selagi melayu bernafsu kafir, boikot tak kan menjadi, baca politik dunia untuk tahu siapa yahudi, siapa Zionist, kalau setakat minat hiburan, berpoya poya, pakaian berjenama,minat program astro, maxis, kad credit, banking non Islamic, rambut nak blonde, nak tocang, sekolah harap kerajaan bantu,.. lupakan lah nak boikot...dah lama dah...kalau melayu bersatu, makan satey, makan nasi himpit, makan ayam golek, beli pakaian golok, tak guna kad credit, balik kepada islam dalam menjalani hidup,....dah boleh Nampak kesan...tapi melayu tetap melayu..angan angan....bila dah speaking London lupa the malay roots... cuma kita respect wak jawa yang masih jadikan tempe makanan utama mereka..sedarlah melayu...untuk Berjaya kena bersungguh sungguh....semua golongan melayu kena action..bukan yang kaya ajak yang miskin boikot, tapi sikaya masih dengan joli barangan mewah yang tetap ada undur yahudi..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2014 at 7:51 AM

baca buku the international jews oleh Henry ford, the jewish people a quranic perspective, dan lain lain tajuk berkaitan untuk paham yahudi dan Zionist, tak guna cakap cakap kalau takda ilmu dan pengetahuan mengenai siapa jews...mereka control dunia, semua business dalam dunia ada kaitan dengan jews...dari kutip sampah sampai teknologi canggih..melayu jangan nak melalak lah kalau ilmu ada tapi hiburan, makanan mewah, kad credit, pakaian mewah, hidup tak da perinsip, berpoya poya jantan betina jadi amalan, aurat tak bertutup kesana sini, rambut mencanak, berwarna....tukar diri dulu kalau mahu Berjaya...orang yang berani bertukar yang akan Berjaya..dan secara effective boikot akan berlaku kerana kita bertukar pemikiran kita...kita marah mcd, kita marah nestle, kita marah levis, tetapi kenapa tak marah astro, maxis, credit card....sebab melayu suka hiburan dan berpoya poya..strategi Zionist ialah untuk melalai kan manusia dengan hiburan dan berpoya poya..supaya jauh dari tuhan dan akan terus rosak...tektik yahudi sama macam syaitan...melalaikan manusia...dan melayu terkenal dengan sifat suka lalai dengan hiburand dan berpoya poya...tukar cara hidup...secara tersendiri kesannya akan terjadi..selamat berjuang..


....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2014 at 9:27 AM

Adakah tindakan boikot itu satu perbuatan sia2 ?

Wallahualam .... Apapun, bagi saya, - TERUSKANLAH BOIKOT !

Kita jangan terlalu fikirkan benda2 yang diluar kemampuan kita. Kita bertindak ikut kemampuan kita walau sekecil mana sekalipun,

Biarknlah orang lain nak ikut atau tidak, kita kalau terasa nak buat tu - BUAT saja.

Kalau setakat 1000 orang saja di dunia ni yang nak boikot, maka 1000 orang sajalah.

Jika anda baca artikel dengan teliti, sebenarnya ada hikmah lain disebalik boikot itu, tidak hanya kerana mahu 'balas' tindakan Israel. Tapi juga berniat meningkatkan ekonomi orang Melayu.....

Allah Maha Mengetahui ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2014 at 1:30 PM

tukar cara pemikiran ... macam ada stu article dlam blok mengata kan setiap burger yang di beli di mcd terbayang sebutir bom di gaza membunuh anak anak kecil, setiap sen yang keluar untuk astro kerana untuk berhibur..harga roket dan missile dapat di kumpul untuk menyerang orang islam di gaza...sampaikan message dengan contoh contoh...bukan setakat cakap boikot itu boikot ini...jelaskan dengan contoh contoh...orang sekarang bijak bijak...cakap saja tak jalan...
"show me" and not " tell me" any more in this present situation...
program bual bual pagi di tv1 bagus, penceramah menjelas kan bagaimana walau sedikit pun kita berbelanja untuk barangan yahudi, duit itu akan dapat menampung perbelanjaan peluru berpandu roket untuk Israel gunakan bila di kumpul..bukan murah untuk roket roket tu, tapi sikit sikit dari kita yang tak sedar ni, dapat menolong mereka...contoh yang baik..

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 4, 2014 at 8:59 PM

Saya rasa kita boleh buat. Tak dapat boikot semua tapi boikot 1 atau 2 barang pun dah ok. Bayangkan setiap keluarga boikot 1 barang. Ada berapa keluarga semuanya. Ramai. Insyallah ada kesan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2014 at 3:38 PM

Aku teringat kisah orang yg nak ubah dunia.Mula2 dia semangat mencanangkan pada orang kampung dia nak ubah dunia,dia pun keluar dari kampung bertahun2 merantau ke seluruh dunia,tapi akhirnya pulang semula ke kampung dan mengaku dia gagal mengubah dunia.Kemudian dia sibuk pula nak mengubah negara dan keluar dari kampungnya merantau ke seluruh pelusuk negaranya,tapi akhirnya gagal juga.Kemudian dia cuba pula mengubah negerinya,juga gagal;cuba pula mengubah kampungnya,juga tidak berjaya.Akhirnya setelah berpuluh tahun cuba mengubah orang lain dan sentiasa menemui kegagalan barulah dia sedar sepatutnya dia bermula dengan dirinya dulu.Ubah diri sendiri dulu,yg di dalam kawalan kita sendiri.

Kalau nak boikot jangan fikir orang lain di dunia ini mampu ke boikot atau adakah Melayu keseluruhannya akan turut memboikot atau mampukah boikot semua produk yahudi?Kalau nak mula boikot tak payah tunggu orang lain.Mulakan boikot untuk diri kita dan keluarga dulu.Mulakan satu dua produk atau beberapa produk secara konsisten.Kalau setiap orang fikir orang lain,tunggu orang lain,nak boikot kena boikot semua produk memanglah tak jalan.Mulakan yg dalam kawalan kita dan dalam unit terkecil dan terhampir iaitu diri kita sendiri dulu.Takdelah susah sangat pun.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2014 at 9:19 AM

saya memang sokong kamu semua x suka makan buatan israel mari sama sama kita boikot israel yang kurang ajar tu sengek

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2014 at 12:37 PM

Betul lah. Saya dah mula lebih dari 3 bulan. Saya jugak berhenti kerja semata-mata boikot. Ini bukan main-main. Awak nak turut serta, baik. Kalau awak taknak turut serta, cuba baca tafsir Quran tentang apa yang Allah dah bariskan untuk kita. Mesti pemahaman tentang boikot awak akan jadi lebih kejab.

....................
Reply To This Comment ...................
October 18, 2014 at 12:41 PM

Pakkaduk. Menurut pemerhatian saya, mcd agak lengang daripada didatangi Muslim. Promosi Nestle di pasaran agak luar biasa. Mungkin terkesan boikot. Alhamdulillah.. masih ada antara kita yang berganding bahu memboikot. Insyallah kita boleh berjaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
December 4, 2014 at 12:07 PM

sokong!!!

Post a Comment