........... Edisi Menyampah Terlampau - Najib Dengan MH17 dan KJ Dengan Regina | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Edisi Menyampah Terlampau - Najib Dengan MH17 dan KJ Dengan Regina

Thursday, August 28, 201450comments

Kebetulan ada masa terluang sikit, jadi rasa nak tulis jugalah sedikit selepas 5 hari menyepi. Saya terus juga ikuti perkembangan politik seharian walaupun tidak menulis. Saya juga sedar, wujud atau tidak blog ini tidak akan beri kesan pada sesiapapun. 

Jadi mungkin mulai sekarang bila masa ada kesempatan, saya akan menulis lebih direct dari sebelum ini. Biar puas hati. Tak perlu nak jaga hati sesiapa. Yang suka boleh terus baca dan yang tak suka boleh belah dan klik 'x' ! 

Ada dua perkara saya nak sebut kali ini, dua2 buat saya berbulu jer... geram hingga memaksa saya meluahkannya juga kali ini.

PERTAMA isu Najib dengan tragedi MH17 dengan segala bentuk 'promosi' yang OVERKILL !

Terpulanglah anda nak setuju atau tidak, tapi apa yang saya dengar dan saksikan melalui media semasa Hari Berkabung MH17 tempuhhari, hanya satu ungkapan yang sesuai saya berikan - OVER !

Bukan tidak boleh kita bersedih dan menyambut kepulangan mayat2 mangsa dengan hormat tapi janganlah over sangat. Dengan raptai bagai, dengan segala permainan emosi melalui cerita dan visual keluarga mangsa, radio pulak suruh driver berhenti tepi jalan untuk bertafakur seminit bla bla bla  .... semua tu buat saya jadi menyampah pulak !

Jangan salah faham. Bukan menyampah kepada apa yang berkaitan dengan MH17 tapi menyampah dengan pemimpin2 yang menyalahgunakan insiden itu atas nama Perpaduan.

Baca - Sampai bila mahu mengharap tragedi untuk menyemai perpaduan ?

Saya nak tambah - Sampai bila mahu mengharap tragedi untuk naikkan nama Najib ? !

Dek sebab OVER dalam mengeksploitasikan insiden MH17, jadi satu isu pulak bila ada yang pertikaikan kewajaran diberikan penghormatan militari dan dibandingkan dengan mangsa Lahad Datu dan mangsa2 'eksiden' lain ....

Lagi tak boleh blah .... Najib sendiri hentam para pengkritik sambutan OVER itu..

"Ada sahaja orang nak memecahbelahkan kita. Dalam peristiwa Lahad Datu orang yang sama yang kata ini kononnya sandiwara, tapi bila berlaku MH17 bila kita beri penghormatan teristimewa, dia kata kenapa tak bagi penghormatan yang sama kepada para anggota tersebut walhal pada awalnya dia kata itu sandiwara,"- Bernama.

Mungkin Najib merujuk kepada kritikan MP Lumut ( baca komen Helenang )


Seperti BIASA, selain dari BR1M, peranan Najib dalam MH17 akan disebut2 oleh beliau sendiri ( perah sampai kering ! )

"Jika saya tak buat peranan ini mustahil kita akan dapat balik jenazah-jenazah ke pangkuan keluarga tersayang,

"Jadi saya minta daripada kumpulan pemberontak tanpa menjanjikan apa-apa... saya tak bayar satu sen pun. Saya kata tolong dan dia kata akan tolong dan serahkan kotak hitam dan mayat hanya kepada pasukan Malaysia,"


OKlah, kali ni saya nak sebut apa yang terbuku dalam hati selama ini, sebab dah naik menyampah sangat -

Saya tidak pertikaikan apa yang berlaku tapi cuba anda fikir - TIDAK MUNGKINKAH Pemberontak yang pro Rusia itu nak perkenankan permintaan Najib bukan kerana faktor Najib secara peribadi tapi kerana nama MALAYSIA itu sendiri ?

Lebih direct lagi - Kerana nama Tun Mahathir !

Ini spekulasi saya saja ok, Pemberontak itu diakui sebagai pro Rusia. Pastinya sebarang keputusan sebegini besar mendapat persetujuan dari Rusia. 

Apa kehalnya Putin nak buat baik dengan Najib yang baru saja berselfie bagai dengan Obama yang datang melawat kita baru ni ? Siapa Najib pada mereka ?

Melainkan atas rasa hormat kepada Malaysia dan kepada nama Tun Mahathir yang sememangnya mendapat penghormatan dari hampir semua pemimpin2 dunia kecuali Israel !

Saya kata tolong dan dia kata akan tolong ..... ? ?


Tapi kalau Rosmah yang call, saya tak boleh nak kata apa la ...


POINT UTAMA saya - Jangan OVERKILL apapun isu sebab kemungkinan besar ia akan backfire. Najib juga yang suruh kita berWassatiyah.

Sekarang bila penghantaran 8 lagi mayat mangsa MH17 ditunda dari 30 Ogos kepada 2 Sept, dah ada yang kata sebab tak mahu sambutan kali kedua itu menenggelamkan sambutan Hari Merdeka ! ( Helenang )

Saya harap teori itu tidak benar dan penundaan itu adalah kerana sebab2 yang logik yang tidak ada kena mengena dengan SAMBUTAN. Sebab jika benar, nampak sangat yang insiden MH17 itu mahu dieksploitasikan.

Dari elok nak puji peranan kerajaan, boleh jadi menyampah pulak.


PS - Peranan Tun Mahathir dalam isu2 Dunia terlalu banyak dan beliau sememangnya amat dihormati oleh ramai pemimpin dunia. Saya hanya tahu sedikit saja dan itu pun dah buat saya tabik habis. Apa yang saya sebut di atas hanyalah spekulasi saya sendiri kerana amatlah tidak logik cerita Najib itu. Ada yang tidak diceritakan sepenuhnya ...... Apapun saya puji tindakan Najib menghubungi ketua pemberontak itu. Cuma bila terlalu di puji2 termasuk oleh tuanpunya diri sendiri, jadi menyampah pulak...

ISU KEDUA yang saya nak sentuh adalah komen KJ yang mempertahankan tindakannya mengambil orang DAP sebagai SU Akhbarnya. -


Baca juga Unspinners.

Professional la sangat tu ....

" Jika ada seseorang dari Pakatan yang TERBUKTI lebih berkebolehan ...." 

Hello .... Pemuda dan Pemudi Umno kan ada 20 juta, takkan dari seramai itu takder sorang pun yang lebih layak atau paling tidak, SAMA LAYAK dengan cina Dap itu ?

Mereka yang pro KJ pun ikut angguk sama dan akur bahawa tidak ada di kalangan orang muda Umno yang mampu menandingi kelayakan Regina untuk berkhidmat dibawah KJ !

KJ kutuk kaw2 korang pun korang boleh angguk ?

Komen direct saya - Senang citer, KJ nak makan dua-dua belah pihak ! Apa-apa hal, siapa pun yang menang nanti, kedudukan KJ akan terjamin.

Siapa lagi yang dipuji2 oleh Lim Kit Siang dan pemimpin2 Dap kalau bukan KJ ? Begitu juga pemimpin2 Umno lain yang Liberal. 

Malas saya nak tulis panjang2 .... Saya pernah tulis satu masa dulu - siapa pun yang si LKS puji, jaga-jaga la...


Melainkan anda sudah tidak terima lagi pendirian bahawa LKS dan Dap punya matlamat hanya untuk menghapuskan hak istimewa Bumiputera dan mewujudkan Kesamarataan Mutlak.

Share this article :

+ comments + 50 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2014 at 10:58 PM

KJ ni sebenarnya ular berkepala dua dalam UMNO, tak mustahil nama dia ada dalam senarai 30 MP yang anwar tak mahu dedahkan itu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2014 at 11:03 PM

the best article ever..well done din..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2014 at 11:10 PM

Sebagai pemimpin , Najib harus tegas . Dia harus PECAT KJ.
Musuh dalam selimut mesti dihapuskan dengan segera.. Lambat ambil tindakkan , jahanam UMNO.

Jika Najib , tidak berani ambil tindakkan , sebaik baiknya , letaklah jawatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2014 at 11:15 PM

Bagi aku, eksiden MH17 tu mcm mana eksiden BAS, kereta. Kebetulan ia kapal terbang dan kena tembak. Tapi sambutan ala ketenteraan memang melampau.

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
123abc
August 28, 2014 at 11:16 PM

Din kau lah wira. Tulisan macamni la kita nak tengok. Aku dah naik meluat dah dengan tulisan2 jinak konon2 nak saiko najib mcm dr rocky, bigdog. Apa kena derang tu din? Ada efek din tulisan kau jangan rasa mcm takde peranan. Kurang2 kau ikhlas. Benda kau ckp ni, pecayalah, bukan kau sorang je rasa. Ramai lg rasa tapi suma terbuku dalam hati.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
August 28, 2014 at 11:51 PM

Very good bro din..

Tak guna dah berlapik2..terus sembur je. Sebab zaman skrg ni..sape yg paling lantang menyembur akan ditatang dan disayang..contohnya namewii..wardyna..silap2 lepas ni ajib ambil bro din jd ahli majlis ntah ape ntah...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 12:01 AM

Tuan penyu....APA yang diluahkan oleh tuan semuanya terkandung di lubuh hati rakyat marhaen keseluruhannya!!!!kepada pemimpin umno....umno tu bukan bapak korang punya!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 12:44 AM

@Anonymous

Problem nya, kalau Najib nak pecat KJ, dia kena pecat diri dia sendiri jugak. Sebab dua-dua kiblat sama. Sebab tu dia pungut kucing kurap Temerloh yang orang dah buang ke tong sampah tu. Jilat bulu dua, letak jadi CEO sebuah NGO yang dibuat khas untuk dia. Sayang betul Najib dengan liberal. Melayu kampung yang sokong UMNO 90% dulu, dia buat tak tau je. Tak de pun dapat kerusi CEO mana-mana.

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
August 29, 2014 at 12:46 AM

Sebenarnya ramai yg sedar kjayaan najib brunding dgn pmbrontak adlah dsebabkn pngaruh tun m.ktika byk ngara mmulaukn rusia sbb tmkan dakyah us,tun dgn slamber bbaik dgn rusia.siap bole bli jet tbaik rusia dgn hny tukarkn dgn komidit sawit kita.bukn juga 1 rahsia bila masuk zaman najib,malaysia da bralih arah mndapatkn pralatan ktenteraan dr eropah.xsyak lg,bukn shj anwar malah najib juga suda dgenggam telornya oleh pihak ttentu.mn mungkin najib yg smkin mnjarakkn hubungn dgn rusia malah btambah lunak dgn musuh rusia boleh senang2 mmpngaruhi rundingn dgn pmbrontak pro rusia.jgn tlalu agkt bakul sndr smpi nmpk kbodohan diri.aku nk tgk pihak mn najib nk dakwa(2pon kalo brani dakwa)utk bela rakyatnya yg dbunuh buta.da sembang kemaih sgt.pcyla mh17 adlah ptunjuk jelas kpd yg mau bfikir samada kpimpinan kita suda brada dbwh pngaruh dajal atau x.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 12:47 AM

Najib Bingai ni masih ingat dia berlawan mano a mano dengan Anwar Berahim. Cakap pun macam Anwar Berahim. Me, me, me. PM paling bodoh. Kalah teruk dalam sejarah dia kata menang, sebab kerusi UMNO bertambah. Yang 52% tak menyokong dia tu dia dah lupa. Dulu muka dia juga yang terkulat-kulat, siap cakap tsunami Cina. Padan dengan muka dia. Tak sampai 100 hari dah lupa. Layan Melayu yang sokong UMNO macam sampah. Tengok lah PRU14, hebat tak hebat 3 juta member UMNO tu nak angkat sorang-sorang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 12:54 AM

Good 'RAW' analysis Bro Din. Nice to see some one like you with a fresh pin of view to this 'unnecessary' situation.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 12:59 AM

bab kj dah lama tindak tanduk dia rosak imej umno. mcm api dlm sekam. imej pemuda karam dibuatnya.

sambut mh17. ok. cuma sesetengah acara keterlaluan. sebenarnya kejadian ini sudah satu bencana besar pd negara. kerajaan berusaha keras menyelesaikan masalah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 1:15 AM

Bro Din,sekarang kita boleh tengok anak anak golongan elitist seperti Hisham(Hussin Onn's son),KJ{Pak lah's son in law and Najib(Tun Razak's son) sanggup berkrompomi HAK HAK orang Melayu dengan orang2 Cina dengan syarat agar orang cina membenar mereka terus memerintah Malaysia!!!!

This is the reality orang Melayu kena TERIMA kenyataan sekarang!
Maruah kita di gadai kepada orang2 cina kerana peminpin2 kita sudah LOST CONTROL dengan orang2 cina di Malaysia ini!!

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 1:35 AM

@AnonymousJangan salah faham Bro, ia ada lah untuk menujuk kepada kaca mata dunia bahawa nyawa rakyat2 Malaysia sangat penting dan bernilai tinggi kepada Kerajaan Malaysia! Respect through gesture.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 1:57 AM

Lambat bawak balik salah! Tak bawak balik salah! Dikapan dimandi salah! tak urus lagi la salah! Tafakur salah! Berkabung salah! Tak buat lagi la salah! tabur bunga salah! tak pegi langsung ziarah salah! kebumi lambat salah! Kebumi cepat, kata tak ambik kira family, salah lagi! Kiranya semua salah lah! Yang betulnya apa? yang betulnya yg asyik dok kata salah tu... GO AND F### URSELF!!!!!!! sempit sungguh akal jumud korang ni!
*Sorry terlebih emosi berhadapan dgn yang akalnya mengalah Wali-wali, Mufti, Kadi-kadi dan Ulama terbilang*

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2014 at 2:01 AM

@Anonymoussaudara faham ke dengan artikel ini ?

Atau maksud perkataan ' OVER ' ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 4:41 AM

@Anonymous

Bontot anak upper class yang pergi boarding school UK katanya lembut macam tilam empuk. Ye ke, bro?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 6:00 AM

Anon 1:57 AM

Anda faham ke dengan komen Din Turtle? Kalau tidak faham baca sekali, dua kali atau 10 kali lagi. Kadang kadang bila otak kita lembam cara itu yang terbaik untuk memahaminya!

Din Turtle tidak mempertikaikan apa yang anda sebutkan dalam komen. Perkara yang utama yang disentuhnya kes DSN 'masuk bakul angkat sendiri' (MBAS) dan sambutan jenazah yang berlebih lebihan.

Saya menulis ini bukan kerana hendak sokong Din Turtle tetapi juga untuk meluahkan rasa menyampah yang amat sangat terhadap sikap MBAS DSN. Ada ruang dan peluang ini saya rebutlah.

Dalam Berita Nasional RTM malam tadi naik hendak termuntah mendengar penjelasan DSN yang panjang lebar mengenai isu MH 17 dan urusan jenazah. Cuba buat pura pura tidak dengar dengan membaca akhbar, tetapi makin mencucuk cucuk telinga akibat rasa geli geleman!

Komen Din Turtle mengenai KJ dan Ragina pernah saya komen dalam satu blog ketika KJ baru melantik Regina sebagai S/U nya.

Komen saya juga hampir sama dengannya. Ada orang memuji 'kebijaksanaan' mainan politik KJ. Memang saya setuju!

Tetapi 'kebijaksanaannya' lebih kepada kepentingan politik sendiri dan tujuan publisiti diri. Bukan untuk kepentingan agama, bangsa dan negara!

Tidak ke 'bijak' KJ membina jambatan dengan orang orang 'seberang'? Kalau dilihat keadaan UMNO/BN hari ini terutama jika berterusan dipimpin oleh DSN Blur, tidak tahulah sampai bila hayat UMNO/BN meneraju pemerintahan di Malaysia ini.

Tapi KJ telah ada kapal lain untuk dinaiki kalau kapalnya sekarang ini karam! Orang orang kapal di sana akan menyambutnya bukan kerana percaya dengan kejujuran dan kebijaksanaannya tetapi kerana mereka tidak ada calon kategori KJ yang layak untuk jadi PM setelah Anwar Ibrahim menghuni Istana Sungai Buloh!

Orang seberang pun tahu, ketegori untuk menjadi PM Malaysia semolek moleknya berbangsa Melayu, beragama Islam dan memenuhi ciri ciri yang tercatit dalam perlembagaan!

Malangnya, KJ memang termasuk dalam kategori ini!

Selain itu bakal PM orang seberang juga, mestilah watak papet yang boleh dimanipulasikan oleh Tok Dalang!



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 6:05 AM

BN now to good to be true.....

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
August 29, 2014 at 6:58 AM

Bro...klu baca komen saudara ni..nampak sangat saudara yang SALAH faham..tu laaa..emosi sgt..baca btl2 artikel ni blh tak?

Siap maki hamun pulak tu..itupun dah terang2 SALAH tu..aduhai..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:13 AM

@Anonymous

@Anonymous

tak payahlah nak bermohon maaf. kamu sendiri dah tau yang kamu emosi maknanya kamu dah pun tau apa yang kamu nak ungkapkan. bermuhasabahlah dan fahamilah bahawa amarah kamu telah menyebabkan kamu buta. kamu mungkin telah dikawal amarah dengan hanya membaca tajuk dan tidak langsung membaca kandunganya. Kmu telah menaibkan diri kamu dikalangan pelawat pelawat yang lain. nasihat aku bacalah sasuatu artikel itu dengan minda yang terbuka dan hati yang lapang. insya Allah akan kamu faham akan maksud dan tujuanya.

kalau belum makan ubat, cepat cepatlah gi makan. jadual makan ubat jangan pulak diambil rengan. jangan pulak tersalah makan ubat pulak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:17 AM

@Anonymous

betullah tuh. aku pun baru nak komen yang sama juga :".... dia kena pecat diri dia dulu".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:25 AM

@Anonymous

macasmana pulak dengan insiden yang lainya, saperti Lahad Datu yang sememangnya sah gugur kerana mempertahankan negara?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:26 AM

Kenapa bloggers ni saja yang uruskan segala urusan???

Jangan cuma pandai "Lip Service"

Mengenai KJ musibat tak payah cakap memang sudah terang lagi bersuloh Spot light.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:30 AM

@123abc

aku sangat besetuju dengan pendapat kamu. ramai lagi diluar sana yang berkongsi perasaan. selagi tak diluahkan, selagi itulah ianya berbekam dihati. terpaksa juga kita akui jika suara Tun Mahathir sendiri dipekakkan telinga, apa tah lagi suara kita semua. MENDENGAR DENYUTAN NADI RAKYAT adalah satu pembohongan. RAKYAT DIDAHULUKAN adalah satu penipuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:34 AM

@dontortoise

sebabnya namewii tuh bang Cina, tapi kalaulah dia tuh berbangsa Melayu tak jugak lah. ramai lagi bangsa Melayu yang dah melalak, tak pun diendahkan. kurang ker ISMA, PEMBELA, PERKASA melalak, ada najib kesah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:37 AM

@Anonymous

mereka nak jadikan UMNO harta pesaka mereka. persolanya ialah ada kah ahli ahli UMNO peka dengan senario semasa? ada kah mesej ini sampai ke pelusuk kampung atau hanya berkisar diperingkat Melayu liberal yang inap dibandar bandar saja?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:39 AM

@bluk

maaf bang, saya kira ada baiknya abang luahkan perasaan dengan menaip bahasa Melayu yang lebih mudah difahamkan oleh semua. dapat juga kita berkongsi rasa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:44 AM

@Anonymous

bekerja keras sikit bang. admin dah laksanakan tugas dengan memaparkan kelohan hati diblog, kamu pulak macam mana? harap harap dapat kamu bantu dengan menyampaikan hingga ke akar umbi. promosi dari mulut ke mulut itu lebih berkesan beb. kalau tak dapat dahan dan batangnya, biarkan pulak diracuni akarnya. insya Allah pokok yang bagaimana besar seklipun akan tumbag jika akarnya rosak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:47 AM

@Anonymous

true and hopefully there are many more brave enough to spell out their feelings,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:50 AM

@Anonymous

ada kah cara menyelesaikan masaalah dengan "OVER" itu tidak keterlaluan? kenapa tidak dilakukan dengan cara "KESEDERHANAAN"?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:56 AM

@Anonymous

merekaitu semuanya sudah kaya dan banyak duit. sebab itulah mereka terlupa akan orang Melayu yang lainya yang masih tercari cari cahaya kehidupan. mereka nampak bangsa Cina sedang mengendong cepu emas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:58 AM

@SolitaireHunter

ada dia kesah? dah kuat pun kedudukan dia berada disamping najib. tak rugi pun dia dengan cemuhan dari orang orang saperti kita.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 8:01 AM

@Anonymous

what our brother needs are support and encouragements from us. just pay him a visit more often and i am sure culd make him feel comfortable.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 8:23 AM

@Anonymous

tula pasal ko ni tak paham ke. nak buat hari berkabung ke, sambut kat airport ke, selfie ke ikut sukati la. tp bila dah smp buat full military ceremony mmg melampau. itu keistimewaan utk warganegara yang terkorban pertahankan Negara yg biasanya askar la.

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 8:44 AM

Bro... Kalu dap perintah negara so kj no confirm akan di dakwa atas mcm perkara... Apa dia ingat puak dap kebulur sang at me dia ke?.. Jangan sebab kj dan pm yang opening menjadikan semua orang melayu tak kebuluq lansung ke umno tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 8:47 AM

Bro din... Semua pemimpon umno ingat orang melayu perlukan umno... Ini yg jadikan diorang hidup di atas angin... Padahal pemimpin umno yg perlukan melayu... Ingat tanpa melayu siapa umno..tapi Tampa umno melayu tak luak pun...

....................
Reply To This Comment ...................
aidil
August 29, 2014 at 8:54 AM

@dinturtle
Dia x paham isu ni din. Bukan isu tafakur la, bawak balik la mandi la, tabur bunga la (melalut dia ni)
Isu nya kenapa ada double standard.

Kenapa wira Lahad Datu yang terkorban 'kerana kita' x mendapat perkara2 yg mcm mana MH17 dpt? X dpt upacara keperwiraan mcm mana MH17, x ada penghormatan seminit mcm MH17, x adad live telecast tiap2 electronic media mcm MH17 setakat naik lori askar 3tan je, Kenapa? X mulia ke diorang, x ada anak isteri ke diorang. Anak isteri diorang x bersedih ke? Igt sikit, Ayah diorang tu mati SEBAB KITA? Mcm mana perhormatan kita kat diorang????

X salah bahkan bagus setakat nak berkongsi kesedihan. Tapi yg haram jadahnya, memanipulasi kesedihan orang ke atas tragedi yg menimpa mereka kerana motif politik yang busuk..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 9:08 AM

Spot on bro..

Dlm fb aku kwn2 pon jelek dan perli ckp dah seminggu asyik dgr 'kejayaan najib bwk blk jenazah' 'kejayaan berunding dgn skill nego...' Bla bla bla
Lagi 1 udah2 la anugerah kak mah dpt tuuuu....rakyat x bodoh tgk sape paling byk berjasa pd rakyat..pedulik apa dgn anugerah minankabaula apela...
Apa beza dgn si anu-gerah tuhan tu dgn kak mah? Sama jer ..
Umno punyala lemah sampai x blh kawal menteri pon...mcm kj tu
Bagusla ambik pembangkang keje 1 opis...
Bersikap terbuka tp paling terbodoh dlm sejarah...
Pernah dengar ke fbi upah KGB keje dlm opis fbi???
Atau CIA upah teroris islam keje opis cia sb berfikiran terbuka???
Kj nmpk internasional..tp internasional bodoh
Melayu nak selamat, jatuh bn masuk pr,jatuh pr kekal bn
Mcm biasa dgr sejarah khianat melayu ni kan?

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2014 at 10:09 AM

Apa kata bro Din cadangkan kepada KJ, daripada buat ice bucket challenge baik buat '4th Floor Jump Off Challenge'. Mesti boles jade viral.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 10:55 AM

La ni ramai yang TDM lepaskan masa tersepit menggigit tun semula....mungkin nak cari tuan baru pada PRU 14 nanti kot!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 10:58 AM

@AnonymousMasa Eksiden Bas jatuh gaung di Genting Ogos 2013, 37 orang mati takde pun sambutan macam tu. Kenapa ye...

Joe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 10:59 AM

@Anonymous Saya pun berperasaan yg sama. Ni semua sbb Najib xmau kalah dgn sambutan yg Belanda dh buat. Mmg patut pun keluarga bekas polis/tentera mempertikaikn sambutan mangsa 'kemalangan' tersebut, sbb mmg biasanya sambutan begitu diberi kpd pahlawan yg berkorban nyawa utk tanahair bkn utk mangsa 'kemalangan'. Mmg overkill sgt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 4:29 PM

salam,
saya sokong bro. sehingga hari ini, hampir 90% artikel tulisan bro din saya sokong dan mempunyai persamaan apa yang ada dalam kapla saya. teruskan dan pastikan perkataan yang ada unsur hasutan tak ada. nanti cepat jer kena angkut. tu susah sikit nak tolong. tak perlu berlapik. melayu sekarang dah macam impian tun musa, mesti berani untuk kurang ajar dan tak perlu lemah lembut, sopan santun terutama kepada pemimpin politik. cakap kena direct kat orang politik. tak perlu alas. mungkin baru nak sedar diri. dalam permainan politik, umno mendahului parti lain, mca yang pertama ditinggalkan pengikut dan ahli. mungkin umno akan mengikuti jejak mca kalu tak berubah. kalu berubah, mungkin akan bertambah kuat kerana kematangan ahli. tapi pemimpin lambat matang kerana ketakutan kehilangan kuasa, pengaruh, wang, dan perhatian.

memang nampak sambutan over dan berlebihan. penghormatan negara tak perlu sehingga istiadat tentera. tu dah macam menyerupai istiadat sultan mangkat atau perdana menteri meninggal dunia pulak. keadaan ini menimbulkan perasaan tidak puas hati segelintir rakyat. mungkin dapat perhatian segelintir rakyat yang suka. apakah tindakan ini menonjolkan kelebihan ah jib gor kepada rakyat malaysia? untuk ahli umno yang 100% memilih ah jib gor, mungkin ok. tapi yang bukan ahli umno, mungkin dah menurun. kena tengok keputusan prk 25/9 nanti.

bab kj, nampak gayanya, pandai cakap besar sahaja, kerja untuk lifestyle aja. aku menteri, aku ketua pondan umno. sapa berani, cakap berdepan la. jangan cakap belakang. itu jer modal dia. dia pun tak tau, sapa kawan sebenar dia. nampaknya, orang melayu memang haprak di mata kj. rendah darjatnya dan tak pandai bahasa inggeris macam regina lee. tahap orang melayu yang menyokong umno takat mangkuk tandas ajer. tu pasal dia tak minat pun dengan ahli umno. dia nak bukan penyokong umno, kerana nak beli jiwa.

teruskan usaha bro. cakap berterus terang. bukan ada yang beri bro makan. kalu ada nanti, harap tak mencairkan hati untuk berubah. berubah jika pemimpin itu benar-benar berubah. moga Allah merahmati dan memberkati bro din dan keluarga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 6:37 PM

Cepatlah buat, tak sabar nak tengok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2014 at 7:54 PM

Mungkin3x najib sendiri musoh dlm selimut???

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 29, 2014 at 9:06 PM

Tuan Din Turtle,

Artikel macam inilah yang saya tunggu-tunggu. Terus pada sasaran.

Apa yang dinyatakan mewakili hampir semua apa yang rakyat biasa rasa. Terima kasih.

Saya pun hairan bagaimana kemangkatan Sultan baru-baru ini pun tidak ada yang disuruh bertafakur seminit macam mangsa tragedi MH17. Begitu juga ketika kepulangan perwira-perwira kita yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir semasa insiden Lahad Datu.

Khairy Jamaluddin mempunyai pemikiran liberal sama seperti mereka dalam Pakatan Rakyat (DAP, PKR dan PAS). Saya katakan PAS juga liberal kerana mereka menyokong agenda DAP & PKR. Termasuk menghina Sultan Selangor kerana tidak memberi nama calon MB dari parti mereka seperti diminta baginda. Jadi, saya rasa Khairy lebih layak sebagai Ketua Pemuda salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2014 at 6:04 PM

mohon share brada.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2014 at 3:03 PM

Setuju sama sekali...
Najib ni ada benih2 aljubb dan kj... puji diri, suka pujian dan gila glamour...
Kenapa 2 orang pm terakhir kita begitu jauh berbeza dan teruk berbanding TDM.... bukan nak puji tdm, tapi beliau adalah manusia yang paling tawadduk (cara dia) yang pernah memimpin malaysia...

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2014 at 6:56 PM

Sorry Abang Din, kerana terlambat baca posting ini. Ingatkan Abg Din dah mula nak slow sikit kerana nak beri keutamaan pada 'ekonomi sendiri' .

Saya sependapat dengan Abg Din mengenai sifat ' angkat-bakul' Najib. Saya pun naik meluat dengan cara Najib berlebih-lebihan menggunakan trajedi MH17 untuk melakonkan perpaduan kaum.

Saya juga setuju, sebab utama Pemberontak Ukraine memberi kerjasama adalah kerana Tun Dr.M dan Malaysia, bukan kerana Najib seorang saja.

Dah yang paling saya menyampah, minggu lepas saya ternampak banner Najib, berdiri depan Kaabah, berpakaian ikram, pegang tasbih. Maklumlah sekarang musim Haji. Dia pun banyak sponsor bakal haji, terutamanya dari Pekan.

Dan yang last sekali, saya pun hairan mengapa penyokong PAS tak boleh menilai dan sedar matlamat utama DAP adalah "untuk menghapuskan hak istimewa Bumiputera dan mewujudkan Kesamarataan Mutlak."

Post a Comment