........... Direct Cakap - Umno Semakin Nazak Di Bawah Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Direct Cakap - Umno Semakin Nazak Di Bawah Najib !

Thursday, August 21, 201436comments

Ternyata Teguran Tun Mahathir berjaya membuat kocakan yang bukan kecil dalam keRelaks-an pemimpin2 Umno yang masih dalam mood RnR selepas penat berperang dalam PRU13 diikuti Pemilihan tahun lepas.

Ramai yang seperti dikejutkan dari lena dan 'dipaksa' balas teguran Tun ..... tu yang keluar alasan2 lari topik dalam mempertahankan Ahjibgor. Saya rasa belum pernah lagi ada teguran dari Tun kepada Ahjibgor yang berjaya memberi impak sebesar ini. 


Tapi Ahjibgor tetap dalam keBlur-an .....

Ramai juga yang cuba melembutkan teguran Tun itu termasuk Tun sendiri (!).... Pandangan saya lah, apa reaksi awal yang dapat kita rasa waktu mula baca artikel Menegur itulah NIAT sebenar Tun waktu menukilkannya.

Mesej sudah disampaikan .... Ada perkara tidak perlu diulangsebut .... sendiri fahamlah !

Ginilah .... saya pun bukannya terikat pada sesiapa, nak kena jaga hati ke apa ke, jadi kali ni biar saya tulis direct jer apa yang saya yakin maksud Tun sebenarnya -

Tun mahu Ahjibgor Undur Diri ! Ahjibgor dah tak boleh blah ... Degil tak mahu dengar nasihat yang berulangkali Tun berikan. 

Umno semakin nazak di bawah Ahjibgor, ok. Kalau terus macam ni Umno akan kalah PRU14 !  


Ahjibgor tak penting, Rosmah pun tak penting. Yang penting adalah Umno terus kekal relevan di hati orang Melayu. Itu dia mesej sebenar Tun. Dan tujuannya hanya kerana mahu selamatkan Umno. Pemimpin datang dan pergi.... begitu juga isteri mereka. 

Kita nak pertahankan Umno atau nak pertahankan pemimpin Umno ? Apakah tanpa Ahjibgor maka Umno akan bungkus ? 

Saya baru baca satu artikel menarik yang mahu saya rekomenkan pada anda. Sebenarnya artikel itu yang menggerakkan hati ini untuk menulis artikel ini.

Dari Helenang - Najib is causing Umno to lose the Malay votes juga merupakan komen susulan ekoran Teguran Tun kepada Ahjibgor. Artikel dalam omputeh jadi saya buat ringkasan yang patut mengikut pemahaman saya -

FAKTA - BN tewas undi popular masa PRU13. Faham tak maksud tu ? Kalau tak faham biar saya tulis dalam bentuk lain - Majoriti rakyat Malaysia menolak BN sebagai kerajaan pada PRU13 dan BN masih kekal kerajaan atas faktor teknikal bukan atas faktor pilihan rakyat.

( hmmmm .... apa kata Zahid dengan perkara ini ? Rakyat tidak pilih Ahjibgor sebagai PM. Hanya rakyat Pekan yang pilih beliau sebagai MP dan rakyat yang menjadi ahli Umno yang pilih beliau sebagai Presiden parti seterusnya jadi PM. 

Tidak semua yang pilih BN atau Umno itu pilih Najib, ok ) Tapi kenapa pemimpin2 Umno terutamanya pak2 Menteri lagaknya macam perasan lebih ?

Satu lagi, Umno masih jadi kerajaan atas ihsan, saya ulang, ATAS IHSAN orang Melayu. Umno juga menang kerana undi Melayu kampung.


Perhatikanlah kerusi kawasan kampung atau bandar yang Umno banyak menang.

Sebab itulah Ahjibgor terus dengan transformasi Liberalnya .... konon nak dapatkan sokongan orang bandar, dan ini disokong kuat oleh KP Umno yang sememangnya ikon Melayu Liberal. Konon nak dapatkan sokongan generasi baru  ....

Ya, Umno akan dapat sokongan yang KUAT melalui transformasi Liberalnya. Malah ironinya, pemimpin2 Dap lah yang paling lantang menyokong dan menjadi pasukan sorak program Transformasi Ahjibgor.

Tapi memberi sokongan tidak semestinya memberi Undi !

Waktu sama dalam Ahjibgor terhegeh2 merayu sokongan kaum lain melalui Transformasi Liberalnya, pernahkah beliau terfikir pandangan orang Melayu yang telah memenangkan Umno ?

Tidakkah anda boleh lihat yang sentimen orang Melayu yang sebelum ini memberi ihsan kepada Umno ( yang membolehkan Umno terus kekal jadi kerajaan ) sudah mula mempersoalkan samada Umno masih lagi relevan kepada perjuangan bangsa ?

Dalam mengejar sokongan kaum lain, Umno bakal kehilangan Undi orang Melayu. Perhatikan semula gambarajah di atas ....

Apakah Umno dilihat sebagai PEMBELA kepada maruah orang Melayu yang mengundi Umno ( warna kuning ) ?

Dalam keadaan sekarang, apakah tidak mungkin bilangan kerusi Umno ( yang berwarna kuning ) itu bakal berkurangan dek protes orang Melayu ? 

Waktu sama, apakah anda yakin kehilangan undi orang Melayu yang protes itu dapat digantikan melalui sokongan yang Ahjibgor duk kejar itu ?

Bukannya menambah malah mengurangkan !

Dan sentimen ini tidak ada kaitan dengan keadaan PR yang juga dilihat semakin kucar kacir.  Apakah politik kita sekarang bergantung kepada parti mana yang lebih dibenci ? Sepatutnya rakyat memilih parti mana yang lebih baik.

Kenapa NGO seperti ISMA semakin mendapat tempat dihati orang Melayu ? Saya tidak kata ISMA menggantikan Umno tapi 'semakin mendapat tempat' . Bermakna ISMA semakin mendapat sokongan.... kerana orang Melayu melihat ISMA lebih relevan dalam mempertahankan maruah bangsa Melayu !

OK.... jangan lupa yang ISMA juga semakin ke arah menjadi sebuah parti politik. PRU13 ISMA bertanding atas tiket bebas, bagaimana kalau nanti ISMA mempunyai lambang mereka sendiri dan jelas tertera nama ISMA pada kertas undi ?

Ya, ISMA mungkin tidak akan bertanding dikawasan yang turut ditandingi Umno tapi bagaimana dengan kawasan2 yang wakili calon rakan2 Umno yang bukan Islam ? Tidakkah itu bakal mengurangkan undi orang Melayu kepada BN ?

Bagaimana jika muncul lagi parti alternatif Melayu lain nanti ? Ya, Umno tetap akan dapat undi terbanyak dari orang Melayu tapi tidakkah akan ada sedikit sebanyak pengurangan ? Perlukah diulangi yang Umno tidak mendapat undi majoriti dan sebarang pengurangan undi sedia ada akan hanya menambahkan masalah kepada Umno.

Seperti biasa, pemimpin2 Umno akan perlekehkan perkara ini ....

                           *********************

Kita sering persendakan PakLah selaku PM, kan ? Nah, sekarang Tun Mahathir kata prestasi Ahjibgor LEBIH TERUK dari Paklah !

Anda sendiri boleh bayangkan tahap kekecewaan Tun terhadap Najib melalui kata2nya itu .....

Baca juga komen ZAMKATA yang mengkritik keras tindakan Najib menghapuskan ISA ....

Menghapuskan ISA adalah suatu kesilapan besar Najib untuk mencari popularti di kalangan antarabangsa terutamanya Amerika Syarikat dan kuasa Barat ketika rakyat mengharapkan beliau akan membina semula keruntuhan dasar dasar suci negara kerana kemurahan hati  Abdullah Badawi setelah dibina oleh Tun Abdul Razak  dengan air mata dan darah dan  disokong kuat oleh Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail demi untuk keselamatan negara dan juga untuk  menyelamatkan MCA dari anasir komunis dan cauvanis( Lihat buku Tun Ismail The Reluctan Politician)

Suatu hal yag mengemparkan negara dan mengecewakan sebahagian besar rakyat, Najib bukan membina diatas keruntuhan tetapi beliau menghancurkan batu bata keruntuhan menjadi serpihan yang membuka peluang kepada pihak anti nasional  untuk menghina dan memperkecilkan Perlembagaan Persekutuan yang telah dimantapkan oleh ISA.


Saya percaya orang2 disekeliling Ahjibgor berusaha menyanggah teguran Tun dan saya juga tidak menolak sekiranya ada 'arahan' yang mengekang komen2 pro Mahathir dikalangan para bloggers pro Umno.

Semua itu samalah dengan contoh yang diberi oleh Tun melalui artikel Menegur. Para penasihat yang terus mengaburi mata raja dari melihat kenyataan yang dirinya itu dalam keadaan memalukan ( ditolak oleh rakyat ).

Seperti mana kita lebih mengutamakan Umno dari pemimpinnya, begitu juga dalam konteks yang lebih luas, saya lebih mengutamakan Melayu dari Umno. Dan itulah perjuangan saya ..

PS - Jangan lupa KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib!

Share this article :

+ comments + 36 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:00 PM

Kalau dia ikut darjah carta...trendnya bn akan kalah pada pru14...itu pun kalo najib sedar lah...

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 8:02 PM

@AnonymousYa, atas sebab itu yang kita bising.

Najib tak penting ... kita cuma tak mahu Umno jadi pembangkang lepas PRU14

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:03 PM

Saya setuju pandangan anda 200%!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:09 PM

masalahnya tuan,kalau najib turun,siapa pulak nak ganti?umno bukannya ada lambakan pemimpin melayu hebat.kj asyik dgn program syok
sendiri aje..mandi ais ler...ikon melayu
liberal.apa halatuju belia melayu nak dibawanya.kj pun ada penyakit sama mcm dapster hannah yeoh...raja dan permaisuri twitter.

so tuan,tlg cadangkan pemimpin umno lain sbg pm...zahid hamidi pun dah layu tiba2

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:19 PM

Minta minta lepas teguran olih Tun M ini akan membuka minda PM untuk kembali mendengar nasihat dari Jabatan perisikan dikiri dan kanan beliau..jangan nak ikut pendapat sendiri saja. Kalau dirasakan teguran ini adalah suatu yang bermunafaat ikutlah dan perbetulkan apa yang tidak lurus dalam kabinet terutama Menteri menteri yang dilantik...jangan berpuas hati dan ingin menunjuk lagak bahawa kamu tidak bolih ditumbangkan. Ingat, pemimpin datang dan pergi tetapi UMNO tetap akan KEKAL...Jangan sampai rakyat yang selama ini menyokong UMNO akan berpaling tadah untuk mengajar kamu erti kesetiaan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 8:25 PM

@AnonymousInsyaAllah, akan muncul penggantinya.

Pendirian saya senang, adalah lebih baik memilih jalan yang kita tidak pasti laluannya kemana daripada memilih jalan yang kita sudah PASTI bawa kehancuran.

Jalan yang tidak pasti itu masih punya harapan ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:28 PM

Bagi sy padangan sebagai anak muda yg cintakan perjuangan alif ba ta telah lama mermehatikan dasar2 yg telah dibawa oleh DSN dimana akhirnya dasar transformasi yg dibawa oleh beliau memakan diri beliau kembali..sy tidak salah kan beliau 100% tetapi sebagai seorg ketua beliau perlu bijak membuat segala keputusan yg dicadangkan..tetapi DSN amat lemah dlm membuat keputusan. Sy yg membawa segelintir suara anak muda sebenarnya tercari2 identiti seorg perjuang bangsa tetapi laluan itu telah di LIBERALKAN oleh 'pakar-pakar' DSN..oleh itu ramai anak muda yg mempunyai sifat ektrimis mula mencari laluan yg menjurus kepada perjuangan yg ektrimis tetapi bukan perjuangan bangsa..lihat pemimpin yg dahulu mereka konsisten dgn perjuangan bangsa mereka jd anak muda mencari pemimpin begitu..tetapi hari ini perjuangan bangsa hanya pada persidangan....DSN wake up..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 8:55 PM

salam,
bro din, bro din, ah jib gor tu dah macam lim guan eng. dalam umno kalu nak lihat lim guan eng, lihat ah jib gor. apa yang serupa tu? tokong. kedua-duanya macam tokong. tu yang ahli umno dok pertahan tu. tokong pasir, kalu sentuh habis roboh. ahli umno dok kata kat guan eng, tak nampak kat pemimpin sendiri. saya pun ahli umno gak, mak bapak abang kakak semua ahli umno dan bapak pernah pegang jawatan sehingga ke bahagian dan sekarang abang pulak. tapi kita sayang ke parti, bukan pemimpin. ahli umno yang dok boleh mengundi telah dibrain wash bahawa tiada pemimpin lain selain ah jib gor yang terbaik untuk umno pada waktu sekarang. tu yang tak wujud tentangan. playsafe bro. playsafe.

ada ka patut buat perbandingan dengan tdm. jauh beza tu. tak serupa langsung. tdm penuh dengan tentangan. ah jib gor semua laluan mudah. sampai nak perintah negara pun nak mudah. guna ko syaitan dan punahsihat. memang patut la kena tegur. semua yang dok sokong ni tak baca sejarah bro. dulu pun tdm ada cakap suruh kritik dan beritahu kelemahan dia. bagi tdm, pujian boleh melemahkan pemimpin dan kritikan boleh menguatkan pemimpin. tu yg tdm tak kisah orang kritik dia. asalkan dia rasa betul, dia buat. kalu tak betul, sila beri fakta, bukan cakap kosong. tu yang tak ada orang kritik pasal tak ada fakta sokongan. masih ingat lagi bila ulama kritik asn pada awal penubuhan, tun kata sila beri cadangan dan apa buruk asn. bila kata ada saham tak halal, maka asn menubuhkan unit syariah dan tahun berikutnya saham yang tak halal dikeluarkan daripada saham asn.

ingat lagi bila pengganti membatalkan projek yang telah dirancang dan segala tindakan yang sedang dan akan berjalan. berbagai hujah untuk menguatkan tindakan tersebut. apa kata tdm, semua tu dibuat dengan keputusan kabinet, bukan pm seorang. kalu tak setuju, kenapa semasa dalam kabinet tidak bangkitkan. cadangan pm bukan satu yang perlu diikuti kalu ianya bercanggah dengan harapan rakyat. tapi kabinet tak mampu nak berhujah dan beri fakta. jadi ikut sahaja. macam mana mereka penyokong ah jib gor boleh membuat perbandingan antara pm. walaupun keadaan tak sama, tapi pemerintahan sama ajer. kena pandai menggunakan situasi. kalu tidak sejarah akan berulang, dan sejarah baru akan bermula.

sayangi parti, negara, agama dan bangsa sebelum pemimpin. lihat apa yang tdm tegur. itu semua dah dikritik terlebih dahulu oleh bro din dan ramai blogger lagi. cuma teguran tdm tu macam mercun bola. kritikan blogger bunyi macam mercun bawang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:29 PM

Ahjib Gor tak suka bila sebut melayu atau islam sebab dilihat sebagai extremis. Kalau disebut cina dia suka, tidak ekstremis. Contoh nama dia sudah lah-kenapa tak ditukar ke Pak Najib supaya dekat dengan orang Melayu. PRU akan datang diharap ISMA dan PERKASA akan meletakkan calun sebagai alternatif kepada UMNO. Sekurang-kurangnya bangsa dan agama dijamin terpelihara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:50 PM

Tujuan Tun KRITIK supaya BN tidak hilang undi Melayu dan Bumiputra pula setelah CONFIRM hilang undi CINA. Bodoh punya Najib

Antihipokrit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 9:56 PM

Bro din, teruskan menulis.. sy yakin hasil penulisan bro yg konsisten pasti akan mberikan satu impak yg besar kpd pemimpin umno skrg..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 10:17 PM

Ganti dgn muhyidin lerr.sapa lagi..bini dia low profile..tak pernah dengar bini dia byk songeh..muhyidin ni aku tengok dulu dia lebih ultra melayu..tapi utk berlaku adil pd najib,rosman pun dah byk kurang limelight nya..mungkin najib blh terima teguran gak..berdoa la moga dia ambil teguran ayahanda tun dgn berlapang dada..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 10:25 PM

Bro... Ku nan kata tun m boleh pi jumpa presiden@naib@s/u umno untuk tegur.... Itu tun m.... Mcm mana kita... Sapa kita nak jumpa.. Sekarang semua pemimpin umno beraja di mata bersultan dihati...kita rakyat melayu yang akan mampuih duly...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 10:51 PM

Setakat ini blh dijangka >70% akan tumbang..

Itulah..gila populariti sangat. Nak jaga hati org lain sangat..sedangkan penyokong setia dibiarkan memendam rasa..

Lepas ni..rasakan pula TSUNAMI MELAYU BUMIPUTERA..tetapi pembodek dikecualikan. Mereka semua tu lebih pentingkan perut yg buncit dengan menjilat dan membodek..

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2014 at 11:01 PM

Ok kalau ahjib tak mahu berundur,biar dia terus jadi pm.Bukan senang nak suruh mamat muka toya ni letak jawatan.Tapi ada syaratnya...

Kerajaan hendaklah mewujudkan satu jawatan khas menteri penasihat/mentor secara rasmi yang setaraf dengan mursyidul am kalau dalam parti pas atau ketua umum(ketum)kalau dalam pkr.Atau lebih mudah lagi setaraf dengan menteri mentor s'pora lee kuan yew.Disebabkan pembangkang sangat rapat dan syok dengan s'pora sepatutnya kewujudan jawatan ini perlu disokong sebulat suara.

Jawatan ini adalah jawatan seumur hidup dan orang yg paling layak untuk itu sudah tentulah tun m sendiri.Faktor umur dan kesihatan tidak menjadi isu sangat rasanya kerana menteri ini tidaklah perlu bekerja keras seperti pm,cuma berperanan sebagai pemantau dan penasihat kerajaan.

Kenapa perlu ada jawatan rasmi?Supaya nasihat dan teguran menteri mentor 'diambilkira' oleh kerajaan dan tidak berani diperlekehkan oleh pembodek2 cari makan di sekeliling pm mahupun oleh pm sendiri.Tugas menteri mentor lebih seperti di belakang tabir tapi sangat berpengaruh atau sekurang2nya dapat mengimbangi dari monopoli kuasa pm seorang.Sekurang2nya juga kerajaan tidak berani sesuka hati bertindak di luar landasan.

Rakyat terutama orang Melayu akan senang hati dan lebih yakin kepada parti pemerintah kerana tahu kerajaan sentiasa diawasi oleh 'godfather' yg tahu ke arah mana negara mahu dibawa.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
August 21, 2014 at 11:26 PM

Aku nak sentuh sikit tentang komen bro Din tentang pengganti Najib. Kalau dari dalam UMNO, memang tak ada. Semua yang pegang jawatan dalam UMNO sekarang dah tahap kritikal sikap korup mereka. Kalau Najib turun, penggantinya dari kalangan UMNO sendiri akan lebih teruk sikap dan perangainya. Mustahil Najib dapat bermaharajalela melakukan pelbagai tindakan yang memudaratkan UMNO sekiranya ada pemimpin UMNO yang menentangnya. Pak Lah dulu dapat dijatuhkan kerana dia tahu kita menentangnya dan sokongan kita adalah pada Najib ketika itu. Situasi sekarang amat berbeza. Najib tahu kita menentangnya tetapi kita tidak mempunyai calon sebagai pengganti. Tiadanya calon maka hilanglah tentangan terhadap kekuasaan Najib.

Dapatkah kita menamakan seseorang dari kalangan pemimpin UMNO yang sedia ada ini untuk menggantikan Najib? Bolehkah Muhyiddin kita nobatkan sebagai presiden UMNO yang baru? Mengapa Muhyiddin duduk menyepi dikala Najib bebas menghancurkan UMNO? Tidakkah dia sayang kepada UMNO dan ahli-ahlinya? Kalau sayang, kenapa tidak bangun menentang Najib. Adakah sayang beliau hanya kepada jawatan saja tetapi bukan kepada parti?

Siapa lagi selepas Muhyiddin - menteri KDN? Sepupu Najib? Shafie Apdal? Menteri Cap Ayam? Menantu Pak Lah? Menteri Wilayah? Jurucakap GST? Ketua Pemandu (bukan Islam tapi masih layak sebab bumiputera)? Menteri Pelancongan? Bukankah semua yang tersenarai ni dah merupakan warlords yang menguasai UMNO. Tidakkah tindak-tanduk mereka ni seumpama lembu dicucuk hidung - ikut saja kemana ditarik tanpa membantah. Pengecualian mungkin boleh diberikan kepada ketua Pemandu sebab dia tidak bersikap seperti lembu dicucuk hidung. Dia ni umpama tuan punya kandang manakala Najib ibarat penjaga kandang lembu. Itu sebab bila tokeh kandang lembu suruh buat sesuatu, jaga akan ikut sambil tarik tali yang dah dicucuk ke hidung lembu.

Maaf sebab tulis panjang-panjang sangat. Kalau dilayan kemarahan aku kepada Najib dan UMNO, tuan punya blog pon tak cukup ruangan nak menulis. Terlampau banyak. Sebagai penutup, UMNO sekarang ibarat pengidap barah yang hanya menanti tibanya saat kematian. Hanya Najib sendiri yang dapat menyelamatkan UMNO - itu pon kalau dia makan ubat dan terima nasihat yang diberikan tuan doktor yang amat kita sayangi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2014 at 11:55 PM

tak sabar rasanya nak hadapi pilihan raya 14...wahai pemimpin umno adakah anda tahu bahawa kami orang melayu yang menyokong anda sewaktu pilihanraya 13 disebabkan anda umno?!!!maaf langsung tidak benar sama sekali...kami menyokong anda kerana tiada pilihan lain...jika dilihat kesan menyokong pembangkang dan kerajaan hasilnya tetap sama...cuma mudarat yang dilakukan daripada umno lambat sedikit berbanding pembangkang....sifat liberal dan orang yang selalu mandi ais berbeza dengan sifat orang yang memendam rasa!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 12:03 AM

Bro din....ngape fb Melayu protes najib lembab sgt wp dah berbulan rasanya....baru terima 306 like....MACAM X JALAN JEA.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2014 at 12:08 AM

@AnonymousOrang takut boleh trace siapa yang like kot .....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 12:34 AM

Aku yang jadi ahli umno seumor hidup pun dah meluat tengok pemimpin umno. Apa yang kita dapat sebagai ahli umno?. Kaum lain yang terang terangan menentang umno biasanya mendapat faedah yang lebih baik dari kita.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2014 at 4:30 AM

Najib xubah macam cerita Anakku Sazali.. Merosakkan rakyat dan menodai kepercayaan rakyat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 5:43 AM

UMNO perlu di-formatkan atau di-deletekan terus.

Tun M pilih untuk di-formatkan. Saya pilih untuk di-formatkan. Tak tahu pula saudara-saudari sekelian.


....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 6:52 AM

Tak perlu risau untuk mendapatkan sokongan orang2 kampung pasal nanti bila PRU14 dah semakin hampir, barulah beri bantuan mana yang patut. Memandangkan sekarang ni PRU14 jauh lagi, keutamaan UMNO adalah kepada meraih sokongan dari penduduk bandar. Sebab tulah aku bengang, kerana yang penduduk kampung sepatutnya diberi lebih perhatian kerana rata-ratanya masih mempunyai pendapatan yang rendah. Contoh yang paling jelas ialah penoreh getah yang terjejas akibat penurunan harga getah. Apakah dengan bantuan RM500 cukup untuk menampung keperluan hidup selama setahun ? Harus diingatkan bahawa orang kampung adalah penyumbang terbesar kemenangan BN dalam PRU yang lalu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2014 at 8:39 AM

Melayu mabuk ketum berbanding mabuk johnnie walker jauh berbeza :-

1. Mabuk ketum, tenaga bertambah buat kerja gila-gila tidak tidur! Paling tidak ketum memang 'uumph' tempatan.

2. Mabuk johnnie walker, merepek terus cakap oghang putih, semua dia boleh buat, mandi ais pun takpe, tidur tepi longkang tepi jalan jadi biasa, akhir nya 'gedebum' berdengkur tidak peduli di mana apa jua terjadi. Esok nya kepala sakit berdengung langsung tidak boleh buat kerja ! Biasa nya malam berikut 'berparti' yang sama... duniaku syurga ku !

Nota : Mabuk beer lain sikit. Raja ke, Ketua ke, ibu bapak ke, di akan 'tebas' belaka bila dah 'high'... mabuk ni dia tidak banyak cakap omputih. Tapi semua bahasa otomatik dia fasih ! Kalau cerita pasal politik, semua tiang bendera hendak di bakar nya !

Moral nya DT : Tidak kira mabuk apa, semua nya berdosa. Bila mabuk, semua akan tepuk dada.. maklumlah syaitan sudah berkuasa. Yang hina dina, buruk bencana akan di lihat dan di nobat jadi terbaik belaka. Bila sudah tersedar, ketawa terbahak-bahak, ulangi semula (willie nelson ada lagu ni) tanpa menyesali perbuatan yang sia-sia...

Jadi Tun M bersuara agak nya di dengar atau di tertawakan ?

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
August 22, 2014 at 8:58 AM

Macam ni la..jika kita nak tahu ajib adalah seorang pemimpin yang betul2 berkaliber dan tidak gagal..beliau akan menerima teguran dengan HATI TERBUKA. Beliau AKAN memperbaiki pentadbiran dan membuat TRANSFORMASI YANG SEBENAR2NYA dengan menghapuskan golongan2 parasit di sekeliling beliau. Itupun jika beliau benar2 boleh dipanggil pemimpin la..

Jika masih blur...masih keep mum...masih buat dono...masih lembik..masih gila populariti..masih nak melawan teguran seorang mantan PM yang sudah tentu LEBIH BERPENGALAMAN daripada beliau...malah jika beliau hanya membiarkan para pembodek dan penjilat terus memuji dan memuja..maka terbuktilah beliau memang seorang yang gagal..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 3:50 PM

Semua yang menentang UMNO hendakkan sesuatu....kecewa kononnya. Tetapi bangsa Cina cari sendiri, walau apa cara pun. Itu lah MELAYU NAMANYA. Tak dapat sekali saja, sudah melalut... Fikir-fikirkan la.... Siapa pun duduk diatas sebagai PM tetap menjadi masalah.... bukan nak bodek najib pulak. Tapi itu lah hakikatnya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2014 at 5:03 PM

@Anonymous"Semua yang menentang UMNO hendakkan sesuatu" .... saudara rasa saya hendakkan apa ? :))

Yang menyokong pula, tak hendak sesuatu ?

Jangan samakan orang lain dengan diri saudara, ok.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 5:05 PM

Orang Melayu makin nazak, liberal dgn komunis makin galak.. ni kenyataan die bro din.. TSMY pun dah ckp "I'm tired".. tiga naib presiden sume orang najib.. MT sume orang najib.. ketua pemuda mandi ais.. najib dah bina outer wall utk protect dia dlm UMNO.. nak pecahkan dinding tu? saya pikir Tun M pun payah nak penetrate..

....................
Reply To This Comment ...................
IdrisMdIsa
August 22, 2014 at 5:44 PM

UMNO & PAS, dua2 dah tak boleh harap langsung. Kita perlu ada 3rd force untuk membela Islam/Muslim. lupakan lah UMNO dan PAS. Masa dah berlalu, zaman pun dah berubah. UMNO dan PAS pun dah berubah tetapi berubah kearah JAHANAM!

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2014 at 6:04 PM

Sekadar nak ulangi mengenai ETIKA BERKOMEN di sini -

Jangan guna perkataan mencarut, makihamun, lucah dan menghina sesiapa baik musuh maupun kawan KECUALI saya mulakan dulu dalam artikel :)

Jangan lari dari topik artikel ... saya akan gunakan budi bicara sendiri untuk buat penilaian.

Tak nak ikut etika pun tak per, tapi sia2 je menulis kalau saya tak siarkan ..

TerimaKasih !



....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
August 22, 2014 at 6:07 PM

Maaf saudara anon 3:50pm

Memang saya BERKEHENDAKKAN SESUATU dari ajib dan umno.

Saya hendak negara yg maju dan aman..tiada isu2 sensitif..
Saya mahu ajib TERSEDAR DARI MIMPI SYOK SENDIRINYA.
Saya ingin ajib jadi PM YANG BERKALIBER.
Saya nak sangat ajib jadi PRESIDEN UMNO YANG GAGAH MENJAGA HAK2 MELAYU BUMIPUTERA.
Saya hendak ajib jadi pm yang sehebat dan sebijak Tun M..

Adakah salah kehendak itu?
Adakah ajib dan umno sedang buat seperti apa yang saya kehendaki? Tidak..sebab itulah rakyat seperti saya terus2an mencemuh ajib dan umno. Sekian

....................
Reply To This Comment ...................
umnosokmo
August 22, 2014 at 8:44 PM

Ya aku menentang pemimpin umno yang lembik macam agar2 terlebih air.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 22, 2014 at 11:14 PM

kalu tengok kepada konvensyen pkr, nampak gayanya, ah jib gor terus lena dibuai mimpi indah oleh orang dikelilingnya. mesti nyanyian pkr tak dapat sambutan, orang dah tak mau kat aljuburi dan sebagainya. tapi bila undi semasa prk, banyak jer undi untuk pkr. kenapa yer. ceramah tak ramai yang pi kecuali ahli pas jer yang minat. mungkin menjadi hiburan bila dengar ceramah. ceramah bn ramai, semua orang dah kembali sokong bn, cerah untuk menang, tapi bila undi kurang daripada ceramah. mungkin kehadiran tu untuk tunjuk kepada ah jib gor orang suka kat dia.

teringat satu kisah, di mana anggota tentera dipaksa untuk pergi ke satu majlis bagi meramaikan kehadiran. ah jib gor dibawa meronda kawasan, satu pihak lagi mengumpul orang ramai. bila dah penuh, maka barulah ah jib gor dibawa ke majlis tersebut. kisah benar di kuantan sebelum pru13.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2014 at 11:46 PM

Lapuk ? Bagi selepuk je !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 9:31 AM

Pru 14...aq takan p ngundi kecuali isma perkasa ada calon dcitu titik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2014 at 10:52 AM

Aku tengok TOK PA sahaja yang Ada kredibiliti sbg PERDANA MENTRI selepas TAN SRI MUHYIDDIN.
Yang lain HANCUR......dah lah KETUA PEMUDA gila glamour Liberal..

Post a Comment