........... "Bukan Pas Yang Tolak, Tapi Sultan ..." Khalid Samad Dan Pemimpin Pas Bacul Cuba Berselindung Di Sebalik Nama Sultan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

"Bukan Pas Yang Tolak, Tapi Sultan ..." Khalid Samad Dan Pemimpin Pas Bacul Cuba Berselindung Di Sebalik Nama Sultan !

Monday, August 18, 20146comments

Saya pesan dah .... jangan bagi mamat ni bercakap atau komen apa2 berkaitan isu MB Selangor lebih2 lagi yang berkaitan dengan Sultan Selangor. 

Kemurkaan yang di luahkan oleh Sultan terhadap mamat ni secara direct dan di khalayak ramai masih lagi baru. Pas maupun PR pula langsung tidak menunjukkan hormat dengan tidak mengenakan sebarang tindakan atau kata amaran terhadap beliau sebagai respon.

Ni sekali lagi mamat ni bersuara, kali ni mengenai keputusan PR yang hanya akan menyerahkan satu nama saja iaitu bini Anwar kepada Sultan untuk dipertimbangkan sebagai ganti MB Selangor.


"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah
 
"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan,"- Mkini.

Lain macam jer bunyinya .... Bunyi macam nak letakkan kesalahan atau kemarahan rakyat ( yang menjadi ahli Pas ) di atas bahu Sultan pulak ?

Khalid dah boleh nampak akan kemungkinan ada ahli Pas yang tidak puas hati dengan keputusan PR tidak mencalonkan nama selain bini Anwar sebagaimana yang dipersetujui oleh Pas sebelum itu dan melalui kenyataannya di atas, jelas yang beliau mahu mengalihkan tanggungjawab pemimpin Pas kepada ahlinya, ke atas bahu Sultan !

Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan

Pemimpin Pas bacul ! Mereka tidak sanggup berkeras mempertahankan pendirian dan maruah Pas di kalangan kepimpinan PR dengan menuntut dua nama dicalonkan. Mereka lebih rela menggunakan pengaruh Sultan  .... dengan kata lain, pemimpin Pas sudah bercadang untuk menangguk di air keruh hasil jangkaan mereka yang Sultan akan menolak nama bini Anwar.

Mengikut jangkaan Khalid, selepas Sultan tolak nama bini Anwar nanti, tidak timbullah sebarang masalah yang perlu Pas tangani untuk mencalonkan nama orang lain sebagai calon MB. 

Sebab bukan Pas yang tolak tapi Sultan...

PS - Perancangan ke hadapan dengan memanipulasikan jangkaan kita adalah normal bagi para strategis tapi perlukah diberitahu umum ? Apatah lagi pihak yang mahu dimanipulasikan itu adalah Sultan !

bukan Pas yang tolak tapi Sultan ...


Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 10:52 AM

Cakap ajerlah straight to the point yang ko memang tak suka kat Jijah sejak dari mula lagi. Kot iye pon tak berkenan ngan Jijah, apasal ko calonkan Azmin pulak. Dah takde nama lain ke selain Azmin ? Kita sebenarnya dah boleh agak yang Sultan gerenti reject Jijah dan Azmin sekaligus kerana kedua-duanya bukan anak Selangor. Persoalannya, takkan Nuar nak paksa Sultan pulak supaya terima Jijah. Jalan keluar terbaik dan penamat bagi kemelut sebegini ialah bubarkan DUN. Biar semua pihak puashati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 12:21 PM

Baik calonkan abg si azmin tu aje.. amboi amboi amboi.... biar dia carut satu dewan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 12:33 PM

Hmm...penyokong pas pun ada yang tak hormat sultan hina sultan...ni tmbah2 pemimpin...lgi apa pun tak boleh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 3:44 PM

Bubarkan saja DUN dan biar rakyat selangor menentukan nasib mereka sendiri..yg penting tiada campur tangan rakyat negeri lain yg bercita cita nak jadikan selangor tempat menjadikan mereka anak beranak kaya..paham paham jer la

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2014 at 4:29 PM

IC Jijah Kipas kod 17... dia cuma bertaraf PR, boleh ker jadi MB/

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 6:45 PM

kalau bubar DUN pun, mentaliti rakyat Selangor tetap pilih PR lagi.....maklumla rakyat selangor bodo bodo belaka.....otak letak kat lutut.....tak caya...???? bubar and see la.....how poor their mentality.....

Post a Comment