Boikot Jangan Tak Boikot !

Thursday, August 7, 20148comments

Sekadar berkongsi satu pendirian seorang pemboikot produk Zionis yang saya ambil dari komen di artikel sebelum ini -

Aku boikot sebab ada alternatif lain. Cthnya macam McD dan Starbuck, boleh diganti dengan produk buatan muslim. Tapi untuk komputer, laptop, intel atau apa jua produk buatan yahudi yang masih belum mampu dibuat oleh orang Islam, aku tak boikot. Facebook, walaupun aku tak boikot, tapi aku gunakan ciptaan yahudi tu untuk menyebarkan protes terhadap rejim zionis. Aku hanya boikot mengikut kemampuan. 

Walaupun apa yang aku lakukan itu nampak kecil tapi kesannya tetap ada. Kepada sesiapa yang mengatakan kenapa tak boikot semua. Saya percaya ianya pasti akan direalisasikan pada masa akan datang jika umat Islam menjadi pencipta dalam bidang teknologi, kejuruteraan dan IT.


Satu perkara menarik yang saya perasan berlaku -  Kali ini tindakan Boikot Produk Zionis lain macam sikit berbanding yang lepas2. Kali ini lebih tersebar dan lebih bersemangat para pemboikot. 

Mungkin kerana sekarang wujud aplikasi komunikasi canggih yang memudahkan penyebaran maklumat ....

Disamping mereka yang terus bersemangat memboikot mengikut kapasiti dan citarasa masing2, begitu juga, terdapat mereka yang terus bersemangat mengkritik dan memperlekehkan usaha boikot itu. Hehehehe ...

Oya, dengar khabar esok akan diadakan satu demo didepan sebuah restoran makanan segera terkenal di Kuala Terengganu, saya harap tidak berulang sebarang insiden yang tidak diingini sepertimana berlaku di Dungun baru ni.

Boikot dan Berdemo Boikot adalah dua perkara yang berlainan.

Share this article :

+ comments + 8 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 9:15 AM

pekerja2 McD sudah tentu rasa lega sebab bilangan pelanggan berkurangan. tak la sibuk memanjang. boleh rehat. hihi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 9:16 AM

Dulukala, Brunai reject ayam mcd dan sejak tu aku da tak selera nk makan mcd. 2 ke 3 tahun lepas pulak aku berkenalan dgn mamat ???? dari Singapore yg bekal perencah/perasa mcd, kfc dan beberapa restoran popular. Kilang dia kat jln kuari cheras. Dan sejak tu aku bertambah tak selera nak makan mcd, kfc dan Otwc. Bab teknologi rekaan yahudi aku tak tolak melainkan ada pilihan lain, yg penting kita guna utk kebaikan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 9:38 AM

masa di US dulu pernah ditanya oleh sorang cikgu dalam kelas siapa yang boleh buat burger yang lebih sedap drpd McD? semua pelajar angkat tangan dan mengaku boleh buat burger yang lagi sedap drpd McD. lepas tu cikgu tu tanya balik, habis tu kenapa McD lagi kaya dari kamu semua? moral of the story : umat islam terutama orang melayu perlu ambil kesempatan daripada boikot ini untuk menawarkan produk/servis yang setanding bahkan lebih hebat daripada yang dikeluarkan Israel dan Negara barat. sebagai contoh McD ni bukannya sedap sangat pun burger mereka buat tapi sebab servis yang cepat, ada drive thru, tempat main kanak2 dan mainan bila beli sesetengah makanan mereka berjaya capture market yang besar. manakala pemboikot juga perlu promosi produk2 alternative keluaran melayu/islam supaya produk pengganti tu akan jadi cara dan gaya hidup baru kepada penyokong2 boikot ini. kalau tak boikot ni takkan ke mana sebab pada akhirnya pengguna akan cari produk dan servis terbaik untuk kelangsungan hidup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 10:57 AM

satu je bro din,

kita nampak masyarakat bukan islam dan barat seperti lebih bersungguh2 dan lebih berkesan memboikot israel. Isu kali ni baru kita nampak perbezaan.

sebelum ini ketika hanya masyarakat islam memboikot kita tidak nampak kesan atau usaha yg affective seperti ketika ini.

adakah kita hanya hangat2 tahi ayam ? atau seperti typical msian kita ni hanya bermusim.

kadang2 sebagai muslim malu tgk negara seperti ireland, spain dan norway dan brazil.

kita x pernah seperti warga UK memboikot brg israel di supermarket. x pernah sekali pn. mereka hanya boikot serangan israel kali ini saja itu pn usaha mereka mengalahkan boikot bermusim kita setiap kali gaza diserang.

apa jadi dgn umat islam sekarang ni? setidak2nya kita muslim di malaysia sepatutnya lebih dr negara2 arab yg x guna seduit tu.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 11:02 AM

Marilah kita majukan ekonomi orang Islam dengan mewujudkan lebih banyak lagi produk gantian atau produk alternatif supaya kita mempunyai pilihan yang lain. Kebanyakan makanan segera seperti burger, ayam goreng dan pizza masih boleh dibuat oleh orang kita sendiri. Begitu jugak dengan coca-cola dan starbuck coffee pon ada alternatifnya. Semuanya ada. Malahan, sesetengahnya ada yang rasanya sebijik macam produk francise asing. Apa yang kita perlu buat adalah dengan menyokong produk tempatan dan menolak produk francais luar negara yang mempunyai kaitan dengan US dan Israel.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 11:19 AM

Hujah yg tepat..
Selalunya kita pilih sesuatu produk sbb :
1. Cepat dn cekap (fast and efficient service)
2. Mudah dn menyenangkan (convenient)
3. Rasa dn cost effective (harga sepadan dgn rasa=berbaloi).

So ushawan Melayu dn bumiputera, grab this opportunity quickly to improve all 3 criteria above. InsyaAllah, market yg besar sedang menanti anda.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 1:47 PM

Kita boleh berubah kepada mc ramly hebat x?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2014 at 2:56 PM

Orang Islam/Melayu ni selalunya menjadi lidi aje. Alangkah bagus dan hebatnya kalau kita jadi penyapu.


Joe

Post a Comment