........... Bila Lagi Kerajaan Nak Kaji Impak Sekolah Vernakular Kepada Masalah Perkauman ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Lagi Kerajaan Nak Kaji Impak Sekolah Vernakular Kepada Masalah Perkauman ?

Wednesday, August 6, 201411comments

Sekian banyak isu2 perkauman yang timbul dan jari2 menuding ke sana sini mencari siapa yang memulakan provokasi, kenapa tidak kerajaan kaji PUNCA sebenar masalah ?

Perasaan tidak puashati yang sekian lama membuak2 dalam hati mungkin saja meletus melalui provokasi bodoh.... Yang sibuk diperdebatkan adalah provokasi itu - siapa yang mulakan, tahap sensitifnya bla bla bla,  padahal ia tidak lebih hanyalah satu catalyst atau pemangkin yang membuka luas limpahan ketidakpuasanhati yang terpendam selama ini.

Catalyst atau pemangkin itu mungkin satu perkara yang bodoh jer, tidak signifikan atau sebenarnya tidaklah sebesar mana untuk menjadi punca perbalahan kaum. Dalam keadaan biasa, bagi orang yang tenang dan tidak punya sebarang prejudis dalam hatinya, catalyst atau pemangkin itu bisa saja dibalas dengan senyuman, atau sekadar gelengan kepala.

Tapi bilamana hati sudah tepu dengan kebencian dan ketidakpuasanhati, sebarang bentuk tindakan yang tidak kena pada tempatnya, walaupun kecil akan dianggap sebagai satu bentuk provokasi.

Apa yang penting dikaji adalah - Apakah penyebab ketidakpuasan hati itu ?

Dalam konteks isu perkauman, pastinya penyebabnya juga bertitik tolak dari isu kaum. Secara ringkasnya, ketidakfahaman wujud sehingga menghalang toleransi antara kaum.

Selagi perhatian kita tertumpu pada catalyst atau pemangkin, selagi itulah masalah perkauman ini tidak akan selesai. Kerana punca utama masalah tidak ditangani.

Secara mudah juga saya simpulkan punca masalah adalah kerana rakyat tidak diajar sedari kecil untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pelbagai kaum. Pergaulan antara kaum terhad, dan dengan wujudnya pelbagai budaya dan bahasa yang diraikan perbezaannya tanpa sebarang usaha berkesan mewujudkan SATU ikatan kebersamaan ( Satu Bahasa ), pengasingan ini akan terus dibawa sehingga dewasa.

Mana mungkin wujud persefahaman kalau tidak ada pergaulan terlebih dahulu ?

Untuk kesekian kalinya, saya harap kerajaan dapat melakukan satu kajian telus mengenai impak kewujudan sekolah dwi sistem ( kebangsaan dan vernakular ) terhadap perpaduan antara kaum.

Ambillah apa yang terbaik dari mana2 sistem pendidikan dan SATUkanlah dibawah SATU bumbung supaya rakyat dapat mengenali antara kaum sedari kecil.

Tidak ada maknanya kecemerlangan atau kemajuan pencapaian ekonomi negara jika rakyatnya sering berbalah antara kaum ...... negara bakal menuju kehancuran.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2014 at 12:24 PM

Betul sekali DT.

Penubuhan Suruhanjaya perlu menangani masaalah Agama, Perkauman, Pendidikan dan Ekonomi. Pernah kita cadangkan kerana undang-undang terbaik sudah di lupuskan secara membuta tuli, sehingga ke peringkat Darurat dan Kuasa Menteri Pelajaran.

Jika kuasa-kuasa yang di pilih( PRU) tidak lagi boleh membuat keputusan, siapakah yang layak ? Demi itu kita perlukan satu Badan Tertinggi membantu membuat keputusan penting di samping Parlimen berfungsi merealisasikan keluhan rakyat yang sepatut nya di bela ! Bukan di dera dan di hukum kepada kesalahan yang tidak menjadi kesalahan pun ! Manakala pihak lain gembira sakan, lepas bebas dan terus menerus memainkan sentimen penghinaan, caci maki berbagai.

Undang- undang mesti adil, tidak memilih bulu. Di Malaysia, sungguh patetik ! Itu kenapa 'amuk' amat sinonim melayu kerana di tekan terus bersabar dan bersabar tanpa hasil logik dari pihak berwajib ! Tolong lah ! Agama dan Bangsa itu tonggak kekuatan Ummah demi mempertahankan Negara tumpah darah.

Maka Gomen kena menoleh dan mengkaji dasar-dasar yang tidak menguntungkan. Rakyat Malaysia mesti di didik seperti terdidik nya TIDAK membuang sampah merata-rata di kawasan larangan atau di bandar-bandar !

Maka Pendidikan itu No. 1

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 3:40 PM

Najib kan dh kata Malaysia ni unik sbb kita mmmpu meraikan perbezaan yg wujud wp dlm hati m gunung berapi nk meletop! Masih ingat slogan Najib yg berbunyi Unity in Diversity. Unity in diversity ni bunyi jer sedap tapi konsepnya sama la mcm agree to disagree. Senang dn sedap disebut tp nk melaksanakannya mmg mcm haram...

Org melayu sebenarnya dh terlalu lama dn terlalu banyak bersabar dn bertolak ansur dgn bangsa lain semata2 nk menjaga keharmonian. Masalahnya kita org melayu ni terlalu sgt nk jaga hati org lain walaupun hati sendiri menanggung seksa dn kesakitan.. Kita kena ubah mindset ni dulu, kemudian br lah senang nk move on dgn yg lain2...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 3:47 PM

Politician kat Malaysia kn dh mmg terbukti bertuhankan keuntungan politik (kuasa+pengaruh+business profit) melebihi segala2nya.

Sbb politik kita sanggup jual agama..
Sbb politik kita sanggup gadai maruah bangsa..
Sbb politik kita sanggup perjudikan masa dpn negara dn nasib ank cucu..
Sbb politik kita sanggup jadi barua,macai dn pengemis..

Kuasa politik dh jd tuhan (yg manusia sanggup buat apa shj utk dptkannya) dn bukan ALAT utk mendapat redha Allah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 4:04 PM

Nk seribu daya..xnk seribu alasan.

Kalo kerajaan betul2 bersungguh nk selesaikan masalah ni, dr dulu mereka bole buat. Sbbnya semua maklumat ada pada kerajaan yg memerintah. Tp kerajaan takut dgn byg2 sendiri. Terlalu berlembut sehingga musuh melihat kita lemah, lembik,penakut, tidak telus dn segalanya negatif.

Tp sampai sekarang masalah tunjang (perpaduan berasakan rs saling menghormati antara kaum) masih tak selesai2 sbb kerajaan fikir yg bende2 tu xberapa penting (secondary priority) berbanding pencapaian ekonomi etc..dn bole disorok bwh karpet. Akhirnya sampah ini makin lama makin membusuk dn sehingga satu tahap ia sudah tidak dapat ditutup lg..

Kerajaan sebenarnya cuba menafikan hakikat, mencari alasan dn bermimpi yg isu ini akn kembali pulih dg sendiri melalui slogan 1Malaysia dn BR1M.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2014 at 9:01 PM

Kat singapore tak de pun sekolah cina ke tamil

....................
Reply To This Comment ...................
gerbang sinema
August 7, 2014 at 11:20 AM

sedih la malam smalam tengok dialog kat tv1. pengarah jabatan perpaduan negara kata sekolah satu aliran kalau buat pun belum tentu ada apa apa kebaikan. tapi mangok tu pastu kata tabika perpaduan penting sbb budak2 dpt bekawan sesama sendiri kenal adat dan budaya masing2 tapi bila kata nak satu sekolah, lain plak ceritanye. dengan abg najib dah janji skolah vernakular takan dihapuskan, memang malap la masa depan tanah melayu ni

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2014 at 12:02 PM

Kalau jumpa link rakaman itu mohon beritahu ya . Memang mangkok mamat tu !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 12:35 PM

Mamat tu angguk jer sbb dia ikut cara boss dia la.dh bos kepala liberal ank2 kt bwh 2x lg hebat la..

Kalo anak kurang ajar first kita akn tengok siapa mak bapak budak tu kann. Sbb mcm mana acuan, mcm tu lah rupe kuih tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 4:21 PM

Salam,
Camna nak kaji, ah jib gor the pm pro sekolah vernakular, pemimpin pkr, lambat lagi la nak kaji, pemimpin pas, nanti tak dpt nak sokong dap pulak. Yg untung sekolah vernakular gak

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2014 at 9:45 PM

dah begitulah kesudahan skrip bngsa melayu di tanah melayu..makin layu..menang sorak kg tergadai...hak pusaka moyang digadai2...hang tuah ckp takkan melayu hilang didunia tpi ironinya dia sndiri lesap ntah kemana...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2014 at 5:47 PM

Right folks....tak perlu sanagt kajian impak kesan implikasi model dualism sistem sekolah... yang pastinya ia defeat the purpose of developing a strong bonding between all ethnics. Worst still, it will enhance any local or foreign Makhluk Perosak to disemminate Virus EoT in the society, thus resulting in prolong systemic disintegration in the society. This is possible 'coz there are quite a couple of sensitive topics that can be used as provocative agendas. Finally, the goal of national unity envisioned in Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 could not be easily achieved if the dualism is not wisely resolved.

Post a Comment