........... Bara Sedang Merebak Dalam Sekam ... Padamkan Sebelum Menjadi Api | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bara Sedang Merebak Dalam Sekam ... Padamkan Sebelum Menjadi Api

Sunday, August 17, 201417comments


Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces". Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)


Dinturtle - Bukan niat untuk mengungkit keaiban pemimpin lama cuma mengajak anda membuat satu perbandingan akan suasana negara waktu dahulu melalui apa yang diceritakan melalui surat ini dengan suasana negara ketika ini .....

Ya, kita belum kembali ke tahap kronik dalam isu perbalahan antara kaum, tapi apakah tidak mungkin yang kita sedang ke arah itu ? Tidakkah sudah mula terbau akan bibit2 permulaan ke arah itu ?

Tidakkah terasa kehangatan bara api yang merebak dalam sekam ?

Padamkan sebelum bara menjadi api seterusnya disimbah minyak oleh anasir2 negatif.

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 9:59 AM

Ya Allah ya Tuhanku. Sepucuk surat yang benar benar menyentuh perasaan. Semangat juang yang benar benar tulin. Ya Rabbi. Berikanlah kesihatan dan kekuatan kepada ayahanda Tun. Seorang insan yang hampir sempurna dikurniakan untuk orang orang Melayu. Kiranya dapat dan boleh dipindahkan usia, aku rela dengan sepenuh jiwa memberikan baki usia aku kepada Tun. Aku sangat yakin belaiu adalah seorang insan yang dapat dan berani mempertahankan agama, bangsa dan negara tercinta.

Kredit diberikan kepada admin kerana usaha yang bersungguh sungguh menyiarkan sebuat warkah yang sangat bermakna untuk difahamkan oleh pemimpin hari ini.

Tiada kata yang dapat aku luahkan hanya doa untuk Tun semoga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus memberikan teguran dan nasihat bagi menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Untuk admin, sekalung tahniah atas usaha yang gigih dan ikhlas bagi menyedarkan bangsa walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang sukar.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 10:01 AM

Kalaulah kerajaan Najib sekarang tak sombong dan bongkak!!! Tun di jadikan penasihat insyallah Cina dan Keling pariah biadap tak sekurang ajar saperti sekarang!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2014 at 10:18 AM

Tak tahu lagi bagaimana perlu saya nak ungkapkan kekaguman saya kepada yang mulia TDM... beliau adalah insan istimewa yang dikurniakan Allah kepada Malaysia... satu dalam seratus juta.. beliau sanggup kehilangan kedudukan, pangkat dan darjat, hatta sanggup dipenjarakan, demi bangsa agama dan negara...
Semoga Allah mengurniakan sebesar-besar pahala dan rahmat kepada beliau di atas segala pengorbanan dan jasa kepada agama, bangsa dan negara...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 10:23 AM

malangnya...najib tidak mendengar melihatdan berfikir sendiri.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 10:24 AM

surat yng ditulis inipun dihina oleh pembangkang. pas tak pernah nak bela melayu, tapi juga tak mampu nak bela islam. kuatkan bangsa kita dulu kerana dari itu agama juga akan terbela. sebenarnya penyokong pas juga ada yang mau penyatuan tapi dek kerana pemimpin dia tamak kuasa, apa oleh buat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 10:37 AM

Moga Tun dipanjangkan usia dlm rahmat dan hidayah Allah swt.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 10:54 AM

Terbaikkk !!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 11:13 AM

Tun Dr Mahathir bukanlah seorang insan yang sempurna, beliau adalah hamba Allah yang telah menggunakan hampir sepenuhnya keupayaan akal anugerah Illahi dengan membelakangkan tuntutan hawa nafsu dalam membuat penilaian dan seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik dalam segala hal kehidupan di dunia hingga ke akhirat... Moga Allah akan kurniakan kepada umat Melayu juga umat Islam di Malaysia ini dengan seramai mungkin tokoh standing Tun Dr Mahather Muhamad... Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 11:36 AM

Salam,
Memang ada tanda sekarang spt yg ditulis olen tdm. Sejarah dipelajari agar perkara yg tidak baik tidak diulangi. Tetapi jika tak belajar dan cuba padam sejarah, maka sejarah tersebut akan berulang semula. Manusia akan mengulangi kesilapannya kerana lupa.
Daripada surat tdm jelas tun berjiwa pemimpin yg sebenar. Rela dipenjarakan kerana inginkan negara, agama dan bangsa diselamatkan. Kena buang pun tak apa krn benar. Pemimpin sekarang kena buang tubuh parti baru, ajak tentang pemimpin lain.

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2014 at 12:56 PM

Tahu apa DT ?

1. Raja dan Sultan tidak lagi berdamping rakyat mekiputi kawasan. Setakat yang kita lihat hanya di Pahang dan Johor. Itu pun bermusim. Bukan menghina tetapi rakyat pelbagai perlukan pendekatan dan sentuhan pemimpin, tidak kira jenis apa yang boleh membawa kesejahteraan.

2. Pemimpin-pemimpin tertinggi sudah sibuk dengan hal masing-masing. Lepas undi, terpilih dan dapat jawatan, keluhan masyarakat tidak lagi di endahkan. Saluran terputus. Keluh kisah TIDAK di kisahkan lagi. Rakyat sudah matang ? Jika begitu kenapa PENGHINAAN berleluasa ? Melayu di rejam. Bukan melayu di dandan ! Pentadbiran apa ini ? Majoriti tersingkir dan di jadikan minoriti. Minoriti mendapat kuasa. Di mana benar nya ?

3. PM bertindak seolah 'lone ranger' . Di mana barisan pemimpin yang di lantik ? Sehingga mencatur RUU di berikan kepada pembangkang ! Malah setelah sekian lama, Peguam Negara mengakui lompang perundangan. Atas dasar ini ISA dan Darurat masih tegar di hapuskan sebelum kajian terperinci sudut perundangan tidak di selaraskan / atau sudah di buat, atau pakar-pakar undang-undang tidak telus kepada PM ? Sudah berpuluh tahun juga, Syariah dan Sivil tidak berhubungan. Kenapa jadi begitu ? Malaysia tidak kurang kepakaran dalam apa jua bidang....kenapa tidak di buat titik pertemuan, sokong menyokong ?

4. Surat Tun M masih menyatakan kebenaran nya pada hari ini. Manusia yang bertambah berilmu menjadi penipu besar. Rakyat sekarang bukan lagi bergantung kepada satu saluran informasi. Kini kepelbagaian boleh di akses termasuk sampah sarap yang tiada kesahihan nya selain retorik dan perspektif mengisi nafsu dan syahwat( saya tidak nyatakan nafsu syahwat kerana definisi berbeza) merangkumi apa jua.

Maka PENDIDIKAN harus di selaraskan. Keperluan kepada sahsiah negara mesti di selarikan, bukan menuju 20 tahun kebelakang atau terlalu laju ke hadapan mencetak kemajuan. Bersederhana kerana pertembungan akan berlaku jua di manan negara yang terlalu maju akan mengalami 'setback' yang tidak boleh menerjah secara tiba-tiba kerana majoriti negara berbeza lanskap dan cuaca nya.

Keupayaan Malaysia menjadi negara pengeluar sudah boleh di hayati. Inovasi dan mempelbagaikan produk tempatan sudah boleh di rasionalisasikan. Cuma gerak tenaga mencari, mengadakan pameran, menyediakan pemasaran dalam dan luar tidak di buat secara khusus dan berskala besar. Bukan kah kita peka sains dan tenknologi ? Juga kepakaran berilmu dan beragama ?

Terlalu banyak melepaskan pucuk masing-masing sehingga lupa kepada visi mencapai matlamat dan memenuhi dasar negara. Bagaimana boleh maju jika masih bercakaran sesama sendiri dan asyik melayan politik bodoh siang malam ?

Rakyat akan jadi GILA dan MEROYAN akhir nya ! Kerana apa ? Hukum kasta sudah mula meracuni jiwa-jiwa yang dahaga keduniaan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 1:17 PM

pergh!!!! hot berapi. kandungan surat tak ubah seperti yang berlaku sekarang nih. point point yang telah di highlitekan sangat mendalam menembusi qalbu. surat nih sepatutnya dihantar pada najib biar dia faham. aku kira surat tuh mewakili perasaan orang orang Melayu sekarang nih. api dalam sekam samalah juga penyakit diabtis yang makan dari dalam dan pabila keluar makananya dah teruklah. terpaksa potong sana dan potong sini dan akhirnya mautiiiiiiiii

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2014 at 6:12 PM

Pas hanya mampu pakai kepala d bawah. Mcm siot arse.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
August 17, 2014 at 9:46 PM

Siapa pemimpin UMNO sekarang ni yang berani tegur Ah Jib Gor tukang ampu cina ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2014 at 9:57 PM

Tahap hina Ketua Pemuda UMNO. KJ minta jawatan utama di GLC di isi oleh Pemuda-pemuda UMNO. Inilah kemuncak perjuangan Pemuda rupanya. Tatkala 50 Ketua Bahagian UMNO pergi mengadap Peguam Negara dan KPN berhubung isu pendakwaan terpilih, KJ meleh air liur nak jawatan dalam GLC. Inilah perjuangan Pemuda UMNO sekarang termasuklah kumpulan Pemuda UMNO Perak yang bermesyuarat, rileks-rileks dan lepak-lepak di Old Town Kopitiam milik Ngeh Ko Ham d Ipoh...

http://www.sinarharian.com.my/politik/pemuda-umno-mahu-ahlinya-dilantik-dalam-glc-1.308666

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 8:55 AM

Aku sokong Anon di atas. Kerajaan Najib yg dok ada ni SS (syok sendiri). Tengok berita sudah la,puji melambung lambung Najib,nak promote konon dia diantara PM yg hebat. Rakyat bukan bodoh sekarang ni. Pasal Najib menghapuskan ISA lah,satu Malaysia jadi huru hara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2014 at 5:55 PM

Bak kata TPM, UMNO mahu faktor lonjakan paradigma (paradigm shift) 'WOW' dan salah satu faktor yang bolih dicadangkan disini adalah faktor perubahan pemikiran kepimpinan yang menyeluruh supaya apa yang disarankan oleh Tun Mahathir dapat dizahirkan dengan berkesan dan cepat.
UMNO perlukan satu proses 'brain storming' (BS) yang hebat dan untuk mencapai ketahap tersebut; iaitu peralihan yang sangat luar biasa samada melalui: I. UMNO perlukan kekalahan sangat teruk dalam PRU ke14, ataupun, ii. UMNO bertindak dari sekarang melakukan proses 'BS' bermula dari akar umbi, iaitu pengundi tegar mereka. Silakan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 19, 2015 at 1:20 PM

Isi surat yang berbau sentimen & tidak akan memberi "ajaran mental" kpd bangsa Melayu sendiri. Lihat balik sejarah pergolakan kaum Han (Cina)yg pernah dibuli dan di jajah begitu teruk oleh bangsa2 lain , akhir mereka jadi bangsa yg hebat dalam dunia sekarang adalah kerana mereka telah tong ding si tong, fa geng tu qiang. Inilah ybat yg sebenar : Tekun - tekun kerja, tekun belajar, sanggup bangsa Melayu lakukah? Melayu moden yang sudah berjaya atas platform "berdikari", mereka akan menjawab: Betul, l tekun maka saya berjaya! Ingat, don't blame people , it can't make think change. Tun hanya suka tuduh pemimpin Melayu mengikut pandangan persepsinya!

Post a Comment