........... Apa Yang Lebih POWER Dari Baiah Kepada Dua ADUN Pas Ini ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Apa Yang Lebih POWER Dari Baiah Kepada Dua ADUN Pas Ini ?

Thursday, August 14, 201412comments

Hasnul (kiri) dan Saari ( kanan )
Susulan pengumuman yang saya sifatkan sebagai gelojoh oleh bini Anwar yang beliau mempunyai sokongan majoriti sebanyak 30 dari 56 ADUN dan menuntut jawatan MB diberikan kepadanya, saya perhatikan perbincangan lebih tertumpu kepada dua ADUN Pas yang bertindak membelakangi arahan parti daripada bercakap tentang bini Anwar.

Tidak perlu dinafikan ramai yang menuduh pembabitan habuan sebagai balasan kepada pembelotan mereka.




Siapa sangka pemimpin Pas pun berani langgar arahan ketua dan pendirian parti ?

Walaupun alasan yang diberikan amat dangkal bunyinya -

"Saya yakin pendirian saya hari ini tidak melawan dasar PAS kerana parti saya sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada Pakatan," kata Saari... - TMI.

kerana waktu sama beliau juga turut menegaskan kesediaannya untuk dipecat akibat tindakannya itu. 

Jelas percanggahan antara kedua ayat itu. Beliau seperti tahu yang tindakannya ada kemungkinan menyalahi pendirian parti. Bukannya susah nak dapatkan kepastian .... Call je Haji Hadi atau mana2 pemimpin Pas, kalau takder kredit pun, boleh pakai wassup !

Secara kebetulan pula mereka berdua juga tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam. - TMI .... di mana mereka boleh dapatkan pengesahan akan tindakan yang bakal mereka buat hari ini.

Satu Malaysia tahu pendirian Pas yang menyokong MB Khalid selagi belum terbukti beliau bersalah sebagaimana yang Anwar dakwa.

Yang saya pasti, kedua mereka tahu tindakan menyokong bini Anwar menyalahi pendirian parti.

Makanya ramai yang tertanya2 - Apakah yang LEBIH POWER daripada Baiah/sumpah laknat yang mereka lafazkan semasa jadi calon Pas dulu ?

Haji Hadi sendiri yang mengaku bahawa SETIAP calon  Pas yang bertanding, diWAJIB Berbaiah dan Bersumpah dengan menyebut Wallahi, Watallahi, Wabillahi .... tidak khianat kepada matlamat perjuangan Pas. - KLiK.


Atau mungkin mereka berdua berpendapat soal Matlamat Perjuangan Pas itu bergantung kepada tafsiran masing2 dan tidak semestinya bersama jamaah atau tidak semestinya ikut cara Ketua ?

Sama2 kita tunggu hasil perbincangan biro Lajnah Politik Pas malam ini yang akan menyiasat tindakan mereka berdua.

Hmmm ... saya nampak isu jawatan MB Selangor ini lebih banyak tempiasnya kepada Pas. Kita tahu lambat laun jawatan MB itu akan kembali kepada Pkr /PR  cuma drama sampingan itu yang lebih menarik.

Orang Melayu terutamanya sedang memerhati dan menilai pemimpin2 Pas melalui apa yang berlaku di Selangor ketika ini.


Oya, kita juga wajar bertanya kenapa yang Anwar melalui bininya tu gelojoh sangat, tak menyempat2 nak bertindak merampas jawatan MB dari Khalid ?


Bukannya lama sangat pun nak tunggu sidang DUN untuk dibuat usul tidak percaya kepada MB Khalid .... Ikut prosedur, semua tenang dan tidak ada pertikaian. 

Tapi nampak gayanya Anwar seperti mengejar waktu...... apa yang Anwar takutkan ?

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
pas dulu dulu
August 14, 2014 at 8:07 PM

Spesis parasit mana ada wala' pd pimpinan, dia wala' pd bang non je.
Ahli PAS yg asal, walau ada perselisihan dgn pendirian jama'ah dan pimpinan akan akur dan berdiam diri sekalipun tak bersetuju.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2014 at 8:10 PM

Along(yahudi) dah mula minta duit balik kot?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2014 at 8:41 PM

dlm dunia skrg ni tak ada yg lebih POWER dr pangkat dan duit ringgit.keluarga,kawan,agama malah tuhan sekalipun tolak tepi.yg penting...MASYUUKKK!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2014 at 9:12 PM

Anwar takut tak dapat menghadiri dan melihat biniya melakukan angkat sumpah jawatan MB Selangor yang baru. Mungkin pada masa itu hari pertama Anwar masuk penjara atau sedang berada dalam penjara...MUNGKIN...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2014 at 9:24 PM

sebenarnya mereka boleh insist seperti pendirian pas asalkan ade calon lain.

track record wan azizah sgt teruk bagi saya langsung tidak layak menjadi pemimpin.

utk org yg mengaku beragama alim lebih islam dr yg lain saya hairan kenapa beria2 hendakkan wan azizah?

adakah mereka tau anwar akan memerintah secara proxy tetapi mereka ni x ragu2 dgn morality anwar?

maka bagi saya hanya ada tiga teori:
ketabsuban pada anwar
habuan wang ringgit
ugutan pada ahli keluarga

kesal dgn perkembangan kini. org melayu sudah hampr boleh menguasai selangor. syiar islam boleh ditegakkan. tp mcm biasa org melayu jgalah yg membelot membelakangkan bangsa. agakanya keturunan si kitol mmg byk di malaysia.

kalau situasi terpakai pada org cina. mereka tidak akan ragu2 sepenuh hati sepakat utk bangsa mereka.

sebenarnya org2 melayu tidak layak menerima apa2. hanya tau berpecah dan belot membelot.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2014 at 10:26 PM

salam,

sila tunjukkan pemimpin pas yang tidak memandang wang.kalu dah baiah kena talak bini, maka ini peluang dapat bini baru beserta wang besar. bini lama kena berkorban kerana taat kepada suami. baru boleh masuk sorga pas. pompuan pas cukup besar hati kalu dapat taat kat laki dia. saari tahun 2008 tanding tiket pkr kat paya besar, kuantan. ni kira balik semula ke pangkuan bang non la ni. rasanya mereka memang pkr, tapi tanding atas tiket pas. janji parti bertanding sama banyak, tapi orang dipilih ketua umum. pernah dengar puak pkr berbincang, letak lambang parti, calon ikut parti lain yang tak cukup tempat. kawasan pas, lambang pas,tetapi calon pkr, atau kawasan dap, calonnya ahli dap, lambang pkr. bila menang pru, mereka akan kira jumlah lambang parti yang menang.gitu la cite kalu tak salah faham

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2014 at 12:04 AM

Kena daun ketum niih... syiok eh! zouq dalam bahasa arab mereka...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2014 at 3:17 AM

Huhh.. Gua pon terpikir gitu.
Ada geng rupanya..

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2014 at 6:05 AM

Scenario 1
Aljub main monopoly dgn mletakkan W Jijah sbagai MB dan dia akan dapat 'get out of jail free' card. Sultan ada kuasa mengampun. Kalu W Jijah kata kat Sultan "perunukkan utk istana ditahan sehingga Aljub diampunkan", macamana? Cuma W Jijah je yg sanggup buat tu.

Scenario 2
Terlalu banyak kes2 rasuah & salah guna kuasa berlaku termasuk yg ada kaitan dgn negeri lain seperti penang. Khalid dah tak boleh diharap menutup kes2 tu. Cuma W Jijah je yg sanggup sebab Aljub dibelakang hampir ke semua kes2 tersebut. W Jijah ditugaskan untuk cari & musnahkan semua bukti2 kes.

Ada scenario lain?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2014 at 7:59 AM

2 ADUN Pas ni ada tak bai'ah cerai interi talak 3? Kalau ada, apa dah jadi?....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2014 at 10:08 AM

setuju dgn azizi barja dlm senario 1.

Setiap negeri ada Lembaga Pengampunan yg diketuai oleh MB, akan di endorse oleh Sultan pd setiap kes yg berlaku di negeri. Kes2 termasuk kes hukum gantung pun boleh diampun setelah dipersetujui oleh jemaah pengampunan, apatah lg kes hukuman penjara, senang baitu utk isteriku azizah usahakan sebelum PRU14 nanti utk bakal PM dlm penantian.

Bagaimanapun kes ini yg terima hasilnya ialah Parti Pas itu sendiri, mungkin parti itu akan berpecah terutama mereka yg masuk Pas pada selepas tahun 2005 serta pemimpin2 Pas sekarang yg menjadi ahli Pas pada era reformasi kebanyakan mereka ni adalah kawan, peminat dan pengkagum anwar.

Saari sungib atau dikenali dgn nama Abu Urwah dikalangan pejuang2 Islam yg aktif berusrah dn terlibat dgn persatuan pelajar Islam luarnegeri era akhir 70 an, dikenali dgn IRC, kemudian kembali ke msia membentuk Jemaah Islamiah Msia (JIM) menyusup masuk kedlm persatuan spt Abim, Pas dan UMNO(era anwar dlm umno). Fahaman mereka gak keras dan radikal pd masa itu. Setelah anwar keluar banyak dr mereka ikut abu urwah penggerak reformasi dan berbondong masuk pas.

Sekarang mereka berpecah pada IKRAM dan ISMA. Saari dn kuncu2nya menguaatkan IKram dn bertentang pendapat dlm arah perjuangan mereka pasal Islam dan Melayu dgn ISMA. Ikram menjadi ngo yg agak liberal bila banyak terlibat dgn geng ambiga,ngo negaraku, bersih dan ngo yg membawa kes ke Geneva atas persamaan hak berugama baru2 ni, IKRAM banyak menyertai bengkel dan seminar yg dianjurkan oleh liberalis totok, nampaknya menyokong geng2 liberalis.

Sedangkan manhaj dan sahsiah mereka agak Islamik tetapi mungkin almost mereka dr aliran akedemik sekular( ramai berpendidikan tinggi luar negeri), ni menampakkan sumbangnya mereka dlm berjuang atas nama Islam. Geng2 ni dh berada pd ranking yg tinggi dlm Pas dan juga dlm perkhidmatan kjaan almost adalah PTD, jadi tunggula apa akan jadi pd Pas dan negara kita, bahana kehebatan makhluk yg bernama Anwar dan pengkagum2nya.

wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2014 at 10:49 AM

@azid barja


Senario 3, Anwar pakai duit yang disimpan Khalid berbilion buat suap MP BN masuk Pakatan. 16 Spetember 2008 2nd attempt.

Terus ke Putrajaya, beb!

Post a Comment