........... Ahjibgor Ni Maksum Ke Sampai Tak Boleh DiTegur ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ahjibgor Ni Maksum Ke Sampai Tak Boleh DiTegur ?

Wednesday, August 20, 201428comments




Kali ni ramaila juga yang bangkit pertahankan Najib yang ditegur ( setelah ditarik balik sokongan ) Tun Mahathir.

Tapi ramai dari mereka tidak pertahankan Najib dari sudut yang ditegur. Ramai yang cuba alih isu.

Saya ingin bertanya kepada mrk ini, adakah anda bersetuju teguran Tun tentang keperluan kita menegur pemimpin ( Najib ) ?

Apakah mrk ini anggap Najib itu maksum, bebas dari melakukan kesalahan ? Kerana saya perhatikan, mrk ini juga tidak pernah nak tegur najib.

Jika ada kesalahan yang ditegur pun, mrk akan alih tumpuan kepada kambing hitam bukannya kepada Najib contohnya kepada para penasihat.

Contoh kes MKPN .... RAMAI yang sepakat tak puashati dengan MKPN. Tapi berapa ramai yang tegur orang yang bertanggungjawab menubuhkan MKPN ?

Sekolah vernakular .... berapa ramai yang benar2 tegur Bapa Vernakular secara direct ?

ISA dan Akta Hasutan - Bukan kah Najib yang beria2 mahu hapuskan dulu tapi kenapa dialihkan tumpuan kepada AG ? Kenapa tidak AG dan Najib ?

Itu contoh2 jer ....


Di atas adalah komen yang saya postkan di FB sebentar tadi. Malas nak taip semula .... cuma nak tambah beberapa point lain.

Antara mereka yang mempertahankan Najib dari teguran Tun Mahathir adalah Zahid, H2O, KuNan, Razlan dan beberapa nama lain lagi. Tidak ketinggalan para bloggers yang pro ahjibgor.

Itu satu lagi contoh saya baru berikan ..... Anda suka dan terima panggilan manja AHJIBGOR yang dipakai oleh Najib ? Kalau tak suka kenapa tak tegur ? Salah penasihat ?

Perkara yang saya nak sampaikan di sini adalah menghighlightkan point utama teguran Tun Mahathir. Tajuk artikel pun ditulis sebagai MENEGUR.

Tindakan menegur pemimpin itu dikuatkan lagi melalui 2 contoh ceritera yang Tun selitkan. Ada Tun bagi contoh cerita dongeng Raja yang kena guling ? Tak kan ? 

Tun bagi contoh Raja yang memperbodohkan diri sendiri kerana sering disogok dengan puji2an tak bertempat oleh para pembodek disekelilingnya.

Saya pulak nak tambah - Raja tu pulak buta dan blur ke sampai tak boleh nak lihat dan fikir sendiri kenyataan didepan mata ? 

Mereka yang pertahankan ahjibgor itu saya akui bukan calang2 orang termasuk para bloggers. Jadi saya malas nak berdebat point2 yang dibangkitkan. Mesti saya kalah punya ....

Cuma satu jer - pernahkah mereka ini sendiri menegur Ahjibgor mengikut kapasiti masing2 secara DIRECT ?

Itu yang dipersoalkan oleh Tun Mahathir.

PS - Sila baca artikel Bangkit - Tun M: Pendekatan Najib Salah

Share this article :

+ comments + 28 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 9:37 AM

Apa salahnya menegur ??
jgn jadikan najib tu mcm tokong pulakkkk....

kritik mana yg perlu demi kebaikan rakyat dan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 9:46 AM

Senarai kegagalan Ah Jib Gor :

1. Kegagalan memperoleh majoriti mudah 2/3 dalam PRU-13

2. Kegagalan membela dan mempertahankan hak istimewa orang melayu, Islam dan raja-raja melayu

3. Kegagalan mendengar denyut nadi rakyat marhean di peringkat akar umbi

4. Kegagalan mengurus kewangan negara dengan baik sehinggakan rakyat terpaksa berkorban melalui rasionalisasi subsidi

5. Kegagalan meningkatkan taraf ekonomi rakyat sehinggakan bilangan penerima BRIM semakin bertambah dan bukannya semakin berkurang

6. Kegagalan mengawal kenaikan harga rumah dan hartanah terutamanya di kawasan bandar-bandar besar sehinggakan orang melayu tidak mampu memiliki rumah sendiri

7. Kegagalan dalam menaiktaraf sekolah kebangsaan, maahad tahfiz dan sekolah pondok yang dhaif....sedangkan pada masa yang sama SJKC yang serba-serbi lengkap diberi peruntukan berjuta ringgit

8. Kegagalan memajukan IKS di kawasan luar bandar, pedalaman dan kampung tradisional, meskipun mereka adalah penyumbang terbesar kemenangan BN dalam PRU-13

9. Kegagalan membantu usahawan-usahawan bumiputera apabila Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dimansuhkan

10. Kegagalan memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan apabila lebih suka berucap dalam bahasa inggeris jika berada dalam majlis kaum kiasu

P/S : Itu baru sedikit yang disenaraikan. Walaupun sebenarnya banyak lagi sepatutnya. Meskipun begitu, ianya sudah cukup untuk Ah Jib Gor meletakkan jawatan akibat siri-siri kegagalannya satu demi satu yang hanya meresahkan orang melayu dan bumiputera melalui idea-idea yang tidak praktikal dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 9:50 AM

Kegagalan terbesar Ah Jib Gor ialah gagal menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap orang melayu dan bumiputera. Tuntutan puak kiasu diutamakan dan didahulukan, manakala suara rintihan orang melayu dipinggirkan. Oleh itu, Ah Jib Gor bukan sahaja perlu meletak jawatan sebagai PM. Malahan sebagai Presiden UMNO pun tak layak kerana jiwa melayunya terlalu nipis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:09 AM

Najib tak ada masalah pun kalau ditegur.... bukan macam sorg tu... "Kamu tegur aku saman"....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:14 AM

Maksom ka apa som ka??

Kalau Najib tak berubah baik kita orang OSOMkan dia!!!

Gantikan dgn yang boleh ajak main O..a ....be..a Som!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:14 AM

Salah satu perkara yg di tegur oleh Tun ialah pemberaian BR1M.Mungkin Tun rasa cara dia mengagehkan projek mega pada kroni utk pengembangan ekonomi seperti yg di laksanaknnya dulu lebih baik.Ramai yg jadi kaya raya kerana perojek mega Tun,sekarang yg kayaraya tersebut sudah tidak berterima kasih pada PM sekarang dan mengalih pula sokongan mereka pada PR,contohnya VT,YTL,RK,QLC dll yg kecil dan besar,mungkin ini opk bagi Tun.Dgn BR1M Tun takut rakyat jadi malas,tapi Tun suka kalau pemegangn konsesi projek mega terus selesa dan tak perlu masuk tender utk dapat projek.

Tun juga tegur kerana rakyat tak mahu lagi sokong kerajaan kerana cara Najib konoonnya,tapi Tun lupa,rakya dah mula tak suka pada Umno BN sejak pemerentahan beliau lagi,ungkapan kemarahan rakyat rasuah,kronisma,nepotisma,firaun ,thagut semua telah bermula dalam zaman Tun.PRU 1999,BN di selamatkan oleh undi orang Cina dan PRU 2004,BN/Umno menang cemrelang kerana faktor persaraan Tun,ertinya masa itu rakyat tak suka Tun.Manakal PRU 2013 pula Umno/BN di selamatkan oleh orang Melayu pula.Mengapa Tun tak analisa keadaan ini?.

Banyak lagi teguran Tun yg sebenarrnya akan meneempelak muka dia sendiri,tapi cukup lah setakat itu,kerana saya ada urusan lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:22 AM

Turun saja lagi bagus, tak apa pun yang boleh dibanggakan............................pi mana pun kaki bodek mesti ada tapi yang merosakkan yang banyak.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 10:32 AM

@Anonymoussaudara lebih teruja komen orang yang menegur dari teguran itu sendiri, kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:44 AM

@AnonymousAnon August 20, 2014 at 10:14 AM

Aku rasa kat sini takde sape pon yang cakap Tun tak pernah buat silap. Tapi kesilapan Tun tidaklah sehingga ke tahap bukan melayu boleh secara sewenang-wenangnya boleh sentuh sensitiviti melayu dan Islam sesukahati. Silap macamana pun Tun, Tun tetap jaga melayu, jaga Islam. Soal projek mega yang Tun buat seperti pembangunan Putrajaya yang pembangkang dakwa sebagai satu pembaziran. Kini, projek membazir Putrajaya itulah yang pembangkang idam-idamkan untuk ditakluki.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:47 AM

@AnonymousHari ini seorang bapak menegur anaknya tentang kesilapan si anak. Tapi si anak membidas dengan mengatakan bahawa ayahnya pun pernah buat silap. Persoalannya, apakah si ayah yang punya pengalaman 22 tahun tidak boleh menasihati anaknya yang punya pengalaman hanya 5 tahun hanya kerana si ayah pernah buat silap ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 10:57 AM

Saya juga ada mengikuti mereka mereka yang mempertahankan Najib. Saya juga bersetuju dengan saudara bahawa boleh dikatakan semua mereka itu tidak menjawab point point yang Tun berikan tetapi disebaliknya halakan tembakan ketempat lain. Oleh kerana terlalu taksub kepada Najib, mereka juga buta dan pekak akan isu isu semasa yang berbangkit sekarang ini, contoh isu agama dan bangsa. Kenapa tidak mereka sentuh akan teguran Tun berkenaan:

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 11:00 AM

Mari tengok secara rasional. Tengok hasil undian yg blog ni wujudkan. 92% undi supaya ganti orang lain. itu antara indikator bahawa pembaca blog ini yang mewakili rakyat biasa bersetuju dengan TDM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 11:15 AM

Tun M hanyalah seorang manusia biasa, tak maksum dan pernah buat silap. Tapi otak Tun seorang adalah dua kali ganda lebih baik daripada otak berpuluh-puluh penasihat yang berada di sekeliling Ah Jib Gor. Tun adalah penasihat terbaik dan tak perlu bayar juta-juta pun. Free jer nasihat Tun. Tapi malangnya, idea yang kurang bernas dan menyusahkan rakyat itu jugak yang dipilih untuk dilaksanakan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 11:27 AM

Nak jadi pembodek tak perlu syarat, malah kekadang tu dapat imbuhan lagi. Nak jadi penegur ni banyak syarat la pulak ....dahla tak de imbuhan, kena hentam balik pulak tu.

Makanya berapa ramai yang sanggup jadi penegur ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 11:30 AM

Dulu time dr m xde pon truk camni nyer perpaduan antara kaum... Lps najib buat 1 malaysia lg truk lak. Kalu org tua tgur yg muda xsemestinye die betul, tp xbetul pon bile dh tgur tuh dia syg lah... Mgkin xsyg najib tp syg kan negara ni... So yg menteri2 bodek ni xpayah nk tunjuk kipas korang, kipas jijah sorg pon aku dh mluat....aku cabar sapa2 yg prgi perhimpunan agung umno nnti.... Ckp terang2 dlm dewan tuh... Suh najib dgr ckp akar umbi... Biar masuk tv, biar satu malaysia tau...jerit dlm dewan...Kmbalikan ISA, lantik lagi 2-3 org AG... Hentikan brim, tambah sikit subsidi minyak...suh die ubah sistem kehakiman,kes jenayah kena bg cpt setel.ni alvin bak kut teh xdtg mahkamah pon leh mkn angin lg.... Bodoh sgt ke nk kena dgr ckp pmbangkang.die xsedar lg ke yg popular vote tuh boleh ganti kerajaan lau xde tindakan dr skrg... Pe lah nasib anak2 kita nnti.lau dpt pemimpin xde akhlak atau dr bangsa plg racist nnti

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 11:52 AM

Sayang Tun M .... Semuga panjang umur dan dilimpahi rahmat. Yang pasti Datuk Najib perlu letak jawatan. Penghinaan kepada bangsa Melayu dan umat islam menjadi - jadi .
Kiyai Salleh perlu turun ... kasi ajar sikit . Allah Huakbar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 12:03 PM

ayahanda tun dah kata mesti pembodek akan pertahankan najib...yg pertahankan najib tu lah pembodek kuat dan penyokomg bawak rebah najib....maaf lah...najib mmg dunggu terlampau kalau masih percayakan pembodek dia lagik dan tidak guna mata hati telinga dan akal fikiran
tuk melihat dan merasai ketegangan sekarang sbb berkemungkinan besar najib tidak sayangkan agama bangsa dan negaranya......maaf......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 1:29 PM

Hal..lahhh tun m dulu pon kena tegor. Mcm2 pulak label ex-pm kita tuh. Dari pas tok tas cerita lahh mcm pas tu nikki aziz tu ularmak bagus bebenor. Racist pd bangsa sendiri punya manusia. Ularmak putar2 mcm ular juga..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 2:01 PM

Mahathir mmg layak tegur Ajib cara face2face macam dia tegur Marina M? Teguran secara terbuka akan mengundang mcm2 anggapan yg tak elok ke atas yg menegor dan dtegor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 3:06 PM

@AnonymousSetau aku Tun M dah cuba cakap slow2, bisik2 kat Najib. Tapi tak jalan jugak. So, tegur secara terbuka adalah pilihan terakhir yang Tun M ada.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 3:17 PM

Isu utama tun tegur ahjib pasal layanan kaum yg tak saksama tak pula dijawab.Najib boros dan suka menabur duit untuk ''beli'' pengundi sehingga menjejaskan ekonomi dan menambah hutang serta menyusutkan rezab negara juga tidak dijawab kecuali pasal br1m.

Saya kira isu paling besar yg menjadi keresahan orang Melayu adalah Melayu yg memenangkan najib dan BN tidak dibela najib.Sebaliknya najib terlalu pro cina sehingga Melayu rasa terpinggir dan merasa seperti dianaktirikan.Semua kehendak pembangkang dan bangsa asing pula yg sibuk sangat najib penuhi sehingga akta2 penting yg melindungi negara semuanya hendak najib buang semata2 kerana menurut cakap pembangkang,bangsa asing dan puak2 liberal dalam umno.

Kalau Melayu tak marah,tun tak akan tahu dan tak akan tegur.Tun tegur sebab Melayu yg marah mengadu pada tun setiap kali berpeluang jumpa tun.Najib pun bukan tak tahu Melayu marah padanya pasal isu Melayu dipinggirkan tapi ahjib tetap ahjib.Najib tetap dengan polisinya yg dirangka konsetan2 sekelilingnya.

Najib dan pembodek2nya seolah2 tak memahami isu sebenar keresahan rakyat terutama org Melayu.Mereka lupa nasib BN pada pru14 nanti bergantung sepenuhnya pada orang Melayu yang sedang marah ini.

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2014 at 3:25 PM

tun M is my hero all time!

....................
Reply To This Comment ...................
AntiBohong
August 20, 2014 at 3:26 PM

Sebelum Tun tegur Najib saya dh lama kritik Najib ni terutama dlm soal dia mengendalikan isu 2 besar negara. Najib ni manusia pelik dan kadang2 macam Trojan Horse Pakatan Haram!

Najib laki Rosmah ni dia tahu dia lembik.. otak lembam dlm memahami keadaan complexity rakyat kenapa dia cari pasal hapuskan alat2 pencegahan utama seperti Akta ISA, undang2 pencegahan. dan mengekalkan AG yg maha jahat itu?

Betapa banyak kegelisahan akibat kelembikan dan kebodohan Najib dlm menguruskan negara. BN selamat skrg bukn krn UMNO kuat tp krn PR sekarang tgh bergaduh dan berkonflik.

Najib laki Rosmah.. dia banyak lakukan damage pd negara. Zaman Tun M perintah.. kenapa kita lihat mcm xde orang tegur beliau? Sbb Tun M ni cerdik dan bijak Allah beri pdnya. Otak Melayoo tak mampu nk mengatasi pemikirannya.. jd apa yg dia buat tak terjangkau untuk ditegur.. sebelum orang tegur dia dah sedar.

Sebelum org bising kenapa dia tak letak jawatan.. dia sedar dh letak ketika org masih sayang dia. Bukan mcm Pok Nik.. tua meleret2 pun taknak lepas jawatan MB dan sampai skrg masih jwtn dalam parti. Tun M lepas jawatan semuanya.

Krisis ekonomi 1998.. siapa yang hebat sgt nak tegur Tun? Model penyelesaian Tun keluarkan negara dari ancaman IMF.. siapa nk tegur? mamat mana pandai lagi dari Tun? so mmg xde org boleh tegur lah.

Zaman Najib? lemahnya Najib.. lagu patriotik dalam TV amat kurang.. kalau ada pun recycled balik dr zaman Tun M punya.. letak penyanyi yag dah expired tak laku. Ubah rentak??

Zaman Tun M.. digempur dan ditusuk semangat patrioktik sejak di bangku sekolah. Sekolah2 wajib aa satu dua lagu patriotik selain lagu Negaraku, lNegeri dan lagu sekolah.

Dlm media TV-TV kerajaan di muatkan selingat lagu2 patriotik bermacam2.. bermula dengan Program SEMARAK 1988, setiap negeri ada lagu identiti masing2 lagu2 bendera.. lagu2 budaya setempat.. betapa indah dan meriahnya zaman itu.. Tun cukup halus pemikiran dan tadbirnya..

apakah puak2 penjila Najib yang membela Najib sekarang mahu taruhkan kelembikan dan kebodohan Najib mentadbir negara menggunakan punasehat2 berteraskan WANG atau TUN Mahathir yg menjadi ARKITEK sendiri dlm mentadbir dan membangunkan negara?

TUn M bina KLCC dia bukan bodoh2 serah mcm Najib bina Menara Warisan.. entah jadi entah ke mana.. Tun M dia akan pantau dan turun melihat setiap masa. Macam itu juga projek PROTON.. walaupun bidang automotif bidang yg berbeza dgn Tun M sebagai doktor perubatan tp Tun bijak berfikir.. logik dan ilmu yg dia cari. Membaca dan meneliti bidang2 ilmu..

Usah lah menjilat2 Najib yg jauh panggang dr api dr sifat Tun.

Cukup banyak perkara yg saya boleh senaraikan secara spontan kehebatan yg Allah beri pada Tun Mahathir. Jadi ambil lah serius terguran Tun M. Melayu ni mudah lupa.. mudah syok.. wpun tanah dh tergadai seronok siang malam. Harap org mcm Tun je masih Allah panjang usia utk jd panduan kita.

Mana ada siapa peduli sangat dgn jenayah berganda2? Najib laki Rosmah..? dia hanya pandai buat ayat kosmetik dlm iklan TV..2 jet MAS hilang dlm sekelip mata.. Najib laki Rosmah pandai2 buat ending conclusion ikut kepala akalnya yang sempit dan tidak cerdik..Sabah jd tak selamat.. Najib laki Rosmah hanya pandai habiskan duit buat ESSCOM. Tp hasilnya?? ZERO!!

Fikirlah apa yg Tun tegur.. jgn menyesal di kemudian hari. Sama ada Najib mesti ubah sikap atau dia mesti undur diri secara terhormat. Najib laki Rosmah jauh lebih buruk prestasi dr Pak Lah.

Pak Lah tak hapuskan ISA. Pak Lah tak kacau Polis.. tp Najib semua dia kacau.. yang untung ialah DAP PKR.. Cina2 kiasau menghina Agama, Bangsa dan Raja dgn tanpa ada rasa takut.. negara apakah ini yg Najb mahu bina???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 5:24 PM

Salam,
Penakut memang tak mahu orang tegur. Nanti banyak la salah silap. Tu yg tak boleh jwp. Ah jib gor tak bunyi punya. Tunggu semua dah sunyi, baru tegak berdiri. Tegur la bila dah tak puas hati. Kita yg kerja pun org tegur. Kalu salah kwna tegur supaya tak buat salah berulang. Ni semua takut hilang pengaruh. Kalu biar pun akan hilang pengaruh juga kemudian. Teguran awal lebih baik drpd dah punah abis. Kasi sedar, jgn sindrom menafikan yg benar

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 6:21 PM

Aku kritik Najib bukan kerana aku benci Najib. Tapi kerana aku sayangkan UMNO dan negaraku yang tercinta. Najib dah membuatkan tiang seri negara bergoyang-goyang dan bila-bila masa jer boleh roboh. Apakah tiang seri negara yang aku maksudkan ? Tiang seri negara ialah melayu dan Islam. Bagaimana tiang seri negara ni boleh roboh ? Dengan penubuhan MKPN yang matlamat utamanya ialah ingin menyamaratakan apa sahaja yang telah termaktub dalam perlembagaan negara. Bangsa melayu ingin disamaratakan dengan bangsa-bangsa yang lain. Manakala Agama Islam pula ingin disamaratakan dengan agama-agama yang lain. Ianya amat jelas sekali boleh menjahanamkan dan menghancurkan negara ni.

Apakah maksud adil ? Adil bermaksud sesuai pada tempatnya. Jika melayu susah harus dibantu, itu adalah adil. Jika anak melayu miskin mesti diberi biasiswa atau pinjaman pelajaran, itu adalah adil. Jika kontraktor kecil melayu pula, mesti diberi kontrak atau tender kerajaan, itu adalah adil. Mengapa tolong melayu adalah adil ? Ini kerana melayu adalah TUAN TANAH atau pemilik asal negara ini. Oleh itu, melayu mesti dilebihkan dari segala segi. Bukan nak ajar orang melayu manja tidak bertempat, tetapi nak memastikan melayu tidak merempat di bumi sendiri. Jika melayu dibantu, adakah selama ini bukan melayu kebulur atau tak cukup makan ? Bangsa manakah yang paling kaya ? Bukankah apa yang kita amalkan selama ini memberi kelebihan kepada bangsa kiasu sehinggakan mereka mendapat lebih dalam pembahagian kek ekonomi negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 7:54 PM

Apa tegur ah jib gor tu macam nak memusnahkan bangsa, agama dan negsra ke? Ah jib gor tu serupa tokong ke? Agama, bangsa dsn negara semua dlm ah jib gor? Sentuh pm, macam sentuh istana pasir ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 8:28 PM

Punasihat dibayar gaji untuk tidak menegur!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2014 at 9:40 PM

Bila bercakap pasal Tun M, aku pasti penyokong-penyokong Najib mungkin akan mengungkit balik kisah-kisah lampau Tun. Antaranya ialah :

1. Krisis dengan Tunku Abdul Rahman sehingga Tun M dipecat daripada UMNO

2. Diterima semula ke dalam UMNO semasa era pemerintahan Tun Razak (ayah Najib)

3. Memecat bekas Ketua Hakim Negara

4. Menghapuskan imuniti atau kekebalan raja-raja

5. Krisis kepimpinan UMNO dengan Ku Li sehingga menyebabkan UMNO pernah diharamkan

dan mungkin banyak lagi isu-isu lepas yang ingin dikaitkan dengan Tun M. Meskipun begitu, taraf negarawan Tun M takkan luntur dan jasa beliau selama 22 tahun tetap dikenang sampai bila-bila. Tun M adalah PM terbaik sepanjang zaman.

Post a Comment