........... Slogan oh Slogan ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Slogan oh Slogan ...

Sunday, July 20, 20145comments

Dekat seminggu dah saya nak tulis mengenai SLOGAN ni, iaitulepas baca artikel Ridhuan Tee bertajuk Allah Peliharalah Terengganu, dimana beliau ada mengulas slogan baru MB baru Terengganu - Transformasi Terengganu Baharu ( TTB ), Terengganu TerBersih ( TTB ). 

Entah ya ke tidak saya pun tak der dengar apa2 pun.... tapi cara beliau tulis tu nampak serius jadi saya anggap betul la tuh. 

Pemimpin Baru = Slogan Baru .... Very The Cliche la...

Bukan saja peringkat kerajaan negeri, jabatan2 kerajaan pun kalau dapat bos baru pasti akan ada slogan baru.  Biasalah .... kalau dah bapak kuat berslogan, anak2 pun tak mahu kalah, nak tarik perhatian bapak.

Masa Mat Said slogan kerajaan negeri adalah Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan..... entah apa maksudnya saya pun tahu. Bukan ke kerajaan memang dah menjadi tugasnya untuk berkhidmat untuk rakyat ? Habis tu, sebelum ada slogan itu kerajaan berkhidmat untuk siapa ?

MB Razif pun lebihkurang sama jer kalau bab berslogan ni ..... Slogan yang lebih bersifat  Syok Sendiri, slogan jenis yang nak kena beritahu apa yang kerajaan nak rakyat anggap akan kerajaan itu.. ( kerajaan baik .... kerajaan bersih ..... kerajaan mesra ... ) bukannya slogan yang jenis mengajak rakyat untuk bersama2 berusaha ke arah satu tujuan.

Rakan FB Shid Ab ada menjelaskan maksud saya, terutama perbezaannya slogan zaman Tun Mahathir dan selepas.


Apa itu slogan dan untuk apa ? example Islam Hadari, 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan etc..

Kalau hanya untuk jerit2.. slogan akan menjadi bahan ketawa sahaja.

Apa perbezaan slogan di Zaman Dr. Mahathir bin Mohamad dengan slogan selepas zaman Mahathir. 


Pada zaman Dr.M, slogan adalah alat untuk mental conditioning sebelum implementation. Satu persediaan mental sebelum perlaksanaan.

Example - Dasar pandang Ke Timur, Bersih Cekap Amanah, Malaysia Boleh etc..


Selepas mental telah di conditionkan ...jiwa dan otak kita dah boleh terima..maka diteruskan dengan perlaksanaan/implementation. Rakyat tidak akan terkejut dgn perlaksanaan malah akan menyokong 100% kerana process mental conditioning tadi telah dijalankan.


Selepas slogan , Dr.M terus laksanakan punch card, tiada overtime, memanjangkan waktu kerja dan lain2. Maka lengkaplah slogan + perlaksanaan.


Kita lihat pula slogan selepas zaman Dr.M, yang mana saya rasa telah gagal 100% malah jadi bahan ketawa. Islam Hadhari contohnya....gagal kerana tak guna Bahasa Malaysia...Secara ringkasnya bermaksud Islam Bertamadun atau lebih mudah kita sebut Islam Progresif. Macamana nak mental conditionkan jika maksud pun orang tertanya-tanya. 

Kita lihat pula slogan - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan 1 Malaysia . Terlalu general tapi mudah difahami cuma kesannya backfire sebab itu bukan mental conditioning untuk rakyat tetapi mental conditioning untuk pemimpin. Menjadi satu janji dari pemimpin kepada rakyat. 

Apa rakyat perlu buat dengan slogan itu adalah tidak jelas malah tak terpakai langsung. Rakyat menjadi penerima dan tertunggu tungu janji-janji manis melalui slogan tersebut. Ini kesilapan yang amat besar. 

Sepatutnya, selepas slogan seperti Islam Hadhari, akan menyusul selepas itu perlaksanaan seperti dikurangkan perkara remeh temeh seperti hukum hakam yang menganggu kemajuan, Jabatan Agama yang bermaharaja lela dan sebagainya. 

Sepatutnya selepas slogan Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, kita akan disusuli dengan urusan yang lebih mudah apabila berhubungan dengan pihak kerajaan di dalam segala hal, tetapi ini tidak berlaku. 

Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, Kementerian untuk orang Melayu dihapuskan. MARA di anak tirikan sehingga tiada budget untuk membantu, ISA dihapuskan sehingga penjenayah bermaharaja lela, extrimist tumbuh macam cendawan lepas hujan, kata2 kesat berbentuk perkauman kedengaran setiap hari dan lain-lain.

Kesimpulan nya, slogan menjadi janji-janji manis dan bukan lagi satu bentuk mental conditioning untuk dijiwai oleh seluruh rakyat Malaysia. Slogan tanpa implementation hanya menjadi bahan lawak sahaja. Saya hairan kenapa perkara yang simple macamni gagal difahami oleh kerajaan sedangkan penasihat2 Oxford banyak dan dibayar berbillion ringgit.

Slogan berfungsi untuk menggerakkan rakyat .... 1Malaysia cuma menggerakkan jari telunjuk rakyat ( bila ada pemimpin jer ) dan mungkin yang tergerak sama adalah kaum2 kiasu yang mengambil sepenuh kesempatan di atas keliberalan yang dibawa oleh 1Malaysia.

Alahai ... pemimpin Malaysia dengan slogannya ....

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2014 at 10:44 PM

Betul, betul, mental conditioning memang penting.
Selain menjadi panduan dan bayangan kepada tindakan dan perlaksanaan, juga untuk membentuk keyakinan dan menempa ketabahan.
Sayang ada puak sama ada pesimis atau cuma busuk hati memutar belit daripada mental conditionin kepada mockery.
Dasar Pandang Ke Timur memang bagus, tapi orang timur yang dimaksudkan tu ada kelebihan dari segi komposisi masyarakat mereka yang homogen. Orang Cina kat Malaysia ni mengaku macam-macam yanf baik kononnya, tapi bila timbul kes macam MH17 terbukti mereka ni tak pandang Malaysia, tak pandang orang Melayu dan sebagainya. Masalahlah, terutamanya bila Malaysia sekarang diperintah Melayu, dan selama 2 pilihan raya lepas merka berusaha supaya Cina ganti Melayu!Ingat diorang nak stop?Tragedi ni diorang jadikan peluang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 8:21 AM

Slogan yang Tun M perkenalkan adalah bersandarkan kepada perlembagaan negara. Masalah yang timbul daripada slogan 1Malaysia adalah semua rakyat akan rasa bahawa mereka punya hak untuk menuntut apa saja. Atas alasan, bahawa semua warganegara patut mendapat layanan samarata dan samarasa. Malah, ada yang lebih ekstrim menuntut supaya hak melayu dihapuskan supaya dilihat sesuai dengan slogan 1Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 11:06 AM

bestla artikel nihh.. caya! tun m gak gempak.. yang kemudian, semua gempak jugak.. tapi gempak tang slogan la. haha ! terbaik bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:58 PM

tpi PM najib masih menaruh harapan kat intan payungnya yg brmata sepet tu...alahai..kan besar punya gampang namanya tu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 2:36 PM

Slogan sekarang adalah 'merasionalisasikan rakyat'.

Post a Comment