........... PERHATIAN - Kes Kalimah Allah Di Mahkamah Masih Belum Selesai ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PERHATIAN - Kes Kalimah Allah Di Mahkamah Masih Belum Selesai !

Friday, July 4, 201416comments


Saya ingatkan dah selesailah isu kalimah Allah dalam mahkamah selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada lagi jalan buat gereja untuk merayu bagi pihak Herald, maknanya sudah muktamad Herald tidak boleh gunakan kalimah Allah bagi menggantinamakan Tuhan Kristian.

Masa scanning tajuk2 berita di Bernama tadi, terpandanglah satu tajuk yang berkaitan dengan kalimah Allah dan gereja -

Mahkamah Rayuan Dengar Rayuan Gereja SIB 1 Okt

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menetapkan 1 Okt bagi mendengar rayuan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan gereja itu mendapatkan prosiding semakan kehakiman untuk mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri berhubung rampasan buku Kristian mengandungi kalimah Allah.
.
Laaa..... ada lagi rupanya ! Walaupun kes yang lain tapi yang ini ternyata LEBIH BESAR impaknya berbanding dengan kes Herald sebelum ini.

Kes sebelum ini hanya terhad kepada penerbitan The Herald dan ekoran keputusan muktamad melarang The Herald dari menggunakan kalimah Allah, pihak gereja menegaskan yang mereka akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam apajua medium selain The Herald. Gereja beranggapan keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak mengikat alKitab dan lain2.

Kes yang ini pula terang2 sebut buku Kristian yang mengandungi kalimah Allah dan tuntutan pihak gereja pula berbunyi -

Mereka memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja.

Nah, ini lagi menyeluruh ! Juga tidak disebut terhad kepada Sabah dan Sarawak saja.



Dinyatakan bahawa pada 5 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudahpun menolak permohonan gereja itu. Dari semakan, saya jumpa artikel Sinar yang melaporkan kes itu - 

Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Dalam penghakiman beliau, yang dibaca Penolong Kanan Pendaftar N Arun di dalam kamar Zaleha berkata, mahkamah itu tiada pilihan selain merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kementerian Dalam Negeri lawan Gereja Roman Katolik berhubung larangan penggunaan kalimah "ALLAH" dalam penerbitan mingguannya, 'Herald'.

"Oleh yang demikian, walaupun keputusan itu adalah khusus bagi Herald, semua hakim yang arif berpendapat bahawa kalimah "ALLAH" bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan Kristian dan oleh itu, larangan menteri berkenaan tidak bercanggah dengan perlembagaan.

"Selagi keputusan itu terpakai, doktrin 'stare decisis' (duluan), mahkamah ini terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi," katanya.- Sinar 5 Mei 2014.


Hmmmm .... dua perenggan akhir itu menarik sekali.  Boleh digunakan sebagai hujah membantah pendirian gereja yang keputusan Mahkamah Persekutuan tidak melibatkan selain The Herald.


Jika penghakiman pada 5 Mei adalah bersandarkan keputusan kes The Herald di Mahkamah Rayuan, seharusnya pada pendengaran kes Gereja Sidang Injil Borneo di Mahkamah Rayuan 1 Oktober kelak, para hakim menyandarkan keputusan kepada Mahkamah Persekutuan - Mahkamah yang lebih tinggi dari yang dirujuk pada 5 Mei !

Logik kan ?


Dan kali ini keputusan seharusnya lebih menyeluruh yang merangkumi semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja  dengan itu tidak akan timbul lagi tafsiran yang pelbagai.

Di harap kita semua pantau kes ini nanti ..... jangan di ambil ringan kerana jika dibuatnya Gereja Sidang Injil Borneo menang, tidak ada maknanya kemenangan kes Herald baru ni !

PS - cuba perhatikan tajuk2 ceramah cd di bawah -

- Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah
- Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah
- Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah
- Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah


Itulah BUKTI contoh2 penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja sekiranya mereka bebas menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan mereka. Apakah tidak mengelirukan ?

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 7:42 AM

bro din, lari topik sket. pengkhianat bangsa masih x sedar2:

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140704/dn_02/Pemandu-Bukti-Malaysia-di-landasan-betul

masih mengagung2kan pemandu, bodoh sombong dan tidak mahu mengaku sokongan org melayu terhadap dia merundum.

pemandu yg penuh dgn org liberal masih diangkatnya.

maksudnya tekanan kita x sampai dan dia masih x merasa sakit.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2014 at 7:57 AM

Patut dari awal tiada 10 perkara dari pihak tertinggi kerajaan. Sekarang mereka menggunakan berbagai alasan.

Jika Islam itu tertakluk kepada Syariah, maka isu Allah mesti di kendalikan mengikut enakmen terpakai sedia ada. Malah terdapat frasa dan perkataan di gunakan Islam, tidak boleh di gunakan untuk agama lain dan berkaitan ( DT tlg paparkan perkataan2 yang di larang tersebut )

Oleh itu semoga 'loopholes' dalam perundangan terbabit dapat di perbaiki dan di selaraskan mengikut definisi dalam kes- kes yang metagukan tujuan nya - seperti kesungguhan kristian Borneo mengguna Kalimah Allah - yang di nafikan secara mutlak penggunaan nya oleh Vatican (Pusat Kristian Sedunia)

Kenapa mereka di sini tidak menghormati keputusan Pope Padri tertinggi mereka , malah berani mencabar undang-undang terpakai di Malaysia ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 7:57 AM

Sedih kerana mereka yang kununnya memperjuangkan islam dan hukum Allah tidak berbuat apa-apa malah ada pula yang menyokong penggunaannya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 9:27 AM

Inilah padahnya bila pemimpin tertinggi negara sering bersikap playsafe. Apakah dengan mempertahankan hak umat Islam dikatakan menyalahi konsep 1Malaysia ? Memang betul PM adalah untuk semua rakyat tapi hak tetap hak. Hak Melayu dan hak Islam mana boleh dikompromi atau di kow tim kerana ianya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 10:03 AM

Kalaulah retrospektifnya pengikut nabi Isa a.s tidak memandai-mandai dan jari jemari tidak kreatif tak tentu pasal, tidaklah ada keperluan untuk agama baru diturunkan untuk manusia sejagat selepas ketiadaan beliau, makanya ada kemungkinan ajaran yang dipertanggungjawabkan ke atas Isa a.s kekal dan seterusnya jadi kemuncak dalam aspek keberagamaan dunia. Malangnya itu tidak berlaku, lalu jadilah agama selepas Isa a.s sebagai agama 'penutup' bagi semua agama sebelumnya. Mereka tahu tetapi sengaja buat-buat tidak tahu. Kalau tidak tahu masakan kitab agama (pelengkap semua agama) menarik minat banyak pihak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 10:04 AM

Puak-puak ni baru dapat Paderi Roman Khatolik baru; Julian Leow Beng Kim seorang cina kiasu asal Seremban. Sebelum ni 3 paderi besar kristian sejak 1955 adalah keling-keling belaka.

Konflik kalimah Allah sebenarnya adalah berpunca dari lobi Pakiam untuk sambung jawatan Archbishop Roman tetapi ditolak menyebabkan beliau perlu bersikap garang dan mencipta isu untuk diangkat sebagai hero kristian dan menyatukan aliran-aliran kristian yang berpecah. Isu kalimah Allah adalah mainan keling Pakiam ini bersama-sama majoriti paderi-paderi keling dalam Gereja Roman khatolik.

Kini Paderi baru Cina ini main isu tuntutan SIB kerana di SIB banyak paderi Cina tambahan lagi nak PRN Sarawak.

Info dalaman kristian sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 10:54 AM

Suatu yangpelik...Ahli bahasa...DBP atau prof kangkung...langsung tak bersuara...

....................
Reply To This Comment ...................
Pengundi Sik
July 4, 2014 at 11:12 AM

Mereka dengan sengaja memasukkan tuntutan

" memohon perisytiharan bahawa mereka mempunyai hak di sisi perlembagaan untuk menggunakan kalimah "Allah" dalam semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja."

kerana tahu mereka akan kalah dan dengan ini menghasut penganut Kristian di Sabah dan Sarawak mengatakan mereka kini tidak bebas lagi mengamalkan agama mereka dan ditindas Kerajaan UmnoBn. Lalu dari sini akan diadakan referendum untuk keluar dari Malaysia.

Inilah sebenarnya permainan yang sedang mereka mainkan sebenarnya. Inilah yang jadi bila ISA dimansuhkan. Saya minta sesiapa dari jabatan kehakiman sekiranya ada membaca artikel @ komen ini memasukkan perkataan yg bermaksud hanya di Semenanjung tak boleh tapi masih bebas seperti sediakala di Sabah dan Sarawak untuk mengelakkan isu ini menjadi mainan politik DAPigs dan Penipu Rakyat.....

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2014 at 11:19 AM

sokong tu satu hal, siap gaduh lagi dengan sedara sesama islam sebab nak menangkan pihak yg lagi satu. hero sejagatla konon2.. yang ada kuasa plak, senyap je.. jaga hatila konon2.. puii.. makin lama makin kena pijak kita ni di bumi sendiri. silap haribulan jadi palestin la kita

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 11:44 AM

Dah ustaz, ustazah, alim ulama pakat bertelagah. Semua tak bersatu. Masing ada pengikut. Yg tak tahan ada pengikut kristan pulak. Lagi teranglat ekor serban ulama tu. Semua sayang jawatan, takut kena maki. Ceramah dan tazkirah gunung pun runtuh bila dengar jihad dan perjuangan islam, praktikal hampehhh

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 11:48 AM

Sepatutnya ulama dan paderi perlu membahaskan perkara ini dihadapan umum untuk mendapatkan kebenaran.Perbahasan ini perlu dibuat secara langsung dikaca tv seluruh negeri termasuk sabah dan serawak.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2014 at 1:05 PM

Dan tak lama lg dorg buat perkataan ALLAH tu mcm lambang salib mereka.. Buat sticker kereta, buat baju , loket pastu nmpk lah semua kristian2 ni pakai dgn selambanyer... Trime kasih PAS sebab buat2 dungu

....................
Reply To This Comment ...................
July 5, 2014 at 4:44 AM

Apa yang menyebabkan kristian2 tu begitu degil & takbur dengan tiba2? Yg aku perasan, mereka jadi begitu sejak adanya kedutaan vatican di KL. Persoalan utama di sini, kenapa perlu ada kedutaan vatican di msia sedangkan puak kristian di sini tak sampai 10%? Siapa yang jemput dia orang? Atau najib yang jemput?

....................
Reply To This Comment ...................
July 5, 2014 at 5:00 PM

kristian nak guna nama tuhan islam ialah kerana politik. target depa sabah & sarawak. pihak islam yg kata boleh & yg kata tak boleh pun kerana politik.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
July 5, 2014 at 5:45 PM

@Anonymous
Dah tu dok pilih pemimpin -pemimpin Melayu UMNO yang libral, nak buat cam na ?.

....................
Reply To This Comment ...................
July 5, 2014 at 6:37 PM

dua2 pihak ada teloq (substance)ke? satu balik sana & satu lagi balik sini, ditengah2 ada pagar, terpekik terlolong, bila nak selesai oi!

Post a Comment