........... Pembela - Kerajaan Sekarang Muah-Muah Dengan Golongan Liberal | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pembela - Kerajaan Sekarang Muah-Muah Dengan Golongan Liberal

Wednesday, July 9, 20146comments

Pembela Ni Citer Apa, ek ?

Pihak PEMBELA mengikuti rapat setiap perkembangan yang berlaku membabitkan pertikaian hak Islam dan Melayu di tanahair. Pihak kami berasa hairan dengan tindak-tanduk kerajaan sejak akhir-akhir ini yang kelihatan terlalu banyak memberi muka dan ruang kepada golongan pelampau dan liberal. Golongan pelampau dan golongan liberal kini dilihat sedang berkeliling kepada kerajaan pada setiap arah dan penjuru.


Saifuddin Abdullah bersama Global Movement of Moderates (GMM) yang pernah diterajuinya cenderung kepada COMANGO. SUHAKAM juga cenderung kepada COMANGO. Sedangkan tuntutan-tuntutan COMANGO antara lain berisi cadangan-cadangan bejat yang bermotif menghakis Kedaulatan Islam dan moral rakyat Malaysia.

Kami juga melihat Joseph Kurup, salah seorang Menteri Kabinat, pernah mengumumkan kemenangan pengwujudan IFC (Interfaith Commission) melalui tertubuhnya Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di Antara Penganut Agama (JKMPKA). Seolah-olah dia sedang meraikan kemenangan di dalam pertembungan antara kepentingan bukan Islam mengatasi hasrat dan keprihatinan umat Islam yang menolak IFC sejak awal lagi.

Apa sebenarnya sudah jadi dengan pentadbiran Dato’ Seri Perdana Menteri? 
Sebagai warga yang menghormati dan berjuang supaya kedaulatan undang-undang terus ditegakkan, PEMBELA merasa terkilan dengan tindakan-tindakan janggal yang dibuat kerajaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Apakah suara-suara umat Islam tidak lagi mendapat tempat di dalam kerajaan Dato’ Seri Najib Tun Razak?

Tindakan paling ketara dilakukan oleh kerajaan ialah dengan membenarkan penubuhan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN/NUCC). Ia jelas satu bentuk langkah berundur ke belakang yang telah dijalankan oleh pihak Kerajaan. Malah, penubuhan NUCC turut mendapat tentangan bukan hanya satu dua individu, malah beratus-ratus NGO-NGO Islam dan Melayu yang mewakili ratusan ribu ahli yang merupakan pengundi berdaftar. Penubuhan NUCC ini boleh diibaratkan dengan kata pepatah lama tiada beban batu digalas.

Tun Abdul Hamid, Bekas Ketua Hakim Negara sendiri menempelak kewujudan NUCC yang ditegaskannya sebagai sebuah agen bagi menghakis Kedaulatan Islam dan Hak-Hak Melayu di dalam Perlembagaan. Apakah pihak kerajaan tidak mampu mencerna halatuju tindakan-tindakan pelampau yang bersarang di dalam NUCC sebelum bersetuju membenarkan penubuhannya?

Apakah Kerajaan kini mahu berlepas tangan secara sepenuhnya dengan hanya membiarkan kerja-kerja mempertahankan Perlembagaan dan Undang-Undang negara hanya dijalankan NGO-NGO Islam dan Melayu di luar kerajaan ? Mana perginya suara parti-parti politik yang membentuk kekuatan tunjang Parti Pemerintah? Mana juga perginya suara-suara Parti Islam di dalam pakatan Pembangkang?

Apakah kini, pemerintah sedang kecanduan trend untuk berpihak kepada golongan liberalis dan pelampau supaya sentiasa mendapat pujian di dalam media-media yang dikuasai mereka?

Tindakan-tindakan pelik dan janggal Kerajaan lewat ini, seolah-olah memberi isyarat yang salah kepada seluruh rakyat Malaysia. Kenapa golongan liberalis yang mengambil sikap bermusuhan dengan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang terus dibajai dan ditatang Kerajaan, dan kenapa pula pihak yang memperjuangkan perkara tersebut diperlakukan seperti musuh no 1 negara?

Kerajaan harus memperbaiki keadaan ini sebelum benar-benar terlambat. Berhentilah dari berterusan memberi dedak kepada golongan liberalis dan pelampau tempatan. Sebagai umat Islam, kami diikat dengan kewajiban menyokong mana-mana pihak yang tidak memudaratkan kedudukan Islam di dalam negara. Ia sebuah aritmetik mudah yang akan diterjemahkan secara gelombang yang besar pada masa yang tepat nanti.



Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.


Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin,
Pengerusi,
Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)
PS -  Komen DT - Hanya satu jer jawapan kepada persoalan yang membelenggu fikiran Pembela - Najib sendiri Melayu Liberal !

KLiK dan LiKE -  FB Melayu Protes Najib!

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 9, 2014 at 8:37 PM

Memang perlu Melayu risau...Semua ini bukan darah yang mengalir dalam Umno! Penyakit kencing manis, darah tinggi, simpati tanpa empati, pekak dan barah hati.

Tiada penawar mujarab kecuali balik ke pangkal jalan. Islam dan Melayu mesti menjadi tulang belakang yang mesti di praktikkan dengan kiropraktik...

Berjalan semula dengan songkok berbaju melayu atau berkemeja putih lambang keIslaman dan Kemelayuan yang penuh jatidiri. Tiada rugi nya. Bina semula Identiti dan keTamadunan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2014 at 8:47 PM

Din, cuba ko tanya Najib. Mesti dia tak mengaku punya yang dia adalah melayu liberal. KJ pon sama gak, takkan ngaku punya. Percayalah cakap aku Din.

Hakikatnya melayu liberal adalah agen perosak kepada umno. Mereka adalah parasit yang merosakkan umno dari dalam. Seandainya Ah Jib Gor disingkirkan sekalipun, akan ada melayu liberal yang menggantikannya pula. Senang citer macam nilah, melayu liberal kini telah menguasai bukan sahaja di peringkat pusat. Malah telah menular di setiap negeri dan amat sukar sekali untuk kita "menyembur dengan racun perosak" kerana bilangan mereka terlalu ramai. Melayu liberal telah membina kubu yang kuat dalam umno sehinggakan sesiapa pun takkan mampu untuk menentangnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2014 at 10:03 PM

orang liberal tidak akan mau mengaku dia tuh liberal. disebabkan keliberalanyalah Melayu sudah semakin terancam. aku takut kalau kalau najib akan menjadi seperti nasib Tunku Ab Rahman yang terpaksa melepaskan jawatan selepas peristiwa berdarah. tanda tandanya sudah ada dari komen komen pembaca diblog ini yang menukar chanel tv setiap kali gambar najib dihidangkan. bagaimanapun diharapkan yang terbaik. jauh dilubok hati, masih mengharapkan najib melepaskan jawatan sebelum dipaksa berbuat demikian.

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 12:58 AM

Parti umno memang dayus dan tak boleh diharap.Kita perlu gerakkan seluruh ngo2 Melayu untuk bergabung dan menyatakan ketidakpuasan hati kepada kerajaan yg ada sekarang.Kita bagi kata dua pada kerajaan Melayu dayus ini sekiranya masih gagal membela Melayu dalam tempoh yg kita tetapkan,kita akan memboikot pru14.Biarlah pembangkang ambilalih negara sebab tidak ada bezanya kerajaan Melayu yg memerintah dengan kerajaan komunis liberal dap/pkr.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 4:28 AM

Itu lah gula2 utk kekalkan dan pancing undi akan datang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 7:40 AM

Semua itu undi punya pasal. Saya nak undi. Saya nak popular . Saya nak jadi bintang. Saya hebat. Saya disayangi. Saya diterima oleh semua yg mengunfi bn. Oleh itu saya perlukan undi puak yg jual bangsa dan agama kerana saya nak kekal rupa hensem saya spt di atas yg meronton jiwa rakyat malaysia untuk undi saya for bn

Post a Comment