........... Najib Mahu Kerajaan BN Elak Jadi Macam Team Brazil ATAU Kerajaan BN Memang Team Brazil Pun ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Najib Mahu Kerajaan BN Elak Jadi Macam Team Brazil ATAU Kerajaan BN Memang Team Brazil Pun .....

Thursday, July 10, 201431comments


Tadi memang dah ada idea nak kaitkan kekalahan memalukan Brazil 1-7 di tangan Jerman dengan cara Najib bermain politik, tapi tak jadi. Kemudian bila baca yang Najib sendiri ber-analogikan permainan itu, rasanya kena tulis jugalah.

Sebab cara Najib bercerita macam dia bagus ...... jadi kena berikan satu tafsiran lain pula kepada analogi yang sama. 

"Kalau itu boleh berlaku kepada sebuah pasukan bola, cuba bayangkan apa yang boleh berlaku kepada sebuah negara.

"Kalau tidak ada kepimpinan berkesan yang mempunyai visi, komitmen dan menjiwai aspirasi rakyat," - Sinar @ Bernama.


Peeergh .... Najib perasan yang ketika ini kerajaan BN pimpinannya adalah kerajaan yang mempunyai kepimpinan berkesan yang mempunyai visi, komitmen dan menjiwai aspirasi rakyat !

Pandangan saya pula lain, Tuan Najib. Kerajaan BN sekarang ADALAH pasukan Brazil yang tewas semalam cuma masa permainan masih berbaki tidak sampai 4 tahun lagi.

Apa yang berlaku kepada pasukan Brazil akan berlaku kepada kerajaan BN pada PRU14 jika tidak ada perubahan drastik dilakukan dari sekarang.


Satu lagi .....


Pasukan Brazil 2014 ni sebenarnya bukanlah kuat sangat pun. Tidak ada magis Samba dipamerkan pemain2 dalam kesemua permainan mereka. Menentang Chile pun hampir2 ditewaskan kalau tidak diselamatkan oleh palang gol di minit2 terakhir. 

Neymar banyak membantu kemaraan Brazil dan kehilangan kelibat Neymar semalam amat dirasai. 

Mana ada pasukan yang boleh terus maju jika hanya bergantung kepada seorang pemain saja ? Malah, kalaupun Neymar bermain semalam, kemungkinan besar keputusannya tetap memihak kepada Jerman .... cuma kemaluannya tidaklah sebesar semalam.

Samalah macam BN .... BN bukannya kuat pun tapi yang kuat cuma bab perasan jer. Menang perlawanan lalu ( PRU13 ) pun sebab NASIB BAIK.

Tapi ada BN ( dan Brazil for that matter ) mengaku ?

Perlawanan seterusnya mungkin BN akan kalah ..... dan jika Najib terus perasan dibuai 'I Love PM', akan kalahlah pasukan BN. DAN ditakdirkan pemain no 10 BN tidak dapat bermain, bermakna kekalahan lebih teruk dan memalukan bakal menanti.

Menjiwai aspirasi rakyat ? ? 

PS - KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib!

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 12:28 AM

Bro Din, saya sebenarnya telah jangka bro akan tulis macam ni semasa dengar ucapan Najib tadi...hehe..dan saya juga terfikir macam tu ...hehe

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 12:32 AM

Najib berada di dunia yang lain drpd kita.Sebab itu dia tak nampak apa yg kita dan kebanyakan orang nampak.Mungkin najib berada di kayangan terawang2 berasa diri masih berada di puncak.Kemenangan di teluk intan menambahkan syok sendiri najib.Dia perasan seluruh umat Melayu menyokong dia sambil orang cina juga sudah kembali menyokong dia.Ya najib memang syok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
July 10, 2014 at 12:39 AM

scolajib2,prasan sungguh hg.patutla makin jahanam umno,pmimpin no 1 yg syok sndr.tanpa melayu siapala umno,bukn tanpa umno siapa la melayu dn tanpa ALLAH siapala melayu dn umno.kalo ahli umno masih hadap nk org no 1 mcm ni maka ckup2 la melayu ngn umno.makin mnjadi2 plak knyataan2 "bernas" najib ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 1:44 AM

Jangan anggap pendapat tuan mewakili pendapat majoriti. Senior politicians know all consequences and are prepared. He was given the majority votes so let him do his job. If majority rakyat thinks that he failed, he will be dealt with in the coming election; meanwhile just sit tight.

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 1:47 AM

@AnonymousTak pernah pun anggap diri mewakili majoriti.... pro ahjibgor pun sama, jangan anggap Najib mewakili majoriti !

'If majority rakyat thinks that he failed, he will be dealt with in the coming election;...'

That's what we want to avoid ! so how to sit tight ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 2:06 AM

dah tenat, makan dengan straw pun perasan sihat lagi..

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 10, 2014 at 3:01 AM

@Anonymous
"...He was given the majority votes..."

masalahnya PRU lepas JELAS menunjukkan BN telah HILANG undi MAJORITI RAKYAT.

La ni apa yg sdg dilakukan DS Ah Jib Gor memualkan para penyokong dan simpatisan UMNO pd PRU13 lalu. Kalu DSAJG terang matanya, pantas akalnya,lihat bagaimana Tun M mengawal bangsa pendatang/penceroboh....jauh PANGGANG dari API

Tun M dgn cara mengawal, DSAJG dgn cara BERI SEMUA APA YG MRK MAHU. Hasil kedua2 cara memerintah dah terlihat masa PRU13, mana yg madu mana yg racun. Ituppun masih lg BUTA MATAnya, KELAM HATInya dan DANGKAL AKALnya?

so, how to sit tight?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 4:00 AM

Tan Sri Muhyiddin di dlm Utusan malaysia 5 Julai

"Saya sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana nak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa nak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140705/dn_02/Tidak-mustahil-13-Mei-1969-berulang---TPM#ixzz36zy7HYs1 © Utusan Melayu (M) Bhd

Ah Jib Gor bila bercakap tanpa SKRIP daripada Punahsihat maka akan keluarlah Idea-Idea Dahsyat daripada Pemimpin No. 1 Malaysia Pujaan Ramai Pendokong Liberalisasi di Malaysia ini.

Ucapan Ah Ji Gor Tanpa SKRIP Punahsihat seumpama Pengucapan “KANGKONG Turun Tak Puji Kerajaan”, “Ayam Di Pasar Putrajaya RM1 sekilo” seumpamanya.

Malangnya bila ucapan berpandukan Punahsihat, dispin dan berputar2 DiLiberalisaikan secukup rasa, meleleh airliur Ah Jib Gor bila berucap, entah apa yang di pahami Ah Ji Gor nieh, Allahu’alam.

Macam mana Tahap Pemikiran Seorang perdana Menteri yang boleh memperupamakan Kepimpinan Sebuah Negara waimma memimpin sebuah Pasukan Bola? Inilah cetusan idea Paling Sensasi Abad Ini!!

Saudara-saudari sekelian, Pok Din, Diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga segala amalan dibulan yang mulia ini dirahmati Allah AzzaWajalla.

PAS sedang dan tengah berguling sakan dibawah arus Liberalisasi yang di pelopori oleh Mohd Sabu (Al Khalwati), Khalid Samad (Shah Alam), Mahfuz Omar (Kedah), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan ramai lagi yang berajakan Wang ringgit semata-mata bukan lagi Perjuangan kearah Islam sebagai suatu cara hidup.

Terbaru DAP Laknatullah nak ina sebuah Pusat Judi Lumba Kuda, Idea ini disokong oleh Puak2 Lieralisasi di dalam PKR dan terus member tekanan kepada PAS. Maka berlumba2lah Pemimpin Liberal dalam PAS menasihati pemimpin mereka menerima Idea itu kerana PAS dijanjikan Habuan Lumayan jika pusat judi tersebut dapat dibina di Selangor.

bersambung...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 4:05 AM

Habis segala perlembagaan PAS diLiberalkan puak-puak Bijak Pandai Dalam PAS, menjadilah Hadi Awang seumpama Ah Jib Gor membaca SKRIP.. ” Hudud adalah satu aspek daripada 0.001% daripada hukum Islam”. “Hudud bukan keutamaan untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menjajah Putrajaya”.

Kalau dulunya mahupun dari awalnya Hadi Awang yang marahkan Wan Mokhtar bila Tak Dapat Jadi Mufti besar Terengganu dipetik sebagai berkata di Paya Banggol,

Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

“Jangan nanti Hadi Awang dipetik sebagai berkata, Nabi sukakan kuda, Pusat Luma Kuda bagus untuk Pas mengikut sunah Nabi Naik Kuda, apa lagi menonton perlumbaan kuda!”.

Pemimpin Melayu seumpama Ah Jib Gor dan Hadi Awang sama-sama mengharapkan belas ehsan daripada Penulis SKRIP….maka bermaharajalelalah kesemua penulis SKRIP di bumi Malaysia ini.

UMNO juga mengalami proses yang sama, UMNO sedang secara giat sedang DiTransformasikan Kearah Liberalisasi oleh Pemimpin Utama UMNO..dari Bapak Presiden, Khairy Jamaluddin, Hasan Malek dan ramai lagi.

Tidak dinafikan jua, ramai Pemimpin Melayu yang diBiayai, Ditaja, dieri sokongan kewangan oleh Taukeh-taukeh Cina spt Hishamuddin Husin, Shafie Afdal, Khairy Jamaluddin ramai lagi bersusun-susun…Tak dinafikan mereka inilah yang mendorong, mendesak PM Najib mengambil MCA Cina supaya menjadi Menteri dan Timbalan Menteri menyertai Kerajaan. Siapakah yang bersalah dalam soal ini? Kedua-duanya kot, tapi kedudukan PM Naji agak sukar, kesian dia.

Memetik ungkapan di atas, sempena Ramadhan ini, sebelumnya segala keluh resah, hilu pilu hati lara, mengomen panas berasap, mencari, memohon seorang pemimpin yang dapat mengangkat, memartabatkan kembali Islam, Melayu dan Institusi Raja di Tanah air kita ini.

Apakah ada kemungkinan disebalik perihal yang nyata, bahawa senya Allah AzzaWajjala menjawap segala keluh resah, rintihan melalui penulisan, maka Terungkaplah Kata2 Pujangga seperti di atas?

Apakah di bulan Ramadhan ini Cahaya Keinsafan, Cahaya Penerangan, Cahaya Keberanian, Cahaya Perjuanga dan Cahaya Penyatuan Ummah Islam – Melayu di bumi ini akan mula berputik?

Kiranya Tan Sri Muhyiddin bukanlah pemimpin yang dicari, siapakah Pemimpin yang dapat menyatu-padukan ummah Melayu Islam dan memartabat, meninggikan syiar Islam di bumi Malaysia bertuah ini?

Anak Warisan Dari Ampang
(Pok Din - saya hanya rakyat biasa, bukannya Blogger tapi Anak Kecil Main Api….).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 7:15 AM

Nak cakap pasal bola polak mamat ber-DNA cina nih...

1) Brazil sebenarnya bukan memiliki corak permainan yang berkualiti tapi lebih gemar kepada berpopulariti.... Pele, Ronaldo, Ronaldinho, Jar-jar blinks.... Atau lebih tepat, ala-ala Samba (atau sambal belacan?) kunu...

2)German tidak begitu popular dari segi populariti pemain-pemain tonggak utama mereka di peringkat kelab-kelab atau dalam 'rangking' dunia. Berapa harga Kloose, Muller, Klinsman? Tapi cuba anda lihat corak permainan mereka pada piala dunia ini, atau lebih tepat corak bermain SECARA BERPASUKAN, atau yang lebih dikenali sebagai 'teamwork'. Dalam konsep permainan mereka, siapa atau individu yang menjaringkan gol adalah tidak penting, yang penting adalah NAMA PASUKAN GERMAN!

Macam ini mamat tuh nak samakan pentadbiran beliau dengan German? Atau nak membandingkan dengan pasukan Brazil?

Mamat bermuka 'pink colour' (pinjam kata-kata Din Penyu) tuh tak ada cermin kah kat rumah beliau? Bikin malu jak nak bandingkan dengan keputusan piala dunia kunu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 7:22 AM

@Anonymous

"He was given the majority votes..."

Sepatutnya ayat tuh berbunyi begini:

"He was given the majority votes by default..."

Simpan ayat 'default' baik-baik kat serebelum anda. Suatu masa nanti, ia pasti sangat berguna!

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 7:39 AM

Yes u r rite bro... How to sit tight? Anon 1.44am use ur brain la... It will be too late if we r to wait for pru14... Use ur head if u can't use ur brain hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 7:50 AM

http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140710/dn_02/Huru-hara-jika-kepemimpinan-lemah

satu either dia bodo sgt nk sedar bende ni tuju kt dia

or

permainan basuh otak, dgn ayat mcm tu seolah2 kerajaan dia x lemah.

well rasanya dgn jenayah meningkat, semua bende jadi mahal, pembangkang dilayan mesra kita semua tau kerajaan najib is anything but lemah.

kalau ade maruah dan harga diri dia x patut mention pn bende ni. Seriously bodoh ke ape dia ni. silalah pembangkang serang kenyataan bodoh dia ni.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 7:53 AM

Salam,
Kalu kita berada dekat ah jib gor, dalam lingkungan 10 meter, kita akan dengar segala pujian kehebatan, populariti, dr org yg menjadi tembok ah jib gor. Yg busuk, yang nyata, fakta semua dah ditutup oleh puak ni. Ah jib gor cuma jd pm utk rasmi majlis jer. Buat pengumuman terutama bab duit, perkara yg dibesarkan kehebatannya. Semua isu dah sangkut kat tembok, tu yg tak bunyi dr pm.

Memang kalu tengok ah jib gor nampak perasan bagus. Tak boleh tahan. Tak rasa nak love pm macam saya feel kat tdm. Ada rasa bangga, sayang, hormat dan sedia berjuang. Pm ni rasa nak buang je baju brazil dlm jamban

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 8:22 AM

alahai..ajib sebijik macam neymar..perasan superstar..bila dah terkeluar kononnya pasukan akan kalah. walhal bolasepak ialah permainan berpasukan. tanpa penjaga gol, korang fikir neymar boleh main sorang2 ke? semua pemain dalam team kena bersatu.

tapi ajib lain..dalam PAU pun ada kelompok2..pastu main tutup sebelah mata pulak dengan pemain lawan (pembangkang dan golongan liberal)..camtu perasan nak MENANG LAGI? jangan haraplah ajib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 9:08 AM

Adakah DS Najib sedar apa yang beliau katakan " Malaysia akan jadi macam 'team Brazil'kerana tiada kepimpinan yang berkesan untuk memerintah negara ini.Tidak kah dia tahu bahawa ucapan itu mrenunjuk kepada dirinya sendiri.Kan ini akan menjadi bahan ketawa rakyaat seperti ucapan nya tempuh hari tentang 'Kangkung". Mahfuz Omar dan Ambiga dah beri 'pukulan' pertama pada dia dalam komen mereka.Apakah DS Najib ni pemimpin yang masih berangan2 akibat kemenangan BN dalam PR13 dimana BN hilang 2/3 majoriti di Parlimen.Tidakkah dia sedar bahawa popularitinya kian pudar akibat tiada ketegasan dalam kepimpinan nya? Bukan itu kah yang dimaksudkan nya apabila menyamakan kekalahan team Brazil dengan ketandusan pemimpin yang tegas dikala ini di Malaysia. Lawak betul Najib ni!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 9:15 AM

Salam abg din t.... saya percaya kalau la parti pas kuaq dari Pakatan masa pru 14 nanti Dan umno masih dgn syok sendirinya pasti ramai org kita yg akan kona dan kalih sokong depa.. cuma alternatif yg ada sekarang tak mampu nak boleh org melayu buat sbb ada cina2 yg kontrol pas.... kalau pas bole gerak sendiri mesti total support p kat depa... saya org umno tp saya da tak syok dengan kepimpinan yg lembik nie...

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 9:47 AM

bro din, semalam masa tonton berita aku nak tergelakpun ada. sesedap rasa je abang najib cakap negara kita akan jadi seperti brazil jika TIADA KEPEMIMPINAN BERKESAN. peh!! rasa nak tercabut urat kentut aku. tang mana la yang abang najib ni nak tunjuk bahawa kepemimpinan kerajaan sekarang ini berkesan? golongan yang kalah pilihanraya lebih mendominasi dan diberi muka, itu kepemimpinan berkesan? kepemimpinan berkesan ke keMIMPIan berkesan? rupanya abang najib masih lena diulit mimpi indah dan perasan teguh, hebat dan kepimpinannya memberi kesan maha hebat kepada rakyat. adusss.... tak boleh blah betul la bro din. apa nak komen lagi, orang dah hebat. boleh puji ajelah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 9:58 AM

Yup sokong. Macam pakai jersi brazil. Waktu kena 1-7 dgn jerman. Malu wehhh nak ngaku penyokong dan ahli. Tak dapat nak dibanggakan kecuali pm bangga dan syok sendiri. Presiden pun cina, ah jib gor

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:03 AM

we need new leader....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:12 AM

PERTAMA: aku sungguh tak bersetuju kamu mintak najib berubah. aku dah tak der kepercayaan lagi pada dia walau pun keluar api dari mulut dia. aku harapkan dia tuh berundur.

KEDUA: siapa pemain nombor 10 tuh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:17 AM

@Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad

Kak Pah pun bersemangat juga macam kami nampaknya. Anak Pak Syed ni kenalah "like" FB Melayu Protes Najib! Kami ramai ramai akan calunkan Kak Pah sebagai sri kandi bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:19 AM

@tobeng

betulah tuh. dia berada diantara dua dunia. dah tentunya dia nih dalam rasukan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:24 AM

@bluk

agak agak kamulah najib tau dan paham tak aper yang dia cakap? berterus terang aku cakap aku sememangnya tak tangok pun najib bercakap dalam tivee pasal entah macam geram jer. aku ikut blog blog dan kadang kadang baca dan kekadang tuh tidak - tengokkan tajuknya. yang aku perasan dia nih seolah olah mengikut arahan apa yang nak dicakap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:30 AM

@dinturtle

I totally agree with u Din. "That's what we want to avoid" and that is the reason we are here. Najib should be very grateful to have us here to enable him to see through himself rather than to have the people around him carrying his balls.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:38 AM

@Hasbullah Sulaiman

bak orang buta yang mengajar orang celik melintas jalan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:54 AM

@Anonymous

it's such a stupid and irresponsible advise. we have no intention to correct najib but to inform him his mistakes. loving najib does not mean that he is perfect. people around him including you should convey our messages and unhappiness not just telling us what is right and wrong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 11:12 AM

kata2 najib tu ditulis oleh penulis ucapannya. Penulis ucapannya terbawa2 dgn kekalahan pasukan kesayangannya lalu keluar idea spontan dikaitkan dgn kepimpinan, dimana penulis itu sedia maklum betapa lemahnya kepimpinan sekarang, lalu tulisaan itu ditujukan pd najib. Dlm satu majlis najib terbaca sepintas lalu ucapan yg ditulis itu ada analogy ttg pasukan brazil membuat najib excited kerana nak menunjukkan dia lebih up to date @ trendy@ peka dgn situasi terkini berbanding dgn KJ maka tersembur2 mulutnya berbicara tanpa disedari bahawa penulis ucapan tu memang ingin meningatkan najib, akhirnya ucapannya menjadi bualan @sindiran oleh rakyat msia, hehehe....

hidup brazil, i love brazil...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 3:01 PM

Jurulatih Brazil boleh datang dan pergi tapi Brazil tetap di hati selama-lamanya. Samalah seperti UMNO yang tetap juga disokong meskipun presiden UMNO bertukarberganti. Oleh itu, tak salah kan kalo kita rehatkan Ah Jib Gor buat selama-lamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:21 PM

Mamat tu tukang baca Tek aja..tak tau rakyat kaki tgn da meluat kat dia..melayu da menyampah, umat Islam da benci..dia masih syok melalak..syok sendiri..bini pun x boleh jaga nak jaga rakyat cam mana...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 9:29 AM

Tak menahan najib neh....tergelak dan termuntah haku...hadooooi...ku ingat haku blurr ghopernyer najib lagik blurr gila dr aq....oh mai Allah...

Post a Comment