........... Nah, Ngo Islam IKRAM Pun Sokong Negara-Ku ...... Maknanya Halal la tuh ! ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nah, Ngo Islam IKRAM Pun Sokong Negara-Ku ...... Maknanya Halal la tuh ! ? ?

Tuesday, July 15, 201410comments

.

Saya ingin berkongsi satu artikel menarik bagi 'menjawab' hujah2 yang mempersoalkan kenapa banyak Ngo2 Melayu Islam membantah Ngo yang baru ditubuhkan oleh Ambiga, Negara-Ku, dimana mereka yang pro Ambiga menjulang nama Ikram sebagai Ngo Islam yang bersama menyokong Negara-Ku.

Persoalan2 yang dijawab -


1. KAMI DAPAT BERLAPANG DADA DENGAN MSIB, MENGAPA PULA ISMA TIDAK BERLAPANG DADA DENGAN TINDAKAN IKRAM DALAM TAHALUF DALAM NGO NEGARAKU?

2. SIAPA MEREKA DALAM NEGARAKU SEHINGGA ISMA MENGGELARKAN MEREKA SEBAGAI MUSUH ISLAM?

3. BARU SAJA DITUBUHKAN, DAN BELUM ADA LAGI PUN TERIAKAN KEFASADAN. MENGAPA BEGITU PANTAS MENGHUKUM?

4. DALAM NEGARA-KU KITA BERPRINSIPKAN PERLEMBAGAAN, PERJANJIAN PERSEKUTUAN DAN RUKUNEGARA. JADI MENGAPA PERLU RISAU?

5. KEMBALI KEPADA PERSOALAN AKAR DALAM ISU INI. BAGAIMANA IKRAM MAMPU JAWAB AYAT-AYAT ALLAH YANG MELARANG TAHALUF DENGAN MUSUH ALLAH?


KLiK untuk mengetahui hujah2 aktivis muda Isma ini.


PS - Saya sendiri hairan bagaimana boleh mereka yang bijak pandai dalam agama boleh berganding bahu bersama NGO2 seperti COMANGO dan Seksualiti Merdeka dalam Negara-Ku ..... Alasan2 yang dikemukakan semuanya bersandarkan apa yang tercatat sebagai Perlembagaan Ngo baru itu yang kononnya begitu adil dan bersih. KLiK untuk mengetahui nama2 Ngo yang bersama Negara-Ku.


Kalau dilihat pada perlembagaan ngo memanglah semuanya akan tampak molek. Perlembagaan/Piagam Seksualiti Merdeka pun kalau dibaca, bunyinya cantik jer !

Cubalah lihat siapa orang2nya yang menjadi tulang belakang Ngo2 itu, perhatikan aktiviti2 mereka selama ini. Itu sudah cukup memberikan satu gambaran kemana hala tuju Negara-Ku sebenarnya.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2014 at 12:14 AM

Tanpa sedar mereka ni memusnahkan Islam dengan melaga-lagakan sesama Islam.... sesetengah pemimpin Islam pulak sanggup mengadai agama kerana politik dan kuasa... ingatlah sikafir tak akan sekali2 berpuas hati selagi umat Islam tidak mengikut telunjuk mereka.... sekarang ni dah semakin ramai pemimpin Islam telah pun bersama mereka... berselindung di sebalik untuk keadilan... fikir2kanlah wahai umat Islam...

....................
Reply To This Comment ...................
July 16, 2014 at 1:01 AM

Malaysia ni dh byk sgt NGO... Semua pon nk buat ngo...10 ngo pon org sama gak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2014 at 6:49 AM

Tak dapatlah nak diberikan komen kerana tidak begitu arif berkenaan agama. Memandangkan mereka mereka yang mendukung watak utama dalam NGO tersebut serta latar belakang mereka yang sudah pun diketahui umum, teringat saya kepada pepatah yang telah menimbulkan kontraversi yang diungkapkan oleh ayahanda Tun Mahathir:

"BETTER THE DEVIL YOU KNOW THAN THE ANGEL YOU DON'T"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2014 at 6:55 AM

@Anonymous

dah terlalu ramai yang pandai agama dan tak ketinggalan gak orang yang tak pandai pun mengaku pandai. mereka akan terus menerus memecahbelahkan Melayu menerusi agama. mesti di ingat, ramai diantara mereka adalah peguam yang kerja mereka kebanyakanya menegakkan yang salah dan mematahkan yang betul. lidah mereka ini bercabang cabang manakala telunjuk ajer nampaknya lurus, tapi kelengkengnya tetap berkait.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2014 at 6:58 AM

@arab

betullah tuh bang, tapi namanyakan lain lain. sama jugak dengan daging, kalau dimasak kicap dinamakan daging kicap dan kalu digorengkan namanya bertukar jadi daging goreng. barangnya kan serupa, cumer untuk ubah selera jer dimasakkan berlainan.

....................
Reply To This Comment ...................
July 16, 2014 at 8:15 AM

Dalam Bahasa Inggeris, lebih dari satu kena tambah 's'
Jadi, NGO -> NGOs

Dalam Bahasa Melayu, NGO -> NGOK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2014 at 9:02 AM

@Orang Sebarangan

perlu kita ingat bang. walau apa pun jenama yang kita berikan, samada NGOK, NGAK, NGEK, mereka sekarang sedang berada didalam selimut. jangan sampai pulak dikembirikan oleh NGAK, NGEK, NGOK sudahlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 16, 2014 at 9:10 AM

Salam,

Bahasa mudah ialah selagi ngo tu tak sokong bn dan umno, maka ngo tu telus mulus. Selagi ngo tu kritik melayu, memusuhi umno, tak setuju fgn kerajaan bn, maka ngo tu gred antarabangsa. Mcm artikel bro , kata dr rakan fb, nak selesai masalah org lain. So, bab agama kita guna nama islam, bab amalan, kita cakap sahaja, praktikal tunggu pas perintah dulu, bab menentang kekejaman, kezaliman, penindasan, rasuah, salah urus yg tu kita utamakan. Kenapa? Pasal ambiga cakap. Kita dengar tapi tak boleh fikir. Tp selagi ah jib gor perintah, bebas nak tubuh apa pun pasal kita beri kebebasan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 17, 2014 at 5:25 AM

Pluralisme agama, Negara-Ku turut dianggotai tiga NGO yang selama ini memperjuangkan pluralisme iaitu Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), Majlis Perundingan Agama Bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taiosme Malaysia (MCCBHST)

Kita sebagai Muslim/Muslimah tak boleh menyamakan taraf agama Islam dengan agama lain, Islam adalah agama yg sebenar dan tiada yg boleh disamakan dgnnya..

Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya berserah diri segala apa yang ada di langit dan di bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan” (Surah Ali-Imran, ayat 83).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2014 at 2:40 PM

Banyak NGO yang menentang tak semestinya semua NGO tu betul... kena tengok apa intipati NGO tersebut (NegaraKu).. dah bukak laman web IKRAM.. rasanya perjuangan mereka tidak kurang hebat dalam menegakkan Islam terutama cara lebih rasional dan educated. Dr Zaharuddin pernah menghadiri forum dianjurkan oleh IKRAM dan beliau memuji segala usaha IKRAM. Berbanding sesetengah NGO yang lain mereka lebih beria-ria menegakkan Islam secara 'keras' dan ugutan..

Post a Comment