........... MKPN Iktiraf LGBT ? ? ? Adoi .... Ni Ke Jenis Orang2 Kepercayaan Najib ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MKPN Iktiraf LGBT ? ? ? Adoi .... Ni Ke Jenis Orang2 Kepercayaan Najib ?

Sunday, July 13, 201424comments


Nampaknya bersungguh benar ahli2 MKPN ni mempertahankan golongan LGBT. Mula2 Mujahid -

"Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.

"Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya.

"Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual.


"Saya sebagai orang Islam tidak mungkin saya mengatakan LGBT bagus, tetapi itu bukan bermakna saya menindas dia.

"Itu dua benda yang berbeza, saya rasa dalam Islam pun benda itu diakur (tidak betul).


"Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia. Ya kamu gay, saya tak suka akan perkara itu tetapi ia tidak betul jika kamu diberhentikan (kerja) kerana perkara itu," katanya.- Mkini.

Berlaku berbalas pantun antara Mujahid dengan Isma, dimana pihak Isma balas - 

Tidak mengiktiraf sesuatu kelompok tetapi melindungi hak kelompok berkenaan? Tidakkah pelik bin ajaib bunyinya. Apakah erti tidak diiktiraf? Bukankah ia bererti bercanggah dengan peraturan negara? LGBT tidak diiktiraf di Malaysia. Mengamalkan LGBT adalah salah di sisi undang-undang Malaysia. Pengamal LGBT ialah pesalah. Lalu bagaimana mungkin pesalah LBGT boleh hidup aman dengan mengamalkan LGBT dan bekerja di Malaysia? Malah, dijamin haknya untuk bekerja serta tidak boleh didiskriminasikan dalam pekerjaan?



Kita tidak mengiktiraf negara haram Israel, tetapi kita melindungi hak orang Israel untuk duduk dan bekerja di wilayah Palestin yang dijajah Israel?


Sebelum berbicara soal diskriminasi pekerjaan, terlebih dahulu perlu dibicarakan status pengamal LGBT di Malaysia. Pengamal LGBT tidak perlu malah tidak boleh  dibenarkan hidup bebas di Malaysia. Mengamalkan LGBT ialah kesalahan di sisi undang-undang Malaysia. Pengamalnya mesti dikenakan tindakan undang-undang. - Ismaweb.


Merpertahankan Hak LGBT bukankah SAMA maksudnya dengan mengiktiraf golongan LGBT ?

Saya dah confused dengan pandangan Mujahid .... Jika Mujahid bercakap tentang mempertahankan Hak seorang rakyat tanpa sebut LGBT, itu saya setuju. Tapi bila beliau berkata -

Saya tidak suka dia (pengamal LGBT) tetapi saya kena pertahankan hak dia.


saya jadi confused ...... Hak dia sebagai seorang yang mengamalkan cara hidup songsang yang dilaknati Allah ?

Bagi saya nama LGBT itu sendiri tidak harus disebut langsung dalam apajua undang2 kerana bila kita tidak iktiraf, maknanya ia tidak wujud !

Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina

Nah .... Mujahid iktiraf LGBT sebagai satu bentuk gender selain lelaki dan wanita ?

Halo pemimpin2 Pas semua ..... korang setuju ke dengan pendirian Mujahid ni ?

Kenapa semua pemimpin Pas senyap jer dalam isu LGBT ni ?

( PS - Sila baca link Isma di atas untuk mendapatkan lebih pencerahan tentang isu ini )

Terbaru sorang lagi ahli MKPN, Saifuddin Abdullah turut enter frame .... sepertinya mahu meredakan perbalahan Mujahid-Isma.


Perlindungan terhadap golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) akan menjejaskan Akta Harmoni, kata Ahli jawatankuasa Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin berkata, majoriti anggota MKPN merasakan "semangat berkenaan perkara itu" dalam akta tersebut tetapi khuatir ia akan menjadi halangan untuk akta berkenaan dilaksanakan.

"Buat masa ini kami mungkin akan menggugurkan bahagian itu, tetapi majoriti ahli MKPN merasakan semangat itu," - TMI.


Saifuddin juga bercakap tentang 'perlindungan terhadap LGBT'. Dan menurut kefahaman saya melalui artikel itu, ahli2 MKPN pun merasa teruja untuk mempertahankan hak LGBT !

Tapi menyedari yang isu LGBT ini bakal mendapat tentangan hebat dari rakyat, maka MKPN mahu gugurkan bahagian itu. 

POINT UTAMA disini adalah - ahli2 MKPN mengiktiraf golongan LGBT.

MKPN walaupun tidak bersetuju tapi mereka juga tidak punya masalah untuk menerima cara hidup songsang yang dilaknati Allah seperti yang diamalkan golongan LGBT !

Adoi .... ni kumpulan jenis apa yang dilantik oleh Najib untuk menjaga keharmonian kehidupan sosial rakyat Malaysia ? ?

Memang confirmed MKPN ini terlalu LIBERAL ! 

Mohon PM Najib beri komen segera. 

Dan mohon pemimpin2 UMNO juga turut bersuara dalam hal ini.... orang2 Melayu nak tahu juga apakah Umno pun sama - walaupun tidak iktiraf tapi akan pertahankan hak golongan LGBT ? 

PS - Nak tanya MKPN, adakah anda merasakan Anwar tidak patut dihukum atas kesalahan meliwat jantan samada dengan izin atau tanpa izin ?

Share this article :

+ comments + 24 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 13, 2014 at 1:27 AM

aku rasa sebab mereka2 yg bertanggungjawab ni suka benar guna ayat berbelit. Cuba cakap, hak LGBT utk bekerja, makan minum, membeli rumah, tanah, belajar, berniaga dibenarkan dan akan dilindungi tetapi, puak2 LGBT ni diHARAMkan sama sekali mengamalkan/menyebarkan/berkongsi orientasi seks songsang mereka di mana2 sahaja bahagian di Malaysia samada secara bertulis, lisan, maya dan ini termasuklah dr segi tingkah laku, berpakaian, lenggok suara etc undang2 ini meliputi SEMUA AGAMA/pegangan/fahaman.
Jika tertangkap/ditangkap kerana melakukan perbuatan2 yg dilarang maka hukuman akan dikenakan.
Ni masing2 nak jaga UNDI sbb tu cakappun bertapis n berbelit.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 1:33 AM

@Otak geligaAllah tidak perlu bertapis dalam meLAKNATI cara hidup LGBT ...... tapi mereka ini pula beria2 nak bertapis ...

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 2:40 AM

DAP sanggup datang bersahur dirumah ahli PAS semata mata kerana untuk menjaga hati penyokong daripada ahli PAS. Walaupun mereka menyokong penuh kenyataan Karpal Sigh didalam penentangan keras mereak keatas Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Islan di Malaysia.
Mujahid terpaksa berkata bahawa dia tidak menyokong LGBT tetapi menyokong HAK ASASI hidup insan yang berorentasi kan LGBT. Walaupun mereak tahu bahawa perbuatan INSAN yang dia cuba di LINDUNGI nya adalah golongan yang menentang HAQ Allah s.w.t.

Apa persamaan kedua dua PELACUR ni...

Dalam bahasa arabnya MINUFIK atau bahasa harian kita hipokrit.

p/s Mujahid...kalau ia sangat pun nak jadi Menteri dan nak tangkap semua ahli UMNO dan masukkan dalam penjara atau penggal leher mereka semua...buatlah kerja pakai kepada otak...Tak semua Melayu di Malaysia ni baghal dan hasad dan penuh dengan kemunafikan seperti qariah kamu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 5:16 AM

Dia ni betul2 Mu-jahit, jahit sesuatu yg koyak-rabak dan cuba menjualnya sebagai suatu corak yg elok dan patut diterima. Dua ayat pertama di atas sudah JELAS:
"Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.
"Dalam jantina itu kita sebut orientasi seksual antara lainnya".

Dengan membenarkan kaum luar tabie ini dari sudut gendernya, sudah tentu keperluan utama(bukan pekerjaan) iaitu orientasi seksualnya(soal pokok yg menentukan gender tadi) mesti juga dipenuhi. Ini baru permulaan. Seterusnya:
a. membenarkan gender > orientasi seksual > percanggahan/penghinaan terhadap Kanun Jenayah Syariah dan juga Penal Code
b. Kedudukan di atas ini kemudiannya akan diputar sebagai DISKRIMINASI sebenar yg ingin mereka ketengahkan(Tak kan le benarkan gendernya sahaja, tapi tak dibenarkan cara mereka memuaskan kehendak seksualnya, tak logik kan?)
c. Di peringkat ini, bantuan dari luar negara pastinya diperolehi bagi menekan serta memaksa kerajaan mengubah kedua2 KJ Syariah dan juga Penal Code.
Mujahid... samada Mu-jihad atau Mu-jahat...
EVLee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 5:39 AM

entah mana perginya suara suara dari pemimpin UMNO. mereka berseronoh nampaknya mengikuti perkembangan tajuk ini dan melihatkan akar umbi dan NGO Islam yang habisan mempertahankan Islam. pemimpin pas, tak usahlah nak cakap lagi, diam seribu bahasa dan lidah dah kelu untuk berkata. mungkin juga kah pas secara tidak langsung memberikan sokongan moral kepada yang menuntut hak itu? memandangkan orang pas sendiri yang mengucapkan kalimah itu, maka pas secara langsung terlibat sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 5:43 AM

rasanya apa yang isma cakap tu dah betul dah. kegiatan lgbt tidak boleh diamalkan di malaysia kerana ianya adalah satu kesalahan. kalu anda kumpulan lgbt, anda sekarang berada dalam keadaan salah dalam undang2 dan jika tertangkap ketika melakukan kegiatan tersebut, akan didakwa. abis tu, yang mujahid nak mempertahankan orang yang berada dalam kegiatan yang salah tu apasal. serupa geng kongsi gelap la, tangkap merompak salah, tapi jadi geng tak apa kerana hak asasi nak masuk geng kongsi gelap. memang tak lama lagi, ahli pas akan jadi makmum orang lgbt. sekarang pun dah jadi makmum kepada bang non, geng lgbt. nanti akan ramai lagi lgbt dalam pas kerana keperluan untuk jadi ahli pas dan bebas amalkan lgbt kerana hak asasi, cuma tak boleh buat depan orang ramai macam sekarang, tapi sekarang dilarang oleh undang2. jgn buat depan penonton, nanti ada saksi. mujahid sedang cari pengundi dari golongan lgbt dalam pas untuk pertandingan dalam parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 7:29 AM

"Ia (LGBT) duduk di bawah gender dan kita tidak boleh mendiskriminasikan seseorang itu atas asas jantina.

wei mujahil LGBT tu jantina peten baru ker? cer citer

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 8:03 AM

Mereka tidak bersama dalam jamaah Melayu Islam yang majoriti nya bersatu dan akur dengan satu Akidah dan Keimanan seperti yang di tuntut Sunnatullah (hukum Allah SWT).

Sama lah taraf nya dengan pihak-pihak yang menyokong LGBT - amalan songsang melawan fitrah yang di laknat termasuk berzina dalam kategori biseksual akibat pergaulan bebas tanpa batasan yang di promosikan - maka WAJIB lah kita memerangi nya (sekat) sebelum laknat Allah di turunkan (iktibar kejadian sodom)

Mereka musuh Islam !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 8:05 AM

Aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi seandainya seorang mak nyah atau bapok bekerja satu opis dengan aku. Aku jugak rasa tak selesa bila gay pon ada jugak. Social life akan betul2 rasa terganggu apabila golongan LGBT ni dihalalkan untuk bergerak bebas dan bercampur dengan masyarakat.

Apa yang ditakuti ialah corak kehidupan mereka ditiru oleh generasi kita pada masa akan datang apabila pengaruh kehidupan songsang ini tidak dapat dibendung lagi. Tidak mustahil pada masa akan datang mereka akan semakin berani menonjolkan diri dan cuba mempengaruhi anak2 muda kita pulak. Apakah sehingga berlakunya perkahwinan sesama jantina, barulah kita akan menyesal ? Lebih baik pencegahan itu dilakukan sekarang sebelum ianya menjadi parah.

Saya rasa kita takdelah terlalu mendiskrimasi sangat golongan LGBT ni. Ramai jer pak-pak andam yang jadi jurumekap pengantin. Jika ada diskriminasi pun kat ruangan status jantina jer. Tapi betullah tu, dalam dunia ni mana ada benda yang bersifat separuh2 50-50 seperti malam dan siang, on dan off, 0 dan 1, suami dan isteri serta lelaki dan perempuan. Sifat saling berlawanan itu adalah fitrah alam. Kan tak normal dari segi seksualiti bila pedang lawan ngan pedang. Golongan yang suka sejenis ni boleh membawa bencana kepada sesebuah negara jika dihalalkan kelak. Ambillah iktibar apa yang telah terjadi kepada umat Nabi Luth.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 9:33 AM

Org2 anuar sudah nyata masok melalui dlm seperti pak anuar bgtau dr m ketika beliau d abim.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 11:07 AM

Tumpang lalu sikit...

Suka saya sebutkan di sini ada golongan dari LBGT yang kita (terutamanya orang Islam) harus bela habis-habisan sebab mereka ini ada hak juga. Lesbian sudah jelas kita tidak boleh bela, Biseksual jelas kita tak boleh bela, Gay jelas kita tak boleh bela dan ada sedikit musykil dalam Transgender kerana di dalam transgender ada dua golongan yang perlu kita bela dan iktiraf iaitu Khunsa dan asexual.

Khunsa dan asexual ialah dua kelompok yang termasuk di bawah tajuk transgender. Transgender ni ada banyak kelompoknya salah satu ialah crossdressser = lelaki yang suka pakai perempuan (dan sebaliknya) - golongan ini tidaklah sepatut kita iktiraf sebagai satu hak.

Bagi Khunsa dan jika melihat dari perspektif Islam khunsa sememangnya di bela oleh Islam ada hak-hak mereka dan ada tata susila untuk golongan ini. Golongan ini juga tidak di diskriminikasikan dengan syarat khunsanya semula jadi bukannya di buat seperti pembedahan dan terapi hormon misalnya. Keadaan khunsa ini hendaklah di perbetulkan dan akhirnya di jantinakan secara mutlak samada lelaki atau perempuan. Sementara belum di perbetulkan dan di sahkan di dalam mana-mana jantina di anggap sebagai neuter/khunsa. Contoh yang pada saya yang semua orang tahu ialah Allahyarhamah Yasmin Ahmad - Pengarah Filem/dokumentaril. (semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang beriman)

Golongan asexual pula orang yang lansung tidak memiliki nafsu untuk perhubungan tubuh badan manusia secara normal. Ada pelbagai sebab seperti fizikal atau mental. Mereka ini seperti manusia normal yang lain juga tetapi Tiada lansung mempunyai keinginan utnuk perhubungan seks, jatuh cinta, berkehendak untuk membiak dengan lawan gendernya maka tidaklah berkahwin atau melakukan hubungan seks.

Islam secara umumnya tidak menghalang keadaan asexual ini. Malahan tidak di galakkan berkahwin jika tidak bernafsu kerana ianya boleh menyeksa pasangannya. Akan tetapi mereka juga berhak untuk berkahwin misalnya tetapi wajib di beritahu terdahulu kepada pasangannya dan pasanganya bersetuju untuk keadaan ini dan Islam mengiktiraf hak mereka untuk berkahwin.

Dalam Islam berkahwin ada banyak sebab bukan sebab untuk perhubungan seks sahaja. Kalau kedua-kedua pihak bersetuju untuk tidak ada hubungan seks maka tidak ada masalah dalam hal ini untuk berkahwin selagi tidak melakukan dosa-dosa seksualiti yang lain - onani misalnya

Dalam keadaan ini pada pendapat saya puak-puak di sana mencampur-aduk kan yang hak dan batil dengan tujuan mengelirukan masyarakat. Mereka mengabungkan terma yang luas sehingga mengelirukan. Apabila orang Islam melihat dan mendengar perkataan LBGT kita terus mengatakannya ianya tidak diiktiraf dan tetapi terlupa bahawa kita berhadapan dengan Dajal Kecil dan Dajal kecil ni pun handal juga. Kita terlepas pandang bahawa ada golongan di bawah transgender yang harus kita iktiraf dan bela selaras dengan tuntutan Islam khususnya.

Juga puak-puak ini berusaha untuk mengambarkan agama--agama di dunia ini terutamanya Islam (dan Malaysia ialah negara Islam)sebagai kejam dan tidak adil . Maklumlah berketuakan Dajjal kecil yang tugasnya merosak dan membuat huru-hara dan mengelirukan masyarakat.

Termakasih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 11:43 AM

inilah kegemilangan yg najib akan tinggalkan sebagai mercu tanda dia menjadi PM.

saya xkan ketinggalan menceritakan betapa x gunanya najib sebagai PM dan kenapa malaysia seperti sekarang.

biar generasi kita ingat ape pemerintahan najib buat. hancurnya agama hancurnya bangsa hancurnya norma2 kehidupan nilai2 murni org melayu islam kerana keliberallannya.

kubur kata mari rumah kata pergi, kalau najib sedar diri, begitu juga dgn mereka2 kt atas tu xde la muda sgt. barangkali seorang panel lagi wardina pn setuju? wow

berapa tahun lagi anda nk hidup? rata2 ave umur seseorang kini lebih kurang 60 thn saja?

bagaimana berjwb dlm kubur kelak? saya mempertahankan hak seorang gay? beratus2 gay yg kebanyakkannya dr anak bangsa akan timbul kerana perlindungan mereka. getar saya memikirkan implikasi tanggungjwb mereka. tp org yg liberal mmg selari dgn org yg tidak punya pegangan agama yg kuat seperti kata tun m.

Melayu hampa.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 1:22 PM

Diskriminasi dari segi pekerjaan...undang melindungi golongan ini gay ni ditindas darisegi pekerjaan..kononnya mereka ada hak.. bayangkan undang ini diluluskan..Terlepaslah seorg gay dlm satu bidang pekerjaan mulia spt guru..pasal saya guru..kami tak tahu dia gay..contohnya..tiba dia buat keputusan istihar diri dia gay..dekat facebook..apa yg kementerian pelajaran nak buat???.undang dah lulus hak golongan gay ni..Persoalan mamat tu akan boleh terima ke anak dia diajar oleh gay..tentu gay itu akan terapkan budaya songsangnya pada pelajar...Masa tu baru nak sedar...apalah pemimpin Islam yg mengaku pertahankan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 5:06 PM

Banyak sangat kecelaruan dalam hujah beliau.

Kata beliau
"Ini saya perlu jelaskan tidak ada kena mengena langsung dengan mengiktiraf LGBT tetapi ia hanya mengatakan bahawa seseorang tidak boleh didiskriminasikan atas kecenderungan seksual."

Persoalan pertama,
Katakan kecenderungan seseorang itu ialah homoseksual, lesbian, pedophile (seks dengan kanak-kanak), bestiality (kecenderungan seks dengan binatang), jadi adakah atas kefahaman Mujahid, kita tidak boleh mendiskriminasikan kecenderungan seksual sedemikian?

Mungkin nanti ada yang kata, oh cuma homoseksual dan lesbian aje, tapi tidak pada pedophile and bestiality. Masalahnya ialah atas dasar apa untuk menghalangnya sedangkan itu semua termasuk dalam kecenderungan seksual?

Persoalan kedua,
Dalam Quran, Allah S.W.T. menghukum kaum Lut disebabkan kecenderungan seksual mereka terhadap homoseksual. Jadi apakah Al-Quran salah dalam menghukum manusia atas kecenderungan seksual mereka?

Persoalan ketiga
Sekiranya diterima saranan Mujahid, jadi seorang cikgu boleh secara terbuka menyatakan kecenderungan seksualnya (homoseksual atapun pedophile) dan beliau tidak boleh dibuang kerja atas kecenderungan seksual beliau. Jadi anda semua bayangkan anak anak anda di duduk disekolah yang diajar oleh seorang cikgu yang secara terbuka mengaku sebagai pedophile.

Hakikatnya segala saranan LGBT ini tidak ada kena mengena dengan gender. Sekian lama kita biasa bekerja dengan golongan mak nyah. Disekolah, universiti, tempat kerja, malah ada yang menjadi pesonality tv. Tidak ada masalah. Tidak ada diskriminasi dari segi perundangan dan peluang, walaupun mungkin diskriminasi berlaku dalam aspek sosial. Jadi dakwaan Mujahid dalam diskriminasi gender adalah satu kepalsuan.

Yang sebenarnya tuntutan LGBT adalah sama seperti gerakan gerakan LGBT di barat yang mana mereka mahu menuntuk persamaan hak dari segi pengiktirafan status perkahwinan dan juga hak untuk secara terbuka menyatakan orentasi seksual mereka.

Amat malang hari ini kita lihat orang seperti Mujahid, seorang anak ulama dan ahli politik PAS menjadi pemuka bagi meneruskan agenda LGBT. Mujahid sepatutnya bermuhasabah diri dan jangan terlalu ingin sangat menagih pujian dari golognan sekular tidak bertuhan yang hanya ciplak segala yang dibuat oleh polopor ideologi human right dan LGBT dari barat.

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 6:02 PM

TerimaKasih diatas komen dan pandangan bernas kalian !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 6:40 PM

aku harap MUJAHID akan MASUK NERAKA DUNIA..

PEMIKIRAN PAS 2014 sudah Songsang & Mengundang BALA ALLAH..

Malulah kepada tok nenek hang semua..

....................
Reply To This Comment ...................
July 13, 2014 at 6:41 PM

Najib got no balls!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 13, 2014 at 6:54 PM

Usaha menjernih puak lgbt adalah bertujuan menjayakan kepala lgbt menjadi pm malaysia ...

Inilah hasrat mkpn dan juga mungkin cita2 najib. Kerana mkpn adalah ditubuhkan atas kebijaksanaan najib tanpa nasihat dari kon-setan.

....................
Reply To This Comment ...................
kumbang
July 14, 2014 at 1:32 AM

Kalu wahida apakenama atau saifudin cakap pasal lgbg aku tak heran tapi ni seorang phd dalam bidang ugama orang kuat parti islam pas pulak tu anak ulama brrr celaka sungguh natang berok ni.boikot barangan cina

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2014 at 2:01 AM

org melayu tak perlu bnyk cakap dah masa ni...topple je PM najib...buat apa nk taat lgi kat pemimpin yg dah terang2 akan menjahanakan bngsa & agama...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2014 at 4:02 AM

Apa yang susah sangat nak sebut, lgbt diharamkan dan tiada hak apa apa. Pengamal lgbt hanya ada hak sebagai individu dan bukan has asasi sebagai pengamal lgbt. Itu saja ......hak nuar aljuburi sebagai individu harus dipertahankan tetapi sebagai peliwat wajib disumbatkan kedalam penjara dan neraka jahanam......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2014 at 5:14 PM

Saya harap supaya ada anak beranak Mujahid yang jadi LGBT dan kita tunggu dan lihat setakat mana liberalnya Mujahid bila kena batang hidung sendiri. Sapa tahu di suatu masa nanti ada ustaz PAS yang akan memecah rekod Malaysia menjadi kadi pertama menikahkan pasangan LGBT. Bravo, bravo Mujahid.

anakbochek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 14, 2014 at 7:41 PM

Orang macam ne perlu dihumbankan daripada Kerajaan..

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
July 15, 2014 at 8:06 AM

Pas memang menyokong LGBT. Ambiga buat demo Pas sebuk ikut sama. Pas pernah menghalalkan suami lewat isteri. Jgn mudah lupa. Kami tak akan lupa.

Post a Comment