........... MH17 - Najib's Move Memang TERBAIK ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

MH17 - Najib's Move Memang TERBAIK !

Wednesday, July 23, 201411comments


Artikel ini sebagai susulan kepada yang sebelum ini dimana saya mengucapkan TAHNIAH di atas kejayaan yang dicapai oleh Najib dalam perundingan dengan pihak pemisah Ukraine dalam membawa pulang mayat mangsa nahas MH17, mendapatkan semula kotak hitam dan menjamin keselamatan pasukan penyiasat .

Bodek lebih nampak ..... hahahaha ... OK, saya beri kredit pada tempatnya. Memang Najib layak mendapat pujian dalam kes yang disebut. 

Dalam artikel sebelum ini saya ada secara tersirat beri 'syarat' untuk dipuji lebih2, kita kenalah tahu dahulu apakah 'balasan' ke atas kemurahan hati pihak pemisah untuk memberi tanpa menerima dalam rundingan bersama Najib.

Muhyiddin ada menjelaskan dalam sidang parlimen tadi -

"Inisiatif yang beliau (PM) telah ambil itu dibuat secara bijaksana. Bermakna bukan ada deal (perjanjian) tetapi atas dasar mungkin pujukan dan penjelasan bahawa ini adalah satu perkara penting kepada negara kita dan dunia.

"Maka pihak yang terlibat Alaksender Borodai bersetuju tanpa ada syarat balasan. Ini disahkan oleh PM yang duduk di sebelah saya,"
- Mkini.


Sah - Tidak ada balasan yang perlu dibayar kepada puak pemisah Ukraine.

Jadi saya pun kenalah ulangi ucapan Tahniah kepada Najib - Memang TERBAIK !


PS - Saya hairan lah dengan sesetengah mereka yang pro Najib ni .....  bila saya puji Najib, ada la pulak yang menyindir2. Macam budak2 pun ada diorang ni !

Perkara yang Najib buat bagus dan layak dipuji, maka saya puji lah. Perkara yang patut saya kritik, saya akan kritik lah. Komen2 saya berasaskan kenyataan dan tindakan yang dibuat, nothing personal.

Kalau banyak yang bagus, maka banyak kalilah saya puji... kalau 2 kali je, maka 2 kali jer lah saya puji. Begitu juga kalau banyak benda yang tak bagus ......

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 23, 2014 at 11:13 PM

Alangkah baiknya jika Najib buat macam ni selalu terutamanya dalam menyelesaikan masalah dalam negara ni. Ini tak, balik2 slogan memanjang.....

Apa2 pun saya belumlah sampai mahu Najib meletak jawatan. Masih berharap beliau betulkan balik semua kesilapan kerana terlalu mengikut kehendak pembangkang dan cina di Malaysia ni.

Memandangkan negara kita selalu sangat diceroboh, eloklah akta setaraf ISA diadakan semula. Berikan kelebihan "kuasa" untuk pasukan keselamatan kita mengawal benteng negara baik di dalam mahupun di perairan negara. Sepatutnya pasukan keselamatan kita boleh menembak penceroboh bukan dibiarkan sebaliknya berlaku.

Apa2 pun tahniah Najib atas usaha untuk menyelesaikan permasalaha insiden MH17!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2014 at 11:17 PM

Yang saya tak faham kenapa kotak hitam itu diserahkan kepada Britain untuk analisa oleh Malaysia. Kenapa tak dibawa balik ke Malaysia utk analisa dan jikapun kita tiada kepakaran, analisa dpt dibuat di bwh pengawasan Malaysia. Apakah Britain akan neutral?

....................
Reply To This Comment ...................
July 23, 2014 at 11:18 PM

@PakKadukJika Najib's Move ini adalah idea beliau sendiri dan bukan penasihat2, mak ini menunjukkan yg Najib mampu berfikir sendiri.

Jadi ada baiknya selepas ini Najib pecat jer semua penasihat2 yang ada dan berani bertindak atas kapasiti sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2014 at 11:37 PM

Musatahil orang yg kau suruh lepaskan jawatan macam Najib ni dan penasihatnya yg haprak tu mampu berbuat beitu,ini tentu ada kalangan bloger sealiran Pak Din yg nasihatkan,entah-entah Pak Din sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 23, 2014 at 11:50 PM

Pandai Pak Din pileh gambar Najib ye.

....................
Reply To This Comment ...................
July 24, 2014 at 12:13 AM

@Anonymousnilah dia contoh yg saya maksudkan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2014 at 2:17 AM

Saya sebualat suara dan sepenuh hati bersetuju dengan kenyataan Pok Din Di atas.

Perkara Yang Najib Buat nie Bagus dan Betul, Berjaya, maka Kita patut ucap terimakasih, ucap tahniah di atas inisiatif dia, susah payah, berani ambil risiko untuk menghubungi, bercakap dgn Puak Pemisah nie...

Ada risiko, kalau puak pemisah nie JAHAT, tak layan Najib, maka Puak Media Eropah, terutamanya CNN, BBC, Al Jazeera akan menggunakan citer itu untuk lagi mengeruhkan keadaan.

Ini tindakan Berani Yang PM Najib @ Ah Jib Gor ambik, risiko terlalu tinggi buat Negara.. Tapi dia Berani buat untuk buktikan dia berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan isu tersebut, bukannya bergantung kpd Obama, David Cameron, PM australia, dan PM Ukraine..Dia sendiri yang bercakap dan berunding...

Nuar Berahim.. habis IMF laah, World Bank lah, United Nationlah, ICJ lah.. macam 2 diseretnya...Berani Ikut Belakang ajer..

Kita tegur Najib supaya Beliau memikirkan sehabis pikir sebelum ambil sesuatu keputusan yang merugikan, hala tuju yang tidak jelas dan kesan ke atas sesuatu langkah yg di ambil.

Kaji kesannya dulu baru ambil langkah pembaharuan peratauran yg sedia ada, kalau yg lama tak bagus, memudharatkan, barulah tukar, hapuskan.

Pembangkang Hanya Tahu Membangkang, menipu, menghasut, Menjahanamkan.. bukannya ke arah kebaikan.. Mana yg tak sesuia dgn Parti Mereka mereka hapuskan... mereka akan terus menerus buat ekperimen...

Kalau Menteri Besar, dalam Pakatan pembnagkang, senag2 Tak Suka Nak Tukar, Tak Suka Nak Tukar... Kalau perdana Menteri... tukar...tukar..tukar.... Maka Berapa Banyak Slogan yang akan lahir... nanti nak hafal slogan pon satu hal!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2014 at 3:11 AM

BANYAK YANG YANG BERBEZA DENGAN KEJADIAN MH370.DULU TAK ADA SIDANG PARLIMENT PUN.KALI NI OBAMA TAK DATANG.MEDIA TAK HEBUH HARI HARI SEHEBAT MH370.INI BARU BETUL BETUL KOT.ENTAHLAH INI PANDANGAN YANG MUNGKIN DIFIKIRKAN.PATUT SEMUA PERKARA YANG BERLAKU BERKAITAN DENGAN NEGARA DI DALAM MAU PUN LUAR NEGARA SEPATUTNYA ADA KAN SIDANG PARLIMENT TERGEMPAR SAPERTI PKFZ,KES LEMBU ,KES ALTATUYA BERSAMA KAPAL SELAMNYA.KES IC.KES JUAL TANAH TERBESAR.BARULAH ADIL NAMANYA TAK LAH MENIPU

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2014 at 3:26 AM

TDM yang advice Najib secara diam macamana nak setel tu Din..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2014 at 2:09 PM

Tapi Din, bab kiki kena hukum RM 5,000.00 + denda tu aku tetap tak setuju... dalam masa tak sampai seminggu pulak tu... yang cina alvin, yang menyepak melayu, yang kata umno celaka, yang artis rap cina gila tu.... semua tiada tindakan walaupun ada antaranya mendapat hit ratusan laporan polis. Alih2 kiki yang dah siap minta maaf dan beerbaik dgn uncle cina tu pulak yang Zahid dan IGP sibukkan... adakah ada antara menteri atau pegawai kanan kerajaan yang bertindak menjahanamkan reputasi kerajaan umno demi memenangkan PR?.... PM kita masih blurrr???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 24, 2014 at 10:11 PM

Tahniah PM. Seluruh rakyat Malaysia mengkagumi tindakan PM.

Post a Comment