........... KuNan Nak Saman Pemberi Sedekah - Tapi ' Saya Tahu Hukum Bersedekah ' ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KuNan Nak Saman Pemberi Sedekah - Tapi ' Saya Tahu Hukum Bersedekah ' !

Thursday, July 3, 201415comments


Saya nak ulas kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menimbulkan kontroversi berkaitan hasrat kerajaan mahu menyaman pemberi sedekah kepada peminta2 sedekah di ibunegara -

"Jika kita dapat tangkap pemberi sedekah, mereka akan didenda RM150 dan diberikan resit bernombor. Wang itu akan dikumpulkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan akan disalurkan kepada golongan miskin," katanya.

Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.


Adoyai ..... kona ikut mana pun, siapa yang baca akan terasa nak marah ! Tak kiralah niat Kunan tu apapun, tapi kita dididik supaya mempunyai sifat tolong menolong, menderma dan membantu orang susah bla bla bla, dan sekarang kerajaan kata, sesiapa yang nak beri derma pada peminta sedekah akan di saman !

Untuk pegawai DBKL keluarkan surat saman, dia mesti berada dilokasi kejadian itu berlaku dan melihat sendiri, kemudian dia akan hampiri insan berhati mulia itu untuk diberikan surat saman.

Saya terfikir, kalau pegawai DBKL itu ada berdekatan, kenapa tidak dia tangkap jer peminta sedekah itu ? Kalau peminta sedekah itu tidak ada di situ, tidak adalah sesiapa yang akan disaman kerana beri sedekah.... kan ? 

Bukan apa, saya takut DBKL pula yang akan jadikan sipeminta sedekah sebagai umpan untuk dapatkan wang saman, silap2 ada kuota pulak kepada pegawai2nya berapa banyak saman pemberi sedekah yang harus dikeluarkan setiap hari !

Entahlah ... satu lagi, undang2 ini pasti tidak terhad kepada rakyat tempatan saja kan ? Ramai juga pelancong luar yang dermawan ..... jadi kerajaan kena lah letakkan banyak papantanda bagi memberitahu SEMUA orang bahawa menjadi satu kesalahan jika memberi sedekah kepada peminta sedekah.

Pasti glamer Malaysia kalau papantanda seumpama itu tersebar satu dunia !


Bagi tujuan sama, pusat-pusat yang memberi makan kepada golongan gelandangan juga perlu berpindah dari pusat bandar raya bermula minggu depan atau bakal didenda dalam usaha membersihkan ibu kota daripada pengemis dan gelandangan, katanya.

Beliau berkata pusat-pusat itu kini tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi di dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli belah Lot10 di Jalan Bukit Bintang.  

Ini satu lagi point yang buat  NGO2 yang selama ini berkhidmat secara sukarela memberi makanan kepada golongan gelandangan melompat ! - TMI.

Apa yang saya nampak, Kunan @ kerajaan tidak ada berjumpa dan berbincang dengan mereka, alih2 keluar kenyataan 'kasar' seperti di atas.

Siapapun akan bengang .... dahlah mereka berkhidmat secara sukarela, langsung tidak mengharapkan dana kerajaan, tetiba dihalau dan diancam saman jika tidak patuh arahan kerajaan.

Ya, Kunan punya niat yang paling suci dalam mengeluarkan kenyataan itu, tapi apa salahnya bertemu dan berbincang dengan NGO2 itu, jelaskan maksud suci Kunan itu dan bekerjasama dengan mereka ?

Tindakan yang 'kasar' akan hanya mengundang reaksi yang sama 'kasar'.


Tengku Adnan juga berkata pihaknya telahpun mendapatkan pekerjaan untuk golongan gelandangan dan pengemis ini, tetapi mereka ini didapati "malas" dan enggan meneruskan kerja yang telah diberikan.

Selain itu, usaha kementerian untuk mewujudkan pusat perlindungan untuk golongan itu didapati akan menyebabkan mereka rasa puas dan tidak mahu bekerja, katanya. - Sinar.
    .

Jadi maksud Kunan, apa yang dirancang oleh DBKL melalui artikel ini - DBKL mahu perkenal konsep baru perlindungan untuk gelandangan yang disiarkan bulan lepas, hanya kelentong semata2 ?

Satu lagi, apakah kenyataan Kunan di atas sebahagian dari program OPS QASEH di bawah Kementerian Wanita, yang turut mendapat sokongan PM Najib ?  Berita itu memetik kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim bahawa Ops Qaseh akan dilancarkan bermula Julai ini bagi menangani isu orang gelandangan di sekitar ibu negara.

"Dalam menuju ke arah Malaysia yang maju, jangan kita lupa kepada keperluan orang gelandangan,"
tweet si Najib 3 minggu lepas. KLiK.



                                              ***************************

Di atas adalah reaksi spontan saya terhadap kenyataan Kunan. Ternyata Kunan tahu reaksi orangramai dan pantas menjelaskan yang beliau juga tahu hukum bersedekah ! - Astroawani.

"Saya pun tahu hukum bersedekah ini, kadangkala saya pun sedih bila ada pihak yang melabelkan saya seolah-olah tidak tahu hukum,"

Mengulas lanjut Ku Nan berkata, beliau meminta pihak-pihak terbabit terutama NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan gelandangan supaya tidak mengelirukan rakyat.


Katanya, mereka masih boleh memberi makanan di luar kawasan dua kilometer radius dari simpang empat Lot 10 di Bukit Bintang.



"Ini kawasan tumpuan pelancongan, saya tidak mahu kawasan ini jadi kotor, banyak tikus, ada surat khabar luar negara labelkan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya Tikus.



"Kalau NGO ini mahu memberi makan percuma, mereka boleh beri di luar kawasan tersebut, mereka boleh buat bersama surau atau kuil, dalam premis," katanya lagi.


Dan dari FB Kunan -

Saya ambil maklum rungutan rakyat & kawan-kawan berkaitan isu gelandangan yg saya bawa. Niat saya adalah untuk perbetulkan keadaan tapi jika ada yg membuat tanggapan atau persepsi berbeza maka saya bersedia untuk memperjelas dan beri penerangan tentang tujuan saya yg sebenar. Saya tak menidakkan usaha-usaha murni mana-mana pihak yg membantu gelandangan dan fakir miskin di ibu kota. Saya juga telah terbaca kata-kata kesat yg telah dilemparkan kepada saya. Saya nak maklumkan bahawa niat saya tak sedemikian. Saya harap masyarakat dan org ramai faham masalah yg sedang dihadapi. Niat saya nk jadikan ibu kota bersih. Untuk itu, saya sedia mendengar dan buat pindaan terhadap apa-apa yg perlu.


Kesimpulan saya - Lain kali TURUN PADANG dan berbincang dengan semua pihak terlebih dahulu sebelum keluar sebarang kenyataan keras seperti di atas.

Sebab saya nampak seperti main lepas cakap ikut sedap mulut jer  !

Niat yang baik tapi jika salah cara penyampaian, jangan salahkan orang jika tidak dapat menerima.

PS - Saya masih kuat kepada point saya di atas, jika pegawai DBKL ada ditempat kejadian untuk saman pemberi sedekah, kenapa tidak pegawai itu tangkap saja peminta sedekah supaya tidak ada yang disaman kerana beri sedekah ?

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2014 at 11:25 PM

Ah jib gor dok simpan lg menteri mcm ni buatapa?? Nak balas budi kot...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2014 at 11:26 PM

kih kih kih nak saman indon yang berniaga kat depan lot 10 tu tak, dah le kat atas penuh burung bila malam hari

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2014 at 11:49 PM

Sila bersihkan dulu peniaga2 warga asing terutama indon kat area chow kit. Buat operasi khas utk serbu kedai2 dan gerai2 yang dimonopoli oleh warga asing. Opss...lupa pulak, jgn lupa buat sport check kat peniaga2 barang tiruan kat petaling street. Soalan aku, berani ke pihak berkuasa buat operasi kat petaling street. Pusat2 persundalan yang menyamai lorong haji taib pun patut dibanteras.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 12:14 AM

Kalau tak silap keputuan diambil selepas beberapa mesyuarat diadakan bersama DBKL. Dah tentu mereka sudah dalami isu ini. Dari tahun 90 an semakin galak pengemis bertapak di KL dan dah berapa ramai yg ditangkap dan dilepaskan. Sehingga hari ni bemacam pihak yang bertopengkan kemiskinan mengemis dan menjadikan ia sebagai kareer. Semuanya berpunca dari sikap pemurah rakyat Malaysia.

Aku setuju sangat idea KuNan. Sebak melihat ramai kanak2 yang digunakan untuk mengemis....tak kiralah budak Myanmar, pusat tahfiz, jual tanah lot akhirat....dan macam2 skim lagi. Patutnya idea ini dibuat juga di bandar2 besar yang lain. Orang Islam perlu belajar menderma mengikut saluran yang betul.

When the giving stops, the begging also stops.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 12:33 AM

bro..kompom kat penang klu diorg nk bnda ni mesti jadi punya sbb gomen diorg cina pegang..cina ni tegas dia tak mcm melayu yg asyik berlembut tak bertempat...

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
July 4, 2014 at 1:36 AM

point dy nk bersihkn kl.btol gak 2.tp dy gagal mngenal pasti mn yg lebih kotor.pengemis yg bpakaian kotor dn busuk atau tauke2 yg kemas btali leher tp mnjalankn pniagaan yg sgt jijik spt placuran,judi,dadah yg bsepah d kl.kelab2 mlm yg mghidangkn air kencing setan yg sgt kotor 2 pon patut dbersihkn jugak ya kunan.hadoiiiiiiii..
.payah kalo najib xleh nk buang mnteri2 dungu mcm ni.mn bnd yg btol2 kotor pon xpandai beza.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 3:20 AM

Apa pun gomen patut tangkap orang2 di TV3 yang melacur siaran berita pukul 8 malam setiap malam yang melacurkan Kopi Wonda dengan membuat nya macam sebahagian material news nya dengan tujuan menipu orang kampong kopi Wonda ini bagus.

alfie

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 5:37 AM

kerajaan dah sememangnya terkenal dengan membuat undang undang tapi perlaksanaanya kadar melepaskan batuk ditangga saja. pasal gertak kasikan kerajaan, tapi bila dilawan, kerajaan akan retreat. mungkin cara memberikan bantuan melalui institusi keagamaan itu kelihatan lebih baik, tapi dapat kah mengatasi masaalah. saya takut dengan cara yang dicadangkan itu akan bertambah lagi bilangan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2014 at 5:38 AM

@AnonymousKopi Wonda ? sori lambat sikit pickup :) lama dah tak tengok tv3 sebab takder live bola

....................
Reply To This Comment ...................
johan
July 4, 2014 at 5:50 AM

'Jangan beri makanan kepada haiwan-haiwan di kawasan ini. Agar haiwan berkenaan boleh hidup secara semula jadi.' Agaknya ia ada kaitan dengan hasrat Ku Nan.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
July 4, 2014 at 7:04 AM

ada benarnya jg cadangan kunan tu..mmg terlalu ramai pengemis dan yg peliknya hampir semua sempurna akal dan fizikal..apatah lg kanak2..seolah2 sindiket terancang pl..
bagi seringgit..xpuas hati..nak lebih..pastu siap bgtau kawan2 lain..hbs kita didatangi oleh mereka..jika tgh lepak takpe jugak..tapi tgh makan..mood yg ikhlas boleh tukar jadi bengang..
sebab tu aku lebih selesa infaq ke surau..masjid dan rumah anak yatim..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 11:21 AM

Tu segmen tajaan. Sama la macam Ali Cafe Orang Kampung syarikat cinabeng tu. Dorg bayar untuk segmen dalam berita tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 11:36 AM

Salam,
Kunan cuma cakap ikut skrip konsultan dan punaisihat. Ikut pemikiran konsultan kunan, utk membasmi peminta sedekah, hapuskan dulu pemberi sedekah. Itu keputusan makmal tu, berjuta hinggit dilabur utk memikirkan cara nak basmi pengemis dengan cara dapat duit. Kemudian buat program utk pm ah jib gor melalui kempen 1malaysia derma kepada orang miskin. Tp

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 4, 2014 at 2:26 PM

Bro din.... tang kunan kata dia dah bagi kerja ttapi mereka malas tu yang aku yak boleh terima.... cuba kunan offer diaorang jadi menteri wilayah ganti dia untuk menambah baik k.l hahaha.... jangan nanti kunan cadang guna kamera aes untuk tangkap orang bagi sedekah sudahlah hahahaha.... menteri konon.....hahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2014 at 11:59 AM

Bodoh.... Aku nk tnye pusat zakat... Mne pg duit zakat.. Aku rase duit zakat yg trkumpul setiap tahun selalu membanggakan. N setahu aku duit zakat yang terkumpul tu mampu menghapuskan kemiskinan di malaysia ni. Mne pegi duit zakat?????

Post a Comment