........... KJ Jawab Isu Kit Siang 13 Mei | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ Jawab Isu Kit Siang 13 Mei

Tuesday, July 8, 201410comments


Saya baru baca kenyataan Ketua Pemuda Umno BN berkaitan isu 13 Mei yang di spin oleh Lim Kit Siang dari peringatan TPM. 

Artikel sebelum ini saya mempersoalkan kenapa KJ senyap, jadi to be fair, saya siarkan kenyataan beliau yang saya copy dari FBnya. Tak kisahlah respon yang agak lewat, janji ada respon.

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berkenaan isu 13 Mei 

Peringatan YAB Timbalan Perdana Menteri semasa berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Bukit Serampang tempoh hari harus diambil dalam semangat ianya dimaksudkan iaitu peringatan oleh orang nombor dua kepimpinan negara yang cintakan negaranya dan mahu melihat rakyat Malaysia hidup dalam keadaan harmoni. Merupakan perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab sama sekali untuk memutarbelitkan lontaran beliau yang bersifat peringatan positif dengan sebaliknya menggambarkannya sebagai suatu ancaman sepertimana yang dibuat oleh YB Lim Kit Siang. Perbuatan tersebut mendedahkan niat kurang baik dan sifat tidak prihatin/bebal kepada fakta sejarah pihak-pihak yang terlibat.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merasa terpanggil mengeluarkan kenyataan ini melihat arah aliran perbahasan mengenai kenyataan beliau yang telah disalah andaikan oleh pihak pembangkang sebagai bersifat ancaman. Adakah salah bagi pemimpin negara memberi peringatan kepada rakyat bahawa perpaduan negara mesti dipelihara dengan baik? Apakah motif YB Lim Kit Siang yang memutarbelit maksud Timbalan Perdana Menteri dan menganggap ia sebagai satu ancaman? Bagi saya ini adalah perkara biasa bagi YB Lim Kit Siang yang sentiasa bersangka buruk dan mensensasikan isu dengan niat yang tidak bertanggungjawab. Mungkin YB Lim Kit Siang harus bermuhasabah dan fikir apa yang beliau dan parti beliau telah menyumbang kepada Perpaduan Nasional yang semakin rapuh hari ini.

Tidak dapat dinafikan bahawa semenjak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat aliran peningkatan penggunaan isu-isu bersifat pemecahbelah berasaskan etnik, agama, bahasa, ekonomi dan sejarah dalam polemik nasional. Penggunaan isu-isu ini telah menyebabkan peningkatan suhu politik negara ke tahap yang membimbangkan. Kita harus mengambil maklum akan kronologi perjalanan sejarah Malaysia dan negara-negara lain didunia bagaimana penggunaan isu-isu pemecahbelah ini jika dibiarkan tanpa ditangani mampu dan telah menimbulkan ketidakstabilan.

Perpaduan Nasional bukannya perkara yang boleh diambil mudah, ia rapuh sifatnya dan memerlukan usaha pengukuhan yang berterusan. Setiap era melahirkan cabaran baru kepada perpaduan rakyat Malaysia dan cabaran itu perlu kita tangani bersama secara bijaksana dan bertanggungjawab.

Hakikatnya tragedi hitam 13 Mei 1969 merupakan suatu fakta sejarah, titik-titik yang membawa kepada peristiwa ini telahpun dan akan terus dibahas oleh para sejarawan, selama lebih empat dekad juga kerajaan telah menggubal dan melaksanakan pelbagai dasar bagi memastikan tragedi ini tidak mungkin lagi berlaku dengan mengurangkan kesan pencetusnya sama ada bersifat politik, ekonomi mahupun sosial.

Namun rakyat Malaysia seharusnya insaf Perpaduan Nasional yang bersifat mapan tidak mampu dibina dalam waktu yang singkat dan hanya dengan niat yang baik dengan mengambil kira secara objektif realiti yang wujud dan sejarah lampau. Hakikatnya semenjak merdeka dan kemudiannya pembentukan Malaysia kita telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina sebuah negara bersatu di atas kepelbagaian yang amat kompleks tanpa mengorbankan prinsip-prinsip demokratik dan kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Ianya satu usaha mencabar yang telah dipikul dengan jayanya oleh bapa-bapa pengasas negara melalui Parti Perikatan dan diteruskan hari ini oleh Parti Barisan Nasional yang mempelopori konsep perkongsian kuasa antara kaum di negara ini.

Sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai kepelbagaian kaum, agama, bahasa, status ekonomi dan budaya, pemupukan perpaduan nasional sewajibnya dijadikan keutamaan dan iltizam semua pihak. Pengukuhan perpaduan nasional bukannya semata-mata tugas kerajaan sahaja ia juga tugas semua pihak termasuk pembangkang oleh itu marilah kita sama-sama tunaikannya.

7 Julai, 2014


OK ? Anda baca sampai habis atau cuma baca yang saya besarkan dan yang lain anda cuma scan je ?

Panjang sangat ... jadi saya kecilkan lah. Perenggan yang saya besarkan itu saja yang saya kira menjawab fitnah Kit Siang, yang lain tu lebih kepada ucapan politik. Ketengah tidak, kekiri tidak, kekanan pun tidak. Standard issue.


Apapun kira OK la, berjawab jugalah .....

Apakata KJ jawab juga serangan dari anak Kit Siang pula, yang telah menggunakan isu ini untuk menyerang orang2 Melayu yang mempertahankan hak agama Islam dan bangsa Melayu sebagai golongan Ekstrimis dan Pelampau. Guan Eng telah menamakan Perkasa dan Isma sebagai contoh.

What say u , KJ ? Anda setuju dengan dakwaan Lim Guan Eng ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2014 at 4:51 AM

Saya nak tanya nih bro Din, KJ tuh orang Melayu ker?

Ada sesetengah orang mengatakan (melalui blog-blog lain), KJ nih orang Bangla.

Yang saya perhatikan,kalau ada orang Melayu kritik pembangkang (lebih-lebih lagi bertaraf tuan besar ), dia akan cakap 'SHIT!' Tapi kalau ada pembangkan kutuk-kutuk Melayu, dia akan buat-buat muka selamba jer ala-ala muka beruk.

Dengan itu, saya rasa, benarlah kata-kata orang tersebut, KJ nih berbangsa Bangla.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2014 at 5:19 AM

LGE memanglah terasa sebab dia bersalah kerana dia dgn bapak dia yang kepala punca 13 Mei 1969 dan mereka yg melaungkan kata-kata menghalau melayu dari bumi orang melayu sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2014 at 5:37 AM

@Anonymoustak baik kutuk keturunan .... apapun, saya percaya KJ tu Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2014 at 6:17 AM

Ingat 13 Mei ingat Lim Kit Siang..dua2 tak boleh dipisahkan..

....................
Reply To This Comment ...................
July 8, 2014 at 6:31 AM

KJ bersuara tapi macam seloka. Playsafe. Ketua Pemuda mesti tegas dan betwibawa. Jika bercerita Perpaduan Nasional, LKS dan anak nya mesti di hambat. Mereka berdua terlalu banyak mengapi-apikan anak-anak cina dan bukan melayu lain nya. Malah prof india orang kanan LKS tersampuk sama. Hebat sangat kah mereka ? Atau cuba memesong sejarah ! Mereka memang pakar tentang 'denial and spin' . Konon nya orang tidak tahu. Tun M yang tahu segala-gala cuma malas berbicara pasal LKS. Tiada faedah dan keuntungan tetapi apek tua ini masih tidak sedar diri !

Bukan perkara main-main mencabar TPM dengan wayang cina yang mirip provokasi. Kita sebagai orang bertamaddun tidak melatah. Tetap berhati- hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2014 at 8:21 AM

jawapan cantik tp playsafe. politically correct tp kita akhirnya masih ragui keikhlasan kj terhadap bangsa sendiri dan bagi saya masih liberal.

bukankah putar belit kenyataan muhidin boleh kita gambarkan sebagai serangan ke atas org2 melayu. maksudnya bagi cauvinis jgn ade org melayu mengungkit 13 mei. well response kita patut jadi something like

pegi mampus dgn kau lim kit siang, fakta tetap fakta, kalau x mahu kami mengungkit jgn main dgn kayu api.

perasan x cauvinis sentiasa menyerang muhidin mengaitkan bangsa, jarang pada anggota liberal umno yg lain.

kenyataan kj buat saya risau.

kenapa? sbb dia kata dia sedar perpaduan rapuh. betul

ape yg saya risau tindakan golongan liberal menangani keadaan ini. maksudnya tindakan liberal akan lebih kepada apologetic. maksudnya mereka akan melihat segala hak org bumiputera sebagai bende yg menyebabkan perpaduan rapuh sedangkan masalah sebenarnya adalah bangsa x sedar diri yg sentiasa mempersoalkan hak bumi.
exactly mcm ape muhidin ckp.

jadi tindakan ape kita aspect dr golongan liberal memperbaiki keadaan?
pastinya something yg apolegetic dan memusnahkan hak2 bumi. cth dh depan mata:
mkpn, akta liberal baru ganti akta hasutan, pencerobohan cauvinis dlm petronas, Allah byk lagi la malapetaka kita dpt dr golongan liberal umno baru2 ni.

maka kita jgn hanya komen tindakan susulan harus ada. kebimbangan ini yg saya rasa tuan2 semua share, kita harus utarakan pada ngo2 berpengaruh seperti isma.

siapa ade contact dgn isma? mudah2an isma menjadi parti naungan org2 melayu


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2014 at 9:09 AM

Salam,
Tu ayat kj atau su akhbar dia? Tu pun nak kena faham juga tu. Dia ckp atas dasar pemuda umno. Nampak ayat macam dah kena beli jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 8, 2014 at 8:52 PM

I am NOT IMPRESSED, KJ10Q

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2014 at 7:02 PM

Yang jadi masaelahnya kenapa dulu dulu melayu bersetuju menerima pendatang ne sebagai warganegara. Itu yang i pening ne. Kenapa ye nak terima dia org semua ne atau apakah melayu tidak boleh berdiri sendiri tanpa kemasukan pendatang sebagai sebahagian dari mereka. Sekarang generasi baru melihat org cina ini macam ini dan org india macam tu. Dan melayu islam akhirnya tersepit didalam delemma. Tak pasal pasal mereka akan bangkit untuk mempertahankan hak dan survival yg mereka ada.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 9, 2014 at 8:17 PM

7:02

Kan ke kerja omputeh ni semua.
Awak ni pegi sekolah vernakular agaknya.
Arkib di england ada dan boleh periksa. Jangan percaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Kerajaan orang Melayu tipu.
Wkipedia pun ada sebut kot

Post a Comment