........... KENA BACA ! - MKPN DiRampas Majlis Peguam dan Comango. Umno Terlopong ... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KENA BACA ! - MKPN DiRampas Majlis Peguam dan Comango. Umno Terlopong ...

Tuesday, July 1, 201426comments

Komen saya selepas artikel di bawah -

PEMBANGKANG, MAJLIS PEGUAM DAN COMANGO “MERAMPAS” MKPN (NUCC)
Oleh
Tun Abdul Hamid Mohamad (29 Jun 2014)




Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.

Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul.
Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli- ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis. 



Siapakakh Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? Pengerusinya ialah YB Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara senghaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.

Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang. Antara lain, Dato Ambigar, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang....” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi sekyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.


Hal seperti ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam- peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.

Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.

Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang- undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?

Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut. 



Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu. 



(Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang- undang itu)

tahamidm@gmail.com 
www.tunabdulhamid.my

29 Jun 2014


                                                *****************************


Tun Mahathir juga sekali lagi menulis mengenai isu Akta Hasutan yang mahu digantikan dengan AKta Harmoni. Pada Jun 12, Tun melalui artikel nya ( KLIK ) mengakhiri komennya dengan -

19. Sesungguhnya rang undang-undang ini akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

Kali ini Tun meluahkan kebimbangan beliau akan kesan terhapusnya Akta Hasutan kepada institusi Diraja -

6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.


.Dan artikel Tun diakhiri dengan -

8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.



Kenapa Tun Mahathir tulis  - Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang. ?



SEKALI LAGI saya ingin bawakan persoalan sama seperti dalam kes kenyataan Shamsul CEO Petronas dan pelbagai lagi kes di mana kritikan dilemparkan terhadap pihak yang sering kita sebut sebagai PENASIHAT/ KONSULTAN tetapi orang yang bertanggungjawab MELANTIK, MENERIMA dan MENERUSKAN semua perkara yang kita kritik itu tidak pula kita sentuh !

Setelah berulangkali berlaku isu2 yang melibatkan pendirian LIBERAL yang meresahkan orang2 Melayu, tidak terfikirkah anda yang semuanya berpunca dari satu Kepala yang sama ?Seperti dalam kes MKPN ini -

SIAPA yang mengada-ngada melantik dan menubuhkan MKPN ?

Tapi si Kepala nya tidak pernah ada sesiapa yang berani kritik secara direct. Ahli2 MKPN yang sering kita sebut tapi tanpa keputusan oleh si Kepala tadi yang melantik dan memberi kuasa MKPN kepada mereka, benda2 itu tidak akan berlaku.

Siapa Kepala nya ? - Siapa lagi kalau bukan NAJIB , pemimpin Melayu Liberal yang menjadi Presiden Umno dan PM kita.

Yang lebih menghairankan saya , dalam waktu sama benda2 ni berlaku, UMNO terlopong ...... akur dengan keLIBERALan pemimpin2nya. Begitu juga mereka yang mendabik dada sebagai pejuang2 maya yang memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair .... semua turut sama akur dengan keliberalan Najib. 

PS - KLiK dan LiKE - FB Melayu Protes Najib

                                 *******************

AKTA HASUTAN


1. Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan dan menggantinya dengan Akta Harmoni dan Akta Uniti.

2. Kita sudah pun mansuh ISA dan Akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

3. Apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku.

4. Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

5. Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada.

6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

7. Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenar mereka yang berminat untuk mendiri Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 6:21 AM

apa lagi hak melayu yg akan hilang selepas ni kerana najib. rupanya si kitol bangsa berada di kemuncak kepimpinan tnh melayu.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2014 at 6:30 AM

Najib itu kulitnya umno isinya dap.Setiap kali najib sedang melaksanakan dasar liberalnya setiap kali itu juga najib cuba meneutralkannya dengan gula2 yg bercirikan keislaman atau kemelayuan.Najib cuba menutup perkara makro yg dia sedang lakukan dengan menonjolkan perkara2 mikro kepada orang2 Melayu.

Contohnya najib cuba menutup agenda menghakis hak2 Islam,Melayu dan raja2 melalui akta harmoni yg dia cuba laksanakan dengan peristiwa dia menaja 1000 orang mengerjakan haji(melalui 1mdb).Orang2 Melayu yg tipikalnya mudah terpedaya dengan penampilan lebih tertarik dan tersentuh hati melihat najib berpakaian islamik merasmikan majlis penyerahan surat tawaran mengerjakan haji daripada akta harmoni yg najib cuba laksanakan di belakang tabir.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 6:30 AM

Bro din.... masa depan melayu dah suram....dah ramai melayu kampung yang bersuara... ditambah lagi intelek melayu yang bukan tukang kipas... tapi si kepala batu tetap membatu..umo menang pru, bekas pkr jadi senator, menang lagi banyak kerusi tapi mca dan gerakan yang zero tu dapat jadi menteri, kan mca dan gerakan dah follow dap nak meritokrsi, kenapa terima lantikan ikut koata la semangat bn la, akhirnya jika najib tak letak jawatan maka melayu mungkin terus hiland di honjang oleh dap ni.... apa lagi yang melayu ada...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 7:11 AM

Kredit kepada artikel ini dan kupasan yang amat menyentuh hati. Saya masih lagi tertanya tanya samada Najib sedar atau pun tidak dengan apa yang sedang berlaku hari ini? ada kah Najib dimaklumkan, kalau pun tidak membaca, artikel artikel dari kedua dua tokoh tersebut yang ingin menyelamatkan orang Melayu? Apa kah sebenarnya tujuan Najib dan kemana arah hendak dibawakan bangsa Melayu? Selain dari Najib, tidak kah pemimpin Melayu lainya samada dari parti UMNO/PAS perasan apa yang sedang berlaku sekarang kepada bangsa Melayu? Kemana pula perginya para blogger yang beria ia konon memperjuangkan agama dan bangsa dalam mempertahankan kepentingan Melayu?

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2014 at 7:36 AM

Salam Bro,aku setuju benar kalau Si Najib tu digantikan dengan pemimpin yang lebih bertanggung jawab terhadap agama dan bangsanya.Memang Najib tu tongong terlalu ikut cakap bini!

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2014 at 7:38 AM

Kemana hilang kekuatan Melayu, bersatu lah demi bangsa dan agama , Jika Najib perlu ditedang keluar sebagai Perdana Menteri lakukan lah demi Bagsa Melayu dan Islam sebab masih ramai lagi pemimpin Melayu yang mempunyai semangat bangsa dan yang bersifat ketuanan melayu, Kenapa Najib takut... skarang masa BN memerintah lakukan lah apa yang perlu untuk bangsa walaupun dikecam oleh bangsa lain , jangan hanay bercakap tetapi yang pelru masih tidak dibuat.. Biar lah orang kata PM hanay untuk orang Melayu , biar kan mereka merungut mneyatakan ketidakpuasan hati sebab.. lihat lah PP dibawah pimpinan DAP Cina .. adakah mereka kisahkan hal melayu .. yang dipinggirklan.. dll banyak perkara yang tidak dilapurkan yang lebih menjurus kepada pengurangan kuasa melayu .. sedarlah wahi pemimpin melayu.. Jangan jadi negara ini seperti telur dijung tanduk sedangkan kita masih memegang kantong telur setiap hari.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2014 at 8:21 AM

Saya dah bosan, mual, benci dgn si najib botak tu. Pemusnah bangsa agama dan Negara!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 9:17 AM

Kasihannya menjadi orang Melayu. Bagilah selagi ada. Berkongsi raya ek!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 10:28 AM

Dasar ah jib gor ialah if ypu can:t beat them ... join them and follow them ... sekarang ni ah jib gor dok follow pembankang. Mulanya dia hapus akta pengcegahan. La ni dia nak hapus akta hasutan, agar dia diterima sebagai ahli pembankang yang setia. Ah Jib Gor mungkin bercita2 nak jadi pembankang dan dia sedang menyediakan platformn untuk itu. Atau dia sebenarnya sedang blur. Dia tak tahu samada dia adalah peminpin atau penyokong. Mungkin dia rasa dirinya adalah penyokong pembankang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 10:42 AM

Apakah kita org Melayu kini sudah berada dihujung tebing yg tinggi yg dibawahnya adalah batu2 tajam yg akan memastikan mereka yg terjatuh akan mati dn lenyap selamanya?? Bila2 masa sahaja kita akan terjatuh dr tebibg tinggi ini. Jika kerajaan BN yg dikepalai Najib meluluskan rang undang2 ini, bermakna najiblah org yg bertanggungjwb menolak org melayu dn institusi raja jatuh dr tebing maut ini.

Ingatan sudah diberi, amaran sudah dilaung, nasihat telah disampaikan dn bukti semakin hari semakin jelas kelihatan... tetapi mereka yg memegang kuasa masih lena dn khayal diulit mimpi indah..
Jika kata2 amaran dn nasihat Ikhlas dari tokoh2 besar negara tidak lagi bernilai utk kita pegang sebagai benar,maka kata2 siapa lg yg mesti kita percaya?? Ambigakah? Anwarkah?

Jadi kepada seluruh org Melayu yg masih dikurniakan Allah dgn perasaan jati diri yg tebal, ayuhlah kita bertindak sekarang. Lakukan sesuatu yg dapat memberi kesan yg besar sblm segalanya terlambat..

SESUNGGUHNYA ALLAH MENILAI SETIAP USAHA DAN KEBAIKAN YG KITA LAKUKAN.

APAKAH YG TELAH ANDA LAKUKAN??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 11:42 AM

Mahyuddin Yasin, Zahid Hamodi, Majlis Raja Raja, UMNO Dan semua NGO NGO Islam Malaysia lens bertindak Dari skarang sebelum terlambat. Kita sedang diserang dari setiap sudut dikala INI. Bangunlah wahai Melayu jati. Melayu liberal sdang menjahanamkan negara Malaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 12:16 PM

salam,

inilah perbezaan antara pemimpin lama dan baru. orang lama yang berjawatan dan orang muda berjawatan. cara berfikir dan bertindak. teringat bacaan dalam blog tan sri sanusi, berkenaan tugasnya bersama tan sri ghazali dalam kdn. ceritanya, buat ajer, jangan peduli kata orang lain kerana kita ada maklumat, tetapi orang yang bercakap tiada maklumat. tetapi perlu ada pembaikan untuk elak salah guna kuasa dan merelevankan tindakan. bila baca hujah mantan ketua hakim ni, kita dapat lihat betapa luasnya perbezaan pemikiran antara orang muda sekarang dan lama.

punahsihat dan konsultan mungkin dah brain wash pm, semua tindakan mereka ke arah negara maju dan transformasi negara. apa yang dihujah menentang tindakan mereka adalah pemikiran lama dan tidak searus dengan arus zaman sekarang. punahsihat dan konsultan mungkin berfikir bahawa segala tindakan merteka baik untuk pm, tetapi bukan untuk negara pada pandangan ramai. penentang dianggap sebagai anasir yang tidak menyokong transformasi serta ketinggalan maklumat dan pemikiran yang sempit. tetapi mereka yang berada disekeliling pm tidak tahu bahawa tindakan mereka itu salah dan tidak panjang akal. banyaknya cuba jaya, dan jayanya tak banyak, gagalnya banyak dan memberi kesan kepada negara. tetapi pihak atasan sentiasa memberi maklumat yang tidak betul kepada pm kerana kuasa mereka lebih berbanding pm. tukang rasmi dan cakap ajer. yang buat keputusan dan merancang bukan pm. setelah keputusan dibuat, pm cuma luluskan ajer. idea pm cuma brim ajer. tu cepat responnya.

selain kj yang mendapatkan pembantu daripada pembangkang secara terbuka untuk diserap dan melemahkan umno, mungkin juga pm turut ada pembangkang dalam konsultan dan punahsihatnya. banyak idea tang liberal dan jual melayu. tapi macam biasa, ahli umno hanya suka bunyi tong kosong. kita harapkan agar pemimpin melayu yang tiada kepentingan terus bercakap demi survival melayu. tak boleh harap kat umno dah. ramai pemimpin umno syok sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 1:20 PM

Dah terlambat dah. Bekas Hakim Tun Abdul Hamid terpaksa menerima hakikat yang golongan bukan Melayu semakin hari semakin lantang mempersoalkan hak orang Melayu. Mereka tidak lagi segan-silu seperti dulu. Mereka sedang berusaha sedaya upaya untuk menghakis hak-hak orang Melayu sedikit demi sedikit tanpa kita menyedarinya.
Hak-hak mereka pandai pula mereka nak kekalkan. Bukan itu sahaja, golongan Kristian Evangelist mula berani mengganggu gugat kedudukan istimewa agama Islam di negara ini. Dulu mana ada anasir-anasir begini. Bukan kata nak mempertahankan hak-hak orang Melayu dan agama Islam, nak keluarkan kenyataan pun segan dan takut. Pemimpin Melayu apakah ini!
Kedudukan agama Islam semakin hari semakin diganggu gugat oleh puak-puak Kristian. Pemimpin Melayu tak berani nak angkat muka mempertahankannya. Bekas Hakim pun dah mula perasan akan 'keliberalan' dan kelembikan pemimpin Melayu. Sememangnya pemimpin yang memimpin orang Melayu sekarang bersifat liberal. Baik pemimpin tua atau muda. Semua undang-undang yang bertujuan mempertahankan dan mendaulatkan hak orang Melayu dibakul sampahkan. Kononnya nak nampak moden dan liberal. Semua undang-undang berbentuk pencegahan dihapuskan. Akta hasutan bakal menyusul tidak lama lagi. Orang Melayu tiada lagi 'shield' yang dapat mempertahankan dan menyelamatkan mereka.
Kedudukan agama Islam mulai goyah kerana ketiadaan undang-undag tersebut. Ini semua gara-gara negara dipimpin oleh pemimpin liberal. Lihatlah betapa agresifnya puak krisitian 'pursue their case' dalam isu kalimah Allah dan rampasan kitab bible. Mereka berani untuk berbuat sedemikian kerana mereka tahu tiada lagi sekatan seperti dulu. Mereka juga tahu pemimpin Melayu yang memimpin umat Melayu sekarang mempunyai bersifat liberal.
Sedihnya mengenang nasib orang Melayu yang dipimpin golongan liberal. Pemimpin pelapis pun liberal. Jika keadaan ini tidak diperbetulkan, umat Melayu bakal menjadi pengemis di negara sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 1:50 PM

@sesejuk mata memandang

Pada saya Najib bukanya takut tapi beliau mungkin tidak cerdik walaupun punyai terlalu banyak peralatan. Beliau mungkin menyangkakan beliau bijak dan disokong rakyat, tapi sebaliknya. Perkara yang beliau benar benar faham dan tahu melakukan ialah mengikut/menurut sahaja arahan pembangkang.

Najib pada saya hanyalah perasaan bagus kerana melihat menerusi cermin yang mengejek, sedangkan kekotoran dibelakangnya tidak diberitahu.

Ahli UMNO/perwakilan telah meletakkan saekor musang untuk menguruskan ayam yang diternak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 1:51 PM

@Aku Melayu Rasis

hari ini sesiapa yang mengkritik najib mungkin akan dilabel sebagai rasis bang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 1:52 PM

@Anonymous

kali ini nak berkongsi tempat tidur dan bantal pulak. amacam, boleh bang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 1:54 PM

@Anonymous

kalau macam tuh, dia tengah praktis nak jadi pembangkanglah. tapi apa hal pulak dengan bangsa Melayu dan agama Islam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 2:04 PM

@Anonymous

kalau dah berada ditepi tebing yang tinggi, rasanya tak ditolak pun akan jatuh. angin sepoi sepoi pun boleh jatuhkan. sememangnya dah penat pun bercakap tapi najib asyik dengan rentak dia, syok sendirian.

jom pergi ke blog ayahanda Tun Mahathir

http://chedet.cc/?p=1406#more-1406

baca komen dari MUSATO

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 2:36 PM

@Anonymous

@Anonymous

saudara silap kalau menyangka najib tidak sedar.

mustahil semua ni berlaku tanpa restu dr najib.

saya rasa ini yg dia mahu bawa di malaysia. terlalu byk bukti sikapnya yg liberal.

usah kita hanya salahkan keadaan. hakikatnya mentaliti najib sendiri adalah mentaliti liberal.

seseorg yg sygkan bangsa dan agama sudah semestinya tidak akan bersetuju dgn dasar2 baru yg diperkenal malah menentang keras. sudah pasti akan membalas jasa org2 sebangsa yg teguh membantu bn menang pada pru lepas dan tidak akan bersungguh2 memuja bangsa yg meninggalkan dia di saat dia memerlukan mereka the most.

kini semakin kita menyokong umno dan bn semakin hilang hak kita. inilah ganjaran buat org2 melayu yg setia. mereka yg mengkhianati kepercayaan dia pula dihadiahkan dgn segala kemewahan dan hak kami pula diberi pada mereka.

tht would explain kenapa despite segala keluhan kita bagaikan jatuh pada telinga yg pekak. bagaikan jatuh pada telinga sang liberal.

kalau hilang hak kami maka hilanglah, tp mati pn saya xkan mengundi bn dan umno lagi.

ya org melayu sememangnya begini. kalau najib adalah org melayu berisikan melayu maka dia akan faham hakikat ini.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 2:56 PM

Kesucian Islam di negara ini sudah tercemar. Portal berita bebas mempermainkan dan memperolok khutbah Jumaat saban minggu. Pihak berwajib tidak mampu untuk berbuat apa-apa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 6:14 PM

Salam tadi ada baca suara tv website tun abdul hamid disabotaj pihak tertentu dengan memadam 2 artikel salah satu nya artikel di atas...nampaknya ada orang butthurt...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 7:29 PM

Ramainya yg keciwa dan merasa Melayu kian lenyap.Kesian.Sekarang baru nak sedar?.Alai Melayu perangi macam ni lah yg menyebabkan Melayu jadi begini.Sekarang Najib memang lemah,bolehlah kita kambing hitamkan Najib,tapi Masa Tun Mahahtir dulu Melayu duduk dimana?.Semuanya dok melepak bawah ketiak Akta itu akta ini,pemimpin itu pemimpin ini.Sekarang bile semuanya dah tak ada Melayu mula mengeluh.Cuba lah dari awal kita perkasakan diri,dah lebih 50 tahun Melayu di beri ruang ,peluang dan bantuan utk memperkasakan diri,tapi segelintir saja yg berjaya.Sekarang patutnya Melayu sudah di hurmati,bukan kerana tongkat tapi kerana kekuatan setiap individu Melayu. itu sendiri,kalau tak semua pun sekurang-kurangnya mejoriti.Cerminlah diri,renungkan apa yg diri sendiri dah buat utk memperkasakan diri,jangan bergantung pada Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2014 at 8:19 PM

@Anonymoussaudara sendiri sekarang diperingkat mana ? Dah berjaya ? Alhamdulillah kalau begitu... atas usaha sendiri sepenuhnya ?

Bagaimana dengan orang Melayu pribumi yang lain ? Apakah saudara rasa mereka yang tidak seberjaya saudara tidak patut diberi peluang dan dibantu untuk berjaya sama ?

hak keistimewaan BUKAN tongkat tapi adalah HAK.

jika saudara rasa sudah tidak perlukan hak itu, dipersilakanlah tolak dan tuntut dilayan samarata dengan kaum lain. Tidak ada siapa yang paksa saudara terima pun.

berikan peluang itu pada saudara sebangsa yanh lain yang lebih layak menerima.

tapi jangan nafikan hak itu untuk orang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 11:22 PM

Bro din.memang sakit hati betul dengan keadaan sekarang ni.benci sangat2 dengan apa yang sedang berlaku.takut sangat.macam2 dah bro tulis.macam2 ingatan dah diberi.that blur gor makin menjadi2.disuanya segala2nya pada cha ya nun alif.bosan tahap gaban.camana lagi ek nak suruh kerajaan berubah?ikhlas tanya bro.siapa lagi yang kita boleh harapkan ek bro.sedih.sangat sedih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 11:48 PM

Pendirian tun hamid ni adalah jati diri melayu yg perlu kit hormati...

komen tun m yg lahirkan pandangan dia....itu biasa dan kita amat hormati...

Tp komposisi najib yg beri peluang pd semua kaum usah kita lihat dari sudut liberalnya tapi beri peluang pada bangsa2 lain memberi input...

Itu baru bill.... panjang lg perjalanannya....

Lepas ni kump mlayu ultras pulak yg akan review dan beri pandangan....

Kemudian kump mlayu ngo dll seme akan dpt peluang ....

Kalo x diberi peluang brulah boleh hentam....

Lepas tu akan di bahas di parlimen... ramai panglima2 melayu sejati tunggu di parlimen utk hentam sampai lumat....

Jadi bila baru draf ... baru bill ....dah cop didahi najib liberal..... rasanya x adil dan very immature ..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2014 at 12:49 PM

bila tak di beri peluang baru hentam,.sama cam dah terhantuk baru terngadah,..bila dah tinggal spendar baru nak bising,..ini adalah suara akar umbi

Post a Comment