........... Jawatan MB Adalah Hak Mutlak Ketua Parti Nak Letak Sapapun Ikut Suka Mak Bapak Dia | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawatan MB Adalah Hak Mutlak Ketua Parti Nak Letak Sapapun Ikut Suka Mak Bapak Dia

Friday, July 25, 201411comments


Rasa nak komen juga lah sikit tentang cubaan Anwar yang mahu melantik bininya jadi MB Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Sebelum apa-apa biar saya mengaku, saya tak berapa nak ikut sangat isu ni, Pertama sebab perhatian lebih kepada mengikuti perkembangan MH17. Perasaan terkejut itu masih terasa walaupun sudah seminggu berlalu.

Kuasa Allah mengatasi segala nya....

Keduanya, terus terang saya meluat dengan permainan politik pemimpin2 kita ( BN dan PR ) yang hanya mementingkan survival politik masing2 mengatasi kepentingan rakyat. Ini jelas dapat dilihat melalui isu pertukaran MB. 

Mula2 Najib yang gatal tukar Mat Said, sekarang Anwar pula nak tukar Khalid.

Adakah kedua mereka meletakkan kepentingan rakyat didepan ? Atau meletakkan perkiraan politik yang lebih utama ?

Cuma saya lihat perangai Anwar ni lebih teruk lagi ! Dah lah gatal nak ubah MB, diletaknya bini sendiri pulak tu .... adeeh, nak kata apa ya ... Gila Kuasa ? Tamak ? Kemaruk Nak Jadi PM ?

Nampak sangat melibatkan percaturan politik peribadi !

Kemudian, bini Anwar tu pulak bukannya orang Selangor. Sekurang2nya di Terengganu yang ganti Mat Said masih orang tempatan.....( dan bukan bini Najib ! ).  Ni bidan terjun yang dipaksa tukar alamat dari Pulau Pinang ke Selangor, semata2 nak memenuhi nafsu politik Anwar yang tak pernah nak klimaks.

Dah takde pemimpin lain ke di SELURUH NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN yang layak menjadi Menteri Besar Selamgor Darul Ehsan sehingga terpaksa lantik bini sendiri ?

Orang Selangor tak der rasa apa-apa ke ?

Maaf saya sebut ni - Sultan Selangor yang baru ni menzahirkan kemurkaan secara terbuka kepada seorang wakil rakyat bukan rakyat Selangor, pastinya terasa dicabar bila Anwar pula mahu mencadangkan bininya yang juga bukan anak tempatan menggantikan Khalid sebagai MB.

Dah la tu, bukannya bini Anwar itu ada track record kepimpinan yang boleh dibanggakan, sekarang nak dijadikan MB pulak !

Terang dan jelas Selangor mahu dijadikan Anwar sebagai batu loncatan cita2 politik peribadinya. 

Kalau dipilih orang lain selain bini Anwar, dan orang Selangor .... mungkin BN tak boleh nak kata apa sebab nanti orang boleh kata, mengata dulang paku serpih ....

Isu bukan kerana tindakan menukar MB sesuka hati, tapi kerana melantik bini jadi MB.

Entahlah ... memang benar jawatan MB itu adalah hak mutlak ketua parti yang memerintah. Ikut suka mak bapak dia nak lantik siapa pun jadi MB .. pandangan rakyat tak penting.

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 2:44 AM

Orang Selangor tak der rasa apa-apa ke ? nak rasa apa klu penyokong PR tu bengap..pekak dan buta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 4:28 AM

Jaga laki pun gagal ada hati pulak nak jadi MB ... sian orang Selangor tak da yang layak jadi MB hehhehhhhhh...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 4:41 AM

Bayangkan kalau Malaysia jadi republik dan pas tu Anuwar jadi Presiden...agak2 sapa jadi Perdana Menteri ... ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 6:16 AM

Mesti terasa punya...tapi demi Putrajaya kononnya.
Baru 3 negeri dah banyak songeh macam ni, bila dapat satu Malaysia gerenti hancur Malaysia sebab puak ni telingkah sama sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 7:15 AM

kita tahu anwar ni gila kuasa, kenapa rakyat masih terima keluarga gila kuasa ni, kenal sangat perangai anwar ni, rakyat buat referendum tolak keluarga ni,, apa track record azizah, jadi MP permatang pauh atas sebab bidan terjun, jadi adun kajang pun atas sebab bidan terjun, nak jadi MB pun atas sebab bidan terjun...so dia ni track record nya semuanya bidan terjun...paham lah ini urusan negeri, carilah orang yang competent untuk jadi MB bukan factor family,,,,tolak anwar, Selangor selamat, Malaysia selamat..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 9:14 AM

Apa dah jadi jantan jantan Pakatan S'gor yg 'warak warak' tu, tak de yg layak ke ? Kan org S'gor ni pandai pandai, 'warak warak' belake.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 11:21 AM

demi kuasa nwar akan lakukan apa saja ...
demi kuasa pas akan ikut saja ...
demi kuasa dap akan ikut jika ada habuan politik untuk mereka ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 12:38 PM

Wan jijah ooi...tak malu ke tak cermin diri ke pakai tudung cakap lemah lembut tapi laki cari kot belakang hang tak ada perasaan ke cemburu ke ada hati pula nak jadi mb jaga famili berterabur ni pulak nak jaga satu negeri hang ni waras ke...eeeiii geli tengok hang macam la git ngan bumi nak bandi hang ngan khalid ibrahim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 25, 2014 at 10:48 PM

Anwar mmg smart..bila bini jd mb fund politik pkr mewah sb dia sapu duit rakyat selangor utk jatuhkan bn....menuju putrajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 26, 2014 at 1:04 PM

Biniku Menteri Besar Selangor The Movie - Full New Movie 2014
Saksikan tayangannya selepas Hari Raya ini.

(Hanya di pawagam-pawagam sekitar Selangor)

....................
Reply To This Comment ...................
August 2, 2014 at 12:29 PM

tu yang pelik. Takde orang lain ke nak letak?

Post a Comment