........... Isu Gelandangan - Alangkah Baiknya Jika Mendapat Sentuhan ....... Rosmah ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Gelandangan - Alangkah Baiknya Jika Mendapat Sentuhan ....... Rosmah !

Thursday, July 10, 201418comments


Baru ni Najib buat lawatan meninjau kehidupan golongan gelandangan dan bertemu dengan NGO yang mengendalikan 'soup kitchen'. Lawatan dibuat ekoran kenyataan kontroversi KuNan minggu lepas. Apakah Najib akan buat lawatan sama jika isu tidak panas ? wallahualam ...

Ramai yang memandang sinis lawatan Najib itu sebab tak pernah dibuatnya sebelum ini. 

Well, standardlah orang politik. Sama jer belah pembangkang pun. Soal ikhlas atau tidak, itu kita tunggu dan lihat apakah ada KONSISTENSI dalam tindakan..... setakat sekali buat, kita pulak nak berdebat soal ikhlas ke tidak ... buang masa jer. Cuba tanya mereka yang terlibat, apakah penting ikhlas ke tidak ? 

Yang penting, apakah hasil dari lawatan itu, kan ?

Dalam kes Najib ni, bagi saya kira OK lah dia nak juga turun padang dan saksi sendiri apa yang berlaku. ( KuNan sendiri dah jumpa belum NGO2 berkenaan dan beramah mesra dengan golongan gelandangan itu sebelum lawatan Najib ni ? ) Bila orang yang ada kuasa datang melawat, diharap adalah tindakan susulannya bagi kebaikan semua pihak ...

Sebenarnya point utama saya tulis ni sebab nak bagi cadangan ...... apakata Najib serahkan hal gelandangan ini kepada Datin Seri Rosmah untuk dijadikan pet projek ?

SERIUS ni ! Bukan sindir2 ok .... saya lihat Rosmah adalah orang yang paling layak dan paling tepat untuk 'menjaga' isu  gelandangan ini.

Sesuai dengan sifat dan naluri keibuan yang dimilikinya, saya pasti golongan gelandangan akan diberi perhatian secukupnya dan mereka pasti menghargai naungan dari FLOM.

Pihak Ngo yang terlibat juga akan lebih bersemangat dan terasa perjuangan mereka diberi perhatian.

Agensi yang bertanggungjawab pula gerenti akan berkhidmat dengan lebih komited dengan kehadiran Rosmah yang sentiasa memantau keadaan.

Rosmah sendiri bolehlah buat lawatan setiap sebulan sekali ke ... supaya tidaklah orang pertikaikan dari segi keikhlasan pula. Sesekali boleh juga angkut mereka semua ke Panggung Budaya untuk dihiburkan dengan konsert kanak2 Permata.

Saya tahu jadual Rosmah penuh ( hingga nak main badminton pun takder masa dah ), tapi saya percaya boleh di adjust lagi. 

Lagipun, bayangkan pulangannya dari pelbagai segi ..... baik sokongan rakyat kepada BN, pujian peribadi dari dalam dan luar negara, pahala kerana membantu orang susah ... pendek kata, tidak ada kerugian langsung hanya kemenangan jua yang menanti.


Rakyat menagih aura keibuan Datin Seri .....

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 10:41 PM

Bro Penyu...

Tolonglah sikit wey! Ini bukan pergi Dubai atau terima anugerah!

Itu Ahjib Goh pon terhegeh-hegeh selepas anak JE dan rasis no 1 negara, Lim BengOng bikin air mata!

Blah lah punya pak turut nak populis!

....................
Reply To This Comment ...................
July 10, 2014 at 11:58 PM

Jika duit zakat, batulmal di salur betul, gelandangan pasti ada tempat berpaut. Sekurang-kurang nya anak-anak mereka ada tadika dan bersekolah. Ada tempat balik rumah dan padang permainan. Ibu- ibu mereka di beri kerja-kerja setimpal, tinggalkan maksiat dan kemungkaran. Paling penting ada tempat belajar agama mengikut anutan masing-masing.

Aku sokong DT. DS Rosmah layak membimbing mereka atau merealitikan satu program TRANSFORMASI pemulihan demi kelansungan hidup mereka...

Kita ingin Ibu Malaysia ini bertindak bersama Kementerian terlibat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 12:00 AM

Salam,
Kalu ada sesuatu isu, datin sri rosmah yg paling layak utk dilantik bg selesaikan isu tersebut. Memang datin kena korbankan masa main badminton. Utamakan kerajaan bn dan umno. Sentuhan datin sri dpt selesaikan byk masalah kerana keibuan dan keibuan tiri yg ada.pd datin berbanding suami datin.sri yg byk ikut penasihat yg byk ampu. Bygkan mereka boleh samakan permainan bolasepak brazil dgn pemerintahan kerajaan malaysia.. Rendahnya taraf pemerintahan mesia. Datin jadi penasihat la lagi bsgus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 12:05 AM

helo! kamu nih dah kena apa agaknya. mula aku baca tajuk jer aku dah tau aku memang tak boleh tidur malam nih.

kamu kata dia tuh bersifat keibuan, betul, tapi kalau mereka tuh kanak kanak. kalau dah jadi bapak orang, keibuan apakerbendanya?

macamana pun memang betullah kata kamu tuh. soal ikhlas tolak tepi dulu (half-time). jadi tak yah aku nak tanya samada kamu ikhlas ke tak dalam pekara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2014 at 12:06 AM

@Anonymousmakanya tugas itu diserahkan pada Rosmah. Supaya dapat membersihkan namanya dari persepsi negatif yang terpalit sekian lama :)

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2014 at 12:13 AM

@Anonymoushahahaha ......

tapi betulkan cadangan saya ? Kalau Rosmah yg jaga gelandangan, pasti banyak perkara positif dapat dihasilkan.

rakyat pun tak boleh nak pertikaikan kewajaran tugas itu digalas beliau.

Hmmmmm ... artikel yang mencabar minda, kan ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 12:13 AM

Alamak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 12:28 AM

kebanyakkan gelandangan ni kaum yang malas nak berusaha, semua nak free, duit zakat bukan untuk orang yang pemalas macam bangkai, hang pernah tak bergaul atau bercampur dengan diorang ni?


peniaga kaki lima

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 12:29 AM

Diantara yang tersurat dengan yang tersirat. Kosmetic yang digunapakai sememangnya merangsangkan. Hanya mereka yang dapat membaca diantara garisan sahaja yang dapat memahaminya. Din oh! Din, malang sungguh kali ini kerana terkeliru dengan bayangan maksudnya.

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2014 at 12:29 AM

untung jadi gelandangan,

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2014 at 12:40 AM

@AnonymousMana ada ! !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 1:24 AM

@Anonymous
Setuju sangat dgn DT.

Pemimpin takpe berlakun utk kebaikan bersama, contoh, pemimpin dpt sokongan & kekaguma org ramai dan org ramai dpt benefit interm kemudahan.

Apaler setakat berlakun dokong2 budak, peluk2 warga emas, borak2 dgn gelandangan tapi hasil diterima tersentuh hati org ramai dan dan beri sokongan, genuine pulak tu.

Any NGO yg kerja dia ada sangkut-paut dgn kebajikan masyarakat pun perlu pandai main sikit politik. Maksudnya, pandai & ada strategi dlm menonjolkan diri dikalangan VVIPs agar VVIPs ni mahu menjadi Penaung mereka. Jadi networks perlu ada gateway yg boleh masuk networks VVIPs.

Kalau ada rasa meluat pada VVIPs tolak tepi sebab mereka pun masih hidup dan berpeluang utk berubah. Kalau VVIPs tu nak nama dia naik, ikut jer asalkan matlamat kebajikan masyarakat berjaya dan tercapai.

Faedahnya banyak especially utk dpt dana atau tajaan VIPs, syarikat korporat atau restu kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 1:54 AM

Hai...PM pun turun jugak? Ini menunjukkan Menteri Wilayah tidak pandai urus serta menyelesaikan masalah yang sebegini rupa, termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat. Isu ini dah berlarutan sejak Sharizat lagi.... Nak bincang mengenai perkara ini panjang lebar pun memuakkan.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 1:55 AM

Sekarang ini Pakatan Rakyat dah tak ada isu-isu yang hendak diketengahkan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 3:34 AM

@dinturtleTapi... kita tahu kan:
a. Menerusi kenyataan DS Rosmah "Bersama selesaikan isu gelandangan", maka dia dah jadi patron/pendukung kepada Kechara Soup Kitchen yg dirasmikannya dalam tahun 2011 tu dulu(NGO ni lah juga yg mula2 mematuhi perintah beroperasi dluar zon larangan sekitar radius 2km tu).
b. Anjung Singgah pula berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
(Ini tidak termasuk dengan lain2 entiti di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan)
Saya rasa tidak perlu diwujudkan agensi lain bagi tujuan ini... hanya diperkasakan sahaja agensi/pertubuhan sediada. Bukannya apa, nanti persepsi negatif tak hilang... bertambah pula, kerana kelihatan seperti cuba berebut2 pula dalam isu ini... (terutama sekali kalau dah mula berebut budget).
Tentang cadangan Boss DT supaya diadakan 'entertainmant' tu pula, saya khuatir bilangan gelandangan akan bertambah. Mungkin saya juga akan tukar baju seminggu atau sebulan sekali... for free food and entertainment... kih kih kih
EVLee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 11, 2014 at 7:21 AM

@Anonymous

Tidak begitu saudara.

Sebenarnya, dari dahulu lagi Pakatan tahu, kalu sesuatu isu itu disensasikan, pasti UMNO jadi PAK TURUT! Raja POPULIS lah katakan...

Sejarah telah banyak membuktikannya!

....................
Reply To This Comment ...................
July 11, 2014 at 8:13 AM

Perlu ada program Permata Gelandangan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 12, 2014 at 9:24 AM

Kebanyakan golongan gelandangan adalah mereka yg Bermasaalah (i.e. malas dan/atau ada salahlaku dll) bukannya yg Kurang Upaya (mental dan/atau fizikal). Yg menjadi mangsa ialah zuriat (i.e.tanggungan). Golongan bermasalah ini sengaja meletakkan diri dlm kehinaan. Allah tak akan bantu mereka yg tak mahu berusaha. Kerajaan tetap bertanggungjawab, utk yg Kurang Upaya, ada perbagai agensi yg ada, lakukan tanggungkawab anda. Utk yg Bermasaalah, kena ada galakan/bantuan dan juga amaran/tindakan utk mereka. Apa yg Menteri cakap tu merujuk kepada yg Bermasaalah dan ada benarnya (rujuk keseluruhan video, cuma 'cakapnya' kena berhati-hati). Seperti biasa PKR, DAP PAS dan golongan anti-perlembangaan ambil kesempatan atas hal ini . Cadangan pasal RM ada asasny tapi kena ada strategi betul supaya masalah ini dapat diminimakan sekecil mungkin.

Post a Comment