........... Ibubapa dan Guru2 Jangan Lupa Beritahu Anak Akan Risiko Bersedekah Di Kuala Lumpur ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ibubapa dan Guru2 Jangan Lupa Beritahu Anak Akan Risiko Bersedekah Di Kuala Lumpur !

Saturday, July 5, 20149comments

NOT IN KUALA LUMPUR ... NO U DON'T !

Di Kuala Lumpur, pastikan anda punya RM150 sebelum bersedekah walau RM1 !

KECUALI di Kuala Lumpur ! (Jangan aniaya ibubapa anda)

Mohon ibubapa dan guru2 ketika mengajar anak2 kita supaya bersedekah, JANGAN LUPA beritahu yang amalan bersedekah itu TIDAK BOLEH elakkan dari diamalkan di Kuala Lumpur.... jika ditangkap bersedekah, anda boleh didenda RM150 !


1 - Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses "pungutan" terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan. -  YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN


PS - Sekadar membantu kerajaan dalam menyebarkan maklumat ....

PS - Kesian kanak2 di Kuala Lumpur Raya nanti.... tahun ni orang takut nak sedekah duit raya !! Boleh kena saman RM150 oooo...

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 5, 2014 at 5:46 PM

Niatnya baik, nak membantu KL dan org gelandangan sekaligus, ttp yg menJIJIKan adalah cara penyampaian dan pelaksanaan.

dr segi penyampaianpun dah nampak TAKBUR dan BERLAGAKnya si penguasa dan betapa JIJIKnya golongan gelandangan pd kaca mata gol bangsawan ni.

aku betul2 TAKBLE TERIMA apabila sipenderma akan dikenakan denda apabila menderma. AKAL mana yg digunakan utk membuat undang2 tak bertamadun mcm ni?. org KAFIRpun tak buat mcm ni. digalakkan menderma lg ada la.

Tindakan pendek akal oleh pihak BANGSAWAN di KL betul2 memalukan Malaysia sbg negara Islam. Berilah apa saja alasan sekalipun, itu semua takkan mengubah persepsi masyarakat terhadap penguatkuasa yg menyaman si penderma. Justifikasi undang2 ni wajar dimasukkan ke longkang shj.

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 5, 2014 at 5:49 PM

selepas KL, harap kerajaan dpt meluaskan lg PENGHARAMAN MENDERMA ke seluruh pusat bandar dan pelancongan di Malaysia.

arahkan Majlis Agama setiap negeri utk menjustifisikan pengharaman menderma di kalangan rakyat Mas dan kuatkuasakan undang2 supaya menderma hanya pd pusat zakat atau seumpamanya.

menyamakan PENDERMA spt pelaku JENAYAH. mmg HINA mereka yg menggubal undang2 ni.

....................
Reply To This Comment ...................
July 5, 2014 at 5:56 PM

Tujuan menjadikan KL sebagai bebas gelandangan ... Niat yang sama TAPI ada perbezaan dari segi cara, pelaksanaan dan penyampaian antara pemimpin yang berjiwa rakyat dengan yang ...... terapung diawangan.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
July 5, 2014 at 10:10 PM

Pemberi sedekah disaman , pemberi rasuah dihormatkan dan menjadi tuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2014 at 12:11 AM

Kerajaan bn telah haramkan bersedekah kepada pengemis di kuala lumpur kerana pelancong asing. Haram kerana jika ditangkap kerana bersedekah akan didenda on the spot, rm150. Jangan salah tafsir saya kata menteri bn, kunan. Mungkin yg byk minta sedekah tu kat lot ten, kawasan kedai isteri kunan byk pemgemis. Tangkap premberi sedekah, baru jumpa pengemis. Kalu idak tak jumpa pengemis. Lot ten tu byk geng yg nama serupa ah jib gor, perdana menteri 1mesia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 6, 2014 at 5:55 AM

Pengemis dan gelandangan adalah sebahagian daripada wajah KL sejak dahulu lagi. Ianya akan berterusan selagi majikan tidak menyediakan tempat tinggal dan pendapatan yang diterima boleh dikategorikan sebagai miskin bandar. Takkan kita nak menghalau mereka yang ditimpa malang sebegini. Bukan mereka nak pun jadi sebegitu tapi keadaan yang memaksa. Bagi yang menjadikan mengemis sebagai satu profesion tetap, pastinya ada sebab dan musababkan. Bukan semua pengemis itu didalangi oleh sindiket. Ada jugak yang benar2 susah seperti golongan OKU, pesakit mental dan mereka yang ditimpa musibah seperti muflis.

Persoalannya, salahkah bersedekah dan meringankan beban seseorang melalui derma ikhlas ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 7, 2014 at 6:55 AM

Bersedekah tidak salah malahan dituntut.. Fahami maksud yang tersurat dan tersirat.. Gerakan Kristianisasi melalui NGO mereka banyak melakukan program begini.. Umpan makanan untuk memurtadkan golongan ini.. Adakah kita semua sanggup menjadi rakan subahat kepada gerakan memurtadkan golongan gelandangan? Mungkin kenyataan2 di atas menyokong gerakan ini.. Nauzubillah.. Bertaubatlah..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 7, 2014 at 8:44 AM

Kalau tangkap peminta sedekah tak dpt duit...habuk pun tarak, lebih baik saman pemberi sedekah.... duit pun dapat dan masaalah pun lambat nak selesai.... idea luar kotak... sebijik brilliant macam bos dia!! Cakap dulu kemudian fikir.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 16, 2014 at 12:53 AM

1) Cara penyampaian saja yang tak kena tapi niat murni untuk bebaskan KL dari golongan gelandangan ini harus dipuji.

2) Di KL boleh kata 99% peminta sedekah adalah pendatang asing ataupun sindiket peminta sedekah yang menggunakan kanak-kanak. Jadi saya setuju kita tak perlu "derma" pada mereka ini kerana dikhuatiri bersubahat dalam kegiatan yang tak bermoral ni. Jadi sesuai sangatlah siapa yang sokong kegiatan tak bermoral ni didenda.

3) Negara maju pun ada golongan gelandangan ni. Tapi mereka ada satu tempat khas yang mana NGO atau gereja bagi makan atau sediakan perkhidmatan pada golongan ni. Tak macam di negara kita yang mana NGO dok di tengah2 bandar beri makan dsbnya pada golongan ni. Memang menggalakkan lebih ramai gelandangan wujud dan sudah tentu tak sistematik!

4) Saya suka cara TV3 Bersamamu buat. Saya tengok semua orang susah yang dibantu oleh rancangan tersebut BEKERJA mencari rezeki walaupun mereka susah. Mereka tak harap bantuan orang bagi makan ditengah pekan! Orang2 macam nilah perlu dibantu sebenarnya.

5) Saya puji usaha kerajaan nak buat tempat khas untuk golongan ni. Harap2 jangan ada pendatang asing "join" sekaki sudah!

Post a Comment