........... Ala Cian nyaaaaaa ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ala Cian nyaaaaaa .....

Monday, July 21, 201450comments

Ala Cian nyaaaaaaaa .......


PS - Akhir2 ini gambar PM kesayangan 1Malaysia di atas banyak disebarkan siap dengan ungkapan2 yang menyentuh kalbu ...... 

Saya ada nak komen tapi ..... biarlah dulu. Saya nak lihat komen2 anda terlebih dahulu. Apapun .... ala cian nyeeeeer.....

PS2 - Saya salin semula komen saya seperti di ruangan komen di bawah :


1 - Ini bukan kes 'saya tak minta pun jawatan ni' ! Najib yang nak, dia dapat dan dia dibayar ... jadi pikullah tanggungjawab sebagai pemimpin no 1 negara dengan baik.

2 - Mungkin bukan Najib yang sengaja mahu simpati tapi cara beberapa pihak yang pro Najib cuba meraih simpati dan sokongan kepada Najib melalui gambar diatas sebenarnya TIDAK MEMBANTU.

3 - Rakyat mahu lihat pemimpin no1 sebagai seorang yang tegas pendirian, gagah, berani dan punya aura kepimpinan yang tinggi ..... tapi itu semua tidak ada dalam imej di atas.

4 - Ya, tragedi MH17 tidak ada siapa yang minta berlaku. Dan sewajarnya rakyat bersatu menanganinya. Tapi BUKAN melalui gambar seperti di atas !

5 - Lepas satu2 masalah dihadapi Najib ..... well, selain dari kes MH370 dan MH17, yang lain tu semuanya sendiri cari hal.

Bukan salah penasihat bukan salah konsultan tapi salah Najib sendiri selaku pemimpin.

Makanya selaku pemimpin no 1 negara, Najib harus tunjukkan kualiti kepimpinan yang tertinggi. Jika tidak mampu tangani, berikan pada orang lain !

Share this article :

+ comments + 50 comments

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 10:55 AM

kalau saya jadi YB, pasti saya juga berwajah sugul. kalau boleh saya akan nangis macam CM LGE tu.. lagi kesian, lagi bagus.. bagus untuk saya, bagus untuk parti saya, bagus untuk negara saya, bagus untuk yang atas pagar, dan banyak lagi bagusnya. kalau tak bagus, saya tak buat

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 10:59 AM

berdoa la supaya kite diberi petunjuk..xpyh la asyik nk kritik kerjaan..Najib hanya pemimpin dan manusia biasa..dia bukan tuhan..banyak masalah berbakul-bakul dia nk kene pikir..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 11:11 AM

Masaalahnya ialah, banyak masaalah yang dijana sendiri oleh kerajaan hanya kerana akur kpd dap dan anwar.... penyokong dan orang melayu majoriti tak suruh pun ...
Sendiri cari masaalah, kemudian bergelut nak selesaikannya.... hang pun sama dgn puak2 liberal tuh...

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 11:52 AM

1 - Ini bukan kes 'saya tak minta pun jawatan ni' ! Najib yang nak, dia dapat dan dia dibayar ... jadi pikullah tanggungjawab sebagai pemimpin no 1 negara dengan baik.

2 - Mungkin bukan Najib yang sengaja mahu simpati tapi cara beberapa pihak yang pro Najib cuba meraih simpati dan sokongan kepada Najib melalui gambar diatas sebenarnya TIDAK MEMBANTU.

3 - Rakyat mahu lihat pemimpin no1 sebagai seorang yang tegas pendirian, gagah, berani dan punya aura kepimpinan yang tinggi ..... tapi itu semua tidak ada dalam imej di atas.

4 - Ya, tragedi MH17 tidak ada siapa yang minta berlaku. Dan sewajarnya rakyat bersatu menanganinya. Tapi BUKAN melalui gambar seperti di atas !

5 - Lepas satu2 masalah dihadapi Najib ..... well, selain dari kes MH370 dan MH17, yang lain tu semuanya sendiri cari hal.

Bukan salah penasihat bukan salah konsultan tapi salah Najib sendiri selaku pemimpin.

Makanya selaku pemimpin no 1 negara, Najib harus tunjukkan kualiti kepimpinan yang tertinggi. Jika tidak mampu tangani, berikan pada orang lain !

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 12:06 PM

Penasihat sekarang semua KERAS MEMBATU.Ah Jib sorang-sorang kena tanggung sampai diri dia,jawatan dia dan NEGARA kita melingkup.Itulah plan asalnya.Tapi sibodoh ni tak nampak-nampak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:11 PM

bebanyaki kali dah aku pesankan, kalau boleh janganlah diletakkan gambar. tuliskan ajer apa apa yang nak kamu tulis. pada aku perasaan cian tuh dah lama dah tak der. dah naik meluat dah aku tengokkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:13 PM

@ReentryCapsule

kalau hati dah terhijab, manalah nak nampak. nak dengar jugak kalau kalau kj boleh cover line.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:15 PM

@Zizan Tin (Teen Zizan)

tak taulah pulak bang. pada aku sumernya tak bagus. walau air mata darah sekali pun yang keluar tetap aku mengatakan itu plastik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:17 PM

@Anonymous

dah memang tugas dia untuk menyelesaikan masaalah. kalau takut dipukul gelombang, jangan berumah ditepi pantai. kalau kesian, mintak dia berundur. senang citer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:18 PM

aku rasa minoriti je yg kesian...majoritinya meluat tngok muka pondan dia..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:21 PM

@dinturtle

aku sokong dengan sepenuh hati. sebagai pemimpin no satu, bukan caranya saperti gambar tuh yang sepatutnya ditunjukkan. pada aku gambar cam tuh saperti budak budak yang kata orang cendawan kelamemeh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:23 PM

Betul Sendiri cari Masalah. Pm yg byk tabur Duit utk nak beli Undi..pm yg paling byk punahsihat. .Pm yang paling takut Bini..Bini Pm yg menyibuk..Pm yg hidup dgn Slogan..Pm yg paling byk org kutuk dan buat lawak. .Pm yg mansuhkan semua akta utk lebih liberal..Nuar lawan Najib..sure Nuar menang..Tak payah lah nak buat iklan kesiaan..org da benci

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:30 PM

tumpang lalu sambil tunduk...

PERGI MAMPUS LA TUAN BLOG NIE DENGAN PARTI KAU TU.. KITA SEMUA SEPATUTNYA BERDOA.. MEMOHON MUNAJAT KEPADA ALLAH YG MAHA ESA DENGAN APA DUGAAN YG KITA SEMUA DAPAT RAKYAT MALAYSIA.. TOLONG AMBIK MASA SIKIT LEPAS TU TENGOK ARAH KIBLAT YG SEMUA ORANG ISLAM SUJUD KEPADA ALLAH YG SATU.. AMBIK PARTI TU BAIK2 SIMPAN DALAM KOCEK SEKETIKA.. UNTUK SAMA2 KITA BERDOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN DAN KESULITAN YANG KITA SEMUA HADAPI #MH17.. SELESAI SEMUA MASALAH NI #MH17.. BAWAK KELUAR BALIK PARTI TU ENJOY SAMPAI HABIS...

#tolong la bro berfikiran sebagai seorang umat islam.. jangan berfikiran seperti pelayan party bar.. salam..

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 12:37 PM

@Anonymoussaudara ni faham ke tidak artikel di atas ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:50 PM

Asyik tunjuk muka sedih je.. patutnye marah cam pemimpin2 negara mh17 lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:52 PM

sendiri cari masalah...undang2 yg mngawal kapirdajal ni dia mansuhkan...bngss sndiri & agama pun dia buat tal peduli..akhirnya inilah balasannya...tak perlu berdoa bro..muhasabah diri pastu pi berambus letak jawatan..3/4 org melayu akan sedekah pisang kat masjid tanda kesyukuran..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 12:52 PM

@Anonymous

Kiranya sudah sama arah kiblat kita, kenapa pula ada permintaan pula supaya orang lain “mampus”. Jikalau sudah keroh dihulu, pastinya keroh jugalah dimuara. Setiap doa hendaklah didahlui dengan hati yang bersih. Bagus sungguh harapan tuan supaya berdoa didalam kesempitan, tetapi tuan sendiri tidak menunjukkan cara yang baik dan berkesan.

Persoalanya, kenapa pula ditimbulkan tajuk kepartian? Saya kira artikel ini amat mudah difahami, iaitu:

“4 - Ya, tragedi MH17 tidak ada siapa yang minta berlaku. Dan sewajarnya rakyat bersatu menanganinya. Tapi BUKAN melalui gambar seperti di atas !”

Diharap tuan maklum dan tidak menyimpan sebarang prasangka buruk. Renungkanlah bahawa apa yang tuan komenkan itulah yang tersimpan dilubuh hati.

Selamat berpuasa!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:09 PM

Siapa agak nya pemimpin yg mendapat taraf 5 bintang di hati Din dan apa agaknya ciri-ciri yg di perlukan oleh Din utk menjadi pemimpin berkualiti?.Apakah jika ciri-ciri tersebut tidk ada negara tidak memerlukan pemimpin,kerana sepanajang yg di ketahui PM Najib menang tidak bertanding dalam pemilihan Umno,secara logiknya beliau paling berkualiti dalam Umno,kerana tidak ada tokoh lain yg sanggup mencalunkan diri menentangnya.Kalau ada yg berkualiti tapi tidak mahu kehadapan ,itu bukan salah Najib.Menikut seorang bloger terrkenal,ada gerakan utk menjatuhkan Najib tapi terhenti kerana ketiadaan tokoh yg boleh menggantikan beliau(saya pun mendengar perkara ini dari sumber lain yg credible).Mungkin Din boleh menyelamatkan perancangan mereka dgn mengemukakan calun berkualit yg Din tahu.

Mungkinkah pemimpin dikira berkualiti bila dasarnya menambah subsidi ,dan ISA di laksanakan macam zaman Tun Mahahtir ?.Tapi yg peliknya zaman Tun Mahatihir selama lebih 20 thn Melayu kebelakang juga,rasuah menimbun juga ada beberapa nama yg sinonim dgn hal ini,jenayah pun sama.Zaman Tun Mahahtir lah berlakunya krisis ekonomi terbesar bagi Malaysia.

Din kalau kerana gambar berkaitan menjadikan Din begitu meluat dan membangkitkan soal kauliti pemimpinsaya tidak dapat bayangkan betapa kebencian Din terhadap PM Najib,jadi saya sarankan Din berhijrah keman-mana beberapa tahun ini kerana Najib tetap menjadi PM sekurang-kurangnya sehingga PRU yg akan datang.Din sendiri tentu sangat berkualiti,dan eloklah di menafaatkan di tempat lain ,bukan di negara yg di pimpin oleh PM Najib yg tidak berkualiti,tak gitu?.

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 1:15 PM

Aku dengar Komander Tehormat askar Wataniah Front Line Parachuter iaitulah KJ Regina Lee akan turun ke Ukraine di tapak nahas untuk berselfie dan bertwitter dari sana.Dikesempatan yang ada mamat ni pasti akan menyelit untuk tumpang glamour as usual.

PtuuuiiiiHHHH....!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:18 PM

@Anonymous

dia tuh nak mintak simpati dari kamu. lagi pun mana ada negara lain yang ada #MH17?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:19 PM

tuan blog, MH17 tu terhempas bersama nenek tirinya. tentulah tak dapat selindung kesedihannya. kau tak ada hati perut ke membenci dia sampai ke tahap ni. kalau tak nak hormat dia sbg PM hormat la dia sbg manusia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:21 PM

@Anonymous

orang tuh dah buat muka kesian macam tuh sekali, kamu pulak suruh dia pergi. takkan lah pulak kamu nih tak kesiankan dia. aku betul betul bersedih dan berhiba melihatkan pemimpin kita dalam kedukaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:21 PM

Kebanyakan orang rasa diri sendiri sangat pandai dan hebat mengkritik melampau ..saya percaya PM tak suruh pun jaja gambar itu .

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 1:24 PM

@Anonymousapa yg saudara fahamkan dari no. 2 di atas ?

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 1:26 PM

@Anonymoushahahahaha ..... tak boleh dah nak tegur Najib nih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:39 PM

senang jer jgn buruk sangka. mmg kita tahu org disekeliling najib bahkan sekeliling mana2 pemimpin mmg kuat mengampu. sekali sekali nak gak tgk wajah dr sisi sedih najib tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 2:18 PM

Din pun tak boleh di tegur ke?.Cuba tengok kritikan Din tu ada cadangan bijak ke?.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 2:33 PM

TPM kita sampai tak tidur malam fikir nasib negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 2:44 PM

Din..meh sini saya nak tanya kalau din jadi pm...lepas tu Anak din atau bini din atau sedara din atau sesiapa yang berkait dalam hidup din tiba2 dapat tau pesawat kena tembak jatuh..Din boleh bergembira ke?gambar kat atas tu pun diambil secara candid din..Janganla din nak politikkan isu mcamni.Saya tak kisah din nak.politik bnd lain yg melibatkan rakyat.. Itu pun biarla berpolitik kepada benda yang benar..Janganla jadi kaki putar belit.. Din ingatla sikit cuba belajar menjadi neutral.. Kaji setiap malu yang ada..jangn ditelan membuta tuli. Saya takut din sendiri yang menyesal untuk setiap penulisan din... Saya tegur kerana sy seorang muslim...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 2:49 PM

yg pi letak gambar camtu apasal? pastu boleh pulak letak caption ala ciann. apa tujuan blogger ni entah. dlm bulan baik ni istighfarlah patut nye...post lah topik2 yg positive. ko tu bagus sangat ke? dah perfectlah ye....posting mcm sampah.

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 3:02 PM

Ingatkan biasa jer artikel rupanya ramai yg baca dan terkesan terutama pro ahjibgor !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 3:28 PM

Pendapat saya, negara sedang berhadapan dengan krisis. Seingat saya tak pernah negara kita menghadapi situasi seumpama ini. Selain insiden MH370 dan MH17, jangan dilupa pasukan keselamatan kita di pantai timur Sabah sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kedua pencerobohan Sulu.

Ketika berhadapan dengan kemelut seperti sekarang, negara memerlukan pemimpin yang kuat, tabah serta cekal. Rakyat perlukan keyakinan bahawa kepimpinan negara mampu membawa kita keluar daripada krisis ini. Najib sebagai ketua kerajaan perlu menunjukkan keyakinan tinggi dalam menghadapi waktu getir ini. Gambaran bahawa beliau seorang yang lemah tidak akan membantu popularitinya sebagai PM.

Kita diserang secara dalaman dan juga luaran. Semacam terdapat satu perancangan licik memecahkan kita secara sistematik dan terancang. Di saat negara dikejutkan dengan insiden ini, pemimpin dan rakyat perlu sama2 bersatu. Moga Allah SWT melindungi kita semua.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 3:43 PM

Poyo la hampa ni point artikel ni nak bagi tau kalau nak simpati pun tak payah la nak guna gambar tuh! Bukan kira tak ada hati perut ke apa ya semua orang tau nenek tiri najib ada dalam pesawat tuh! Sebagai pemimpin negara no 1! Kena la bersemangat sikit! Ni bukan tunjuk gambar sedih nak kira sedih semua orang pun sedih! Tapi dia ni 'pemimpin no 1'kena tunjuk kuat sikit cyber troper BN tak payah la nak tarik simpati dengan gambar tu! Nati orang luar tgk alahaiii...mcm ni ke pemimpin Malaysia no 1!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 4:34 PM

@Anonymous

gambar untuk meraih simpati konon.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 4:39 PM

@Anonymous

heran jugaklah, kenapa gambar ini yang dimainkan oleh blogger? gambar yang tidak langsung menampakkan kekuatan. gambar yang menunjukkan sifat dia sebenar iaitu lemah dan berkeinginan kepada simpati rakyat. aku tak fikir yang disebelah sana tu kesah sangat tentang perasaan. orang Melayu saja yang sensitive. mungkin juga dia inginkan simpati dari kaum Melayu agaknya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 4:41 PM

@dinturtle

sudah dikhabarkan, blog ini sekarang menjadi tumpuan dan tidak terperanjatlah kalau kalau diserang suatu hari nanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 4:44 PM

@Anonymous

yang macam sampah jugalah yang kamu sukakan yer? terimalah kebenaranya bro walau pun ianya pahit untuk ditelan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 5:28 PM

Katanya,nak ke palestin tapi tak dpt msk. Ukraine pon jadi la sly eyes

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 5:30 PM

Gambar ini ketika pm tgh duduk bersama keluarga nahas mh17

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 5:50 PM

bukan nak sokong najib, tapi tak kan lah dia dok buat muka macam tu sampai setengah jam. kebetulan saja, mungkin dia sakit ke apa. yang pi ambik gambr kemudian letak kat sini, tuduh orang sana sini saja nak ampu, kemudian hang pulak konon tak ampu kemudian suruh dia letak jawatan dalam keadaan begini? bodoh ka nak lari dari tanggungjawab? kalau dia letak jawatan, orang kata jugak sebagai nak lepas tangan, biar dia selesaikan sampai sudah. lepas tu hang pulak jadi PM, jangan pandai mengutuk saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 5:58 PM

betul cakap riduan tee,najib kena mahasabah, bila bencana jadi cam tahun 97 krisis ekonomi jerebu dr.M pecat terus anwar kalau tak ,negara akan jadi lebih teruk lagi, ni ha lepas jadi mcm2 ni mesti ada yang tak kena dlm negera, agak2 saya la pasal ISA, lps tu tak ambil tindakan dekat syiah, pengkhinat negara lahad datu buat bodo je,kalimah allah x pertahan, bible masih boleh guna, LGBT berleluasa. come on la najib,ambik la tindakan ikut perlembagaan jgn asyik lembik sangat cam ex-playboy.bertegas,awak tu pemim pin islam. Contohi mahathir tu ,ambil tindakan n tegas mempertahankan prinsip, pecat siapa yg perlu atau sekiranya tak boleh buat semua tu ,TOLONG PECAT DIRI SENDIRI. sebelum 1 Malaysia kena bala

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 6:01 PM

Tukar yg keras skit la.. Mat said ke..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 6:46 PM

Aku tercari2 dalam artikel ni ayat mana yang suruh najib letak jawatan?heran bin ajaib..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 6:52 PM

Salam,
Saya setuju, gambar tu tak dpt raih simpati saya pun. Gambar tu buat saya ketawa melihat kelemahan pemimpin melayu berjiwa pendatang. Tak tahu la orang lain. Tapi kalu penyokong pakatan pasti ramai yg terhibur. Begitu juga ramai penyokong bn yg hampa melihat pemimpin tu longlai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 7:03 PM

Wahai pengome .... Anonymous July 21, 2014 at 12:30 PM

Islam Pada Hari Ini sudah Lari drp Konsep Islam Sebagai Suatu Cara Hidup, Agama Di Sisi Allah AzzaWajalla....

Ini kerana, Umat Islam Hari ini sudah salah Faham... Kebanyakkannya berkata, Hormatlah Sikit Bulan Ramadhan, Bulan Puasa, Bulan Suci Umat Islam???? Jadi Bulan Lain Umat Islam Tak Payah Nak Hormat????

Kenapa Umat Islam hari ini mengamalkan Ini Boleh, Ini Tidak? mempermainkan Hukum Hakam Allah yang Tidak Boleh/Haram tetap Haram di mana2 waktu dan ketika?

Allah menyeru Makhluknya supaya Beribadat dgn Ikhlas, waimma melakukan apa sajer mestilah Ikhlas Dengan Allah Tuhan Sekelian Alam... Tuhan dan Tuhan Ku jua.

Di dalam menyeru kearah kebaiakan, menyeru kearah kesedaran dan menyeru kearah kemaksiatan dan jua kejahilan, pelbagai cara...

Pokoknya... Apa salah Pok Din Tuan Empunya Blogg pamir Gambar PM Najib Razak @ Ah Ji Gor Bersedih begitu rupa?

Siapa Najib? Apakah dia tak pernah bersedih sebelum ini? Mustahil, Bohong Sifar lah!

Tapi kenaper Gambar sebegitu di ambil drp banyak2 gambar? Bukankah kesedihan sebegitu digamarkan sebagai Seorang Pemimpim Islam? Pemimpin Islam seharusnya kental & Berani, Bertawakkal dan berTawadduk, memohon Nur, Hidayah & Petunjuk Drp Allah?

Isunya sebagai Pemimpin, seseorang mestilah memiliki sifat2 kepimpinan ketahanan diri, anugerah Allah, dan ini sudah LAMA TIADA dalam diri Naji Ah Goooorrrrrr.

Letak Jawatan... Saya dah menulis berkali2.. Letak Jawatan.

Sekarang Kita perlu Mendesak Najib Letak Jawatan, sebelum Malaysia Hancur berkecai.

AWDA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 7:55 PM

@Anonymous

komen bersemangat nampak!!!! saya suka ayat yang penghabisan itu, sangat lojik. pendapat saya ini satu luahan hati yang berupakan teguran yang amat ikhlas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 7:58 PM

@Anonymous

dia tuh bukan nak menyelesaikan tapi menangguhkan. sampai bila nak sudah? aku juga berpendapat lebih baik dia undur sebelum dihina dan dicaci. aku rasa dia tak akan berubah, sebab itulah diri dia sebenarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
July 21, 2014 at 9:36 PM

Pemimpin Malaysia tak boleh jadi liberal. Liberal adalah sikap tak apa dan semua sama saja. Pemimpin Malaysia kena TEGAS. Imannya mesti KUAT dalam mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara. Akta setaraf ISA mesti dikembalikan. Biar tak popular janji melaksanakan yang BENAR. Negara diceroboh sesuka hati, dihina rakyat biadap, orang asing mengambil kesempatan dari kelemahan pemimpin. Contoh sekarang, kita dibuli sesuka hati! Baik dari dalam negara mahupun luar. Bangkitlah wahai pemimpin dari mimpi yang panjang....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2014 at 4:03 AM

Setuju! Dlm byk hal...dia yg bikin sendiri masalah...hapuskan ISA dll.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 22, 2014 at 4:21 PM

Isu yg sebenarnya apasal gambar ni yang dipamerkan oleh blogger pro-Najib. Najib sendiri pun rasanya tak tahu menahu gambar ni. Takkan dia plan pun mimik muka dia semasa berjumpa dengan keluarga mangsa MH17 tu.

Blogger pro-Najib je yang mengampu kononnya PM bersedih dan cuba menagih simpati rakyat. Yang empunya diri saya syak tak tau apa2 pun. Macam kes2 yang lain jugak dia tak tau apa2.

Saya setuju PM harus menunjukkan dia teguh, tabah dan tegas dalam menghadapi musibah ni. Kemudian dia harus muhasabah diri kenapa malapetaka banyak timbul zaman pemerintahan dia.

Joe

Post a Comment