........... Ahsoo Pakai Baju Tertulis Ayat Quran - Adakah Di Anggap Menghina ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ahsoo Pakai Baju Tertulis Ayat Quran - Adakah Di Anggap Menghina ?

Sunday, July 20, 201410comments

 Saya kongsi di bawah secebis perbualan dari Watsup group berkaitan gambar ahsoo yang memakai pakaian tertulis ayat Quran yang banyak tersebar ketika ini - 



Brader A - This is my humbe opinion. Kesucian Al-Quran bukan pada tulisan atau buku Al-Quran. Ia adalah kalam Allah, its not going to be damaged or corrupted if someone wears it on her shirt .... or even bawak pegi jamban. Zaman nabi pun dihafal, setelah satu peristiwa peperangan tatkala ramai hafiz syahid, baru ada perasaan takut tidak ada lagi hafiz yang hidup, jadi dibukukan. Cina ni pakai atas baju, yg damaged hanya ego "ownership" kita. By all means. bagus lah ayat tu dari sexist remarks or whatnot.

Tgk cina ni, ingat Allah.


Brader B - Brader A, apa yg ko cite tu mmg betul krn itulah Hakikat Al-Quran pun yg mana tak akan tergugat pun oleh makhluk. Ia menjadi isu sekiranya NIAT orang yang membuat dan memakai baju tersebut adalah berniat utk menghina Al-Quran. 

Jadi kita sbg hambaNya ada kerja2 dan tanggungjawab dan adalah tanggungjawab kita utk membanteras perbuatan itu sekiranya ia berniat menghina, krn itulah tandanya kita sayang pdNya. Jika kita tidak berbuat apa2 maknanya kita telah gagal disitu dan jatuhlah sedikit kita ini pada pandangan Allah. 

Krn mudah shj, kenapa bila orang atau keluarga kita yg kita sayangi dihina, kita akan bertindak? Dan kenapa bila Al-Quran yg kita kata kita sayanginya dihina (perbuatan ini juga adalah AfaalNya yakni dgn izinNya utk menguji hambaNya yg beriman) kita tidak berbuat apa2?.....semuanya berjalan serentak Makrifat, Tarikat, Hakikat dan juga Syariat barulah sempurna dan barulah akhlak Rasulullah saw namanya tu. 

Sama mcm umat manusia ni, Allah kata kalau seluruh umat manusia ini tidak beriman kpdNya pun Allah itu tetaplah Tuhan mrk juga krn dah mmg takde Tuhan lain dah pun, tapi kerja kita sbg hambaNya.....adalah menyebarkan Rahmat Iman. Krn kerja inilah hambaNya yg beriman ini dimuliakan dan ini jugalah kerja yg dilakukan oleh Rasulullah saw semasa baginda saw diutus krn ketika itu hanya Dia seorang shj yg beriman kpdNya. Kenapa nak susah2 berdakwah kan? Krn kerja kita pd Allah....

PS - Baru terima msg yang mengatakan ahsoo itu merupakan seorang pelancong dari Korea, tidak tahu apa2 dan baju itu dibelinya di India.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2014 at 6:23 AM

Pak Din, kena check juga kalau-kalau ayat Al-Quran itu ditulis di bahagian punggung. Kalau nyonya tu duduk maknanya dia duduk atas ayat suci Al-Quran.

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2014 at 6:34 AM

Ayat Allah - Kalamullah di sediakan adab menjaga nya. Nilai nya tertinggi dan ia bukan dari manusia.

Jika hambaAllah dalam artikel di atas berkata demkian, mana dalil nya ? Dalam Islam ia bukan sekadar kepercayaan malah kepercayaan ini mesti di sokong dalil-dalil sahih yang di pelihara.

Hukum nya boleh murtad si polan ini. Boleh di bawa masuk jamban ??? Di baca pun tidak di bolehkan!

Ini tidak lain hanya fahaman syaitan. Kristian hanya kepada kepercayaan, tiada dalil. Dalam keadaan lain tiada pula si kafir mencetak ayat-ayat bible di pakaian atau seperti di lakukan terhadap Islam.

Dalam kes perempuan Korea tersebut, cuma mereka yang tahu cara boleh mentarbiah. Mungkin dia memang tidak tahu (jahil) dan tidak tahu apa tertera di baju nya. Jika beliau segera akur dan salin, beri pakaian tersebut untuk di lupus, kesalahan tidak di sengajakan, bukan ?Jika berdegil, keras kepala tidak lain kes yang mesti di rujuk pihak berkuasa untuk di rujuk urusan kepada pejabat agama mendakwahkan dengan cara paling terbaik secara lembut. Atau paling baik, belikan baju lain setimpal, pilihan nya sebagai ganti.

Itu lah keindahan Islam. Berkasar dan memaksa dgn cara memalukan bukan tuntutan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2014 at 10:28 AM

@Anonymous

wah berat kerja tuh bang. Pak Din kenalah gi jumpa nyonya tuh pulak dan check seluruh anggotanya. tak pasal pasal nyonya tuh buat laporan polis sebab kena belek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2014 at 1:16 PM

Salam Anon 6:34am,

Sebagaimana hamba Allah itu harus mengutarakan dalilnya, bagaimana dgn dalil dari awak? Hukum murtad .... dalilnya? Jangan terlalu mudah untuk menetapkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 20, 2014 at 1:34 PM

Tak boleh d bw dlm tandas.

....................
Reply To This Comment ...................
July 20, 2014 at 7:05 PM

Salam, adik-adik IGP dah ambil pusing, lady nie pelancung Korea baru sapai. Beli Kaftan tu kat Inndia. Dia rasa sebb Malaysia ramai orang Islam (lazim orang Korea hemah dan polite) dia nak tunjuk die kumcheng dengan kita orang Islam pakai le baju nie.
Pak arab patut slow talk mana dia tahu itu `alrahman, Allazi' dari quran. dia lagi terkejut dok!

....................
Reply To This Comment ...................
July 21, 2014 at 11:02 AM

Nabi masa masuk tandas pun dia tutup cincin dia dengan tangan, sbb cincin dia ada kalimah Rasul Allah. Ni macamana nak tutup baju dia ni kalau nak masuk toilet sbb nak terkencing sangat2. mau kena bukak baju semua nih.. nak2 plak kat tandas awam, mesti ramai je penonton nanti haha.. kesimpulannya TAK BOLEH. kepada orang yang nampak benda camni, mesti BAGITAU dia, kalau tak memangla dia sampai bila2 pun tak tau. sekian pendapat saya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 21, 2014 at 1:40 PM

@Zizan Tin (Teen Zizan)

Ye ke kisah ni?

Tak pernah dengar pun.

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2014 at 6:14 AM

Ini antara hadis yang menerangkan tentang cincin Nabi Muhammad S.A.W.:

1. Daripada Anas bin Malik berkata: Ukiran cincin Rasulullah S.A.W.: Muhammad satu baris, dan Rasul satu baris, dan Allah satu baris.

2. Daripada Anas: Sesungguhnya ketika Nabi Muhammad S.A.W. hendak masuk ke dalam bilik air, baginda membuang cincinnya.

**Boleh rujuk kitab Syamail Muhammadiah, karangan Imam Tarmizi.

....................
Reply To This Comment ...................
July 22, 2014 at 11:50 AM

@Cili Pedas

Baru juga dengar kisah ini berserta sumber yang boleh dirujuk. Jazakallah atas perkongsian.

Post a Comment