........... Selepas Peguam Negara Tutup Kes Jais-alKitab, Korang Ingat Polemik Tamat ? Jangan Jadi Naif ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Selepas Peguam Negara Tutup Kes Jais-alKitab, Korang Ingat Polemik Tamat ? Jangan Jadi Naif !

Friday, June 13, 201412comments

Ternyata tidak ada siapa pun blogger baik dipihak Umno maupun Pas yang mahu melaporkan mengenai kemenangan pihak gereja dalam kes rampasan alKitab oleh JAIS bila Peguam Negara mengambil keputusan untuk TUTUP KES.

Alasan beliau - "Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian," - BERNAMA.

Maka diputuskan buku2 itu tidak tertakluk di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.
Abdul Gani berkata jabatan tersebut juga mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa buku-buku itu tidak dikawal KDN dan tidak melibatkan isu keselamatan negara.
.

Mungkin kerana tidak mahu panjangkan polemik .... biarlah kita mengalah. Bising2 nanti karang, lari pulak undi bukan Islam !

Apakah pihak gereja juga akan terima keputusan itu dengan diam tanpa perlu memanjangkan polemik ?

Silaplah siapa yang mahu bersangka baik dengan mereka ! Kalau dah menang satu, kenapa tidak diteruskan lagi, mungkin boleh menang yang kedua, ketiga dan seterusnya ...... dijadikan kes bagi menyokong rayuan mahkamah dalam kes kalimah Allah. 

Itupun mereka tidak akan berhenti setakat itu, Kesaksamaan Beragama dengan sepenuh Kebebasan Dakwah menjadi perjuangan seterusnya ..... kan baru semalam Ngeh Koo Ham dah cuba test sentimen umat Islam dengan gesaannya supaya kita menerima amalan Murtad, dengan katalain menghormati/tidak membantah/tidak menghalang sekiranya ada umat Islam yang mahu murtad !

Apa reaksi pemimpin2 Melayu Islam DALAM Umno dan Pas terhadap gesaan Ngeh itu ? DIAM dan AKUR (?).

Balik kepada susulan keputusan tutup kes oleh Peguam Negara ...... perhatikan reaksi pemimpin2 Kristian dari TMI -

James Masing - Putrajaya perlu menyatakan pendirian tentang kebebasan beragama yang selari dengan Perlembagaan.

Bernard Dompok - rampasan tersebut tidak akan berlaku sekiranya Putrajaya memegang teguh kepada penyelesaian 10 perkara.

"Prinsip panduannya ialah pihak berkuasa agama tidak harus masuk campur urusan pengamal agama lain.

"Kebebasan beragama dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baru Bian - menuntut Jais mengaku salah dan memohon maaf serta perlu merujuk kerajaan negeri sebelum melakukan tindakan sensitif.


Kesemua mereka merujuk kepada 10 Point Solution yang menurut kefahaman pihak kristian, mengizinkan alkitab disebarkan diseluruh Malaysia asalkan memenuhi syarat ( tertulis dimuka depan - untuk Kristian )

Tapi menurut penjelasan Najib bulan Januari lalu -

"Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri. Kalau negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak," - Bernama

Ada pihak kristian kesah dengan Enakmen ?


Enakmen kata -

Jika seseorang dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau secara munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian 1, Jadual kepada Enakmen Agama Bukan Islam Selangor, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu agama bukan Islam, maka orang itu membuat suatu kesalahan di bawah seksyen 9(1).

- tidak disebut alkitab, Zabur, Taurat atau injil asalkan ia mengandungi kalimah2 yang dilarang, ia merupakan satu kesalahan.

Dan merujuk kepada rampasan alkitab oleh pihak Jais -

Dari UTUSAN 2/1 -
Petaling Jaya 2 Jan. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing di sini kira-kira pukul 2 petang ini.


Kes berlaku dalam negeri Selangor yang mempunyai Enakmen berkenaan.

Jadi kenapa Peguam Negara tutup kes ?

Saya ulang kenyataan Najib - Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri.

Jadi persoalannya, di mana kuasa Enakmen Negeri itu dalam kes Jais dan alkitab ini ?


Hapuskan saja Enakmen2 berkenaan kalau kerajaan sendiri langgar dan tidak mahu patuhi !

Makanya pihak gereja meraikan kemenangan mereka dalam kes ini. Kita tunggu jer kes-kes seterusnya .......

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2014 at 12:39 PM

Pergi lantak lah DT. Dia orang suka melayu murtad, biarkan saja. Penat cakap akhir Melayu Islam bawah tapak kaki juga.

Kebebasan demokrasi ala Malaysia. Jika di negara lain, Islam itu di kawal sepenuh nya. Minta ruang dan bantuan, bersuara pun di tenyeh !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2014 at 2:33 PM

Atas nama transformasi, liberalisasi dan rasionalisasi, mereka korbankan hak mutlak melayu dan Islam. Mereka takkan puas selagi mereka tidak melihat melayu merempat di bumi sendiri. Mereka mahu melihat melayu terus kekal merintih dan mengemis bantuan dari kerajaan. Mereka timbulkan isu tongkat supaya melayu malu nak mintak bantuan dari kerajaan. Apabila ini berlaku, melayu takkan maju sampai bila-bila pun. Jika ada melayu yang cuba naik, mereka akan cantas dengan segera. Mereka mahu bolot kekayaan negara ini sorang2 dan tak mau berkongsi ruang dan peluang bisnes dengan kaum2 yang lain. Mereka wujudkan slogan kesamarataan supaya melayu liberal mudah terpedaya dengan teori retorik yang tidak berpijak di bumi nyata. Sudah tiba masanya melayu bersikap sebagai tuan rumah dan jangan terlalu lembik dengan penumpang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2014 at 4:58 PM

mengong mengong. dapat pulak pm slogan. dia berslogan dan lepas tu kaya. harapkan pas, asyik nak tenteramkan ustad abby. harapkan perkasa, dah penat, hero dah tua. nak harap pkr, talam 10 muka, nak harap umno, mata duitan. yang boleh harap cumalah kerajaan Johor/sultan. yang lain tu, asal soru tak miss dah la.
aku jamin 2018, BN tinggal umno dan parti-parti kecil saja. silap haribulan 2016, 80% mp umno lompat ke pkr dan tinggal lah pm slogan dengan labu-labunya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2014 at 5:48 PM

Dah lamakan? Berbulan sudah. Mungkin al kitab di dalam isinya dah diliquid mana yg patut. Dah lama jais pefang. Mungkin tugas masa pegang liquid. Kemudian ag pun kata selesai. Cuba yg pi rampas tu individu islam atau yg berada dlm bn, dah lama kena dakwa.Ni jais, bwh pr, tu yg berbuih mulut nak kontrol damage undi buksn islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2014 at 6:14 PM

Melayu tidak murtad hanya dengan membaca Injil. melayu jadi murtad kerana jahil.Berapa banyakkah pendakwah Melayu yang sanggup berhujah sapertimana yang dilakukan oleh Dr Zakir Naik. Beliau membaca semua jenis Injil yang ada dan tidak pula menyebabkan dia jadi murtad. Melayu hanya dibuai dengan perkara yang seronok sahaja dan dihidang dengan hiburan yang melampau.Adakah. pemimpin yang dikatakan pejuang Melayu cuba menghentikan hiburan melampau ini. Tidak.. malah sanggup pemimpin ini mengimport kumpulan hiburan yang tidak memberi manfaat lansung kepada bangsa Melayu dan ini menggunakan dana awam . Melayu merempat kerana percaya janji-janji UMNO yang cakap tak serupa bikin.Ingat Kg Chu Badak adakah penghuninya dihalau oleh perbuatan DAP atau orang bukan Islam.Jangan lah cakap tentang transformasi jika yang asas pun pemimpin yang ada ini tidak dapat selesaikan. Ubatnya hanyalah GANTI KERAJAAN. InsyaAllah Melayu akan berbagga menjadi Orang Islam yang bermaruah.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2014 at 7:00 PM

@Anonymousganti kerajaan bn dengan kerajaan pr yang dikuasai dap ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2014 at 8:01 PM

@dinturtle iya la tu kot. masa dok sorang tak join dap dan pkr, berapi mulut keluar nak perlembagaan islam, macam mulut naga keluar api bakar orang yang tak setuju dengan mereka. bila dah join dap, semua ikut dap. bimbang sangat dap terasa. bimbang sangat orang kafir dilaknat. doa pun nak tukar agar tak memburukkan orang kafir. perkataan kafir pun tak mau guna kepada dap, bimbang orang cina dap kecil hati. asalkan dap, apa pun sanggup ku beri. tu yang nak tukar sangat tu.

kita yang dok kritik kerajaan bn, agar sedar daripada mimpi lena dok syok orang keliling dok puji. yang jauh dok keji mereka tak dengar. sampai kita pun dah jadi musuh pasal dok suruh jaga daripada mimpi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 13, 2014 at 8:25 PM

Anon 6.14 pm, Dr. Zakir membaca injil dengan ilmu. Oleh itu, beliau takkan murtad kerana membacanya. Tapi kalau orang biasa yang membacanya tanpa ilmu, berkemungkinan boleh menjadi murtad.

Aku rela berada di bawah pemerintahan Ah Jib Gor walaupun aku tak suka beliau. Sekurang-kurangnya melayu masih memerintah. Lebih baik daripada dijajah oleh bangsa kiasu. Senang citer macam ni la, aku pilih mudarat kecik dan menolak mudarat besar.

....................
Reply To This Comment ...................
June 13, 2014 at 11:07 PM

Sdr Din, berita ini pun penting juga kalau nak highlight : http://siamangbukit.blogspot.com/2014/06/piala-dunia-2014-satu-pasukan-tidak.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 12:05 AM

6:14 ,
ganti kerajaan bukan jawapan nya. Selangor pun dah ganti kerajaan. Pulau Pinang dah ganti kerajaan. Perak pernah ganti kerajaan. Terengganu pernah ganti kerajaan. Kita semua patut nya faham orang Melayu samada by blood or constitution dan orang-orang bumiputera di Tanah Melayu & utara Borneo bilangan ramainya lebih daripada 18,000,000 orang dan semakin bertambah. Walaupun sifat keMelayuan orang orang ini semakin luntur akibat sifat keterbukaan orang bumiputra ITU sendiri, mereka ini masih menggengam majority berbanding bangsa bangsa yang didatangkan ke Tanah Melayu Dan utara Borneo. Jika keadaan ini tidak ada kemungkinan menjadi reverse, ada jadah nya kita yang berNENEK-MOYANGkan orang telah berKURUN menetap dan dah puas TERJAJAH di bumi TANAH MELAYU ni perlu mengalah kepada mana mana ideologi selain daripada orang orang MELAYU dan bumiputera yang banyak persamaan BUDAYA dan kepercayaan. ?

Tepuk dada, Tanya selera.

Kalau ada orang Melayu sendiri bersekutu dengan yang bukan bumiputera untuk menidakkan kesinambungan budaya Melayu di Tanah Melayu, kita patut menentang habis habisan mereka ini. Kalau orang yang dipilih menjadi ketua oleh orang orang yang mewakili orang orang Melayu daripada segenap solok dan daerah di Tanah Melayu ni mula tidak mengambil endah perkara perkara yang menjadi teras kepada kelangsungan peradaban orang Melayu, orang orang Melayu sendiri dari seluruh Tanah Melayu ini kena lah meyakinkan orang orang yang mereka wakilkan untuk memilih ketua bahawa mereka telah membuat pilihan yang tidak tepat. Dan seterusnya menggantikan orang yang telah terpilih sebagai ketua tetapi tidak menunjukkan wibawa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 2:35 AM

Sedara anon atas tu tak sedar ke pasal dek ganti kerajaan dari bn ke pkrdap la byk gereja2 bukak kat selangor? Cuba baca blog lain sampai ada yg dah menyeru Isa untuk selangor!!
Melayu kat sgor mmg kebanyakan jahil la kot. Sama je pun pkr umno ni. Tapi nampak cara pkr lg parah la. Bible alkitab semua ok. Pusat bakar quran kat cheras pun ok. Kilang beer ok. Rumah amoy dan kuda ok. Disco electro house ok. Pas parti semua ok, ditanggung halal.
Camana tak kering bumi selangor. Nak tunggu ribut pulak ke?

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 14, 2014 at 10:48 PM

1) Rasanya ramai blogger UMNO & PAS terkesima dengan jawapan hujah peguam negara yang sungguh cerdik tu. Bukan setakat blogger saja, pembaca blog dan orang ramai di luar sana pun terkejut dan tidak terkata2 seketika. Sebab itu mungkin tak ada yang menulis atau membantah pada masa itu.

2) Pelik benar macam mana penggunaan kalimah "Allah" dibolehkan pula. Ini atas "arahan" siapa ni ?

3) Rasa2nya sudah sampai masanya jawatan Gani Patail sebagai peguam negara dikaji. Ini adalah ayat paling sopan yang saya pilih.

Post a Comment