........... Petronas + Shamsul + Hak Melayu ? + Perkasa + MTEM + ......... Najib ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Petronas + Shamsul + Hak Melayu ? + Perkasa + MTEM + ......... Najib !

Saturday, June 28, 201442comments


Menarik isu Bos Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang baru2 ini mengeluarkan kenyataan panas mengenai campurtangan birokrat dalam Petronas dan yang lebih panas adalah kenyataannya bahawa Petronas itu milik rakyat bukannya terhad kepada Melayu.... dari Utusan -

"Pada masa yang sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,’’ katanya.

Beliau juga menjelaskan, dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan. Bolehkah awak boleh bayangkan masalah yang saya alami,’’ katanya.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuklah komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.

"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan oleh pihak-pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,’’ jelas beliau.

Antara yang paling awal melompat adalah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali -

"Saya setuju dengan kenyataan Shamsul berkaitan hak rakyat Malaysia di dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) namun ia bergantung kepada polisi kerajaan.

"Sejak tahun 1969 apabila kerajaan memperkanalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) malah sehingga sekarang apabila disebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan tentang memperkasakan ekonomi Bumiputera. Jelas Shamsul tidak memahami atau mengikuti apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri sebelum ini," - Rakyatnews.


Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan pula lebih keras kenyataannya dan meminta kerajaan memecat Shamsul dari Petronas -

Wah...pada saya Shamsul ni benar2 biadap.

Kerajaan jangan ganggu??? TS Shamsul wajib ingat dan jgn sesekali terlupa ini iaitu

1. Kalau tidak kerana Kerajaan yg ada hari ini menubuhkan Petronas tidak ada Petronas hari ini.

2. Kalau tidak kerana kerajaan mempunyai hubungan dua hala dan berusaha mendapatkan kerjasama cari gali minyak dgn kerajaan negara2 luar di kawasan laut dan daratnya, Perotnas tidak akan berada diluar.

Bukan CEO Petronas yg memastikan negara ini dpt mejalankan kerjasama mencari minyak di negara2  membangun yg punya hasil bumi gas dan petrol yang masih byk itu.

Jgn haraplah kita dpt hasil lumayan dari kegiatan industri oil n gas jika tiada kerjasama carigali dgn negara2 asing. Semuanya berpunca kerjaaan.

Jgn nak berlagak kononnya kamu yg usahakan semua. Kerajaanlah yang sebenarnya  mengusahakan byk perkara utk Petronas, jangan cuba biadap menyalahkan kerajaan campur tangan pula. Kamu dilantik di posisi kini dlm Petronas pun kerana kerajaa  yg ada. Jika pembangkanglah ketika ini, dah lama kamu di tukar dengan Sabestian Liew Ah Kaw.

Jgn dabik dada kononnya lebih kuat nak bantu bangsa sendiri tapi lihatlah dimana Melayu dlm industri oil n gas zaman kamu berkuasa? Jauh lebih baik dari dulu sebelum kamu mengetuai Petronaskah?

Kamu jgn sebut pasal amanah sbb kamu tidak layak utk menyebutnya. Benar amanah tu tuntutan Islam. Ia benar umat Islam wajib amanah. Apakah kamu telah tunaikan amanah Allah ke atas kamu sebagai umat Islam agar jauhi larangan Islam?

Saya hanya pekena teh tarik sahaja petang-petang lepas waktu pejabat bergaul dgn rakan2 Melayu tempatan yg juga pekena minuman yg sama.

Ketimuran kami tidak luput dan jauh meniru kebaratan.

Pada saya kerajaan tunggu apa lagi. Pecat sahaja Shamsul ini.

Jika DS Najib tidak pecat Shamsul Azhar maka dakwaan Shamsul tepat sekali dan semangnya saya percaya adanya campur tangan kerajaan dan politik. Saya tidak kesah itu. Jika siapa perintah pun, Petronas tetap menjadi sasaran kerajaan dan politik. Shamsul terlupa itu.

Tapi campur tangan bagaimana yg Shamsul maksudkan kita juga ingin tahu. Ganggu apa?

Ramaikah org politik yg ganggu perjalanan Petronas? Siapa mereka? Kami mahu tahu juga
.
Tidak ketinggalan yang mengkritik Shamsul adalah MTEM -

"Banyak pemain di bidang minyak dan gas amat kecewa dengan kenyataan Shamsul. Beliau terlalu liberal di dalam organisasinya. Beliau sepatutnya perlu ingat bahawa ini (Petronas) adalah syarikat yang dibangunkan oleh Melayu." kata Ketua Kluster Minyak dan Gas Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM), Tengku Putra Tengku Ahmad

"Shamsul merupakan manusia yang sombong dan perlu letak jawatan kerana tiada jiwa negara. Jika beliau kata mahu angkat industri ini ke peringkat antarabangsa maka kerajaan patut ambil semula konsesi dan dibida menerusi tender terbuka," - Rakyat News.

MTEM telah berulangkali menegur Petronas sebelum ini, contohnya dalam isu legasi Petronas ( sebaik saja Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Penasihat Petronas ) KLiK dan isu Petronas dengan Vendor Bumiputera KLiK.


                                                      ***************************

Selepas membaca komen2 di atas, saya rasa anda sudah dapat gambaran secara kasar akan watak Shamsul ini.

Dua perkataan jer yang sesuai buat mamat ni - Melayu Liberal.

Ya, saya juga akui yang segala isi bumi dan lautan di persekitaran Tanah Melayu ini adalah milik rakyat. Bukan kecil pengorbanan orang Melayu dulu yang dengan rela mahu berkongsi hak milik bumi ini dengan bangsa pendatang ! Ingat kongsi hak nak miliki IC je ke ?

Ya, Petronas adalah penjaga amanah segala hasil minyak bumi kita. Begitu juga syarikat2 GLC lain yang bertanggungjawab atas amanah mereka pula. Semua GLC2 yang diwujudkan kerajaan adalah umpama anggota yang menjalankan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan kepada mereka.

Memendekkan cerita, kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula mempunyai dasar2 yang diwujudkan bagi menjalankan amanah rakyat bagaimana cara terbaik untuk mentadbir rakyat dan negara. 

Jadi Petronas dan juga GLC2 lain terikat kepada dasar2 yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kalau dasar kerajaan adalah untuk membantu bumiputera, maka Petronas terikat dengan dasar itu !

Ditakdirkan rakyat dah fed-up dengan kerajaan yang ada dan pilih kerajaan yang baru, maka Petronas juga terikat dengan dasar2 yang kerajaan baru itu mahu laksanakan, samada kekal dengan dasar lama atau yang baru.

Petronas tak boleh memandai2 nak ikut kepala CEOnya sendiri ! Kalau tak suka dan tidak boleh ikut dasar kerajaan, jadi gentleman dan letak jawatan.  

Tang mana yang Shamsul susah nak faham ?


OK ? Saya rasa itu reaksi normal kita. Sekarang saya nak panjangkan dengan reaksi yang agak .....lain.

1 - Perkasa duk sebut2 DEB ..... hmmmm, masih adakah lagi DEB ? Cuba ingat balik ....... waktu Najib mula2 jadi PM, apakah perkara pertama beliau buat selain memperkenalkan 1Malaysia ? Bukankah memperkenalkan satu dasar baru bagi menggantikan DEB ? Apaketahnamanya .... MEB ke MBE ? 

Kemudian Najib pusing keliling dunia menghebahkan MBEnya itu ... konon negara Malaysia tidak lagi mengamalkan sebarang bentuk diskriminasi, konon negara kita dah terbuka ... konon MBEnya itulah yang terbaik untuk semua orang tanpa mengenal kaum. 

Bibir Najib pun tak lekang dengan ayat2 NEED BASED dan MERITOKASI.

2 - Cuba baca balik apa Shamsul sebut di atas .... Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan ......

Siapa yang lantik Shamsul ? Kenapa CEO yang lama ditukar kepada yang bernama Shamsul ?

Sebab mereka Satu Kepala - KEPALA LIBERAL !

MTEM dah lama ada isu dengan Shamsul tapi pernahkah Najib beri sebarang respon ? Shamsul masih juga jadi bos Petronas .... tetap tak berubah apapun caranya. 

Tidak terfikirkah anda yang Shamsul melakukan sepertimana yang dikehendaki oleh bosnya ?

Tapi kenapa SEMUA orang duk hentam Shamsul jer ? Dia cuma menjalankan tugas yang diamanahkan oleh Najib !

Seperti biasa .... segala yang kita nampak liberal, kita hentam orang suruhan. Bosnya sentiasa terlepas ....

                             *****************

TAPI dalam sibuk nak meliberalkan Petronas, Najib tak punya masalah memasukkan harta Petronas sebagai milik Bumiputera ketika mengumumkan tahun lepas -

Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011. - KLiK.

Dari mana datangnya 23.5% itu kalau tidak dimasukkan sama pemilikan GLC2 terutamanya Petronas !

Sebab itu saya sering minta kerajaan keluarkan peratusan sebenar pemilikan harta Bumiputera tidak termasuk milik GLC supaya kita semua nampak keadaan sebenar orang kita.

Ya, benar kata Shamsul yang Petronas milik rakyat cuma saja ia terikat dengan dasar2 kerajaan. Bagaimana jika kerajaan yang ada tumbang ? Atau kerajaan yang ada tiba2 gatal nak ubah dasar ?

Perkara ini pun disuarakan oleh Tun Mahathir 2 tahun lepas bila beliau berkata -

Tapi sekarang ni dasar dah bertukar, mereka ( GLC ) menjadi Peniaga Utama ... dan kadang2  diedarkan bukan kepada Bumiputera ( tapi ) kepada orang asing dan sebagainya. Ini bertentangan dengan dasar. Tapi dasar itu dibuat oleh pemerintah yang lama. Ini tidak bermakna pemerintah yang baru tidak boleh tukar dasar. Itu hak dia lah nak tukar dasar.


If you take away what is held by the GLC, then the proportion owned by Bumiputera would be very small. We don't know exactly what ... there is no proper survey done to find out who owns what.
If you look at KL today, it has developed very much. BUT HOW MUCH OF THAT BELONGS TO WHOM ? There is a survey that needs to be done so that we will know whether wealth in this country is well distributed or not.

 
This is not being Racist. ... if wealth is not fairly distributed, between rich and poor even if they are ethnically the same, there would be conflict. There would be violence. - KLiK.

Macam biasalah ..... kita kena tengok KEPALA dia siapa !
 
Dan macam biasa jugalah, KEPALA sentiasa terselamat, yang selalu dikecam adalah anggota badan yang lain walaupun mereka semua cuma mengikut saja apa yang KEPALA suruh.


PS - Tak percaya, kita tunggu berapa lama baru pemimpin2 Melayu Liberal kita nak bersuara dalam isu di atas .... itupun kalau mereka nak bersuara. Dan kita lihat apakah tindakan mereka.... itupun kalau ada tindakan.

Share this article :

+ comments + 42 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2014 at 10:30 PM

Kepala haram jadah ni sentiasa playsafe.

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2014 at 11:01 PM

Sumo kopalo batu. Hompeh pocah yo ! Nak pancung takleh, melantun balik...

Bilo melayu libeghal jadi omputih. Habih dok melayu punyo di koncing ae! Dulu idup macam melayu. Bilo kayo lupo daghatan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2014 at 11:28 PM

salam,
itu ceo petronas kasi warning sama ah jib gor, playsafe minister (pm) campur sikit hal petronas. patutnya tak bunyi langsung pasal tan sri shamsul bosssssss petronas yang bikin dan simpanan billion ringgit tu. sapa pm, menteri, kerajaan nak kacau petronas? tdm penasihat pun kami tak ikut. piiiiiiiiirahhhhhhh mampus. ceo petronas paling berkuasa di dalam petronas. cuba lihat, semua ceo dalam shell dan exxon ada kuasa penuh. tak macam petronas, nak masuk campur kuasa ceo. camna nak maju. kalu nak maju, kita kena guna konsultan dan penasihat untuk berfikir.kita cuma keluar belanja ajer. tak banyak mana pun, satu makmal buka hanya jutaan ringgit jer. kita ada billion ringgit. penasihat kita saya dah tempah dari luar negara, omputih yang pernah kerja shelll dan exxon dulu, tapi dah kena pecat. tak mahal gaji mereka sebulan, cukup kalu kita kasi gaji kat orang melayu yang cerdik berpuluh orang untuk bertahun. omputih ni kita ambil dua tiga orang dah jimat. kalu ambil melayu, berpuluh orang. kalu ambil lain dari melayu, kena pilih dulu, boleh cakap cina dengan fasih tak. kita nak melabur kat china ni. kira tan sri shamsul ni nampak macam omputih jer, tak serupa melayu pun hidung dia tu. serupa hidung ceo shell dan exxon pulak

....................
Reply To This Comment ...................
June 27, 2014 at 11:44 PM

@Anonymous'itu ceo petronas kasi warning sama ah jib gor...' nak cuba pisahkan Najib dari Shamsul la tu .....

Kan Shamsul sebut tu, Najib takder hal pun dengan cara dia ! Maknanya Najib setuju dengan cara liberal Shamsul kendalikan Petronas. Entah2 Najib yang suruh !

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2014 at 12:21 AM

cadbury melayu punya, glc termasuk petronas pun melayu punya, donia pun melayu punya. apa lagi yg bukan melayu punya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 12:21 AM

Mungkin najib bersetuju tempatnya diganti oleh LIM GUAN ENG,,, kot
kalau begini cara Ah Jib menyelesaikan isu PETRONAS ..
JIB .. KALU RASO TOK LEH NOK HANDLE... Gak..
TURUN TURUN LA .. BUI KO ORE LAIN PULOK

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2014 at 12:29 AM

@kampong ladhahahahaha ..

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
June 28, 2014 at 2:09 AM

Orang pertama yang akan jawab aku rasa menteri sukan @ menteri segala kementerian. Dia akan spin dengan isu meritokasi. Lepas tu TV3 akan adakan slot temubual khas dengan menteri segala kementerian ini tentang langkah-langkah beliau selaku "ketua pemuda BN" (jawatan yang tak pernah dipertandingkan tetapi tiba-tiba wujud sama seperti ketua umum PKR) dah lakukan untuk pastikan Melayu dapat bersaing secara merit @ tanpa bantuan kerajaan.

Ahmad Maslan pula akan cerita pasal pertambahan perolehan oleh Petronas dan bagaimana lebih banyak rumah yang harga serta kualiti jenis MURAHAN dapat dibuat untuk untuk Melayu. Sambil tu dia selit-selit cerita GST.

Najib akan umumkan tiket untuk tengok beruang panda akan di turunkan harganya kerana Petronas akan bantu biaya kos makanan beruang dua ekor tu.

CEO Petronas tu akan tetap kekal sebab dia ikut segala arahan bos dan sebab itu juga bos dia tak pernah ganggu urusan Petronas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 8:09 AM

Saya rasa komen yg dibuat oleh Raja yg di uat bersama Perkasa baru2 ini ? Tentang Petronas agak over. Elok juga disiasat latar belakang dia. Ade orang yg memang cari makan dengan rasuah dan bila peluang itu tertutup maka cacing kepanasan lah dia. Dont let another anwar di sokong. Eloklah teliti latar belakang cara mereka bekerja. Belajar dati pengalaman.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 8:36 AM

Najib2... kj2....nazri2... aku tak puas hati dgn kamu..

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2014 at 9:21 AM

Bila menteri tugas2 khas nk respon? Apa isupun mamat tugas2 khas ni tak akan lepas peluang. Isu liberal sgt menarik utk beliau campur tangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 9:37 AM

Celaka apakah yang melanda negara sekarang???? PM dan menteri kabinet semuanya hampeh. Ketua2 GLC telah diserap oleh manusia yang satu kepala dgn PM... Liberal (pengkhianat)... apa nak jadi dengan melayu di Malaysia? cuma kita harapkan kpd NGOs sahaja... itupun sedang dibuat pemencilan oleh para menteri kabinet, terutama menteri kepada segala kementerian....
Yaaaaa mereka semua satu kepala untuk hapuskan melayu dari bumi malaysia..!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
bluk
June 28, 2014 at 9:59 AM

sepatutnya yg paling kdepan jwp isu ni adlah wakil krajaan sbb yg dhentam adlah birokrat krajaan.tp smua sunyi sepi.or masing2 dok tny,aku ka yg dy maksudkn 2.syamsul ni pon "cerdik".awal2 lg dy da coverline utk najib.mayb btol ap yg pak yahaya ktakn ttg syamsul n najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 11:30 AM

Satu je boleh cakap. Melayu mudah lupa. CEO Petronas sekarang ni orang kuat Najib. Dulu dia ni Presiden MISC sebelum naik pangkat kalau x silap. CEO sebelum dia, Tan Sri Hassan Marican ditamatkan kontrak gara-gara tak sebulu dengan agenda transformasi Najib. Projek RAPID di Pengerang tu Tan Sri Hassan tak setuju. Sebabnya modal yang begitu besar terpaksa dilaburkan dengan menggunakan duit Petronas sendiri. Projek ni di bawah ETP hasil idea Idris Jala. Lepas berhenti dari Petronas, Singapura terus lantik jadi Chairman Singapore Power. ConocoPhillips pun lantik Tan Sri jadi director.

Yang tinggal kat Malaysia? Spesies tak sedar diri macam CEO Petronas sekarang. Lepas dia masuk, top management cina dah start pegang. VP Upstream sapa? Dah xde orang Melayu yang capable boleh pegang? Selama ni, Petronas berkembang kerana kepakaran anak Melayu. Kenapa time zaman shamsul tiba-tiba isu Melayu jadi faktor pengehad kepada pengembangan syarikat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 12:58 PM

Dulu tak ada warga tempatan miliki kepakaran bidang petrolium tetapi apabila diberi peluang untuk belajar dan bekerja akhirnya lahirlah ramai tenaga pakar tempatan.

Kata kunci di sini ialah ruang dan peluang, yakni kalau ada ruang dan peluang apa-apa bangsa boleh berjaya.

Cumanya mahukah entiti korporat sediakan ruang dan peluang percuma yakni hanya bersandarkan persamaan itu dan ini semata-mata? Atau tidak mungkinkah ruang dan peluang lebih layak diberikan kepada pihak yang dapat menyumbang imbuhan segera?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 1:09 PM

Inilah padahnya apabila mentaliti dah ditanam dalam kepala bahawa melayu menyekat kemajuan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 1:34 PM

heran dgn defininasi 'liberal'? apa kalu buat biznes dgn bukam melayu atau tidak memberi keistimewaan kpd org melayu/bumiputra org itu dianggap liberal...byk betul label2...

kalu CEO2 Petronas ni liberal ka apa ka aku sokong mereka 100%...kerana berjaya membawa syarikat dlm senarai top 500 dunia...ada GLC2 lain yg membodek ahli2 UMNO boleh capai begitu? jadi pikir lah secara waras...mana lg penting? nk tlg segelintir melayu atau memajukan Petronas di mana negara akan untung & semua rakyat akan untung...

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2014 at 1:41 PM

@Anonymoustak banyak label, satu jer - Liberal. Puak liberal yang banyak guna label ! Hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 1:58 PM

Petronas mmg da byk tolong dn bantu syarikat melayu sbg contoh UZMA, Kencana Petroleum, Sapura crest, Solar alert dn byk lg especially dlm fabrication kalo nk disenaraikan.

Persoalannya sekarang apakah syarikat melayu yg sudah diberi peluang oleh petronas (kerajaan) ini telah lakukan untuk MEMBANTU dn melahirkan lebih ramai lg ushawan melayu yg competant utk bersaing?

Kebanyakan syarikat2 ni mungkin sudah buat sesuatu utk membantu melayu yg lain tetapi SIKAP dn MENTALITI melayu itu sendiri yg selalunya menjadi penghalang. Dh dpt peluang, buat kerja ala kadar/cincai, dpt kontrak dia jual kt cina utk dpt easy money, nk keja senang tp nk duit bnyk, xnk bsusah payah utk belajar ilmu br dn tigkatkan kemahiran akhirnya duduk kat tahap yg sama la wp da lama dlm industri yg diceburi etc..

Walaupun peluang sudah diberi tetapi jika mentaliti spoon feeding dn tidak mahu bekerja keras masih tebal, peluang yg diberikan tetap tidak akan mencapai matlamat. Inilah antara perkara yg sgt2 mahu diubah oleh Tun M selama 22 tahun menjadi PM tetapi masih tidak berjaya sepenuhnya.

Benar kata Tun M melayu mudah lupa. masa susah semangat kita lain tp bila dh senang dn kaya, lain pulak perangai kita.. Mudah sgt kita lupa pd keperitan yg kita prnah dilalui dahulu..
Tun M mahu melayu jgn cepat lupa diri dn asal usul. Sejarah sebagai peringatan.
Pelanduk mungkin lupa jerat ttp jerak tak pernah lupakan mangsanya..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 2:14 PM

Haha..sokong2..
Rekosialisasi, 1Malaysia, kebebasan bersuara, kersamarataan gender, kebebasan agama, Transformasi, Politik Baru etc. Tu semua org yg kepala otak liberal jer yg dpk pertahankan..

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2014 at 2:26 PM

@Anonymoussaudara dah masuk isu lain.

Kita bicara soal tanggungjawab Petronas dlm membantu Melayu.

soal sikap Melayu yang dibantu .... itu topik lain pula.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 2:54 PM

Wp topik lain tp ia saling berkait rapat dlm isu ni din..
Kalo nk cerita soal tgjwb petronas dlm membantu melayu, byk sgt contoh dn bukti sbg rekod. Tak adil utk menyalahkan petronas sbb angsa emas ini telah berjaya ditabdir dgn baik oleh profesional melayu.

Petronas jelas jd mangsa disebabkan oleh pengaruh politik yg semakin luas. Petronas buat apa pn tetap akn dijadikan bahan politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 3:04 PM

@dinturtle

isunya keliberalan shamsul.

isunya menurut dia utk cari kecekapan kene upah org luar. anak tempatan bumiputera xde yg berkelayakan.


tertarik dgn kenyataan perkasa tu. minum petang teh tarik. maksudnya shamsul minum apa ?!

saya dh lama putus asa sejak tun m kene halau dr petronas and kasi kepimpinan pada omar ong dan geng2 liberal.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 3:06 PM

Bende da berakar lama dh din.. Akar pn dh makin pnjg ke dalam dn kuat mencengkam tanah. Sgt mencabar dn kompleks utk nk ubah semuanya.

Wp PM bertukar br, rsnya PM br pn akn tetap teruskan dgn apa yg dh diset oleh PM sblmnya..

Tunjang nya disini ialah kebijaksanaan PM dlm menguruskan perkara ini.
Setuju dgn din, Kepala lah yg perlu dipertanggungjwbkan..bukan yg lain..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 3:14 PM

@Anonymous

liberal bermaksud melayu yg lupa diri.

kami bukan minta apa yg org lain punya.

sebaliknya kami x rasa kami patut meminta apa yg mmg sedia maklum hak kami.

bila hak kami dilepaskan oleh2 org2 melayu lupa diri, pengkhianat dgn alasan meritokrasi dan sebagainya tanpa mengingati semangat perlembagaan dan asal usul sejarah negara, maka kami gelar org sebegini melayu liberal.

cuba ingat actually mamat liberal ni baru je pegang tampuk x lama sgt pn. jasa2 org2 berjati melayu yg menaikkan taraf petronas sehingga kini.

mamat ni naik pegang dan melepaskan org2 yg berbakti pada petronas seperti tun m tan sri merican.

sbb org2 mcm kamu lah melayu liberal hidup subur di bumi tanah melayu.

hakikat yg kamu tidak langsung berasa terkilan bila dia kata utk kecekapan perlu ambil org luar dan bukan melayu menunjukkan kamu org seperti apa.

now kalau saya masukkan definisi kat atas adakah kamu tergolong dlm golongan liberal?

tepuk dada tanya diri sendiri.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 3:56 PM

Ini persoalan yg lebih besar berbanding dgn apa yg din tutrtle utarakan.Kalau 100% pun Petronas beri peluang kepada orang Melayu tapi sikap Melayu menjual nya pula pada orang lain atau Melayu buat kerja secara sambil lewa atau mereka yg memperolehi peluang tidak pula menyambung tanggung jawab mereka utk orang Melayu jangalah salahkan kerajaan dan Petronas.Kita mahu Petronas beri peluang pada orang Melayu dan Melatih mereka,bukan kita mahu orang Melayu semata-mata mendapat untung senang kemudian minta lagi,minta lagi dan tak habis-habisminta lagi.

Kalau peluang di beri kepada orang Melayu tapi kos operasi Petronas menjadi tinggi kerana ketidak cekapan mereka,kerajaan juga yg rugi,kerana dividen utk kerajaan sudah pasti merosot.Kemerosotan ini tentu pula memberi kesan kepada bantuan kerajaan kepada rakyat terbanyak terutamanya Melayu yg miskin.

Kita ni jangan lah jadi Anwar al Jubori,nampak macam mebela si miskin tapi sebenarnya orang kaya yg mendapat faedah dari polisi yg beliau perjuangkan,misalnya dari segi subsidi minyak.

Saya tak membela Ceo Petronas ni,tapi bagi saya sebagai sebuah organisasi milik negara Petronas memang sudah banya berjasa pada orang Melyu dan Bumiputra lain,sejak dulu.Biasiswa,peluang perniagaan,peluang pekerjaan dan macam-macam lagi terserahlah pada orang Melayu utk merebutnya,tak kan semuanya mahu di suap.Kalau orang Melayu yg sudah di beri peluang oleh Petronas bersunggu-sungguh dalam menjayakan peluang tersebut,mungkin mereka semua sudah menjadi multi jutawan sekarang.Mungkin juga mereka memang sudah jadi begitu,tapi mereka makan sendirian secara senyap tanpa memperdulikan Melayu lain.

Saya lebih suka kalau Perkasa dan sesiapa saja termasukalah din mempersoalkan mereka y7g sudah di beri pluang tersebut,Sapura Kencana,UZma,Alam,Barakah,Dayang,Perdana.Tgoff dan banyak lagi.Begitu juga mereka-mereka yg di berikan biasiswa oleh Petronas sejak dulu,kemana mereka dan apa sudah jadi dgn mereka.Petronas eloklah meneruskan kerja mereka utk menambah hasil petroliam mereka,selagi mereka di bawak kerajaan,hasilnya tidak kemana,mereka terpaksa juga membayar dividen pada kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 4:05 PM

Semua ini timbul kerana bahagian Ali dalam aspek penggajian tenaga manusia di Petronas telah dikecilkan dan lebih dari itu kek ekonomi untuk Ahmad dalam sektor bisnes turut dikurangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 28, 2014 at 4:08 PM

@AnonymousYa, topik lebih besar dan penting tapi ia tetap TOPIK LAIN.

Sekarang kita bicara tentang Shamsul dan cara beliau bawa Petronas, ok.

Soal sikap usahawan Melayu itu kita bincang di artikel lain.

TerimaKasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 5:16 PM

Orang kat dialog tu kawan2 dia........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 5:18 PM

Shamsul ikut calap kak ros dan kawan2 kat dialog aje......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 6:02 PM

Betul kata Mahathir, orang Melayu cepat lupa daratan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 6:15 PM

Isu sekarang benarkah Petronas dh diliberalkan oleh samsul?

Apa indicatornya?
Semakin ramai VP dn EVP bukan dr kalangan melayu naik memegang portfolio strategik dlm petronas.
Peluang ushawan melayu semakin kecil dn mereka dipaksa bersaing diatas pdg yg tidak sama rata.
Samsul pula tersepit kerana ditekan oleh puak2 liberal yg kuat membodek najib utk kepentingan kantung masing2.
Maka yg sewajarnya dipertanggungjawabkan ialah najib kerana samsul dilantik oleh najib sendiri. Jika samsul liberal maka ia adalah cerminan ideologi org yg melantiknya.
Jika samasul gagal memastikan petronas mematuhi polisi kerajaan,maka najib yg sepatutnya memantau perkara ini patut memikul akauntabiliti bersama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 6:20 PM

Anon 356 ni mungkin x paham bahasa agaknya. Cuba kita tukar senario petronas kpd pegangan cina. Agak2 dibagi ke peluang pd melayu utk menapak dlm kerjaya dan dpt peluang meniaga dgn petronas? Jgn harap. Sbb tu sy sokong kata din itu topik lain. Dan bayangkan kalau ceonya tu cina dan dituduh khianat x bg peluang meniaga pd bangsanya sendiri. Ko ingat dia berani ke nak jwb mcm tu pd bangsa dia? Silap haribulan bisnes petronas pun lingkup, bkn takat dia kena letak jwtn. Tp shamsul pun tau org melayu rata2 mmg x punya pendapatan tinggi dan hidup cukup makan. Sbb tu spesis melayu mcm dia angkuh dan kalau boleh malu nak mengaku melayu. Jadi kalau dah kepala syarikat iaitu petronas pun dah jd liberal, apa lg yg ko harap dr sykt2 yg dpt spillover effect mcm sapura, kencana dsbnya. Ada sbb knp petronas tu letak direct bwh PM. So kalau dah PM ada direct kuasa apa yg nak dibebelkan bab x mau ada campurtangan politik? Petronas tu sendiri wujud hasil kebijaksanaan politik bapak najib!

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
June 28, 2014 at 10:49 PM

@Anonymous Kalau tak ada cina, Petronas tak boleh tersenarai dalam Fortune 500 ke? Petronas boleh luaskan operasi keseluruh dunia sebab CEO liberal ni ke atau sebab kerajaan yang dinaikkan oleh Melayu ada hubungan baik dengan negara tersebut? Melayu liberal ni dapat pegang jawatan CEO sebab dia ni berbangsa Melayu. Kalau DAP yang perintah Malaysia sekarang ni, jawatan tukang sapu pon DAP tak akan berikan.

P/S : Kenapa Petronas tak letak syarat pemohon kerja mesti berugama Islam sebab Petronas banyak beroperasi di negara-negara Islam. Macam juga syarikat cina yang letak syarat mesti boleh berbahasa cina supaya Melayu senang untuk ditolak dari diterima bekerja.

....................
Reply To This Comment ...................
June 29, 2014 at 1:55 AM

Errr...yg bawak petronas sejak thn 89 smpi tahap fortune 500 dan d new 7sisters tu hassan marican, bukannya shamsul. Ceo br tumpang tuah je. Sapi dpt nama.

Hassan terapkan semangat nasionalisme dikalangan staff petronas masa zamannya. Shamsul pulak bwk idea liberalisme tajaan najib. Hassan x peduli dgn ketiadaan bkn melayu utk naikkan petronas, tp shamsul guna alasan kepakaran bkn melayu utk bantu dia yg x smpi 4 thn jd ceo. Agak2 sama tak perangai najib dgn shamsul?

Camno din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2014 at 10:11 AM

Tunggu ,,,,, PR14 nanti dan marilah kita semua ucapkan salam kepada bapa dan penganut liberal pengkianat bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2014 at 2:26 PM

Din, Petronas tu kalau di pegang dek Cina jangan harap Shamsul tu boleh jadi CEO.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2014 at 2:31 PM

Kompetensi ni subjektif la. Tak semestinya masukkan ramai bukan Melayu ke dalam Petronas, maka Petronas akan jadi lebih kompeten.

Betul lah macam Perkasa cakap tu. Kalau kerajaan tak pergi melobi kontrak untuk Petronas di Middle East dan Afrika, jangan haraplah Petronas nak jadi besar macam sekarang.

Sebetulnya, Shamsul kena ikut aspirasi kerajaan untuk bangunkan sosio-ekonomi tempatan sebab kerajaan yang bantu Petronas untuk berjaya. Jangan jadi macam syarikat gergasi Amerika. Yang untung hanya 1%, lagi 99% hidup macam orang susah juga.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2014 at 2:35 PM

@Anonymous

Setuju. Elok juga yang hari-hari makan gaji dengan Petronas tu, bagi lah peluang Melayu lain nak panjat bukit pula.

Bukan dengan Petronas sahaja, kontrak kerajaan dan GLC sekali lah.

Sebagai contoh, suatu syarikat (tak payah sebut nama) yang hanya makan kontrak dengan Telekom Malaysia sahaja untuk buat advertisement. Orang lain tak boleh cari makan. Mana lah orang tak marah dengan kerajaan macam ni. Orang dalam pun banyak komplen sebab kerja pun cincai.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 8:05 AM

Hapuskan VIRUS Najib .. jadikan PAU sebagai pengajaran

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 11:34 AM

Kenyataan Shamsul "dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata."


Sebahagian daripada Wasiat Raja-Raja Melayu "Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain"

Bandingkan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 1, 2014 at 5:37 PM

Pau lepas kita ckp mcm ni jgk. Tp dia n semua org dia menang

Post a Comment