........... Pas Mahu Hapuskan Kuasa Eksekutif MAIS ..... Kenapa ek ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Mahu Hapuskan Kuasa Eksekutif MAIS ..... Kenapa ek ?

Tuesday, June 17, 201412comments


Saya tertarik dengan pertanyaan dari Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsudin Lias yang hairan dengan kesungguhan Pas mahu menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.

Alasan Pas - "Institusi yang rapat dengan Sultan tidak boleh dilihat mempunyai kuasa eksekutif. Ia akan mencemarkan institusi (Istana) itu sendiri," kata ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Pas dikatakan berhasrat agar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak menerima arahan daripada majlis itu lagi. - Mkini.

Pendirian ini juga sebagai susulan kes MAIS dan JAIS yang menolak arahan kerajaan Selangor supaya memulangkan alkitab yang dirampas ekoran keputusan Tutup Kes oleh Peguam Negara.

Seingat sayalah, seringkali Pas yang menjadi sebahagian dari kerajaan PR Selangor bertegang urat dengan JAIS terutamanya bila mahu menjaga hati rakannya DAP. 

Kes penjualan arak secara bebas , kes Murtad dan terbaru kes alkitab.  Asal Dap bising jer dengan kedegilan JAIS, maka Pas pun akan ikut sama bising dibelakang Dap !

Secara mudahnya saya melihat tuntutan Pas itu dibuat kerana Pas tension tidak dapat kawal JAIS !

Dan Dap pula tension kerana walaupun ada Pas, mereka tetap juga tidak dapat masuk campur hal ehwal agama Islam di Selangor !

Cakap sajalah berterus terang yang Pas mahukan kuasa eksekutif yang dimiliki oleh MAIS itu diberikan kepada PAS.

Dah namanya sebagai badan penasihat kepada Sultan, mestilah rapat dengan Sultan ... ke merupakan satu kesalahan sebagai badan penasihat, MAIS rapat dengan Sultan ? MAIS tetap juga tertakluk kepada arahan dan perkenan Sultan. Ke Pas mahu lucutkan kuasa eksekutif Sultan supaya Pas bebas bertindak sesuka hati dalam hal2 agama dalam negeri Selangor ....... nak tunjukkan pada Dap yang Pas ni pun ada gunanya dalam kerajaan.

Hmmmm ..... adakah cuma berkaitan KUASA EKSEKUTIF dalam hal perundangan ( contohnya seperti dalam kes murtad DUMC dan rampasan alKitab ) saja ...... atau ada niat lain ?

Dari laman web MAIS -



Di tulis MAIS juga menguruskan harta Baitulmal Selangor .... err ... ke PAS ....  err .... tak kooooot. 

Pas bukannya tahu nak menguruskan hal duit. Lagipun MUSTAHIL Dap ataupun Pkr nak serahkan hal kewangan kepada Pas. Betul tak ? Tak percaya, tanyalah pemimpin Dap dan Pkr. 

                            ********************

Balik kepada isu rampasan alKitab,  saya ingin kongsi pandangan Zul Kulim yang turut menyokong keputusan MAIS - KLiK.


Saya sendiri tidak bersetuju dengan pendirian Peguam Negara tersebut kerana isu bibel versi bahasa Melayu ini bukan soal 'keselamatan negara'. Ianya soal pelanggaran Seksyen 9 Enakmen Anti-Dakyah.

Setakat hari ini, Enakmen Anti Dakyah Selangor tersebut masih merupakan satu undang-undang yang sah dan berkuatkuasa di Negeri Selangor. Walaupun Pendakwaraya menyatakan tidak akan membawa sebarang pertuduhan jenayah terhadap pihak yang berkaitan, namun ini tidak menghalang MAIS melalui agensi penguatkuasaan dan pendakwaannya JAIS membawa pertuduhan atau prosiding di Mahkamah Syariah untuk perintah sewajarnya
.


Apa pun, tindakan Kerajaan Negeri PKR-DAP-PAS Selangor memaksa MAIS mengembalikan bibel tersebut kepada Persatuan Bibel Malaysia sama seperti mengarahkan polis mengembalikan eksibit kes jenayah kepada seorang tertuduh.


Kerajaan Negeri tidak berhak dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau bidangkuasa untuk mengarah, memerintah ataupun memaksa MAIS untuk memulangkan bibel-bibel tersebut. Sama seperti Kerajaan tidak ada kuasa mengarah atau memaksa Polis mengembalikan sebarang barang kes jenayah kepada mana-mana tertuduh!

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2014 at 8:53 PM

Khalid Gereja lg~ haiz~ barua abad ke-21 sungguh~

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 17, 2014 at 9:25 PM

Pengaroh parti ,mengatasi tuntutan Ugama dan Bangsa .

Itulah suasana politik orang Melayu di Malaysia , bagi Cina , Bangsa megatasi segala-galanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2014 at 10:27 PM

Bila hati dh keras hitam sbb terlalu gilakan kuasa dn harta, perkara yg tak sepatutnya dipersoal pn akn jd isu.
org melayu dlm PAS di Selangor, bersedialah utk kubur anda dikencingkan oleh generasi akan datang kerana disebabkan kebodohan yg lahir dr sifat tamak anda akan merintis jalan kehancuran generasi akan datang.
Igt..semua yg berlaku ini akan kekal terakam dlm lipatan sejarah yg akan di ulang baca oleh generasi akan datang..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2014 at 10:35 PM

Jangan merapu . Eksibit apanya kalau dah tidak ada kes.Bukan Pas,PKR, DAP yang cakap tapi Peguam Negara yang cakap. Dalam hal lain kau boleh percaya Peguam Negara tetapi dalam kes yang ini mengada ngada pula,Sengaja nak cari masalah. Ingat kuasa yang ada pada MAIS tu pun tertakluk pada Enakmen yang di gubal di DUN Selangor. Apakah DUN tidak ada kuasa mengubal Enakmen yang baru lebih-lebih majoriti kerajaan Pakatan Rakyat melebihi dua per tiga. Tolong jangan main api.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 17, 2014 at 11:48 PM

salam,

sapa la yang dok cakap besar yang dok bising macam anjing dok salak bukit, nak tegakkan Islam keseluruhannya. bab kitab pun bertekak dan tak selesai. macam biasa la, bila kawasan yang banyak cina, pemimpin melayu akan jadi kurang melayu dan kurang kuat konservatifnya dalam agama. lebih banyak bangsa lain dalam jiwanya. undi tu lebih penting kerana kuasa yang ada pada undi yang dapat. sukar untuk dilepaskan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 12:07 AM

@Anonymousdalam hal lain kau boleh bantah Peguam Negara tapindalam kes ni nak mengada2 pula ! Hahahahahaha.....

Tolong jangan main api

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 8:35 AM

PAS nak tutp MAIS dan di gantikan dengan PAIS-Pasti Agama Islam Semalaysia yan lebih tepat dari PAS- Parti Agama..? Semalaysia.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 10:45 AM

Sejarah berulang. Dulu sebelum merdeka, British mentadbir negeri-negeri Melayu (bersekutu) atas nama sultan. Sekarang ni DAP nak mentadbir hal-ehwal Islam melalui PAS. Dasar pengkhianat!

Dalam sejarah Islam dulu-dulu, yang selalu jadi pengkhianat adalah golongan syiah; menjemput musuh-musuh Islam untuk menjatuhkan pemerintah sunni. Contohnya adalah semasa kejatuhan kerajaan Abbasiyah.

Adakah golongan syiah dalam PAS ini yang suka sangat bekerjasama dengan DAP yang sememangnya tidak senang dengan Islam?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 12:53 PM

Pelik Parti Isle Semalaysia ni, apa je yg dia buat semuanya against Islam

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 1:42 PM

Salam bro,

Lupa plak ada Adun mintak zakat share dgn org bkn Islam dulu. Tu pasal nak take over Jais/Baitulamal. Kan ke duit zakat berbillion2? What say you? Tak dpt cara lembut, of course akan cari cara lain.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 7:33 PM

apa dia Islam konservatif tak konservatif ni? Islam pun ada gred ke?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 21, 2014 at 7:33 PM

Majlis Agama ISLAM akan dihapuskan.
Parti Agama ISLAM, bila lagi?

Argonite

Post a Comment