........... Orang Melayu Kena Baca ! RUU Harmoni Yang Bakal Menentukan Maruah Bangsa Melayu Sedang DiGubal ....( Oleh Majlis Peguam dan MKPN ? ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Orang Melayu Kena Baca ! RUU Harmoni Yang Bakal Menentukan Maruah Bangsa Melayu Sedang DiGubal ....( Oleh Majlis Peguam dan MKPN ? ? )

Tuesday, June 10, 201419comments

Ada satu perkembangan penting berkaitan Undang2 Negara dalam soal Hubungan Antara Kaum yang saya ketinggalan nak update dan mungkin ramai juga yang terlepas. Perkara ini nampak kecil dan sepertinya tidak ada sebarang bantahan besar dari mana2 pihak dan jika ini berterusan, saya khuatir apa yang sedang dirancang bakal menjadi sebahagian dari Perlembagaan Negara yang mengikat kita orang2 Melayu. 

Tidak keterlaluan juga jika saya kata yang cadangan Rang Undang2 ( RUU ) berkaitan hubungan antara kaum ini bakal menggantikan apa yang selama ini kita rujuk sebagai Kontrek Sosial antara bangsa Melayu dengan bangsa2 lain yang asalnya pendatang.

Kalau sekarang kita masih boleh ungkit kepada persetujuan Kontrek Sosial jika timbul sebarang tuntutan melampau dari bukan Melayu, mungkin jika RUU ini diluluskan, Kontrek Sosial tidak lagi menjadi relevan !

Kontrek Sosial bukannya satu undang2 yang mengikat berbanding apa yang sedang diusahakan oleh pihak2 tertentu ini.

Jadi diharap perkara ini mendapat perhatian anda dan diharap anda terus memantau sebarang perkembangannya ..... sebelum Nasi Menjadi Bubur.

Saya merujuk kepada 3 deraf RUU yang SEDANG DIRANGKA bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 iaitu Rang Undang-undang Jenayah Kebencian (Hate Crime) Kaum dan Agama, Rang Undang-undang Harmoni dan Rekonsiliasi serta Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Rekonsiliasi.

Menurut dua wakil MKPN ( Mkini ) - “Sekiranya diluluskan, undang-undang ini akan menjadi instrumen penting dalam meminimumkan dan mengelakkan konflik kaum dan agama,”

Siapa kedua suara wakil MKPN yang bercakap mengenai satu isu yang amat penting dan sesensitif ini ?

Pemimpin Pas Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan bekas Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee ! !

Satu lagi watak utama dalam merencana maruah bangsa Melayu melalui RUU ini adalah Menteri di Jabatan PM, Nancy Shukri ..... yang pernah berkata pada bulan November tahun lepas bahawa orang Melayu Bumiputera harus dibantu, kalau tidak mereka akan jadi pencuri ! ( KLiK

Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh MPM berhubung perkara ini pada 5 Jun lalu - KLiK. Dan satu lagi artikel dari wakil MuslimUPRO yang hampir sama tapi lebih detail dalam menggariskan 8 poin kenapa kita harus berwaspada dengan RUU ini. ( KLiK )


Persoalan UTAMA bagi saya adalah, Kenapa dalam hal sepenting ini langsung tidak ada pembabitan dari mana2 NGO Melayu ? Atau Majlis Ulama kerana ia juga melibatkan hubungan antara berlainan agama ? 

Apakah masadepan bangsa Melayu dalam konteks hubungan dengan kaum2 lain bakal ditentukan oleh Majlis Peguam ? Oleh MKPN yang mana wakil Melayu dahlah tidak mencerminkan komposisi kaum di negara ini mereka pula terdiri dari Melayu2 LIBERAL! Dan Nancy Shukri ?

Kenapa tidak melibatkan wakil dari Barisan Perpaduan Nasional, gabungan NGO Melayu yang baru ditubuhkan baru2 ini .... yang khabarnya bakal menghantar satu memorandum kepada Agong berhubung isu bangsa Melayu ?

APAKAH SUARA ORANG MELAYU TIDAK PENTING DALAM MERENCANA / MENGGUBAL UNDANG2 BERKAITAN HUBUNGAN ANTARA KAUM DAN AGAMA ? ?

Sekiranya ketiga2 RUU ini diluluskan kelak, apakah persefahaman yang dipersetujui oleh nenek moyang rakyat Malaysia dalam usaha mencapai Kemerdekaan dulu ( Kontrek Sosial ) tidak lagi menjadi relevan dalam memastikan keadilan sosial dalam masyarakat berbilang kaum kita ?


PS - Semoga isu ini mendapat perhatian rakan2 bloggers semua ..... ketepikan taat setia kepada mana2 pemimpin atau parti buat seketika dan tumpukan kepada survival dan maruah agama dan bangsa kita.

Pemimpin datang dan pergi  .... tapi perkara ini MENGIKAT kita hingga ke generasi akan datang !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 10:45 AM

MKPN ni adalah sebuah badan lantikan kerajaan yang ditubuhkan khusus untuk memudahkan sesiapa sahaja yang suka menjolok sarang tebuan sesukahati tanpa perlu risau disengat oleh sang tebuan. Ini kerana undang-undang yang bakal diwujudkan akan melindungi si penjolok sarang tebuan dan bukannya tebuan itu sendiri. Nampaknya usaha negara untuk menghalalkan kebebasan bersuara bakal terlaksana tak lama lagi.

Selain itu, hak-hak Melayu yang terkandung dalam perlembagaan negara akan dimansuhkan satu-persatu. Sebelum ini pun benda ni dah berlaku pun tapi secara sembunyi-sembunyi jer. Kini, ia dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah sedikit pun. Mereka akan menghapuskan aset-aset melayu dan segala keistimewaan yang sebelum ini diberikan atas nama bumiputera. Dalam bahasa mudahnya, hak istimewa orang melayu bakal dihapuskan dan diganti dengan hak kesamarataan yang kononnya lebih adil. Adil bukan bermaksud semua orang akan mendapat bahagian yang sama. Adil dalam konteks sebenar ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Satu lagi ialah soal Agama Islam yang menjadi agama persekutuan. Jika undang-undang baru diwujudkan, kemungkinan Islam akan menjadi setaraf dengan agama-agama yang lain. Ini tak mustahil akan berlaku apabila hak berkaitan Islam dibincangkan dan diputuskan oleh bukan Islam. Ingat tak anda, apa yang berlaku apabila Idris Jala diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan kemelut al-kitab ? Hanya orang Islam sahaja yang boleh membuat keputusan tentang hal ehwal Islam dan bukannya orang bukan Islam.

Akhirnya, usaha licik mereka ni adalah bertujuan untuk menjadikan melayu terus merempat di bumi sendiri. Ini kerana, apabila hak melayu dirampas, melayu tidak lagi berhak untuk menuntut apa-apa yang telah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. Bahasa Melayu, Agama Islam, Raja-raja Melayu dan Hak Istimewa Orang Melayu akan diabadikan dalam muzium sahaja dan tidak lagi menjadi payung kepada Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2014 at 11:01 AM

@AnonymousTerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 11:46 AM

Kalo nak hapuskan hak melayu, sila hapuskan dulu PEMANDU dan MKPN. Ada bran ke ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2014 at 11:50 AM

@Anonymous? ? ?

Tak sama tuh... Pemandu atau MKPN cuma alat yang dicipta dan boleh dihapuskan bila2 masa oleh Najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 11:56 AM

Lembaga perumahan johor ditentang. RUU harmoni (konon harmoni) dibiarkan..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 12:36 PM

persoalannya kenapa najib biar liberal berleluasa dlm pentadbirannya, kita hanya akan jumpa satu jawapan. ini adalah hakikat kita kene telan selagi di bwh pentadbiran umno.

hampir hari2 perkembangan tentang bangsa kita semuanya yg buruk2 belaka. dlm hati pn kita tau akan ade lagi kes2 mcm ni tunggu nk jadi. bulan puasa n raya nnt? saya jamin akan ada org nk cari pasal. hari2 kita dlm defensive dan kemudian disalahkan dan dituduh cauvinis. xde hal pn. lgpn kita hanya difensive di blog. peringkat pentadbiran kita tiada suara tiada tindakan.

sampai bila kita nk tunggu dan duduk diam? kalau suara kita mendapat perhatian lain lah juga...

persoalan cepu emas: sampai bila?
tgk keadaan kita ni lesu je n pasrah. hidup segan mati pn xnak. :)


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 1:03 PM

bro ... inilah kebenaran kata katabkarpal singh.. malaysia bukan negara islam..... walaupun karpal dibenci oleh melayu tapi ada kebenaran katanya juga.... sebab tu boleh buat undang undang nak untuk kawal islam..... belum pun pas bentang hudud puak ni dah siap draf nak tutup islam(hudud) hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2014 at 1:08 PM

@Anonymoushmmmmm.... betul juga. Kalau diiluluskan kemudian timbul lagi usul hudud, mungkin ruu harmoni bakal jadi penghalang utama .. dituduhnya usul hudud menentang perlembagaan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 1:19 PM

Aplah lu orang, dah lama dah hak Melayu di mansuh atau di hilangkan sedikit demi sedikit yang mana antara nya juga disebabkan melayu itu sendiri. BBMB-Bank Bumiputra, KTM dulu Keretapi TANAH MELAYU macam macam lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 10, 2014 at 2:03 PM

1. Aku tetap kata Najib bodoh sebab hapuskan semua akta yang berjaya menjaga keharmonian negara ini. Akta Hasutan adalah salah satu daripadanya.

2. Jika dipinda untuk penambahbaikan boleh diterima lagi tapi apabila ia sesuatu yang baru yang melibatkan dan berkemungkinan menjejaskan perlembagan negara maka ia semestinya mendapat pandangan rakyat.

3. Kenapa tiada penyertaan Majlis Perundingan Melayu apabila membentangkan sesuatu rang undang-undang ? Malah jika ia melibatkan agama kenapa tiada satu pun agensi agama terlibat sama ?

4. Harap Utusan dapat siarkan di muka depan berkenaan isu ini. Biasanya bila Utusan keluarkan di muka depan sesuatu isu habis semua melompat! Hinggakan baru-baru ini RUU LPHJ pun perlu dipinda kerana berita diketahui oleh rakyat.



....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 2:26 PM

Sepatutnya pemimpin melayu harus mengkaji apakah perjanjian kontrek sosial ini dipengaruhi oleh rasuah ataupun tekanan yang melampau dari pihak pendatang kepada penjajah british.
Adalah amat hairan sekali bagaimana org melayu bersetuju dengan menerima ratusan ribu pendatang sebagai warganegara.
Atau adakah orang melayu tidak boleh hidup tanpa pendatang
atau orn melayu sememangnya bodoh....

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2014 at 3:15 PM

@Anonymoussaya rasa orang Melayu mudah percaya pada orang dan suka bersangka baik.

....................
Reply To This Comment ...................
June 10, 2014 at 3:33 PM

DT kalau dua badan ini sahaja terlibat, kita ' declare null and void '. Sepatut nya ia melibatkan semua Peguam Kerajaan, Badan Peguam Melayu termasuk Majlis Professor dan Peguam Syarie. Mesti bernaung di bawah Majlis Raja-Raja Melayu.

Kalau tidak, umpama tangan yang memegang mentimun dan pisau, mengikut suka sendiri hendak memotong ! Paling berbahaya akta-akta yang di gubal untuk RUU, di tulis cara tersirat... berlapis di rujuk bawah sub-sesyen itu...dan ini....

Semoga cendiakawan Melayu Bangkit !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 5:10 PM

Apakata marilah kita sama2 mengadu hal ini kepada PM.... tentu perkara yang sebegini serius akan mendapat pertimbangan beliau. Komen2 disini nampak membelakangkan PM... tak baik lah macam ni.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 5:13 PM

Sepatutnya kita perlu bersuara supaya MKPN dibubarkan samasekali... kerana ianya hanya menjadi alat untuk membunuh dan merobek maruah orang melayu. Tak sabar rasanya nak adakan demo stail ngo melayu kpd kerajaan pulak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 5:17 PM

Sampai bila melayu nak ditipu dan dipermainkan oleh puak2 liberal? Mereka ada disegenap sendi kerajaan... iaitu menteri, k3menterian, jabatan, pertubuhan, ngo, pemimpin politik dsb.... kepalanya ialah org no 1....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 7:20 PM

Bro Din,
Di dalam hal ini di mana peranan Majlis Raja-Raja Melayu kita. Adakah Raja-Raja Melayu pun suka jika keistimewaan orang-orang Melayu, hak Raja-Raja Melayu dan Agama Islam dikurang atau dihapuskan olej rang undang-undang ini. Mohon dapat ulasan dan pandangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 7:27 PM

si kitol anak omak talak munyi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2014 at 9:17 AM

bro din,

Tun M comment pasal rang undang2 yg bakal diperkenal. x mungkin lah najib xtau langsung.

http://chedet.cc/?p=1389

semua ini mestilah mendpt perkenan najib.

kalau kita baca yg ni maka kita faham kes mahu hilangkan bangsa dlm ruang rasmi dokumen kerajaan sebelum ni tidak dtg tanpa punca.

sumpah usaha memusnahkan hak bangsa bumiputera adalah sebenar2nya sedang berlaku dan sgt nyata seperti anda semua melihat isteri didepan anda.

lebih hebat lagi perkara seperti ni boleh berlaku dibawah hidung, kemungkinan besar dikelolai oleh org yg

kononnya presiden kepada parti org melayu terbesar !!!

org ini mahu memusnahkan hak bangsa kita, maka amatlah bodoh kita ni masih menyokong parti yg dikelolai sang liberal ini.


kalau dulu saya tanya di mana limit anda semua sebagai org melayu melihat pentadbiran liberal najib maka kalau ini tidak mencabar kesabaran tuan2 semua maka

ada masalah dengan jati diri anda semua !

dan x cukup jati diri tuan2 semua sekiranya hanya berkata2 di blog.

saya mahu kita semua war2kan perkara ini sehingga najib sendiri menjawab.

serah memorandum dan sebagainya. sebaiknya demand utk si liberal ini berundur! sesiapa yg ada contact harus bawa perkara ini. usulkan dan debatekan dlm parlimen. apakah ahli2 parlimen melayu kita semua x boleh diharap ?!


darah saya naik pertama kali dgr ruangan bangsa di dokumen rasmi mahu digugurkan. saya harap saya x keseorangan.

jgn jadikan isu ini seperti isu2 lain. besar implikasinya kali ini.

sekiranya tun M sendiri yg timbulkan isu ini maka pastilah besar kemungkinan ini adalah perkara benar.


nasib badan kita anak cucu kita kelak ada pada tgn kita. adakah kita bangsa yg hanya suka berkata x apa? atau mmg seperti kaum lain katakan pemalas sehinggakan nasib sendiri pn tidak mahu diubah !


Melayu hampa

Post a Comment