........... Mohon Kepastian - Adakah Sultan Selangor Setuju Keputusan Tutup Kes Peguam Negara ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mohon Kepastian - Adakah Sultan Selangor Setuju Keputusan Tutup Kes Peguam Negara ?

Friday, June 20, 20144comments

Merujuk kepada titah Sultan Selangor -

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) merujuk kepada pihak pendakwaan untuk memutuskan sama ada naskah Bible dalam bahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) perlu dipulangkan atau dilupuskan.
  
Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu perkara itu dilaksanakan mengikut proses dan prosedur perundangan sedia ada dan terpakai.

 
"Prosedur undang-undang menetapkan pelupusan barang kes yang dirampas semasa serbuan dan siasatan boleh dirujuk oleh pihak pendakwa raya kepada mahkamah bagi mendapatkan satu perintah sama ada perintah pelupusan atau perintah pemulangan," katanya dalam kenyataan di sini.


Beliau berkata titah Sultan Selangor adalah selaras dengan arahan di dalam minit yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara yang menyatakan "berhubung Bible Al-Kitab yang dirampas, pihak Jais diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut undang-undang"
.- Sinar @ Bernama.


Tuanku hanya menyebut soal alkitab yang dirampas samada dipulangkan atau dilupuskan dimana Tuanku mahu isu ini dirujuk kepada pihak pendakwa. 

Saya cuma inginkan kepastian sebelum saya komen lebih lanjut -

- Apakah pihak pendakwa itu merujuk kepada Peguam Negara ?

- Adakah ini bermakna keputusan Peguam Negara untuk Tutup Kes dipersetujui oleh Tuanku ?

Share this article :

+ comments + 4 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 6:24 AM

Daripada firasat saya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Sultan Selangor itu adalah bernada PLAYSAFE. Ini kerana semacam tiada unsur ketegasan atau kata-kata yang mempertahankan tindakan JAIS. Sebijik macam kenyataan PM yang suruh MAIS diskus ngan Peguam Negara. Akhirnya, semua kenyataan itu akan menjurus kepada menyalahkan JAIS kerana melaksanakan penguatkuasaan undang2 tanpa restu pihak berautori. Dalam kes ini pihak yang dimaksudkan ialah Peguam Negara yang mewakili pihak pendakwaraya. Jelas di sini seolah-olah Persatuan Bible Malaysia diberi imuniti khas untuk tidak dikenakan apa-apa tindakan selagi tidak mendapat keizinan Peguam Negara.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 7:33 AM

kita ade gov yg apolegetic dan x berguna. harapan rakyat sebenarnya pada raja2.

raja2 dan rakyat berpisah tiada.

mohon baginda jgn menjadi seperti kerajaan kita. mohon baginda bertegas kerana suara baginda adalah suara rakyat2 Malaysia, secara realitinya rakyat2 melayu dan islam.

playsafe hanya utk kerajaan yg tiada maruah dan keberanian. Baginda sultan sudah pasti bukan dr kelompok yg sama.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 5:24 PM

dan bersedialah dgn keputusan yg mungkin menyedihkan kita umat islam dimsia pada hari isnin ni. sekiranya benar telahan ni aku menjangka banyak lg kes2 yg akan melanda umat islam nanti, seolah diserang cancer, umat islam dimsia jadinya nanti, akan menunggu saat lemah dan lemah akhirnya hilang segalanya.

ini akibat pemimpin sendiri yg mementingkan kedudukan, mereka2 ini mendpt jaminan dan backup dr negara kuasa besar dunia, tawaran yg dtg adalah dr konspirasi yg memang diatur khusus utk negara ni, kemuncak penzahiran konspirasi ni adalah tragedi MH370 dan kedtgn Obama(yg ikut jadual dr awal lg). Jaminan ini berkisar dari penyerapan cara hidup yg dianjurkan oleh kuasa besar tu sendiri iaitu open society( yg dibawa kemsia oleh anwar), bila pemimpin kita sanggup menerima pengamalan hidup ni, maka langkah utk mengurangkan segala kelebihan Islam@melayu mesti dilakukan termasuk undang2 dan penghakiman.

pemimpin yg sayangkan dunia dan kedudukan mereka terpaksa menerima tekanan yg diberi oleh kuasa besar ni, matlamat kuasa besar US mesti tak lari utk menekan serta menghapuskan Islam dlm peta dunia@ baca pengamalan cara hidup Islam. bila pemimpin kita terima maka anwar dah tak bermakna lg bg kuasa besar( sbb tu kita lihat media2 barat mula menghentam anwar)

jadi ingat muhyidin ingat la hishamudin, ingat hishamudin ingatla MH 370!!

tuan2 kita semua dlm penrcaturan kuasa besar@dajal, apa yg kita dok bising dn perjuangkan ini adalah tanda bahawa itulah yg dikehendaki oleh US@dajal, yg kita dok hadapi adalah proxy2 dn ejen2 mereka saja, semuanya dh lengkap diatur.

Hanya percaturan mengatasi segalanya.

drp'

"aku" yg mohon dijauhkan dr segala sihir dan santau.

wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 20, 2014 at 10:16 PM

Orang Islam dan Melayu harus menerima hakikat ,walaupon negara ini negara nenek moyang mereka , sebenarnya jumlah majority dan kuasa politik yang nampaknya ditangan mereka tidak mejaminkan mereka berkuasa menentukan hak mereka dan kehendak mereka.

Mereka kena membiasakan diri sebagai bangsa yang merayu untok mendapat pertimbangan dari yang berkuasa, bukan melaksanakan kuasa.

Dah nasib Melayu begitu ,nak buat macam mana ?, kita yang mencorakan diri kita.
Dalam pemilihan puchok pimpinan UMNO yang lalu ,orang Melayu telah menang sorak.
Inilah yang dikatakan ,menang sorak ,kampong tergadai.

Post a Comment