........... Malaysia Negara Islam Dan DiKuasai Orang Melayu ..... Hanya Pada Nama ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Malaysia Negara Islam Dan DiKuasai Orang Melayu ..... Hanya Pada Nama !

Thursday, June 19, 201416comments

MALAYSIA Negara Islam ?
Dalam berdepan dengan kemelut Peguam Negara vs Mais/Jais dalam isu rampasan alKitab, kita juga dihebuhkan dengan isu persoalan apakah negara Malaysia ini sebuah negara sekular ? 

Jawapan yang tegas diberikan -


Juga baca penjelasan oleh Jamil Khir kenapa Malaysia bukan negara sekular ( Sinar @ Bernama ) -


"Kedudukan ini dizahirkan lagi dengan adanya peruntukan-peruntukan lain yang menjaminnya, antaranya Fasal (4) Perkara 11 berkenaan penyekatan pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam kalangan penganut agama lain oleh undang-undang negeri atau persekutuan. BLA BLA BLA ....


Setakat CAKAP jer ..... semua orang boleh.

Malaysia Negara Islam !

Hak Istimewa Melayu di kunci kemas oleh Perlembagaan !

Negara dikuasai oleh orang Melayu !

Tapi kenyataannya, apa yang berlaku di depan mata, apa yang sering kita dengar dan baca .... buat saya tertanya2 ... BENARKAH apa yang didakwa ?

Nama saja Malaysia negara Islam tapi ......

Jawatan saja dipegang oleh orang Melayu tapi ......

BUKTIKAN !

BUKTIKAN Malaysia ini masih negara Islam dan dikuasai oleh orang Melayu !

PS - Saya dah malas nak berdebat ....saya cuma nak lihat pemimpin2 Melayu yang ada BUKTIKAN apa yang dikata atau anda semua sekadar pemimpin yang TAK BERMARUAH dan WAJIB di gantikan !

Share this article :

+ comments + 16 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 4:55 PM

Jika pemimpin liberal tidak disingkirkan dari umno, melayu akan terus mundur, merintih, mengemis bantuan kerajaan dan merempat di tanah air sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 7:50 PM

melayu sudah hilang jati diri, demi keuntungan politik, mereka jadi opportunis yg mementingkan diri bukan bangsa dan agama. moga muncul pemimpin yang bertegas, hati kering demi memartabatkan dan menyelamatkan maruah melayu islam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 8:43 PM

Kadangkala bangsa Melayu saperti kera mendapat bunga. Segalanya telah diberikan kepada bangsa Melayu malahan di ikat kemas dalam perlembagaan. Masaalahnya ialah pemimpin Melayu itu sendiri. Kebanyakan orang Melayu tidak tahu dan tidak faham berkenaan “hak keistimewaan orang Melayu”. Ada diantara mereka tak ubah saperti burung kakak tua dan bercakap hanya mengikut apa yang diajar. Sebagai pemimpin Melayu sewajibnya memberikan kefahaman kepada setiap orang Melayu. Kenapa mesti takut atau malu untuk memberitahu sedangkan ianya sudah pun termaktub dalam perlembagaan?

Disebabkan itu ramai bangsa Melayu berasa megah dan bangga dengan “hak keistimewaan” tetapi tidak pun faham. Disebabkan itu juga ramai orang Melayu telah menyokong parti pembangkang kononya ingin menubuhkan kerajaan rakyat. Pemimpin UMNO lebih ghairah mengutamakan parti dari memperjuangkan HAK. Sekali sekala akan kedengaran kononya mereka perjuangkan bangsa Melayu.

Dalam soal Negara Islam, apalah gunanya dan apa yang ada pada nama kiranya tidak benar benar dilaksanakan. Untuk menyedapkan pendengaran dan memberitahu bangsa Melayu bahawa Islam masih lagi menjadi agama Negara. Kalau tak cakap pun ramai juga bangsa Melayu dah tahu tapi tak faham kenapa susah sangat nak dipraktikkan? Walau pun lapar, perut tak akan kenyang kiranya tak makan.

Kalau Jamil Khir dah tau Malaysia sebuah Negara Islam, kenapa pula Islam dicabar dan dihina hari demi hari? Kenapa dibiarkan orang bukan Islam masuk campur berkenaan agama Islam dan pengurusanya? Kalau setakat bercakap, ramai lagi mereka yang lebih bijak dan pandai bercakap. Mereka mereka yang sentiasa bercerita dikedai kopi lebih handal dan bijak. Pemimpin UMNO hari ini sudah terlalu ketara lebih berkepentingan peribadi dari Islam itu sendiri.

Saya juga berpendapat, agar pemimpin yang ada sekarang bersikap jujur. Jujur kepada diri sendiri and jujur sesama umat. Kiranya sudah kehilangan hala kemana arah hendak dibawa agama, bangsa dan negara, lebih baik berundur. Lakunan kamu semuanya telah ditonton oleh bangsa kamu sendiri dan tidak langsung menampakkan keaslianya. Hak keistimewaan Melayu usah disimpan didalam peti berkunci saja, nanti dimakan lipas. Keluarkan dan laksanakan. Berapa lama lagi hendak ditunggu untuk membolehkan bangsa Melayu merasakan dihargai sebagai BUMIPUTRA/PRIBUMI yang sebenar benarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 8:45 PM

@Anonymous

kalau yang berwajib menyingkirkan juga liberal, macamana tuh?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 8:48 PM

@Anonymous

selagi itulah pemimpin nombor satu, maka mintak maaflah, tak akan timbul sesiapa pun yang punyai jati diri.

....................
Reply To This Comment ...................
June 19, 2014 at 9:27 PM

Munafik dan sekUlar(Blog JR) - Malaysia menuju negara Melayu Islam sifar 2020.

Jika cara ini di amalkan, berjaya lah agenda musuh-musuh Islam. Melayu itu tiada masaalah. Senang di pengaruh dan di beli....

Aqidah dan Keimanan kini di paksa bercerai !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 9:35 PM

Tuan Din

Politik Jam.ban. semua ni.
Nak soal ini soak itu apa nak buat. Memang peruntukan Perlembagaan Persekutuan dah ada. Jangan BIAR dan BENARKAN perkara asas PERLEMBAGAAN dipolitikjambankan. Cari Nahas. Apa kerja orang-orang kita undi ni. ? Tak cukup ORANG MELAYU dalam Malaysia nak mengakkan kebenaran ke ?

Di Malaysia ni kita ada MP MP Melayu yang tak mahu melawan kepala kerajaan yang cuai. Kita ada Melayu yang bersungguh-sungguh nak kembali kepada zaman Melayu kena jajah. Bala ni semua. Dajal Dajal yang telah memecahbelahkan orang Melayu: hadi awang, anwar Ibrahim. Yang lain ni askar Dajal dua ekor ni. Dua ekor ni dah dah endorse. Kerana gilakan kuasa. Kuasa untuk menyeleweng seperti yang diajar university umno.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
June 19, 2014 at 10:42 PM

Siapa yang layak dilantik menjadi PM kini wajib diserahkan secara mutlak kepada rakyat untuk tentukan. Ahli-ahli UMNO gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dalam soal memilih dan melantik pemimpin yang layak di pilih menerajui tampok pemerintahan. Sistem pilihanraya harus ditukar. Dua pemilihan wajib di buat.

1. Pemilihan wakil rakyat di parlimen.
2. Pemilihan PM Malaysia.

Tidak adil sekiranya hanya ahli UMNO yang berhak menentukan siapa yang jadi PM. Jumlah mereka terlampau kecil dan tidak dipercayai kewarasan pemikiran mereka. Biarkan ahli UMNO memilih siapa presiden mereka tetapi bukan siapa yang bakal jadi PM Malaysia.

Bro Din dah bosan nak berdebat. Aku pula dah bosan dengan UMNO dan pemimpinnya. Kepercayaan aku terhadap UMNO dah terhakis selepas PAU yang lepas. Bagaimana ahli UMNO boleh menjulang pendokong pahaman liberal dan dalam masa yang sama mengharapkan puak liberal memperjuangkan Agama, Bangsa dan Tanahair. Puak liberal ini bukan saja membuka laluan kepada bangsa lain tetapi mereka juga membuka laluan kepada agama lain. Lihat saja setiap kali isu agama Islam timbul, maka pemimpin UMNO akan tenggelam. Tidak akan kedengaran suara mereka. Bila isu agama lain timbul dengan pantas pula pemimpin UMNO tampil membela.

Berikan hak kepada orang Melayu yang rata-ratanya Islam bagi memilih atau menolak untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam dan dikuasai oleh orang Melayu. UMNO bukan lagi tonggak pejuangan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia. Mereka hanya sebuah parti politik yang hauskan kuasa dan memperjudikan Islam dan Melayu asalkan kuasa masih jadi milik mereka. Rakyat jelata adalah pejuang Islam dan Melayu yang sebenarnya.

P/S : PAS tidak aku sentuh sebab PAS bukan kerajaan yang memerintah. Lagipun PAS memerlukan kebenaran dari DAP untuk buat sesuatu perkara. Buang masa bercerita mengenai mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 6:11 AM

Sama ada pas atau umno, kedua-duanya tak boleh harap untuk menjaga melayu. Apa tidaknya, perasaan orang kafir lebih dipentingkan daripada perasaan umat Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 10:10 AM

Najib perlu singkirkan KJ dan beberapa lagi watak2 sekular dlm UMNO sert adlm Kerajaan seperti Peguam Negara. Keadaan negara sekarang semakin parah dan tidak selesa duduk lagi kerana Najib gagal menjadi pengawal yang berkesan keatas masalah2 berat berkaitan Islam, Melayu yang termaktub dlm Perlembagaan.

Kita rasa tidka tenteram dan 'selamat' lagi dlm negara yang mengakui sebagai Negara Agama Rasmi Islam tapi penghinaan dan pencabulan pd Islam dan bangsa peribumi berlaku dengan ganas.

Kenapa Najib buat2 tidak kisah dengan isu2 berat ini? KJ dikatakan bakal pelapis PM oleh Najib, apakah UMNO sengaja mengkhianati pengundi Melayu Islam yg menyelamatkan UMNO BN dr kemusnahan PRu13.. tp ini yg dibalas oleh pimpinan UMNO (kecuali Dato Jamil Khir yg banyak melakukan usaha pada pembangunan Islam yg sebenar) terutama Najib Razak.

Najib terlalu lemah dan lembik dalam tindakan dan sistem penyampaian sehingga rakyat jd gelisah. Seperyi mana Najib berbohong dan tidak bertanggungjawab dlm isu MH370, begitu juga dengan isu2 penghinaan pd Islam dn Melayu.

UMNO memang tak sedar diri dan perlu dihukum sebenar2 hukuman. PRu12 lalu tidak mengubah pemimpin UMNO dr mempunyai watak pejuang Islam dan Melayu

Najib dgn retorik bohongnya bercakap soal Islam dn melayu tp hanya sekadar kosmetik. ISA dihapuskan seperti sengaja Najib mahu puak2 pembangkang dan perosak ini di beri ruang bebas.

Siapa lg yang kita nk harapkan?

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2014 at 10:26 AM

singkirkan yang liberal oleh siliberal jugak. lepas tu penggantinya tetap liberal, pehhh...mampos.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 10:51 AM

Aslm'kmwrbt Insya Allah bgi skalian Melayu yg semestinya Muslim (dlm perlmbgaan ) serta seluruh Muslimn/mt Insan & Jin d mana sja. Antara keWajiban kita> Sentiasa dlm baca AlQur'an hingga betul baik/ belajar AlQur'an juga usaha sendiri timba ilmu & hikmah drp AlQur'an dng berterusan membacaNya serta pelbgai Tafsir dprNya hingga bercahaya dlm diri kita dng faham serta Yaqin & barulah bersedia berhujjah & menghayatiNya dlm seluruh hidup sbg Ibadat sesuai ayat5 Surah AlFatihah>KpdMu Ya Allah kami 'abdikn diri ( bukan sembah sebab kalimah itu jelas bukn sembah tapi 'abdikn diri/ banyk tafsir yg lari dpd matlamat kalumah yg terpampangdlm ayat. Kewajiban Ulama menyampaikn drp Allah & RasulNya. Sebab itu dlm menyampaikn AlQur'an& Hadith elok d baca teks asal. Malah Hadith d tambah dng sumber. Lepas patut cerita sejarah penghayatan. Lepas tu pandangn2 elok dpdnya. Pndngn ulama penyesat pun ada boleh d bawa tapi dng label kenapa merosakkn. Demikianlah ayat 5 Surah AlFatehah ini. Tiap yg benar ada hujjah> DlmAlQur'an> NabiMuhdSaw d bahasakn sbg 'abdiAllahSwt/ Juga AllahSwt Beli Diri & harta org yg berjihd. Jadilah dia 'abdiAllah. AlFatehah ayat6> Tunjuki kami Ya Allah keJln Istiqamah ( Yg berterusan baik & bertambah baik/ bukan Jln lurus. Kalimah tu jelas. Inilah masaalah penyampai ( Ulama/ Perlu sampaikn makna kalimah itu. Huraiannya letak dlm kurungn. Banyk saya lihat Tafsir yg tersalah dlm bab ini. Dulu Bismillah=Dng Nama Allah Maha Pengasih Penyayang. Lalu d tepatkn lagi=Dng Nama Allah Maha Pemurah lagi amat Mengsihani/Penyayang. Demikianlah ilmu & kebenaran terus dsingkap selagi kita mahu membuka diri utk terima Hidayah Taufiq Allah barulah boleh harap dpt Rahmt RedzaNya Berhati2 dlm Islam pun ada 72 kesesatan macam Yahudi & Nasara. Cari yg 1 benar & murni dng dalil & hujjah. Dlm AlQur'an AllahSwt Ajar kita kenal sesuatu melalui nama & sifat hatta Allah itu sendiri. Dlm AlQur'an dnyatakn sifat Muslim, Mu'min, Siddiqin, Muhlisiin, Juga yg Kufur, Fasiq, Munafiq dll. Cukup dulu hujjah asas kpd Islam & seterusnya. Muslim yg berilmu, yaqin dlm beramal merupakn benteng bagi Agama dng seluruh dirinya serta dpt Bantuan AllahSwt Insya Allah. Tentang Hadith baca berterusan kitab2 induk Bukhari, Muslim., Tarmizi. Hadith Bukhari #1 sebab apa drp itu sja d sampaikan, Hadith Muslim #2 mungkin sebab ada sikit2 komen tambahan? Tapi Hadith Tarmizi #3 sebab semua ada perbahasan? Tapi tetap hebat sebab bahasnya terbuka tanpa dia cuba mempengaruhi pembaca, terserah kpd kebijaksanaan masing2. Itulah perinsip berbeza pebdapat cuma dng fakta & hujjah. Lepas tu terserahlah moga Allah Tunjuk Jln. Kitabnya banyk jilid. Apa makna berguru? Bgaimana guru Mursyid (Pembimbing) Nama nya dah Pembimbing> makna guru bukn sekadar berceramah/ dia bersoal jwp bincang dng murid/ dia ambil berat perihal perjalanan hidup; ilmu & amal murid/ Malah murid d beri Il.u dng Amanah ie Tugas tertentu & dia terus membimbing. Hatta susah payah d lalui murid & guru sama merasa. Mimpi serta naluri murid & guru boleh d kongsi & d bincang. Dah terjumpa kah guru Mursyid serta muridnya yg setia & Amanah. Sekian dulu. Ambil lah apa ygbermanfaat. Pemimpin lahir drp Jemaah. Jika Jemaah bodoh maka yg paling kurang bodohlah d lantik memimpin???? Mohon ampun drp AllahSwt, NabiMuhdSaw, Muslimin/mt serta sekalian mahluk; bukan niat nk sakiti menghina ikut nafsu jahat? Mahasuci Allah, segala puji syukur kembali kpdNya. Solawat Salam Keberkatn drp Sisi Allah d pohon bagi NabiMuhdSaw serta sekalian mahluk yg Baginda ingat & kasih; juga bgi sekalian mahluk yg sentiasa ingat & kasih akn Baginda. Kita sentiasa beratubt kembali kpd Allah & sentiasa mohon Ampun, Rahmt RedzaNya. Amin Ya Allah Ya Rahmn Ya Rahiim.

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2014 at 11:26 AM

Aslm'kmwrbt InsyaAllah bgi sekalian Muslimin/mt Insan & Jin sentiasa mohon/ usaha agar Allah sentiasa Bimbing Bantu kita dng Hidayah TaifiqNya serta Keberkatan panduan NabiMuhdSaw utk melaksanakn segala AmanahNya agar berkekaln dlm Rahmt RedzaNya. Ulama dulu beserta Raja2 & Umno Alhmdulillah berhasil dng suatu asas yg mantap walau pun berhadapan dng penjajah dpt Merdeka berhikmah dng Perlembagaan yg terbukti amat mantap d atas premis MelayuRajaIslam. Sbg Insan biasa tentunya mereka melalui salah silap sana sini. Sama2 kita bergerak dlm pelbgai kelompok/ pasukan yg sebenarnya saling memperkuat satu sama lain dlm mamelihara segala Amanah Bangsa Negara dlm Islam sejati hingga keperingkat Global. Tiap kelompok misal Umno/ Isma/ Perkasa dll apa sja asalkn ada visi akhir sama ie Utk keluarga besar Melayu, tegakkn negara Islam Msia/ Nusantara dlm melaksana Amanah Allah dlm AgamaNya Islam utk seluruh Insan & Jin. Insya Allah akan jelas bagi kita mengenali sahabat/ musuh/ bakal sahabat & bakal musuh. Sekian dulu moga bermanfaat dng Hidsyah Taufiq AllahSwt d atas Syariat NabiMuhdSaw utk kekal dlm Rahmat RedzaNya. Mahasuci AllahSwt segala puji syukur kembali kpdNya. Solawat Salam Keberkatan drp sisi AllahSwt d pohon bagi NabiMuhdSaw serta sekalian mahluk yg Baginda i gat & kasih; juga bagi sekalian mahluk yg sentiasa ingat& kasih akan Baginda. Kita sentiasa bertaubt kembali kpd AllahSwt dlm memohon keampunanNya, juga keampunan drp NabiMuhdSaw, juga keampunan sesama Muslim serta keampunan drp sekalian mahluk. Amin Ya Allah Ya Rahmn Ya Rahiim

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2014 at 11:27 AM

Lambatnya nak d siarkn?

....................
Reply To This Comment ...................
June 20, 2014 at 12:31 PM

@MutiaraUmmahPrSvsaya ada kerja lain juga :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 1:44 PM

Dah banyak komen kecewa dgn prestasi Najib, masalah nya dia tau ka ramai orang makin tak suka kat dia, tengok dia cool saja..

Post a Comment