........... KEMASKINI - MAIS Dan Pembela TOLAK Ketetapan Peguam Negara Tutup Kes Jais@alKitab. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KEMASKINI - MAIS Dan Pembela TOLAK Ketetapan Peguam Negara Tutup Kes Jais@alKitab.

Saturday, June 14, 201411comments

ALHAMDULILLAH ..... Walaupun isu Peguam Negara Tutup Kes Jais Rampas AlKitab TIDAK MENDAPAT PERHATIAN MEDIA SOSIAL ( atas sebab2 yang mereka saja tahu ), ternyata masih terdapat pihak2 yang tetap dengan pendirian untuk tidak berganjak dari Kebenaran dan bertegas untuk mempertahankan maruah dan kesucian Islam di negara ini.

Pihak MAIS ( bos kepada Jais dan menjawap terus kepada Sultan Selangor ) mengambil keputusan untuk MENOLAK keputusan Tutup Kes yang diambil oleh Peguam Negara kerana alasan yang digunakan boleh mengelirukan akidah umat Islam.

Alasan Peguam Negara - "Keterangan menunjukkan buku-buku yang dirampas adalah Bible dalam versi Bahasa Malaysia dan Alkitab Berita Baik adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian,"



Ketetapan MAIS ini selari dengan pendirian PEMBELA yang tampil membuat laporan Polis atas isu yang sama -

Pihak PEMBELA mendapati keterangan ini jelas becanggah dengan aqidah Islam dan hukum Syarak kerana beliau menyifatkan Bible Bahasa Melayu yang JAIS rampas itu adalah sama dengan Kitab Injil, Taurat dan Zabur. Sedangkan pada akidah Islam dan hukum Syarak yang sebenarnya kitab-kitab suci yang Allah SWT wahyukan kepada Rasul-RasulNya bukan sebagaimana yang terkandung dalam Bible yang menjadi objek rampasan. Ini adalah merupakan satu dakwaan palsu oleh Peguam Negara yang dilihat cuba memesongkan ajaran sebenar Islam..

Hujah bersandarkan istilah INJIL sebagai merujuk kepada Bible ( alkitab ) yang dirampas. - KLiK.



Beliau juga menegaskan bahawa majlis itu membuat ketetapan tidak bersetuju dengan arahan exco kerajaan negeri Selangor supaya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan kitab Bible yang dirampas kepada BSM.

"PIhak MAIS juga menegaskan bahawa keputusan exco kerajaan negeri Selangor tersebut adalah di luar bidang kuasa mereka," katanya.
- Mkini.




Saya sokong pendirian MAIS dan PEMBELA dalam isu ini .... kerana ia melibatkan isu akidah dan jika penjelasan tidak diberikan, ramai umat Islam akan menerima buta bahawa kitab2 Injil, Taurat dan Zabur yang asli masih wujud (!).

Sekadar menyuarakan pandangan sikit.....  Saya baca kenyataan dari Peguam Negara itu sebagai merujuk kepada buku2 yang dirampas itu sebagai kegunaan penganut Kristian saja.

Pemilihan istilah INJIL itu mungkin dibuat tanpa niat ( atas dasar ketidakfahaman akan impaknya ) dan besar kemungkinan istilah itu ditarik balik dan ditukar untuk tidak menimbulkan kontroversi. Jika itu dibuat, bagaimana dengan pendirian MAIS dan PEMBELA ?


Sayugia ditekankan juga bahawa rampasan alKitab itu adalah kerana mengandungi kalimah Allah dan ini bersesuaian dengan Enakmen Syariah yang melarang perkara itu. Ada saya tulis di artikel sebelum ini - KLiK.

KEMASKINI 4:45pm -

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2014 at 3:09 PM

Semoga MAIS lebih bertegas. Apa jua JAIS lakukan menegakkan Syariah dan menebus kembali maruah Islam mesti di pertahankan.

Isu ini bangkit dari politik tahap longkang. Jadi kenapa MAIS membiarkan Agama Islam di cabar sesuka hati ? Lebih-lebih lagi dari kafirun harbi yang tidak tahu Roh Islam itu bagaimana. J

Jika pihak Kristian mengambil sikap berkecuali seperti sebelum nya dari pengaruh politik Dap, semua ini tidak terjadi. Anutan mereka TIDAK pernah di kacau Umat Islam. Hormati muhibbah yang lama terjalin.

Harap DT semak akta-akta lain yang menghina dan mencerca Agama, Individu dan kumpulan yang suka menghina dan menarafkan agama ( terutama Islam ) selain Akta Hasutan atau seumpama nya, tindakan yang boleh di ambil. Kemudian denda yang di kenakan.

Apa yang kita lihat, banyak lompang bukan Islam itu terlepas begitu sahaja. Atau denda yang ala kadar di mana mereka tidak akan serik melakukan provokasi yang lebih ekstrim. Selalu nya orang Islam sendiri yang di kenakan tindakan.

Thailand amat keras hukuman nya bila Raja mereka di permainkan. Malaysia cuma berdiam diri.

Berpuluh Lapuran Polis seolah nya tiada makna langsung. Balik kepada Islam itu sendiri di jadikan kambing hitam. Keoercayaan rakyat menjadikan pihak berkuasa itu begitu lemah sekali. Malah kes yan di kaji Peguam Negara tiada penamat nya yang menjadika rakyat lebih peka dan berhat-hati.

Kita sokong Akta Hasutan berfungsi semula. Penambahbaikan dari segi mendakwa penjenayah memang perlu kecuali mereka secara terang memudaratkan negara dan rakyat. Ekstremis Islam di cari dan di tangkap. Ekstremis bukan Islam/melayu seangkatan bagaimana pula ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2014 at 3:20 PM

Salam Tuan Din,
Terima kasih atas laluan...

Utk persoalan yang Tuan Din tinggalkan pada ruang komen dan penulisan di atas, telah diberikan respons pada pautan di bawah ..

http://www.bangkit.info/2014/06/laporan-polis-pembela-desak-peguam.html

Terima kasih atas pandangan.

Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan dunia dan akhirat. Amin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 3:54 PM

Saya kira sudah sampai masanya, demi menjaga maruah agama, bangsa dan Negara, ada pehak pehak yang berani mempertahankanya. Saya lihat hari demi hari sudah menjadi kalut dengan fahaman yang berbeza. Syabas MAIS dan sekalung tahniah saya sampaikan keatas tindakan yang dibuat. PEMBELA diharapkan dapat meneruskan pembelaan keatas agama, bangsa dan raja raja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 4:03 PM

UMNO mempunyai 2 tapisan jika ingin mendakwa atau menyaman pihak-pihak tertentu...

Pertama : Peguam UMNO

Kes kemungkinan akan dianggap selesai apabila pihak lawan mintak maaf.

Kedua : Peguam Negara

Kes kemungkinan akan ditutup.

Masalahnya, jika Peguam Negara tidak boleh diharapkan untuk menjaga martabat dan kesucian Agama Islam, bagaimana kita nak mengharapkan si penjolok sarang tebuan ni untuk didakwa di mahkamah ? Bagaimana jika terdapat beratus-ratus atau beribu laporan polis, tapi akhirnya kes dibuang begitu sahaja. Di manakan maruah Islam yang dikatakan sebagai agama persekutuan. Nampaknya, kita perlukan Peguam Negara yang baru dan aku ingin mencadangkan calon yang terbaik dan paling layak iaitu Tan Sri Shafee Abdullah. Siapa sokong, sila angkat tangan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 4:40 PM

Anonymous June 14, 2014 at 4:03 PM

Saya Sokong, Say angkat Tangan dah Nie.. Tapi awak nampak ke tak?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 6:56 PM

Salam Din,
Dengan perkembangan terbaru ni, maka kita orang-orang Islam sudah tidak lagi boleh harap kepada pemimpin-pemimpin politik Islam sama ada dari parti pemerintah atau pembangkang untuk mempertahankan kesucian agama Islam dan akidah umatnya di Malaysia.
Saya rasa kini sudah sampai masanya tugas mempertahankan kesucian Islam dan penganutnya di Malaysia diserahkan sepenuhnya kepada para ulama di Majlis Agama Islam Negeri yang dilantik oleh Raja-Raja Melayu dan juga yang menerajui NGO2 Muslim yang banyak sekarang ini. Mudah-mudahan keberanian mereka memperjuangkan Islam akan dapat menyelamat umat Islam dari terjebak dengan dakyah dan manipulasi gereja2 kristian ini.

....................
Reply To This Comment ...................
June 14, 2014 at 8:15 PM

makin lama makin layu...jalan pun makin longlai..tapi tak semua..cam pokok bunga yg aku tanam,dah lama tak siram dan tak jaga..lebih lalang dari pokok bunga aku..huhuhuhuhhuu.. skang nh lalang dah ku tebas..tanah dah ku gembur.baja dah ku bubuh..siram ikut jadual... ru nampak hidup skit..pas nh aku kena maintain rutin yg sama lah...taknak bagi lalang2 naik..lalangkan musuh tanaman..pokok bunga hilang seri lau lalang ada kat sebelah..heheheeeee

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 8:26 PM

@Anonymous

benar kata kamu. pemimpin Melayu baik dari parti politik mana sekali pun dilihat lebih pentingkan undi dari agama dan bangsa.

saya tidak terperanjat selepas ini MAIS dan NGO Islam akan diserang. pendekata mereka semakin galak bersuara menentang dan meminta manakala pemimpin Melayu akan terus menerus mendiamkan diri.

nampaknya kenalah sokong NGO Islam pulak lepas ni. UMNO dah lemau dan dah masuk angin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 8:28 PM

@Anonymous

senyap jer tuh, kira nampaklah agaknya. tapi kamu kat mana tuh? jangan pulak kamu sedang menuntun perlawanan bolasepak, manalah nak nampak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 9:54 PM

@khairul nizam

lalang yang itu senang dimusnahkan, tapi lalang yang ada dalam UMNO ni nak buat macamana?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 10:09 PM

SYUKUR ALHAMDULILLAH di atas KEBERANIAN PEMBELA/MAIS mempertahankan ISLAM/umatnya, apalagi ISLAM/umatnya sebenaqnya mahu diHAPUSkan terus dlm. GENOSID, oleh MUSUH-MUSUH ISLAM, yg. diketuai ZIONIS-JAHANAM, di seluruh dunia, termasuk di Tanah Melayu PUSAKA nenek moyang kita ini!

Dah tiba masa NGO-NGO ISLAM/Melayu buat repot kpd. MAIN dan polis dgn. lebih AGRESIF, kat mana-mana individu/ahli politik/hakim/peguam, terutamanya puak si PENDATANG KAPIRDAJAL yg. makin KURANG AJAQ MENGHINA ISLAM/umatnya; yg. jelas melanggar UTAMAnya, undg-undg SYARIAH dan berikutnya, Perlembagaan Persekutuan, termasuk nak masuk campur Hukum ISLAM! Dan dah tiba masanya penggubalan dibuat supaya undg-undg SYARIAH/PERSEKUTUAN boleh MENGHUKUM mana-mana si KAPIRDAJAL yg. MENGHINA ISLAM/umatnya, kat NEGARA ISLAM ini!

Lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg.membuktikan tentang MAIN di bawah kuasa DYMM YDP/Kesultanan Melayu sbg. Ketua/Penjaga Agama Islam, lebih berkuasa dari K'jaan negeri mengikut Perlembagaan Persekutuan pun! Dan artikel yg. sungguh BERNAS ini juga membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu (Executive Monarchy - walau tidak mutlak) dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “Hiasan/Simbol Adat“ (Ceremonial Monarchy), terutamanya dlm. MEMPERTAHANkan ISLAM/umatnya – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) – lihat di https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ , Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam , Haji Mahamad Naser bin Disa[1], 7 April, 2012!

Dan lihat bagaimana YAB Ayahanda Tun sendiri telah MEMERTABATkan kuasa Mahkamah Syariah dlm. Perlembagaan Persekutuan, dari genggaman MUSUH ISLAM, yg. begitu galak menggunakan undg-undg sivil si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS, utk.menjatuhkan KEDAULATAN ISLAM dan hak umatnya di NEGARA ISLAM ini - di
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0223&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm:

Jangan usik perkara 121 Perlembagaan

Oleh ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

23/02/2012

MUTAKHIR ini terdapat usaha sesetengah ahli politik khususnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang mahu mengembalikan kuasa mahkamah sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan sebelum tahun 1988.

Pada tahun 1988 Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan memasukkan perenggan 1A. Perenggan 1A ini mengehadkan Mahkamah Sivil tidak boleh mencampuri perkara-perkara yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Cadangan pindaan tersebut sebenarnya dipelopori oleh Allahyarham Prof. Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim yang menyaksikan terlalu banyak campur tangan Mahkamah Sivil terhadap keputusan Mahkamah Syariah.

Campur tangan ini telah merendahkan Mahkamah Syariah dan meletakkan ia tertakluk kepada Mahkamah Sivil.

Pindaan yang dicadangkan sendiri oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad bertujuan memartabatkan mahkamah syariah.

Ia juga bertujuan membebaskan Mahkamah Syariah daripada belenggu Mahkamah Sivil.

Hal yang demikian amatlah logik kerana Mahkamah Syariah membuat keputusan berdasarkan jurisprudensnya sendiri yang berpaksikan kepada sumber-sumber hukum Islam manakala hakim Mahkamah Sivil pula tidak terlatih di dalam hukum Islam.

Perenggan 1A kepada Perkara 121 menyatakan mahkamah sivil tidak mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang terjatuh di bawah bidang kuasa mahkamah syariah.

Mahkamah sivil tidak boleh mengenepikan, menolak, mengakas ataupun tidak menghiraukan apa-apa perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah syariah.

Oleh yang demikian Mahkamah Syariah telah dikeluarkan daripada kekuasaan Mahkamah Sivil.

(TERUSkan MEMBACA....)

Makcik Sambal Belacan.

Post a Comment