........... KJ Dan Najib Boleh Bergurau Senda Soal MC, Kenapa Tidak Boleh Bersuara Dalam Isu Peguam Negara-MAIS ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

KJ Dan Najib Boleh Bergurau Senda Soal MC, Kenapa Tidak Boleh Bersuara Dalam Isu Peguam Negara-MAIS ?

Monday, June 16, 20147comments

OOoooooooo...... bergurau senda macam di bawah ni boleh ya .....


Tapi dalam kes penting dan sensitif macam di bawah ni ...... dua-dua pakat senyap ! ?


Mungkin ada yang melihat isu dari sudut sempit politik dan menganggap perkara ini adalah masalah negeri Selangor, maka kerajaan Negeri Selangor la pandai2 selesaikan.


Maaf saya tidak setuju. Bagi saya ini adalah satu test case yang mana apajua penyelesaiannya bakal beri impak kepada seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia secara umumnya.


Jika Enakmen Syariah Negeri Selangor boleh diperlekehkan begitu saja, perkara yang sama juga boleh berlaku dinegeri2 lain yang punya Enakmen yang sama. Kes di Selangor ini akan dijadikan sebagai satu precedent oleh mahkamah !

Tidak mustahil malah saya yakin 100% yang pihak gereja akan melambakkan alkitab yang sama ke seluruh pelusuk negara jika kali ini mereka terlepas. Enakmen tak Enakmen .... tak jadi apapun.

Semuanya berpunca dari 10 Point Solution .....

Jika ada pihak yang kata 10 Point Solution itu OK cuma ia disalahtafsir oleh pihak2 tertentu, maka cuba tafsirkan apa yang Najib sendiri cakap bulan Februari lalu semasa cuba meleraikan polemik isu yang sama -

"Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri. Kalau negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak," 

KJ juga ada berkata - Tentulah 10 perkara itu tidak boleh mendahului undang-undang negeri.

1 - alKitab yang dirampas Jais mengandungi kalimah Allah.

2 - Rampasan berlaku di Negeri Selangor

3 - Negeri Selangor punya Enakmen ( Undang2 negeri ) yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam alKitab


Jadi jelas di sini yang JAIS dan MAIS punya kes. Sementara Peguam Negara pula jelas tidak menghormati Enakmen dan melanggar kata Najib ..... dan KJ ! Peguam negara mewakili siapa ?

Makanya saya mohon kepada KJ dan Najib - TWEET la ! TWEET la !

Bertegas lah sikit wahai Najib ! Tak kisah lah nak sokong atau nak hempuk Peguam Negara, sekurang2nya kita tahu pendirian kerajaan pusat.  

PS - Tahniah kepada Ketua Pembangkang Selangor Datuk Shamsudin Lias kerana menyokong pendirian MAIS -

"Saya sebagai ADUN Islam menyokong (tindakan JAIS)... Bila ada (enakmen) ini kita sokong tindakan JAIS kecuali (jika enakmen) tersebut dipinda," - Mkini.

Mohon jangan tarik balik ya ...

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
ANAK KELATE
June 16, 2014 at 5:05 PM

ini lah MASALAHNYA .. BILA PEMIMPIN YANG MENGAKU MENGAMALKAN AGAMA ISLAM .. BILA HAL YANG BERSANGKUT DENGAN AGAMA ..
SEMUANYA .. MENIKUS .. SEPERTI BATU P LIR DAH HILANG ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 6:07 PM

Semua orang nak playsafe...Apa susah sangat ke nak ikut enakmen yang telah termaktub dalam undang2 ? Dah jelas dan terang-terang bahawa PBM telah mencuri nama tuhan bagi umat Islam. Takkan masih nak relaks dan cool jer. Kalimah Allah adalah kalimah yang suci dan ianya hanya milik orang Islam sahaja. Bukankah itu pun dah jelas. Apa lagi yang nak ditunggu. Asyik nak playsafe jer memanjang. Akhirnya, kafirun yang untung dan umat Islam jugak yang rugi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 6:11 PM

Betul silalah bertweet kami tau jawapan najib dan kj. Cuma nk dedah pada org ramai perangai liberal anda.

Berani kerana benar jgn jadi mcm anjing berlari menyepit ekor

Melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 6:59 PM

Kalau mcm ni punya dayus....umno/ BN Akan menang besar pad a pru 14....caya la najib

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 8:51 PM

salam,

dna babi dalam cadbury lagi penting. imej jakim tu. dapat pula makan coklat free. yakin bebenar dengan jakim. yakin pada jakim, yakin pada ah jib gor. undian 100% untuk presiden pertubuhan melayu bersatu. jadi segala isu yang bertiup sekarang macam dna babi dalam cadbury. yakinlah dalam jakim ramai ahli pas. ooopppps, yakinlah sijil halal yang dikeluarkan oleh jakim. bab isu al kitab, ruu harmoni, nama Allah dah selesai oleh jakim seperti mana kes dna babi dalam cadbury.

bersuka ria , lawak jenaka lebih penting dalam lifestyle menteri. sakit kapla kalu dok pikir tu. kan dah ada penasihat, konsultan, setpol untuk pikir. itu pun mau pm pikir ker? pm kan kena rasmi majlis jer. cari undi. pujuk pengundi, pikat pengundi. semua tu tugas penting pm. sapa la pengundi jika tiada ah jib gor.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 12:45 PM

agaknya najib pun dah tersalah langkah pegi layan tweet kj pasal mc hari tu. aku pun tak nampak apa professional atau lawak jenakanya. perkara ini mengulangi kesilapan najib mengenai penurunan harga sayur kangkung tempohari...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 20, 2014 at 9:59 AM

Kalau takut nak lupuskan bible tu hantar balik ke Sarawak atau Sabah jangan benarkan di edarkan di Semenanjung itu baru adil dua-dua tak dapat.

Post a Comment