........... Kerajaan JAMIN itu, JAMIN ini ... Boleh Percaya Ke ? Apakata Kalau Tak Tertunai, PenJAMIN Kena Letak Jawatan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kerajaan JAMIN itu, JAMIN ini ... Boleh Percaya Ke ? Apakata Kalau Tak Tertunai, PenJAMIN Kena Letak Jawatan !

Monday, June 9, 20149comments

Biasa sangat dah kita dengar ungkapan 'Kerajaan JAMIN bla bla bla ...' yang biasa diucap oleh para Menteri termasuk PM dan ini tidak terhad kepada kerajaan BN tapi juga termasuk JAMINan kerajaan2 negeri di bawah pembangkang.

Diorang ni duk sebut JAMIN, JAMIN ni, pernah tak diorang terfikir untuk menanyakan persoalan apakah rakyat percaya akan JAMINAN yang mereka berikan ?

Kalau kita beli barang di kedai, selalunya JAMINan yang pekedai berikan ada ISI, samada barangan dibenar pulangkan, ditukar atau wang dikembalikan. 

Itu sebagai membuktikan bahawa JAMINAN mereka tidak dianggap kosong/remeh oleh orangramai. Bukan JAMIN air liur.

JAMIN adalah sama dengan 'menjanjikan kepastian'..... masalahnya bagaimana kalau kepastian yang dijanjikan itu tidak kesampaian ?

Kalau JAMINan yang berisi bolehlah kita tuntut isinya, tapi JAMINan para pemimpin bagi pihak kerajaan baik BN maupun PR, kalau tidak tertunai bagaimana ?

Mungkin ada yang kata, kalau begitu kesnya, janganlah undi parti yang beri jaminan itu, tukar je kerajaan baru. 

Betullah tu tapi banyak faktor lain yang masuk perkiraan bila masuk bab tukar kerajaan ni. Takkan sebab satu atau beberapa JAMINan yang hampeh maka kita nak tukar kerajaan.

Kita mungkin masih sayangkan kerajaan yang ada dan tidak akan ketahap menukar kerajaan dek kerana JAMINan2 para pemimpin........ jadi bagaimana nak pastikan yang para pemimpin tidak sewenang2nya beri JAMINAN atas apajua isu dan supaya pemimpin BERTANGGUNGJAWAB atas JAMINan yang mereka berikan.

Dengan katalain kalau dah yakin sangat kerajaan yang mereka wakili mampu tunaikan JAMINan yang diberi, JAMINan kenalah BERISI !

Ini bagi mengelakkan rakyat beranggapan yang kerajaan beri janji kosong bila pemimpin memandai2 beri JAMINan yang tidak mampu ditunaikan. 

Jadi apakata .......... pemimpin yang beri sebarang JAMINAN bagi pihak kerajaan yang tidak tertunai harus MELETAK JAWATAN mereka.

Jika tidak, para pemimpin akan sewenang2nya beri JAMINAN ..... kalau berterusan tidak tertunai, lama kelamaan rakyat akan hilang kepercayaan.

JAMINAN BERISI sebegini juga bagus bagi menjaga KPI pemimpin .... tak gitu ?

Contoh2 rawak JAMINan dari pemimpin yang sempat saya cari -






PS - Errr .... kat atas tu ada artikel Hasan Malek beri JAMINan bla bla bla .... pandai juga beliau beri jaminan ek, tapi adakah beliau juga pandai MINTA jaminan ?

Maksud saya ... errr .... JAMINAN Pinjaman Tanpa Faedah Deepak dari Bank Rakyat !

Dah la RM32 juta pinjaman diberi TANPA FAEDAH, takkan takder sebarang JAMINAN kot....

( eh, lari topik pulak .... )

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 3:21 PM

Semasa PAU : Saya jamin akan terus mempertahankan hak melayu dan Islam....

Selepas PAU : Saya jamin hak kiasu bukan sahaja dipertahankan, malah ditambahbaik mana yang kurang...

- Janji dicapati -

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 3:26 PM

Sebelum PRU : Saya jamin akan mendengar denyut nadi rakyat.

Selepas PRU : Saya jamin untuk mendengar denyut nadi rakyat jer dan bukannya saya jamin nak tolong rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 4:35 PM

Sebelum PRU : Hak istimewa Melayu dijamin terkunci rapi dalam perlembagaan.

Selepas PRU : "Terima kasih kerana menyokong saya" (dengan mengabaikan sokongan Melayu yang memenangkan dia) sambil memberikan kunci hak istimewa Melayu kepada keturunan pendatang yang tak tahu bersyukur dan tak pernah puas.

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2014 at 5:12 PM

Din,
Dalam soal minyak masak ni ada supermarket yg dah kosong stok minyak masak sawit (SS15 Subang Jaya Supermarket "G###T' di First Subang).

Mana peginya aku pun tak tahu. Beberapa minggu lepas melambak. Jaminan apa ni. Yang aku tahu harga minyak masak stabil dan stok minyak sawit mentah pun banyak.
Kalau kurang dah tentu harga minyak sawit metah akan naik ini tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 5:48 PM

jaminan pertama ... bekalan sentiasa cukup ... bermakna bekalan dipasaran berkurangan
jaminan kedua ... tak bebankan takyat ... bermaksud harga barang akan kekal tetapi rakyat kena bayar lebih kerana rasionilasasi subsidi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 5:54 PM

Salam,
Kalu kat bank, penjamin kena bayar kalu peminjam tak bayar hutang. Deepak dah bg cek, kira jamin bayar. Itu semua duit interest mudarebah, perbankan islam. Kalu hangus 30 juta tu, kira duit tak halal hangus pasal duit riba. Tu tak perlu jamin pasal spesial request dr org atas. Bro kalu nak juga kena sedia cek 10 keping, tarikh ke depan. Tu kena jumpa kak ros la. Bro kamcing kan dgn kak ros. Minta spesial request cam deepak gak. Kita melayu sesama melayu, tak boleh jamin ke.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 5:56 PM

jaminan ketiga ... line internet pantas dgn syarat ... bayar kena mahal dan semasa penggunaan yang sedikit
jaminan keempat ... air akan cukup ... tapi rakyat kena gali telaga; guna air lombonh, tadah air hujan, guna semula air longkang
jaminan kelima ... tppa tak jejas kedaulatan negara ... bermakna usaha obama mari berselfie dengan ah jib gong dah berjaya ... kerajaan akan tandatangan tppa walaupun rakyat membantah, memberontak, tak betsetuju dll pandangan rakyat akan diketepikan kerana gambar ah jib gong berselfie dengan obama lebih berharga dari pandangan rakyat ...

....................
Reply To This Comment ...................
June 9, 2014 at 10:27 PM

Apa kata Kerjaaan BN ni kita gantikan dengan nama - KERAJAAN JAMIN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 10, 2014 at 9:00 AM

Jaminan atas nama kerajaan mesti datang bersama nilai akauntabiliti yg tinggi.
Di Malaysia sekarang, kebanyakan rakyat telah pn menerima janji dn jaminan kerajaan pusat/negeri sbg janji/jaminan yg hanya bermotifkan politik.
Menukar kerajaan tidak akan menyelesaikan masalah ini.
Ia mesti bermula dgn KETUA PEMIMPIN!!!

Post a Comment