........... Kalimah Allah @ alKitab @ Gereja ....SEMUANYA Kerana 10 Point - Hapuskan 10 Point la Senang ! Serabut jer .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kalimah Allah @ alKitab @ Gereja ....SEMUANYA Kerana 10 Point - Hapuskan 10 Point la Senang ! Serabut jer ....

Tuesday, June 24, 201429comments


Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuan The Herald semalam, Zul Kulim dipetik Mkini sebagai berkata -

"Ini bermakna tindakan MAIS betul dan mereka boleh rujuk keputusan ini,"

"Keputusan ini juga menunjukkan enakmen yang digunakan JAIS ke betul,"- Mkini.

Putrajaya pula jawap - Tidak ada maknanya !


Sama kan dengan apa yang saya tulis semalam sebelum mahkamah bersidang ? Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja. - TMI.

Sebab itu saya katakan, jangan perasan lebih dengan kemenangan semalam !

Jelas nampak yang kenyataan dari Najib itu seperti mahu memujuk pihak Kristian ekoran ketidakpuasan hati pihak gereja terhadap keputusan semalam.

Mengikut undang2 memang betul pendirian Putrajaya.  

Saya kongsi satu info yang saya terima dari rakan FB -


Maknakata, alkitab atau sebarang penerbitan yang menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Ketuhanan Triniti masih dibenarkan asalkan ia bukan untuk diedarkan kepada orang Islam. Kalau untuk kegunaan sendiri seperti dalam gereja, ia masih di benarkan.

Dengan katalain jika kita ingin bantah, perlu ada BUKTI yang menunjukkan alkitab atau sebarang penerbitan itu telah diberi kepada orang Islam ( bagi tujuan dakwah ke arah pemurtadan ).


Pasti ramai yang akan teringat kes Murtad DUMC ! 


Itu masalahnya ! Bila dah ada bukti, kita pula mengambilkira faktor menjaga keharmonian bla bla bla  ..... dan cuba settle secara baik. Amaran dan amaran dan amaran dan amaran ..... Tidak ada yang dibawa ke mahkamah - Maknanya tidak ada bukti.

Yang saya nampak hanya ada satu cara saja - Umat Islam yang ada menerima sebarang risalah atau alkitab daripada orang Kristian harus buat repot Polis dan kemukakan benda itu sebagai bahan bukti. DAN jangan lupa ambil gambar bukti itu dengan repot Polis yang dibuat, kemudian sebarkan dalam media.

Bukan apa, takut kes di senyap demi menjaga keharmonian bla bla bla .....  

                                ***************************

Oya, kenyataan dari Putrajaya itu juga ada merujuk kepada 10 Point Solution -

Kerajaan kekal komited dengan Penyelesaian 10 Perkara bla bla bla .....

Satu soalan saya nak tanya Najib - Kenapa SEMUA penjelasan ini tidak diberikan SEKALI GUS sewaktu diumumkan 10 Point itu dulu ?

Kenapa hanya dijelaskan sedikit demi sedikit setiap kali timbul perbalahan ? Itu pun setelah di BIARkan berlarutan beberapa lama ..... KENAPA ?
                                               
Contoh - Ini pencerahan Najib pada bulan Januari sebagai menjawap perbalahan Enakmen vs 10 Point, juga ekoran kes rampasan alkitab oleh Jais ini -

"Maknanya kalau negeri itu ada enakmen, ia tertakluk kepada enakmen negeri. Kalau negeri yang tidak mempunyai enakmen seperti Sabah dan Sarawak, maka amalan biasa boleh diteruskan dan tidak ada pihak yang harus menakutkan mana-mana pihak,"

KENAPA tidak dijelaskan perkara itu 3 tahun lepas sewaktu mula diperkenalkan 10 point ?

Sekarang selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan gereja dalam isu kalimah Allah dan Herald, SELEPAS BEBERAPA KALI NAIK TURUN MAHKAMAH, baru Najib ( melalui kenyataan Putrajaya di atas ) nak bersuara -

Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja.

KENAPA tidak dijelaskan LAMA DULU ?

Kenapa saya terasa sepertinya Najib sendiri kelam kabut dengan 10 point nya, semua penjelasan ini pula sepertinya baru timbul setelah  puas diperah otak bagi menyelamatkan kemaluan ?

Secara peribadi, saya berspekulasi yang isu rampasan alkitab ini semuanya berpunca dari permainan pihak gereja dan Dap, mereka yang merencanakan semua ini. Mereka nampak yang 10 Point itu akan berlaga dengan Enakmen Syariah dan sengaja merencanakan semua ini bagi memalukan Najib dan BN, seterusnya memecahbelahkan umat Islam.

Siapa yang menjadi informer kepada Jais yang beritahu kewujudan lebih 300 alkitab dipejabat PBM sebelum serbuan dibuat ?

Jais hanya mengikut SOP ..... yakni bertindak mengikut seperti apa yang diduga oleh dalang disebalik kemelut ini. Selepas serbuan dibuat ..... semuanya berjalan seperti yang dirancang/diduga akan berlaku......

Dari AWAL kes lagi, pihak gereja telah menjadikan 10 Point Solution sebagai alasan mereka.  Malah dalam reaksi keputusan mahkamah semalam pun pihak gereja mengungkit 10 Point itu.

Nampak tak ?  Apapun isu, pihak gereja akan jadikan 10 Point Solution sebagai alasan mereka ....... kerana mereka nampak kecelaruan yang timbul bila 10 Point dilagakan dengan Enakmen ...... kerana mereka juga tahu, apapun berlaku Najib akan cuba mempertahankan 10 Pointnya.

Maka berputar belit lah lidah Putrajaya ....... cuba baca komentari dari TMI ini ( sebagai respon kepada kenyataan Putrajaya di atas ) - KLiK  sebagai membuktikan bagaimana pihak gereja dan pembangkang mempermainkan 10 Point Najib -




sikit2 10 Point, sikit2 10 Point .....

Cuba bayangkan kalau 10 Point Solution itu TIDAK ADA !

Kenapalah Najib gatal sangat nak jadi popular melalui 10 Pointnya itu ? Sebelum adanya 10 Point itu, semuanya elok jer ..... tapi sejak Najib perkenalkan 10 Point, ia seperti menjadi SENJATA UTAMA pihak gereja pula !

Apakah negara tidak cukup undang2 untuk menjaga keharmonian rakyat sebelum Najib jadi PM sehingga Najib terpaksa memperkenalkan pelbagai benda baru dan menghapuskan yang lama ? 

Apakah keadaan semakin harmoni atau semakin kalut ?

PS - Dah alang2 saya pun nak sebut juga benda ni - Kenapa sejak 1Malaysia dan watak AhJibGor diperkenalkan, semakin galak dan semakin teruk bangsa Melayu diserang ?



PS2 - Oya, siapa orangnya yang dirujuk oleh TMI sebagai mengeluarkan 'kenyataan dua perenggan yang dikeluarkan Putrajaya' itu ?

Share this article :

+ comments + 29 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 9:02 AM

Sudah sampai masanya DSN yang menjadi duri dalam daging Umat Islam dinyahkan dari jawatan PM. Muka moyok dan otak blur nya tidak melayakkan dia untuk terus menjadi PM.

Duri yang menyakitkan daging Umat Islam wajib dibuang!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 9:19 AM

Artikel menarik admin..
Ya Allah..selamatkanlah umat Nabi Muhammad di akhir zaman ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 10:08 AM

Punca sebenar kepada semua masalah ni adalah kerana puak christ nak mencuri nama tuhan umat Islam. Mereka telah mencuri kalimah yang paling suci bagi umat Islam. Nama Allah itu sendiri adalah terlalu unik. Jika nak menamakan nama anak pun, dilarang meletakkan nama-nama Asma Al-Husna. Nama-nama Asma Al-Husna hanya boleh digunapakai jika diletakkan nama Abdul (hamba) di hadapannya. Begitu sucinya kalimah Allah ini di sisi Islam.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah puak belah sana sewenang-wenangnya nak rampas kalimah yang mulia itu untuk diletakkan pada nama tuhan mereka. Ini adalah satu tindakan yang melampaui batas. Surah Al-Ikhlas secara jelas telah menolak konsep ketuhanan trinity. Bahkan puak Christ sendiri tak mampu nak memperjelaskan secara logik dan saintifik tentang kewujudan tuhan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 10:37 AM

Saya cuma nakkan ketegasan dalam diri Ah Jib Gor dan bukannya sekadar memberikan kenyataan berunsur playsafe. Kenapa Ah Jib terlalu takut nak menyatakan pendirian. Cuba letakkan diri sebagai seorang Islam dan bukan sebagai PM untuk semua. Sebagai pemimpin politik, memang benar kita kena menjaga hati semua orang. Tapi jika menyentuh soal Islam, melayu dan raja, seharusnya tiada kompromi. Yang hak tetap hak. Mencabuli hak itu adalah satu tindakan yang melampau dan tidak seharusnya dilindungi oleh pihak kerajaan.

Saya amat yakin dan pasti bahawa ini bukanlah satu-satunya provokasi untuk menguji semangat 1Malaysia Ah Jib. Pasti akan banyak lagi yang akan berlaku di kemudian hari. Memandangkan akta yang paling berkuasa iaitu ISA telah dihapuskan, nak tak nak, benda ni akan berlaku lagi berulang-ulang kali. Dan seperti yang kita jangka, Ah Jib akan terus dengan kenyataan playsafenya. Agaknya undi bukan Islam ni terlalu penting bagi Ah Jib. Mungkin Ah Jib terlupa kot siapa agaknya yang telah menyumbangkan undi terbesar kepada BN dalam PRU yang lalu.

Saya melihat golongan liberal yang berlambak dalam UMNO akan melakukan tindakan yang semakin meresahkan orang melayu. Melalui idea-idea merapu mereka yang boleh menghapuskan apa jua yang telah dimiliki oleh melayu selama ini. Puak liberal dalam UMNO terlalu percaya bulat-bulat pada teori kesamarataan. Walhal, melayu sebenarnya masih perlu dibantu selama mana pun sehingga mereka benar-benar mampu untuk berdikari.

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2014 at 10:47 AM

Sudah samapai masa nya kita mencari seorang pemimpin yang tidak pandai menggunakan lidah biawak untuk bercakap.

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2014 at 10:55 AM

'Hapuskan 10 Point la Senang !'

kerana binatang ni lah umno/bn terus berkuasa. m'sia timur ada 56 kerusi parlimen & pembangkang hanya menang 9. kita jgn terlalu emosional kerana allah & hudud hanyalah alat/permainan parti2 politik utk memerintah. yg berkuasa kena pasti terus berkuasa & yg belum dapat kuasa akan terus berusaha. btw, kalimah allah omputeh kata statement of allah & apa itu statement of allah?. kristian nak guna kalimah allah atau nama tuhan islam?

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2014 at 11:58 AM

'Keputusan itu hanya terpakai untuk akhbar Herald daripada menggunakan perkataan Allah. Kristian Malaysia masih boleh menggunakan kalimah Allah di gereja'

diatas ialah contoh kalimah i.e. kalimah puterajaya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 12:44 PM

dia gatal suggest 10 points sbb dia x kisah pasal bangsa dan agama. any anak melayu islam yg kuat jati diri xkan dgn sengaja mahu timbulkan sesuatu yg kita pn nampak risiko.

bende dh elok nk ubah. itu je yg najib tau buat. bila x boleh pakai kelam kabut gelabah last2 hak kita agama kita jadi mangsa.

x perlu pn dia pegi berjumpa paderi atau introduce 10 point tu. tp biasa la populis punya pasal apa pn jual.

xde maruah dan jati diri itu la jadi.


melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2014 at 1:07 PM

@Anonymoushahahaha .... saya percaya luahan ikhlas saudara turut dikongsi ramai yang lain

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:02 PM

@Anonymous

dia anggap negara ini saperti dia yang punya. dia perasan rakyat terutama orang Melayu sokong dia. inilah yang dikatakan perosak agama dan bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:03 PM

@Anonymous

sememangnya isu kalimah akan berterusan selagi najib menjadi pm. Melayu Islam akan tetap menjadi mangsa kepada penjualan jenamanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:07 PM

@Anonymous

punca sebenar ialah kerana kita punyai pemimpin yang liberal. usah disalahkan orang lain kerana pemimpin kita yang telah memberikan banyak ruang untuk mereka mencabar. ikut sedap dia nak buat apa pun, 10 pointlah, itu dan ini. segalanya menjerat diri sendiri dan menyusahkan orang lain. pemimpin apakebendanya?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:08 PM

@Anonymous

periok tak akan mengaku dianya hitam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:10 PM

@sesejuk mata memandang

kalau dibiarkan kita mencari senang bah itu. lihatlah disekeliling anda berapa ramai melayu liberal yang berdiri teguh mempertahankan najib. Muhyidin sendiri pun dah tak boleh nak tahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:14 PM

@kampong lad

putrajaya menggunakan kalimah najib bang - 1Malaysia. entahlah bang, dah macam macam berlagi sejak akhir akhir ini. orang cina sembayang atas suraulah, cina berikan tazkirah dalam masjid dan suraulah, nak dipisahkan JAIS dengan MAISlah; diMalaysia nih macam macam adaaaaaaah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 2:18 PM

@Anonymous

dia nak buat jenama sendiri beb. jenama orang lain tak mainlah. kalau jenama dia laku, dia akan jadi lebih popular. maklumkan sajalah, bila produk baru belum tentu ianya baik. jangan risau, ada banyak lagi jenama akan diperkenalkan. Melayu? orang Melayu bangsa yang sabar kerana ia adalah separuh dari iman.

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2014 at 4:48 PM

sabaq & sabaq, lama2 tinggai kain kebaq..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 4:55 PM

10 point tu berkisar hak beragama yg di sebut dlm perlembagaan. Apa2 agama pon boleh diamalkan dlm negara ini. Tapi utk sebar luaskan agama kristian itu tidak boleh. Termasuk lah menggunakan perkataan Allah di dlm herald akhbar rasmi gereja.

Simple saja.... tapi mcm biasa laa. Pihak gereja dan pembangkang sudah sediakan perangkap yg besar utk menjerat umat islam. Tapi walau macamana pon kempen kafir di dlm face book dll media. Perancangan Allah swt utk beri kemenangan utk umat islam dinegara ini terus terlaksana.

ALLAH MAHA BESAR....shukran

Jakallah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 4:57 PM

Siapa? Anwar? Nik Aziz? Hj. Hadi?

Siapa? Najib? Siapa penasihat2 dia? Yg jadi musuh dlm selimut?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 8:23 PM

Bro... outsyedthebox ada ulas pasal suicide bomber ni....takut nanti ada yang pi hala ke gereja dan orang kristian di malaysia

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 9:38 PM

Menarik apa yang Helen Ang letakkan dalam blog dia mengenai apa yg Tun sebut mengenai pembangkang. Sebelum baca pandangan mantop Tun tersebut, saya sudah lama memikirkan perkara yang sama. Summary: Negara (UMNO) bakal lingkup jika kerajaan (Najib) asyik memenuhi permintaan opposition. Tun, tolonglah do something drastic. PM kitani macam tak akan faham jika hanya berblog sahaja. Tun punya cakap pun dia tak mau dengar, apatah lagi cakap kita. Risau la.

....................
Reply To This Comment ...................
June 24, 2014 at 9:43 PM

...dua wajah...aku komen dalam blog kadirjasin sebelum ini, betul tak ?

10 poin untuk jadi Umat Islam terbaik - cari lah sendiri, kata....

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 24, 2014 at 10:07 PM

Pasaipa kena ada 10-point ? Sebab hujah 1-point pun tak terdaya ka? Rasanya macam bodoh saja "permainan" ahjibgor ni. Tak memberi apa2 faedah langsung!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 3:15 AM

Cuba bayangkan al juburi yang jadi PM.. x yah la nak point fingers to others.. Sebab Najib PM, semua nak tunjuk terrer carik salah dia.. dasar keyboard warrior puak pencacai.. cuba engko duduk tempat dia.. ngko yakin ngko boleh settle kes ni? Cakap senang la.. yang dia sebut tu la dipanggil ayat pemanis.. belakang dia taruk jugak cina ngn kapir harbi ada kau tau? Itulah politik. Jangan pikir macam budak sekolah kalau nak citer pasal politik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 7:52 AM

@Anonymous

saya selalu comment dlm chedet, kata dh xnak support umno. n siap ajak org jgn support umno lagi.
hope dia dpt mesej kita.

masalahnya kita kenal tun. kelemahan dia kalau dia passionate pasal something dia xkan dgr kata org dh. mayb org utara semua mmg jenis ketegag. dulu org dh lama ckp pasal anwar tp dia suka sgt2 kt anwar xnak percaya langsung. last2 bila dia syak sendiri baru dia siasat tu pn dh almost terlambat.

kita tau dia xkan keluar umno. chances sgt slim. kalau x dh lama dia buat mcm zaman pak lah.

dgrnya dia jadi penasihat unofficially tp najib x dgr. saya x nampak najib dgr maka mungkin info salah.

nampaknya dlm kes memulaukan umno kita tanpa pertolongan tun. cuba kita semua rajin2 comment dlm chedet. masalahnya dlm umno kalau najib turun pn selain muhidin yg x berminat jadi pm semuanya liberal. dgn zahid yg penah jadi supporter kuat anwar, hishamudin yg nampaknya mcm najib, kj? hahaha.

jadi kalau tuan2 nampak, perjuangan kita bukan hanya sampai najib turun. soalnya wht next?

paling singkat adalah parti baru. atau tun jadi mastermind utk control puppet pm dr umno.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
June 25, 2014 at 8:20 AM

@Anonymous


perghh hebat bro info. tau byk ni. cer citer sket bakti najib pada bangsa dan agama. kami ni manala tau

asyik2 headline paper, lagi hak melayu terhakis, asyik2 org melayu kene tahan org cina relax je kutuk pastu lepas.

mayb semua lakonan. kalau x citer mana kami tau. cer citer sket.

ayat pemanis saje xpe, ini ade kasi pengeras sekali camtu lak tu?

tun boleh settle problem xde hal aku tgk dulu awat sekarang payah lak? nk kata sbb paklah xde la susah sgt cauvinis x melampau sgt time tu. zaman najib dgn 1msia bangang dia yg cauvinis mula melampau so camne bro?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 11:13 AM

BAB AKIDAH JANGAN DIBUAT MAIN MAIN...TERGELINCIR ...PARAH....JANGAN DISEBABKAN NAK UNDI POPULAR...SEMUANYA MAIN LANGGAR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 2:52 PM

Tuan din, rasanya ramai org tak faham isu ni. Saya cadangkan bila masa aje kita utarakan isu ini ialah menyekat agenda mengkristiankan melayu. Inilah isu yg mati mati depa tak nak mengaku

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:39 PM

Ah jib gor tu kalau bertempik 'hidup melayu' kat PAU bukan main punya kuat............keluar PAU je haram kejadah..

Post a Comment