........... Isu Tutup Kes Jais Rampas alKitab - Komen Najib Macam Bagus jer, Rupanya Playsafe | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Tutup Kes Jais Rampas alKitab - Komen Najib Macam Bagus jer, Rupanya Playsafe

Wednesday, June 18, 201419comments

Selepas 6 hari berlalu, barulah Najib bersuara dalam isu Peguam Negara Tutup Kes Rampasan alKitab oleh JAIS. Kira OK la tu berbanding 3 minggu semasa mula2 mengulas isu rampasan ini pada bulan Januari lalu. Waktu itu Najib menjelaskan hubungkaitnya Enakmen Syariah dengan 10 Point Solutionnya di mana beliau menegaskan Enakmen Syariah harus didahulukan untuk negeri2 yang mempunyainya.

Copy dari Sinar .... oklah, gambar saya tukar supaya lebih fotogenik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) berunding dengan Peguam Negara (AG) jika ia berpendapat AG perlu mengkaji semula keputusannya dalam isu rampasan kitab Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais). 

Saya harap tidak ada maksud tersirat dengan mendahulukan nama MAIS.... maksud saya, kenyataan Najib itu tidak berubah maksud dengan jika beliau berkata ' ... menggesa Peguam Negara berunding dengan MAIS .... '. Pokoknya kedua pihak harus berunding bersama. 

Masalahnya, Peguam Negara ketika ditanya wartawan mengenai bantahan MAIS, beliau menegaskan keputusannya tidak berubah - “Saya telah membuat kenyataan sebelum ini. Saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut cuma saya berpegang kepada pandangan saya,”

Apapun memang bagus sekiranya kedua pihak dapat bertemu dan berbincang dalam suasana tenang. 

- "Kajian semula keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara semestilah berasaskan kepada lunas undang-undang negara ini dan semua pihak mestilah menghormati keputusan yang dibuat,"

Apakah keputusan Tutup Kes oleh Peguam Negara itu berasaskan lunas undang2 ? Mungkin terdapat perbezaan besar dari segi TAFSIRAN undang2 antara Peguam Negara dengan MAIS. Tapi untuk pengetahuan Peguam Negara, ramai umat Islam menyokong tafsiran MAIS sementara ramai bukan Islam menyokong tafsiran beliau.


Najib juga berkata kerajaan negeri Selangor, Mais dan Jais yang mempunyai tanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dan pentadbiran hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor hendaklah menentukan sama ada untuk memulangkan semula kitab Bible tersebut atau sebaliknya. 

Hmmmm .... samada alkitab tersebut dipulangkan atau tidak bergantung kepada samada kes akan dibuka dan hasil perbicaraan, jika ada.


"Sebagaimana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, Islam ialah agama bagi Persekutuan dan agama lain boleh diamalkan. Perlembagaan Persekutuan juga menjamin kesucian Islam dan umat Islam dari dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

"Manakala Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan, juga memberi kuasa kepada Kerajaan Persekutuan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan juga kepada Kerajaan Negeri untuk mengawal atau menyekat perkembangan doktrin atau kepercayaan agama lain di kalangan orang Islam," katanya dalam kenyataan itu. - Sinar @ Bernama.

Dengan katalain, Najib BERSETUJU  bahawa  JAIS bertindak sewajarnya di bawah Enakmen Anti Dakyah Selangor  dan kes seharusnya disiasat menggunakan Enakmen yang sama ! errrr ......kan ?

Hmmmm .... sebenarnya Najib hanya mengulangi apa yang kita duk sebut beberapa hari ni, dari segi peruntukan undang2 yang ada.  Tapi sekadar sebut jer lah ..... Sokong tidak, bantah pun tidak. Najib duduk tengah-tengah. 

Timbul satu pertanyaan pula - Apakah Peguam Negara bebas membuat keputusan tanpa dipengaruhi oleh PM ? PM tidak ada kuasa/pengaruh langsungkah ke atas keputusan Peguam Negara ? Bukankah Peguam Negara bertindak mewakili kerajaan ....  Dan Najib pula Ketua Kerajaan ?

Rumusan saya - Najib PLAYSAFE !

PS - Apapun kita tunggu hasil pertemuan MB Khalid dengan Sultan Selangor esok. Pihak MAIS dan JAIS tidak ada nak komen apa-apa ke hasil mesyuarat dengan MB Khalid tadi ?

PS2 - Maksud saya melalui artikel ini, sekiranya Najib nyatakan dengan jelas, kes seharusnya disiasat mengikut Enakmen Syariah kerana bukti ada dan berlaku dinegeri Selangor yang mana Enakmen itu berkuatkuasa ATAU beliau bersetuju dengan keputusan Peguam negara menutup kes, bukankah itu baru dikatakan mempunyai pendirian dan tegas dengan pendiriannya ? Ini ke kiri tidak, ke kanan pun tidak ... makanya saya katakan PLAYSAFE !

Share this article :

+ comments + 19 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 6:20 AM

Bro din bila sya tenung photo tu lama2...nampak kepala dia mcm makin turun kebawah ...mcm nak nyorok lak....apa Playsafe tu bro din? Sy tak brape paham BI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 6:56 AM

Brader yang mintak MC sempena Piala Dunia tu, tak nak komen sekali ke ? Kita pon nak dengar gak komen dari Ketua Pemuda BN.

Berbalik kepada Ah Jib Gor, bukanlah Ah Jib adalah PM kepada semua. Oleh itu, beliau mesti menjaga hati semua rakyatnya tanpa mengira kaum dan agama. Cuma masalahnya, kenyataan Ah Jib selalunya bersandarkan kepada pemikiran liberal dan bukannya mengikut lunas Islam sebenarnya. Seringkali konsep 1Malaysia memerangkap Ah Jib untuk tidak berat sebelah dalam membuat keputusan. Najib tak boleh lari daripada slogan liberal iaitu kesamarataan.

Puak kristian tanpa segan silu telah mencuri nama tuhan bagi umat Islam. Kalimah Allah adalah kalimah paling suci dan tidak boleh dikongsi oleh agama lain. Bukan pasal bible yang ditulis dalam bahasa melayu. Inilah punca kepada perbalahan yang telah wujud. Tapi yang peliknya, ramai yang buat2 tak faham situasi sebenar.

Jika isu ini dibiarkan berlanjutan, saya khuatir ia akan sampai ke tahap darah umat Islam mendidih. Seolah-olah sengaja nak curahkan petrol ke dalam api. Pemimpin yang mempunyai pemikiran liberal, bukan boleh harap pun untuk menjaga Islam. Tak kira umno atau pas, sama jer. Semua nak jaga hati orang kafir. Bukan melayu akan terus dibelai dan dimanja. Manakala melayu pulak akan terus terpinggir dan dipinggirkan. Melayu akan terus merempat di tanah air sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 7:22 AM

@AnonymousEkau tubek, poei kek 7-E, tanyo adik kerjo kek sano - apo bondo PLAYSAFE tu hah ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 7:26 AM

@AnonymousSering kita confused, Najib ni Presiden Umno atau Presiden BN ? Namanya Najib atau AhJibGor ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 7:47 AM

Ada seorang pakar keluarga cakap, kalu nak PLAYSAFE, kena rajin2 guna kondom... Betuikah?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 8:31 AM

Wakaka.. Kalo adik kat 7E xtau bole p kt gurdian.
Err..playsafe tu sama x mcm fairplay??

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 8:40 AM

Allah sengaja nk uji kita umat islam sejauh mana kita bersungguh2 nk bela dn jaga kesucian islam.

Kepada yg ada kuasa, igtlah KUASA itu adalah ujian dr Allah utk kamu dn Allah akan tanya dipadang mahsyar apa yg kamu dh buat dgn kuasa yg ada semasa hidup dahulu.

Allah yg beri KUASA pd kita dn Allah juga boleh taril balik sekelip mata.
Menangnya UMNO dn BN atas izin Allah tetapi nk pertahankan HAK agama yg diredhai Allah pn kita berkira2, malu dn takut..
Siapa tuhan kita yg sebenarnya??

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 8:43 AM

@AnonymousSemoga ahli politik kita, tak kiralah dari Umno maupun Pas baca komen ini dan sedar diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 9:19 AM

bro din.... di zaman pm ke 6 inilah, aku rasa jawatan pm ni takda kuasa lansung....dulu zaman aku budak budak kalu tanya cita cita nak jadi apa ramai jawab nak jadi perdana menteri.... tapi sekarang aku rasa budak budak tak tau pun apa kerja pm ni hehehe, maka ramai yang tak minat jadi pm hehehe...

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 9:59 AM

PAS khianat pad Agama lagi dahsyat skrg sampai apa yg ada dlm kain bini mereka pun boleh mereka 'sedekahkan' pd kafir, DAP dan puak2 perosak Islam lain. dlm kes rampasan ini Ketua AG nama shj Islam tp jiwanya mcm org yg tk kenal Islam.

Kedudukan nya yg Allah beri kuasa sbg AG tp dia lupa daratan. Byk kes2 yg dia cuba menyebelahi lebih2 pd civil law.. konon taat sgt pd undang2 dunia brbanding utk selamatkan Agama Allah.. inilah kerosakan dlm negara kita yg akan diwarisi oleh anak cucu nanti..

Kita tidka seriius dlm hal memartabatkan, memajukan dan mempertahankan kedaulatan Islam.. tp nasib lah Menteri Jamil Khir tu ada sikit 'trick' yg cuba naikkan Islam secara perlahan2. (kalau kita perhatikan, Dato Jamil Khir byk buat sesuatu secara halus dan diam2, dn umumkan). Najib hanya beretorik dgn semua. Jumpa Cina dia pukul tarian Cina.. jumpa Melayu dia pakai songkok ckp dia sokong Maqasid Syariah, tp pd masa yg sama dia lembik dlm mempertahankan Islam, dia galakkan program2 yg bertentangan dgn Islam.. so mana dia stand jelas?

Harapan kita semakin tipis pd pemimpin2 yg ada untuk memperbahrui perjuangan Agama Bangsa dan Tanah Air.. yg pasti sekain hari tanah Rezab Melayu makin lenyap, Agama semakin liberal, anak2 Melayu makin rosak dgn budaya2.. pendidikan sekolah bercampur lelaki perempuan, moral rosak.. hanay gred A semata2 di kejar..

apakah kita generasi dewasa happy dgn semua ini? atau semua kita hanya bermimpin dan syok dgn dunia masing2?'

Awas..Allah pasti dtgkan hukuman-NYA..

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 1:29 PM

@dinturtlesalam bro.....hahaha ni namanya cannot make up his own mind. Meluat tidak, benci pun tidak tp takut nampak api je 1 hari nanti, mano ekau jak lari jang.........

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 3:05 PM

NNO! NO! AG playing NON - SENSE !!! PM PRAAY-PRAAY - NO SAFE !!!

1. Biasa kalau oghang melayu maghah, sohih ble cakap onghangputih... speaking semacam laa. Tak boleh pujuk daah...

2. Aku harap MAIS, JAIS mesti bertahan dan bertegas. Tidak salah dan tidak melanggar protokol kerajaan pun. Kecuali Sultan yang bersuara. Masaalah nya bukan melayu sudah tidak hormat dengan Sultan, juga konon nya yang angkuh menang 2/3 boleh melakukan apa saja ! Manusia melayu munafik BULLSHIT. Demi kafirun tercinta ?

2. Ikut nasihat PM Najib. AG dan MAIS. Nyata nya memang AG sudah melanggar susila kerana pandangan dan keputusan berbentuk peribadi, TIDAK bersandarkan enakmen, akta undang-undang yang mesti di bacakan bersama keputusan. Kuasa apa yang tidak mengadili secara bijaksana ? Yang di 'mangsakan' berterusan menjadi mangsa tomah dan fitnah ! Maruah Islam di bawah kristian !

Kita berharap yang baik. Melayu tidak berbantah-bantah lagi...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 3:15 PM

najib mmg xtau memimpin. sebenarnya dia x perlu di tgh3 pn.

sekiranya dia berkata jais bertindak betul kitab tidak akan dikembalikan ape yg dia akan rugi.

undi cina kristian? najib belajar atau tidak pru lepas buat ape pn xkan dpt undi mereka. dia sendiri tanya apa lagi cina mahu?

sekiranya dia bertegas org akan hormati dia. org melayu mungkin fikir dua kali dr memulaukan umno.

tp kita x harap apa2 dr najib pn. sekiranya dia cerdik kita pn x payah bising n negara akan aman makmur.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 18, 2014 at 4:19 PM

@Anonymous
Tiada jalan lain sebenarnya ,Najib telah berulangkali gagal dilihat sebagai president UMNO.

Perlukah beliau dikekalkan ?, atau UMNO bakal terkubor bersama-sama Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2014 at 5:00 PM

Kerja pm macam selebriti. Cari undi untuk dia jadi pm. Pi rasmi majlis, cakap mesti tunjuk hebat dgn kata yg power. Yg penting mesti pakai kondom

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 18, 2014 at 8:24 PM

Satu saja aku nak ulang....Ketua Agama Islam kena bersuara. Habis cerita.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 18, 2014 at 11:51 PM

Saya rasa Sultan Selangor seorang yang bijaksana. InsyAllah ada penyelesaiannya.

Sambil2 tu jangan kita lupa tanah juga boleh dirampas jika kita tamak haloba....
http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2014/06/prince-of-ytl-and-paupers-of-kg-chubadak.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 1:40 AM

Dulu kita benci tengok muka paklah n kj, keluar tv tukar channel..kertas surat kabar buat alas kasut.. La ni mamat ni lagi ramai meluat+benci+macam macam..Pru14 melayu boleh pindah ke indon..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 19, 2014 at 10:38 AM

He has been playing safe since pemilihan UMNO 1987.

Post a Comment