........... Isu Tutup Kes Jais - Ini Bukan Sekadar Rampasan 300 alKitab Tapi Berkaitan Kalimah ALLAH ! Dulu Kita Boleh Bangkit Kenapa Kali Ini Senyap ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Tutup Kes Jais - Ini Bukan Sekadar Rampasan 300 alKitab Tapi Berkaitan Kalimah ALLAH ! Dulu Kita Boleh Bangkit Kenapa Kali Ini Senyap ?

Monday, June 16, 201410comments


“Saya telah membuat kenyataan sebelum ini. Saya tidak berhasrat untuk mengulas lanjut cuma saya berpegang kepada pandangan saya,” 

Begitulah respon Peguam Negara Gani Patail terhadap keputusan MAIS yang tidak mahu menerima keputusan Tutup Kes yang dibuatnya sebelum ini.

Sombongnya !

Apasalahnya mengambil sikap terbuka, buka pintu rundingan untuk bertemu dengan wakil MAIS, berbincang dan jelaskan secara terperinci kenapa keputusan Tutup Kes dibuat ? Itupun kalau merasakan isu terlalu sensitif untuk disebut secara terbuka di media .... 

Sebagai tunggak perundangan yang mewakili kerajaan, Gani seharusnya mengambil pendekatan yang lebih terbuka. 

...... mewakili kerajaan ? Errr .... saya harap saya tidak salah tulis !

Tapi .... pihak Putrajaya sendiri diam membisu dalam kes ini. Banyak pihak sudah berikan pandangan kecuali Najib @ kerajaan pusat. Kenapa ek ?

Apakah keputusan Tutup Kes itu diambil dengan semangat Wassatiyah Najib ? Kok ya pun Wassatiyah, janganlah hanya terhad kepada keputusan saja, tapi CARA ia dikendalikan juga haruslah berWassatiyah !

Jangan pula nanti dikatakan Ekstrim dalam Wassatiyah ...

Ketua Pemuda merangkap Menteri Segala Hal juga dilihat malu untuk beri sebarang komen, mungkin terlalu sibuk dengan Piala Dunia ketika ini. 

MAIS, JAIS, NGO2 Melayu dan umat Islam berkeras dalam isu ini kerana terdapat bukti yang jelas menyokong tindakan rampasan itu. Kami berdiri dibelakang undang2 bukannya beremosi tanpa sebab. 

Malah pandangan ini juga turut dikongsi oleh Mufti Selangor Datuk Tamyes -


dan begitu juga oleh Datuk Hasan Ali -

"Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.


"Setahu JATI, sejak Enakmen ini berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu, belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan.

"JATI berpendapat, sampailah masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.

"Persoalan sah ataupun tidaknya peruntukan yang terdapat di dalam Enakmen ini terpulanglah kepada budi bicara dan keputusan Mahkamah kelak,"
- Mkini.


Ironinya, Peguam Negara pula yang dilihat sebagai membelakangi undang2 dalam kes ini.


Sementara itu MB Khalid akan mengadakan pertemuan dengan MAIS dan JAIS petang ini bagi menyelesaikan kes ini.
  
“Mesyuarat petang esok diadakan bertujuan untuk membincangkan isu Bible yang dilihat semakin meruncing dan kata sepakat akan dicapai sebelum keputusan diserahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan jalan penyelesaian terhadap isu berkenaan,” - Sinar.


Ni pun sorang lagi ..... Hendak berbincang atau hendak memujuk ? Kenapa tidak dijemput sama Gani Patail dalam pertemuan itu ? Begitu juga, kenapa tidak dijemput sama pihak gereja ?


Semua pihak - Putrajaya ( melalui Peguam negara ), pembangkang, gereja, kerajaan Selangor sepertinya sudah sepakat yang Jais harus mengalah dan memulangkan alkitab yang dirampas. Mereka sepakat memperlekehkan Enakmen Syariah yang berkuatkuasa.


Besar kemungkinan keputusan Tutup Kes diambil oleh Gani adalah untuk menjaga hati ( @ undi ) pihak bukan Islam. Dan saya lihat terdapat juga sokongan terutamanya dari Melayu Liberal kononnya bagi menjaga keharmonian hubungan antara kaum/agama.

Apa yang dirisaukan, apakah tindakan mengalah ini merupakan satu tindakan one-off ( kompromi dan tidak diulangi lagi ) atau ia bakal dilihat sebagai satu bentuk kemenangan yang bakal menjadi satu bentuk precedent kepada pelanggaran Enakmen secara lebih berleluasa kemudian hari ?



Apakah ada jaminan dari pihak gereja untuk tidak mengeksploitasikan 'kemenangan' ini dengan lambakan alkitab dan apajua penerbitan yang menyalahgunakan kalimah Allah dan lain2 kalimah yang dilarang, secara bebas diseluruh negara ?


Ya, isu ini bukan setakat buku2 yang dirampas oleh Jais saja tapi ia berkenaan Kedaulatan Enakmen Syariah yang kita sendiri gubal, atas nama menjaga kesucian dan maruah agama Islam di negara kita.

Saya harap isu ini membuka mata umat Islam yang lain untuk bangkit memberi sokongan padu kepada MAIS dan JAIS ..... sebagaimana kita bangkit dalam isu kalimah Allah baru2 ini. 

Kalau dulu ia merupakan perjuangan dalam bentuk perundangan, kali ini isunya tetap sama malahan lebih besar lagi sebab ia dalam bentuk praktikal.

Tidak ada gunanya kita bersorak gembira bilamana mahkamah menyebelahi kita dalam kes kalimah Allah sedangkan secara praktikalnya, keputusan itu langsung tidak dihormati !

PS - Baca juga Helenang - KLiK.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Bentan
June 16, 2014 at 8:37 AM

Tak bolih harap semua parti politik Melayu untuk menjaga kepentingan Melayu dan Islam di Selangor ni. UMNO pun dah liberal dan PAS pula dah ajaran sesat! PKR pulak semua bolih termasuk depan dan belakang... Semoga DYMM Sultan Selangorlah benteng terakhir Melayu dan Islam disini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 9:47 AM

Melayu akan menjadi satu tinggalan sejarah. Mungkin anak cucu kita pada masa akan datang tertanya-tanya apakah bangsa melayu pernah wujud. Semua pihak termasuk umno dah makin galak nak menghapuskan apa yang hak bagi orang melayu. Jika hak itu nak dirampas, apa bezanya kita dengan bangsa-bangsa yang lain. Semua akan menjadi sama. Kemungkinan yang akan berlaku ialah melayu akan terus merintih, mengemis dan merempat di bumi sendiri kerana segala polisi yang membantu bumiputera telah dihapuskan. Bagaimana melayu nak bersaing secara adil sedangkan segala ruang dan peluang yang dinikmati selama ini telah ditutup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 9:49 AM

Wahai Ah Jib Gor, di mana kejantananmu...

Wahai KJ, di mana kejantananmu...

Kenapa semua pemimpin umno senyap jer...takut hilang undi ke ?

Macam ni ke yang dikatakan pemimpin umno adalah pembela melayu dan Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 11:58 AM

Tak hairan. Peguam Negara yang sama juga yang menyebabkan kita terlepas Pulau Batu Putih. Ada 'sesuatu' dalam hujahnya yang menyebabkan kita kalah kes ini dan hujah 'sambil lewa' dalam isu kalimah Allah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 1:46 PM

Bila nak marah pas sebab geng dia nak guna kalimah Allah pun tak boleh jugak. Umno sendiri pun pondan nak pertahankan kalimah Allah. Jadi sekarang ni bagi aku baik kerajaan baik pembankang dua2 sama ja.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 16, 2014 at 1:53 PM

Bila jatidiri melayu dan keimanan dah tak ada maka semuanya hendak digadai. Jawatan tinggi berpengaruh macam tu sepatutnya dipegang oleh orang yang mempunyai jatidiri melayu dan keimanan yang tinggi.

Ketua Agama Islam sepatutnya bersuara.

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2014 at 2:22 PM

Tiap kali isu yang melibatkan Islam yang selalu kelihatan balik2 asyik buat laporan polis ialah uncle yang pakai topi green- barret, uniform merah dan spec hitam tu. Seolah macam dia sahaja yang membawa masalah orang Melayu. Wakil-wakil rakyat yang kita undi dah jadi setan bisu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 4:41 PM

tak usah disebut KP lagi baik. bukanya dia tau apa apa berkenaan agama. kalau dia bukak mulut bertambah kalut lagi jadinya.

....................
Reply To This Comment ...................
June 16, 2014 at 10:32 PM

pbm guna kalimah allah atau nama tuhan (allah)?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 24, 2014 at 7:44 PM

aku heran le hy kat malaysia isu mcm ni..aku ada kemusykilan..nabi adam,harun,ayud musa dll adalah nabi dalam 3 agama, islam kristian yahudi..sapa nama tuhan yg mereka sebut?bukankah suma pakai ALLAH? so sapa larang sapa?jgn hy berdasar kpd kepintaran sendiri je...

Post a Comment