........... Isu RUU Johor @ LPHJ - Harap Semua Pihak Ikhlas Demi Mengekalkan Tanah Melayu.... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu RUU Johor @ LPHJ - Harap Semua Pihak Ikhlas Demi Mengekalkan Tanah Melayu....

Monday, June 9, 20147comments

Ramai yang sudah memperkatakan tentang cadangan pindaan RUU Johor bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ( LPHJ ) yang mana isu melibatkan peranan Sultan Johor dan secara tak langsung perdebatan melibatkan peranan institusi Raja-raja dalam konteks kerajaan berparlimen, dan juga melibatkan isu Perlembagaan bla bla bla ....

Saya tak berapa well-informed maupun mahir nak komen secara khusus isu ini. Yang banyak saya dengar/baca adalah pandangan orangramai yang lebih berupa spekulasi terhadap apa yang tersirat disebalik isu ini.

Yang saya pasti, LPHJ melibatkan pemilikan hartanah di Johor dan ada yang menyokong penglibatan Sultan yang katanya mampu menjaga hak ketuanan orang Melayu keatas tanahairnya.

Secara mudah bagi saya, jika benar bagai dikata, maka saya sokong.

Baca dari Utusan - Peranan raja dipinda - MB


Saya cek laman - http://www.propertiesinvestorgroup.com/#!news-article/c16yz - di mana banyak disenaraikan keratan2 akhbar yang melaporkan betapa rancak giler projek2 hartanah sedang dibangunkan di selatan Johor yang mana banyak melibatkan pihak Singapura dan China.

Saya prinskrinkan di bawah beberapa contoh untuk anda dapatkan gambarannya apa yang sedang berlaku di selatan tanahair ketika ini  -





Nak tak nak timbul juga kerisauan di hati akan nasib Tanah Melayu tercinta ini .... apakah akan masih kekal milik Melayu atau bakal bertukar menjadi Tanah Bukan Melayu ?

Saya cuma mampu berharap pihak yang terlibat dalam kemelut LPHJ benar2 ikhlas mahu menjaga kepentingan Melayu.


Wallahualam.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 12:43 PM

Saya tak setuju.Kat johor sapa yang ada banyak tanah terutama tanah di tepi laut ? Lepas tu jual lepas tu mau jaga hak melayu...pelik pelik...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 12:46 PM

Melayu telah serahkan Pulau Temasik kepada China PAP, telah serahkan Pulau Pinang kepada China DAP...perlu serah Malaysia pula baru puas hati?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 1:45 PM

S'pore makin sesak, diaorg nak pindahkan rakyatnya ke Johor. Klu tak dikawal, tanah Johor bakal tergadai ke pihak asing, khususnya S'pore. Rakyat tempatan tak kira apa bangsapun akan kesukaran memiliki rumah di Johor, kerana harganya bakal melangit tinggi.
20-30 tahun mendtg, boleh jadi Johor Selatan bakal dipenuhi bahkan mungkin menjadi milik rakyat S'pore.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 2:04 PM

yg saya dgr sultan mahu jual tanah pada hartawan singapore.

jauh dr menjaga hak2 melayu...saya incline mahu support sultan, tp bab ni kami x boleh compromi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 9, 2014 at 3:02 PM

Lagi satu jangan lupa, tentang tanah-tanah bukit yang cantik. Habis nanti tanah-tanah tu jadi kubur cina. Lepas tu boleh jadi bisnes lumayan pulak. Cina-cina singapura nanti mati aje kuburkan kat situ. Satu kubur cina, punya tamak luas dia boleh tempatkan 4/5 kubur orang Islam. Jangan nanti cina cakap tanah kubur dia tak cukup, minta lagi kat kerajaan negeri. Lepas tu buat duit. Contohnya, macam mana boleh ada kubur cina komersial yang luas di tengah-tengah Bandar Kluang? Orang Melayu nanti melopong, celah-celah kampung boleh ada kubur cina.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 10, 2014 at 8:44 AM

1) Tiada seorang pun yang membantah penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor ( LPHJ ).

2) Ramai yang membantah penglibatan sultan dalam pentadbiran sahaja.

3) Sebenarnya kebimbangan mengenainya telah disuarakan oleh mantan PM kita Tun Dr Mahathir menerusi blog beliau bermula dengan tajuk-tajuk berikut:
i) “MEREKA YANG BERKUASA” - http://chedet.cc/?p=1320
ii) “RAJA NAZRIN’S SPEECH FROM THE THRONE” - http://chedet.cc/?p=1337
iii) “JUAL TANAH” (http://chedet.cc/?p=1369)
iv) “THE FEDERAL CONSTITUTION” (http://chedet.cc/?p=1379)
v) “THE FEDERAL CONSTITUTION 2” (http://chedet.cc/?p=1383)

4) Kebimbangan memuncak apabila berita-berita mengenai penglibatan sultan dan bakal sultan di dalam bidang perniagaan disiarkan contohnya seperti berikut :
i) “Singapore’s Peter Lim, Johore Prince in Security Venture” - http://www.theedgemalaysia.com/business-news/280356-singapores-peter-lim-johore-prince-in-security-venture.html
ii) “SIPP-YTL-TNB JV picked for Johor power plant project” - http://www.thesundaily.my/news/1065166

5) Pada saya blog bigdog menerangkan secara terperinci mengenai isu ini:
i) “YTL “Capital Crony”-free in the IPP (Inducted Palace Power) game?” - http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/06/05/ytl-capital-crony-free-in-the-ipp-inducted-palace-power-game/
ii) “YTL “Capital Crony”-free in the IPP (Inducted Palace Power) game, Continuum?” - http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/06/05/ytl-capital-crony-free-in-the-ipp-inducted-palace-power-game-continuum/
iii) “Kuasa Raja Perlembagaan, Laksana Eksekutif” - http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/06/07/kuasa-raja-perlembagaan-laksana-eksekutif/
iv) “Les Miserable” - http://bigdogdotcom.wordpress.com/2014/06/10/les-miserable/

6) Bukan kita membantah penubuhan LPHJ cuma kita tak mahu sultan merendahkan martabatnya dengan terlibat dengan pentadbiran dan perniagaan yang melibatkan rakyat. Kita tak mahu nanti harapkan pagar, pagar makan padi. Itu saja.

7) Rang undang-undang telah pun diluluskan dengan PINDAAN. Terima kasih diucapkan kepada Utusan yang berani menyiarkan berita ini di muka hadapan demi kepentingan rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 11, 2014 at 8:44 PM

bukan ni semua pak lah punya kerja ke dulu?
pulau batu putih lagi, hari ni sultan johor mintak balik. sapa nak pegi setelkan tu?
umno boleh setelkan tak?
tau tak cina dah mula buat platform minyak kat situ.
yg nak bagi sultan je buat apa. siasat dulu.
cuba siasat sekali Apsal ong tee keat melalak bila halim saad nak beli plus?
hari ni kerajaan tak jadi nak jual. yg MAS tu apahal ongti keat taknak melalak pulak?
apa yg cina ni dengki sgt dgn melayu? dgn cina ikut ckp. dgn sultan byk lak cekadak kau nak soal tu ini. negeri dia pandai dia lah. nak harap umno habis tanah kelapa swit pun cina sebat. ko tak pikir ke UMNO.

Post a Comment