........... Isu Cadbury DNA Babi - Sampel Jakim Adalah Dari Kelompok Yang Sama Sampel KK | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Cadbury DNA Babi - Sampel Jakim Adalah Dari Kelompok Yang Sama Sampel KK

Tuesday, June 3, 201418comments

Rasa terpanggil untuk menjelaskan fakta mengenai sampel Cadbury yang diambil oleh Jakim yang disahkan sebagai tidak mempunyai DNA Babi seperti yang diumumkan  Menteri Jamil Khir. Mungkin ramai yang terlepas pandang. Dari Mkini -

Menurutnya, sampel yang diambil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 26 Mei lepas untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia itu ialah jenis Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan jenis Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2.

Di bawah saya copy dari kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan pada 24 Mei lalu -

 
Beliau berkata kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam.


Sampel yang diambil oleh Jakim adalah dari kelompok yang SAMA cuma yang bezanya, Jakim ambil terus dari kilang sementara KK ambil dari bukan kilang. 

( 'kelompok' yang sama bermaksud menggunakan bahan mentah dan peralatan yang sama, di waktu yang sama.... kan ? )

Rumusan yang dibuat - DNA Babi yang ditemui oleh KK bukannya datang dari kilang tapi tercemar selepas keluar dari kilang. Dengan kata lain, asalnya bersih tapi selepas dibawa keluar dari kilang, ia tercemar.

Bagaimana produk yang dibungkus kemas boleh tercemar ? Itu yang perlu disiasat. Bukannya memperkecilkan kredibiliti makmal KK.

Perlu disiasat sepanjang rantaian pengedaran produk terbabit untuk dikenalpasti di mana pencemaran itu berlaku. ( disini saya percaya kepada kredibiliti petugas2 makmal KK dalam menjaga 'keaslian' sampel yang mahu diuji )

Jika tidak dikenalpasti punca pencemaran, perkara sama akan berulang lagi bukan saja pada Cadbury malah apa jua produk makanan lain, waima dibungkus sekemas produk Cadbury.



Siasatan perlu telus dan hasilnya mesti dihebahkan kepada orang ramai kerana implikasinya besar. Itupun kalau pihak2 terbabit mahu membersihkan nama Cadbury. 

Perasaan Was-Was dalam soal hukum biasanya bawa kesan yang sama seperti haram juga !

PS - Banyak ke setiap kelompok yang dikeluarkan kilang Cadbury ? Selepas beberapa bulan pun masih ada stok dari kelompok yang sama disimpan di kilang.

Share this article :

+ comments + 18 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 3:22 PM

Ni yang aku bengang ngan Jakim ni. Patutnya Jakim ambik 2 jenis sampel. Satu daripada kilang, satu lagi diambik dari pasaran terbuka. Kalo daripada kilang memanglah suci murni pemeringkatan 2 kali. Apalah salahnya kalo Jakim ambik kat kedai-kedai runcit dan pasaraya sebagai sampel perbandingan. Kita pon nak tau la jugak dari mana punca pencemaran tu. Kalo ambik dari kilang memanglah takde pencemaran. Kalo kita ambik sampel dari luar, maybe kita bole tau saper yang nak sabotaj Kadberi. Benda serius macam ni pon, Jakim buat sambil lewa jer. SOP la konon.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 3:39 PM

"Banyak ke setiap kelompok yang dikeluarkan kilang Cadbury ? Selepas beberapa bulan pun masih ada stok dari kelompok yang sama disimpan di kilang" Aku pun tertanya tanya soalan yang sama jugak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 3:41 PM

timbul persoalan...bagaimana produk cadbury bersangkut dgn kementerian kesihatan sehingga membawa kepada penemuan dna babi dalam produk cadbury oleh makmal kementerian kesihatan...dalam erti kata lain...apa yg membuatkan pihak kementerian kesihatan sampai mengambil sampel cadbury yg kemudiannya disahkan oleh makmal kementerian kesihatan bahawa ada dna babi...perincian al-kisah tersebut tidak diwar-warkan kepada umum....BERSABIT DGN PIHAK JAKIM~~~DIKATAKAN BAHAWA SAMPEL CADBURY BATCH YG SAMA TELAH DIAMBIL DN DIHANTAR KE MAKMAL JABATAN KIMIA~~~KEPUTUSANNYA AMAT MENGE"ZOOT"KAN~~~TIADA DNA BABI~~~DALAM ERTI KATA LAIN~~~DNA BABI TIDAK DIKESAN DALAM SAMPEL BATCH YG SAMA SEPERTI YG DIAMBIL PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN~~~NAMPAKNYA JAMIL KHIR DAN OTHMAN PERLU MEMBUAT LIVE DEMO MAKAN SAMPEL CADBURY YG DI-UJI OLEH MAKMAL JABATAN KIMIA~~~BAGI MEYAKINKAN KAUM MUSLIM DI MALAYSIA~~~SANGGUP KAH JAMIL KHIR DAN OTHMAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 7:07 PM

Relevenkah Sampel (1) Coklat Susu dgn Kacang Hazel 200813MOIH I2 (2) Coklat Susu dgn Buah Badam 221013NOIR I1 tercemar semasa di Pasaran ? Kalau sampel itu tercemar/rosak, sudah pasti Makmal KKM akan menolak sampel tersebut ...... kenapa sampel itu diakui baik melalui surat akuan terima sampel oleh Makmal KKM ? Prinsip kesalahan .... selagi perbicaraan Mahkamah tidak dapat membuat keputusan melampau keraguan munasabah & frima facie ...... selagi itu keputusan Makmal KKM masih relevan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 8:58 PM

Haha.. Gud idea bro suruh jamil khir buat live demo mkn kadberi. i like!!!
Nnt kalo da xthn kene desak dia cakap la bukan dia xnk mkn tp dia tak bole mkn sbb doktor nasihat jgn mkn sbb ade kencing manis..hehe.. Selamat aku...

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 9:20 PM

Din,
Aku masih was2 lagi. Aku juga x production manager buat barangan kimia. Biasanya production tak akan simpan barang dlm suatu batch tu terlalu banyak. Kalau nak kena maki dengan works director buatla kerja tu. Kerana inventori adalah satu kos yg production man kena jawab setiap bulan dalam mesyuarat operasi.
Batch no. ni hanya ada dalam production sheet. Pada barang tu jarang ada. Kalau ada hanya kod bulan dan tahun saja atas faktor expiry date.
Kalau pegawai Jakim tak berapa arif dalam production memang mudah kena klentong dengan production man.
Persoalan: Boleh percaya ke barang (makanan pulak tu) dengan batch yg sama masih ada lagi tersimpan dikilang. Barang ni pula fast moving item (orang putih kata). Kita ambil sampel secara rambang bukan ditentukan oleh kilang. Sampling technique apa yang Jakim pakai tak tau la. It was flawed and biased compared to the sample taken by KKM.
Itu lah Bro yang saya belajar masa ambil kursus Institute of Statisticians (UK) pada tahun 70an dulu di ITM. Tak taulah kalau ada teknik baru yg saya tak tahu. Maklumlah dah 40 tahun lepas.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 10:15 PM

@Esa Adamsaya yang tak belajar Stats pun boleh tertanya kenapa sampel dari kelompok yang sama masih ada di kilang selepas hampir setengah tahun !

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 10:53 PM

Bro.
That is production magic yg pegawai jakim boleh percaya bulat2.
Menteri pun patut grill dulu jakim macam mana dia ambil sampel atau kilang hulur sampel direstoran.
Kalau menteri pun blur aku pun tak tahu nak kata apa.

....................
Reply To This Comment ...................
PakKaduk
June 3, 2014 at 11:07 PM

Kacang tu dipanggang guna bahan ada DNA babi kot ? ... agak mustahil babi dok menyondol cadbury kat kedai2...hairan bin ajaib sungguh!

Makan nasi pun beras diproses oleh kilang bukan islam juga. Tahap kebersihan pun kita tak tau. Tak ada pun tanda halal ke apa ke pun kita melantak jugak!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 11:08 PM

mungkin pihak kementerian kesihatan ( KK ) tidak pernah mendedahkan insiden di mana pegawai KK yg pergi ke kilang cadbury utk mendapatkan sampel cadbury yg sama batch dgn yg diambil bukan dari kilang cadbury.....apa yg menariknya ialah.....pihak kilang cadbury memberi tahu kpd pegawai KK bahawa sampel dpd batch yg berkenaan sudah tidak ada lagi dalam simpanan....sebab itulah sampel pihak KK hanyalah yg diperolehi dari luar...yakni...bukan dari kilang cadbury~~~~YG MEMBUATKAN SEMUA PIHAK HAIRAN IALAH~~~BAGAIMANA PULAK PEGAWAI JAKIM DAPAT MEMPEROLEHI SAMPEL CADBURY DPD BATCH TERSEBUT DPD PIHAK KILANG CADBURY~~~SEDANGKAN STOK DPD BATCH BERKENAAN SUDAH TIDAK ADA LAGI~~~SUNGGUH PELIK BIN AJAIB~~~~NO: BATCH ,TARIKH LUPUT DAN TARIKH BIKIN~~~~BOLEH DIJADIKAN AVAILABLE ANYTIME~~~TAK JADI HAL PUNYA~~~NO WONDER RESULT MAKMAL KIMIA ( SAMPEL JAKIM ) DIDAPATI "TIADA DNA BABI"~~~THE POSSIBILITY EXISTS~~~~SUSAH MAHU PERCAYA ITU JAKIM PUNYA SAMPEL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2014 at 2:00 AM

mungkin KK ambik sampel yg dah dibuka oleh peruncit. tak pun semasa pihak KK pergi ambik sampel tu anak peruncit tu duk tgh makan catberi/pigbery lalu pegawai KK merampas coklat tu dr anak peruncit. pasal tu la kot sampel tu tercemar. Nak kata tercemar dimana punca pencemaran tu sedangkan catbery tu dibungkus elok2 je. dan setahu aku sampel tu hanya akan dibuka bungkusannya apabila hendak di analisis. tu pun dilakukan di makmal. pegawai yg nak buat analisis tu pun di wajibkan pakai pakaian makmal semasa dimakmal. takkan pegawai tu pergi pasar beli babi pakai kot makmal pulak. tak gitu Din?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2014 at 3:57 PM

Ada ke ambik sample audit dari kilang. Budak budak yg baru belajar pun tahu kena lah buat random sample amik dari pasaran, mana ko nak tau isi tu baru tapi label guna batch lama. Belajar lah cara audit yg betul

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2014 at 3:58 PM

Mana kutu kutu yg gempak nak saman cadbury tu. Pi amik sampel dari pasaran and cari mana mana makmal uji sendiri

....................
Reply To This Comment ...................
June 4, 2014 at 5:01 PM

'sampel Jakim Adalah Dari Kelompok Yang Sama Sampel KK'

ini umpama anak kembaq, satu anak halal & lagi satu anak haram.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2014 at 5:04 PM

din aku rasa pasal dna ni kena diperhalusi lg la. rasanya tak lepas kita.
cuba tengok di tempat pemprosesan ayam yg nak dipack(mkanan yg segera iaitu boleh digoreng segera atau spt nuget ayam dsb) banyak dr kilang proses yg dipunyai oleh bangsa kill asu, dimana bersama itu ada babi2 yg tgh diprose waima pekerjanya indon atau bangla, so aku caya dna ni dlm nilai mikron bukannya seketul2.

maknanya sekecil kuman itu dah wujud dna spt babi, jadi bebaskah kita dr dna babi kat msia? apatah lg kalu pengusaha2 tu bangsa cina, salam dgn tokey babi apa macam?
apa kabar tangan dyana sofia anak yummy2 tu, kalu check kat anu dia aku rasa boleh ada dna babi tu kan2?

maaf din kesitu plak perginya, namun tetap releven augustine paul!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 6, 2014 at 10:19 PM

jamil khir mana tau pasal "fifo", tak percaya p tgk gudang gudang kat bahagian logistik didlam kem tentera, yg mana ada depan pintu yang tu keluar dulu walaupun yg keluar tu masuk paling lambat dlm gudang, jadi tinggallah yg lama berkaput

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 7, 2014 at 9:14 AM

Saya terdengar ulasan mufti Perak dalam program radio Perak Jumaat lepas. Mufti berkata yang mengeluarkan sijil halal adalh Jakim dan ada prosedur yang ditetapkan dan sekiranya berlaku penemuan seperti dalam kes Cadbury ada juga prosedur yang telah ditentukan. Katanya lagi KK bukanlah menjaga piawaian halal jadi sepatutnya merujuk kepada Jakim. Dan jika prosedur diikuti, perkara ini tidak akan berlanjutan begini.

Pandangan saya apa yang kita ada cumalah informasi. Biarlah orang yang berilmu yang menentukan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 7, 2014 at 1:10 PM

Yang saya baca dlm laporan makmal kkm tak da pun dia tulis halal haram. Yang ada dia kata ada traces DNA babi. Itu aja.
Kenapa nak salah kkm pulak. Kesian pegawai tu. Tentu dah kena panggil pegawai atasan dan kena marah tak tentu pasal. Beliau dah jalankan tugas yg baik.

Post a Comment