........... Isu Cadbury DiCemar DNA BABI - Menteri Halalkan. ( Tapi Kenapa Tidak Ada Sorang Pun Yang Ingat Nasihat Najib ? ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Cadbury DiCemar DNA BABI - Menteri Halalkan. ( Tapi Kenapa Tidak Ada Sorang Pun Yang Ingat Nasihat Najib ? )

Tuesday, June 3, 201427comments

Bersungguhnya Menteri nak pertahankan keHalalan Cadbury, ek....

Baca TMI dan Mkini ... pendek kata, Cadbury HALAL.

Ujian berdasarkan sampel yang diambil dari kilang berbanding sampel yang diambil oleh Kementerian Kesihatan yang bukan dari kilang. ( tidak dinyatakan pulak dari mana KK ambil sampel mereka )

"Pencemaran mungkin boleh berlaku dari peti ais. Malahan kalau seseorang itu makan makanan yang ada unsur DNA babi dan kemudian bersin di hadapan makanan lain, makanan itu juga boleh tercemar dengan DNA babi,"

Juga tidak ada penjelasan tepat hasil siasatan tentang bagaimana caranya kedua sampel KK itu boleh dicemari DNA BABI selepas keluar dari kilang. Bagi saya, siasatan isu ini tidak lengkap jika penjelasan itu tidak dijumpai kerana jika kita tidak tahu punca pencemaran, bagaimana mahu dielakkan perkara sama berulang  ? 

Bukan saja kepada produk Cadbury malah apa juga produk makanan lain jika terdedah kepada keadaan yang sama seperti kedua sampel ( yang didapati mempunyai DNA BABI ), ia juga akan tercemar.

Persoalan saya - Apakah keadaan yang telah menyebabkan pencemaran DNA BABI kepada kedua sampel itu ?

Kalau tak silap, cokelat Cadbury dibungkus rapi dengan balutan kertas lutsinar ( kedap udara ? ) ..... entahlah, biarlah mereka yang pakar saja yang siasat.

Pendirian saya senang - Kalau was-was, TINGGALKAN. Dan kalau selepas Menteri berikan jaminan kita masih juga was-was - TINGGALKAN.

No hal, no kecoh, no risau.


TAPIKAN, dalam isu yang melibatkan makanan manis seperti cokelat Cadbury ini, saya teringat akan pesan PM Najib tidak berapa lama dulu ..... Kenapa Menteri langsung tidak gunapakai nasihat yang sama ? 

Walaupun isu kali ini berkaitan hukum Halal-Haram, tapi dari aspek kesihatan, nasihat Najib itu masih relevan ! Najib pesan -

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes,"

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman,"



Dan ini satu lagi pesan Najib - 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan langkah kerajaan memansuhkan subsidi gula berkuatkuasa hari ini, dengan mengingatkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menjejaskan kehidupan seks seseorang.


"Sayapun sudah belajar minum teh tanpa gula. Anda boleh berubah demi kebaikan diri sendiri," 

.
Makan cokelat berkali ganda LEBIH BANYAK kandungan gula dari makanan biasa yang menggunakan gula yang dirujuk oleh Najib supaya rakyat kurangkan pengambilannya.

Najib mewakili kerajaan begitu perihatin dengan masalah kesihatan rakyat akibat pengambilan gula berlebihan. 

Jika keprihatinan itu masih kekal sama, seharusnya Menteri selitkan nasihat yang sama juga ! Tidaklah rakyat menuduh yang alasan kesihatan yang diberikan Najib dulu tidak ikhlas ( hanya untuk mewajarkan penghapusan subsidi gula ).

Tapi kali ini nampaknya kerajaan tak berapa nak kisah soal kesihatan rakyat, ek ?

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 1:59 AM

Aku syak sampel coklat yg. dihantar JAKIM kat makmal lain tu mungkin dah diTUKAR - sebab takkanlah Kem. Kesihatan boleh jumpa DNA babi awalnya dan sekarang dah tak dak pula! Dan tak logik Cadbury dgn. balutannya boleh tercvemar kat kedai – jadi kalau ini benar; maka Cadbury masih boleh diSAMAN sebab balutannya yg. gagal menyebabkan coklat yg. dijual itu tercemar dgn babi!

Yg. aku heran kenapalah Malaysia ni sbg. NEGARA ISLAM dan pusat Halal, tak tubuhkan sendiri MAKMAL ISLAM yg. besar (dgn. bekerjasama dgn. Dunia Islam lain terutamanya yg. kaya dan tidak pro-ZIONIS, cthnya dr. UAE dan Brunei); dgn. SAINTIS-SAINTIS/pekerja ISLAM tulen (bukan PENYAMAQ - mesti disiasat latarbelakang mereka dgn. teliti)! Jadi tak payah bergantung kpd. Kem. Kesihatan atau mana-mana makmal; yg. senang diSABOTAJ si KAPIRDAJAL!

Sebenarnya ada perancangan halus dr. si KAPIRDAJAL Barat-ZONIS/Israel dan ejen tempatan mereka dr. DAPBANGKAI-CELAKA/PKRSODOM utk.membubuh DNA babi secara RAHSIA, dlm. semua makanan terutamanya yg. halal [melalui bahan perasa (flavours/additive) yg. tidak dinyatakan kandungannya, terutamanya 'serbuk bacon' yg. menyebabkan ketagihan (addiction)], di Dunia Islam - salah satu cara utk. MENGURANGkan jumlah umat Islam global dgn. pelbagai virus dan penyakit yg. amat merbahaya, dlm. Genosid! Bayangkanlah Dunia Islam yg. majoriti penduduk satu negara adalah umat Islam terutamanya di Timur Tengah - amat senang disasarkan dgn. cara ini! Sebab itulah ALLAH SWT MENGHARAMkan babi; kerana ternyata babi sgt. merbahaya - lihat di - http://articles.mercola.com/sites/articles/archive/2012/12/12/eating-pork.aspx , Why I Do Not Recommend Pork - Nearly 70 Percent Contaminated with Dangerous Pathogens, By Dr. Mercola, December 12, 2012!

Dan memang seluruh umat Islam global mahu diKURANGkan melalui pelbagai cara oleh si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS yg. berterusan di samping merompak kekayaan minyak-gas-minerals Dunia Islam - spt. yg. disyaki oleh Dr. Kevin Barrett, termasuk melalui wabak penyakit terbaru yg. sungguh GANJIL, yg. sedang melanda Dunia Arab, terutamanya mungkin juga mensasarkan JEMAAH HAJI yg. BERJUTA - disyaki didalangi ZIONIS-Israel dan sekutu mereka (lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett, May 5, 2014; dan di http://www.nst.com.my/latest/mers-cases-reach-more-than-400-more-than-100-dead-1.588584 , MERS cases reach more re than 400, more than 100 dead, 06 May 2014)!

Makcik Sambal Belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 2:02 AM

Encik Din,

Sori nak cakaplah..... usahkan nak dengar cakap dia, tengok muka pun dah meluat.

Tolong Encik Din bagitahu kat Ketua Pengarah Jakim baik potong sajalah ........... Sekali haram sekali halal. Yang mana betul ni Encik Din ?

Sudahlah SEMUA yang mengaku pemimpin blur, kini kita pulak nak diajak jadi blur saperti mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 2:15 AM

jawapan menteri x munasabah, pengambilan sampel ikut SOP. kalau semua makanan yg keluar dari kilang x terjamin hallal, boleh ke kita beli makanan di kilang? Keselamatan makanan tanggungjawap industri.

kuli pelaksana dasar kerajaan....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 5:56 AM

Senag cerita tak payah makan.
Banyak lg makananlain dalam dunia yang halal dibuat oleh org islam kenapa yg kapir jg jadi pujaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu kampung
June 3, 2014 at 6:43 AM

Cepat je respon pak menteri dalam hal Cadbury ni. Seolah-olah cokelat adalah makanan utama rakyat Malaysia. Tambah pelik bila hanya perlu buat sekali je ujian keatas sample yang baru menteri dah keluar statement. Sample pula diambil terus dari kilang. Hebat......

Soalan khusus untuk pak menteri kita yang dah melonjak naik KPI nya - sample dari batch yang di tarik balik apa pula keputusannya? Keputusan ujian terbaru datang dari batch mana? Cadbury nak hantar hamper guna alamat pak menteri yang mana satu?

P/S: Najib cuma cakap pasal gula dan kesihatan. Dia tak cakap pasal cokelat. Secara teknikalnya, pak menteri tak membelakangkan nasihat Najib. Naik lagi KPI pak menteri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 6:52 AM

Sekarang ni timbul pulak masalah baru. Ketidakyakinan orang ramai ke atas ujikaji malmal yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan. Katakanlah anda pergi ke hospital untuk menjalani ujian darah HIV. Apabila keluar keputusan, tiba-tiba anda terkejut kerana darah anda positif HIV. Sebulan selepas itu barulah pihak hospital memaklumkan bahawa semasa ujikaji, sampel darah anda telah tercemar dengan darah daripada pesakit HIV. Apakah anda tak rasa bengang dan marah kerana dipermain-mainkan setelah emosi anda terganggu dan jiwa anda tidak tenteram selama sebulan lamanya ? Sebab itulah ujikaji makmal yang berkaitan dengan darah daging manusia jangan dipandang ringan. Belajarlah daripada jabatan kimia yang mengendalikan sampel dna Lelaki Y. SOP yang dijalankan oleh jabatan kimia memang teratur dan tiada pencemaran sehinggakan peguam pun tak boleh nak putarbelit langsung. Sungguhpun begitu, kami sebagai rakyat biasa beragama Islam memohon agar Kementerian Kesihatan mendedahkan sumber sampel yang diperolehinya dan prosedur ujikaji yang dibuat dan sila buktikan bahawa tidak berlaku sebarang pencemaran ke atas sampel. Jika tidak, kami akan terus meragui makmal Kementerian Kesihatan sehingga isu ini diselesaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 6:58 AM

Ini soal kredibiliti dan integriti makmal milik Kementerian Kesihatan. Oleh itu, Menteri Kesihatan sila jawab dengan telus dan tanpa melindungi mana-mana pegawainya yang dianggap sebagai cuai sehingga berlakunya pencemaran ke atas sampel cokekat Cadburi. Sila kenakan tindakan tegas ke atas pegawai terbabit.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 7:15 AM

Jika berita tu membuat kita was-was, maka punca berita tu pun mungkin was-was.
Agaknya semua berita dari punca tu kita was-waskan dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 7:21 AM

@AnonymousMakcik ni kan, sebut je isu apa sekalipun, dia mesti boleh masuk line !

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 7:24 AM

@Anonymousya, persepsi yang terhasil adalah para penyelidik di makmal kementerian kesihatan boleh diragui tahap professionalan mereka !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 8:04 AM

Yg kena cek ada kesan dna babi tu batch lain (keluaran beberapa bulan @ tahun lepas) yang diambil oleh KKM, yg JAKIM ambil batch baru (bulan lepas Tahun ni) so pasti ada perbezaan hasil dapatan.... banyak faktor yg terlibat tapi saya syak bahan untuk membuat coklat tu mungkin didapati dari syarikat yang berbeza / berlainan & mungkin salah satu syarikat pembekal tu membekalkan bahan yg mengandungi dna babi..... pada saya perkara ni jadi syubhat, banyak lagi jenama coklat lain diluar sana... wallahua'lam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 8:34 AM

Kami mahu Jamil Khir letak jawatan jerana gagal menangani isu ini. Kenyataannya smlm amat tidak logik dan masuk akal dan telah menghiris hati jutaan umat Islam dan hanya memberi laluan dan lubang utk pembangkang menghentam kerajaan. Kalau di Korea/Jepun menteri yg bertanggungjawab tidak payah disuruh utk meletakkan jawatan jika isu berkaitan dengan kementerian masing2. Sekali lagi kami mahi Jamil Khir LETAK JAWATAN!!!!!!!! Kerajaan pls ambil tindakan sangat tegas atas isu sensitif ini...

....................
Reply To This Comment ...................
Anak Bukit Jelutong
June 3, 2014 at 8:39 AM

Aku agak, hampir seluruh rakyat Melayu beragama Islam, dah jadi keliru.

Pasai apa bila KK kata ada dna babi, cepat pula JAKIM menafikannya.

Sebagai rakyat aku tak fikir KK ada agenda tersembunyi bila mengatakan cokelat jenama tersebut dari batch tertentu mengandungi dna babi.

Tak apa - bila keliru dan was-was - tinggalkan.
Tak usah makan.

Kalau nak makan juga buat sendiri.

KK dan JAKIM mulai sekarang harus berkerjasama - buat juga kajian - kemungkinan benda yang serupa ada pada banyak lagi makanan dan bahan makanan.

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 8:42 AM

Kalau sudah tercemar haram, haram juga lah di makan ! Betul DT, jika kita ragu-ragu, tinggalkan! Itu yang di tuntut.

Jika sudah termakan, Allah jua Maha Pengampun, tidak berdosa pula dan tidak payah lah tukar darah, cuci daging ke, cuci lidah ke....(macam-macam tindakan jahil yang hendak di lakukan) - itu sebab sebelum melakukan apa- apa, di mulai dengan Bismillah... ada doa nya di baca... lepas solat baca doa supaya Allah SWT hanya memberi makanan halal sahaja dan di jauhkan dari yang haram ( selalu di sebut Imam Besar Mekah dalam khutbah Jumaat ) dan penutup yang mesti, " kebaikan di dunia dan akhirat"

Orang Islam itu mesti bijak, mesti berilmu. Ilmu tanpa amal dan amal tanpa ilmu, menjadikan kita terjebak ! Ramai berilmu tapi otak kafirun ! Ramai beramal tapi kosong dan menambah dosa sahaja... lihat lah kemusyrikan, kemunafikan dan kekufuran kebanyakkan melayu sekarang....Sebab nya tidak lain, Umarak dan Ulama yang begitu lemah jiwa, insan dan keimanan nya. Terlalu banyak memakan dan termakan yang haram.....Wujud Nya Allah, Nabi Muhammad dan Hukum Hakam dalam syariat Islam selalu di persendakan !

Jika sistem Halal dan Haram itu bermaklumat seperti sah nya LOGO Halal JAKIM, maka setiap rumah mesti memiliki rujukan makalah bulanan atau pamplet seumpama nya sebagai panduan penting. Lapuran pakar-pakar makanan dan kesihatan. Syarikat-syarikat yang berwibawa, memberi kebajikan dan menyampaika iklan benar mereka. Banyak lagi. Bukan kah cara ini rakyat atau pengguna lebih terdidik dan semua pihak dalam keadaan menang-menang ?

JAKIM berfikir lah di luar kotak. Tunjukkan yang Umat Islam itu cerdik dan bijak. Ini lah yang Allah SWT suka. Keindahan dalam apa jua tersirat dan tersurat. Menuding Jari - satu tindakan yang amat lemah.


....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 8:46 AM

@AnonymousErk !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 8:51 AM

makan makanan yang ada unsur DNA babi dan kemudian bersin di hadapan makanan lain, makanan itu juga boleh tercemar dengan DNA babi,"???? Kalau lembu bersin kat Babi, jadi Babi tu ada le DNA Lembu. ye kut? Nampak benarle kita ni dungu al dunguskelamkabuttaramtatihpimaitangtujugak..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 8:52 AM

Menteri Kesihatan diminta supaya bersikap telus dan tidak melindungi mana2 pegawainya yang cuai sehingga meresahkan umat Islam. Berikan tindakan tegas sebagai pengajaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 10:12 AM

Menteri cadbury wat statement biasa la...yg nak dimakan bukan kat kilang...beli kat kedai..macam tu punya senang keja pun tak leh wat..tak taw la makanan yg len...patut sample kena ambil yg berada di pasaran, baru la boleh cek halal ke tak...kalau dah cek jgn cadbury ja..cek setiap produk yg halal di malaysia ni..baru la rakyat yakin nak makan apa pun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 10:15 AM

satu langkah sumbang Jamil Khir.... tak tau apa motifnya nak cepat2 menghalalkan smula, tindakan yg hanya memberi ruang kpd pembangkang utk hemtam kerajaan cukup2. hujjah/alasan yg cukup tak logik. confirm dlm beberapa hari ini semakin bertambah pengikut pembangkang terutamanya di kalangan anak muda. 2/3 hari lepas berita dlm berita tv baharu shj bagi tau nak tenteukan ada babi ke tidak bukan mudah dan mengambil mas lama.. ini tak sampai seminggu dah dapat keputusan..., JAMIL KHIR WAJAR LETAK JAWATAN.!!!!!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 10:27 AM

perkara pokok di sini ialah....pihak jakim mestilah mendapatkan batch sampel yg berkenaan...yakni...batch sampel yg disahkan ada dna babi oleh makmal kementerian kesihatan....diyakini dan dipercayai...saki baki batch berkenaan masih berada di dalam pasaran ataupun di dalam simpanan pelanggan yg masih belum menjamah produk batch berkenaan....ini adalah kerana...pihak jakim mestilah mempastikan ujian wajib dilakukan ke atas batch yg berkenaan...kerana...selagi tidak dilakukan yg sedemikian...maka...sampai bila-bila pun pihak jakim masih belum melaksanakan tanggung jawab membuktikan kesahihan ujian makmal kementerian kesihatan....tanggung jawab pihak jakim ialah mengumpulkan produk yg daripada batch yg berkenaan sahaja....kalau itu pun jakim gagal melaksanakan...maka...sampai bila-bila pun isu ini tidak akan selesai~~~ujian makmal jabatan kimia yg menyatakan tiada dna babi adalah ujian ke atas batch yg berlainan~~~~ini tidak boleh diterima~~~kerana~~~ujian mestilah dilakukan ke atas batch yg sama seperti dilakukan oleh makmal kementerian kesihatan~~~tak tahulah samada pihak jakim faham atau tidak~~~SOP kepala hotak hangpa

....................
Reply To This Comment ...................
June 3, 2014 at 10:40 AM

Din,
Keputusan ujian yg KKM adalah batch yg dikeluarkan sebelum bulan Feb 2014 kerana ianya diambil dipasaran masa itu.
Sepatutnya JAKIM buat ujian yang sama pada coklat batch yg sama dibuat oleh KKM. Barulah boleh kita kata berlaku 'contamination' dipasaran. Jadi masih tak ada jawapan sebenar kenapa berlaku 'Contamination'
Jika Jakim buat ujian dengan batch yang berlainan ada berlaku beberapa kemungkinan;
1. Mesin telah dibasuh bersih oleh Kilang Cadbury (Isu telah heboh beberapa minggu. Banyak masa Cadbury buat tidakan susulan)
2. Bahan additive telah diubah oleh pihak Cadbury untuk batch yg diuji oleh Jakim.
3. Cadbury boleh melupuskan/meminda rekod2 production. Jadi tiada bukti.
Bolehkah menteri menjawab soalan saya diatas.

Din, Nampaknya bertambah jumlah Menteri Cap Ayam dalam koleksi cabinet Najib. Masaalah ni diselesaikan dengan simplistic sekali walhal banyak perkara yang meragukan tidak dijawab.

Saya masih ragu2 dengan tag 'contamination dipasaran' kerana kita maklum semua coklat dibungkus dengan rapi oleh semua pengeluar.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 10:58 AM

Ada 3 sample yg diambil utk uju DNA oleh KHM. Hasil test di buat 27th Apr. Lama baru kluar berita, itu pun melalui social media. Lepas itu, KHM buat official statement, termasuk dengan kenyataan akta skali. Lepas tu, JAKIM buat stettement, nak buat test sendiri. Rakyat marhain, mula buat kenyataan masing sampai ada pulak dlm whats app, dr Faiz xxx, kata dia terima paggilan dr orang JAKIM, yg depa tertekan untuk menceritakan yg sebenar. Kalau di tanya Faiz ni, (itu pun kalau rakyat nak tanya dia...) macam mana dia tahu orang yg call tu orang JAKIM ( sampai hari ni sy belum terima jawapannya). Yang patut di buat oleh pegawai KHM yg jumpa DNA dlm porcine DNA test, ialah membuat beberapa lg ujian ke atas sample yang sama untuk dapatkan kepastian. Sy pasti, di waktu itu, kerja ni di buat bukan dalam lab KHM, tetapi test lab luar. Sekarang, test Jabatan Kimia dah kluar. Rakyat makin konpius, kepercayaan ke JAKIM makin kurang. Penerangan JAKIM pun macam tergesa2. Banyak persoalan yg timbul yg JAKIM kena tangani dengan bijak sana. Untuk KHM, kenalah buat penjelasan macam mana KHM dapat sample, sape yg buat test sample etc. Kalau tidak KHM akan berdepan dengan tindakan undang dari Cadbury. Banyak lagi kepincanagn pentadbir2 awam kat Malaysia ni akan timbul. Kita sebagai penguna pun kenalah bijak menilai. Banyak membaca, buat kepastian sendiri. Jangan tahu nak cut and paste aje...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 11:00 AM

catbury boleh saman kementerian kesihatan jika mereka benar.. mereka telah kerugian kerana dakwaan tersebut..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 11:55 AM

dicadangkan~~~pihak cadbury hebahkan batch berkenaan yg positif dna babi~~~dapatkan kembali semua batch yg berkenaan daripada peruncit, pemborong dan pelanggan yg masih menyimpan batch yg berkenaan~~~kemudian~~~diadakan satu demo live menikmati produk cadbury batch yg berkenaan itu~~~demo live itu mestilah melibatkan jamil khir dan othman~~~bukannya apa~~~ini adalah kerana jamil khir telah membuat pengesahan tentang ujian makmal jabatan kimia bahawa sampel produk cadbury yg pihak jakim ambil tidak mengandungi dna babi~~~~oleh yg demikian maka~~~lakukanlah live demo menikmati keenakan produk cadbury~~~amacam jamil khir & othman

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 12:03 PM

batch yang dikesan (KKM) ada unsur dna babi perlu dikenal pasti & dikeluarkan dari pasaran kerana telah SAH ada unsur berkenaan. manakala batch yang seterusnya yang disahkan HALAL tidak perlu... TETAPI pihak JAKIM sepatutnya mengambil batch yang sama diambil oleh KKM untuk siasatan & ujian seterusnya ,mengambil TINDAKAN undang-undang terhadap CADBURY sekiranya benar batch berkenaan ada unsur BABI bukannya mengeluarkan KENYATAAN halal bagi batch yang terbaru ni... Apa kerja JAKIM ni....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 3, 2014 at 12:14 PM

ada satu rancangan ka astro awani, jemput pakar prof madya ukm untuk bual bicara. katanya asid lemak koko dan lemak babi kalau digandingkan memang tak stabil, jadi kebanyakan coklat tak boleh ada lemak babi. maybe kena ada penerangan lanjut mengenai hal ini.

Biasanya, kilang2 makanan especially yang ada HACCP, proses pengeluarannya adalah sangat ketat, persekitaran kena bersih atau bebas kuman, dah kata macam clean room. Macam mana sampel coklat boleh tercemar? dari proses awal hingga ke packaging. adakah makmal KKM tu sendiri yang telah contaminate? alatan makmal telah tercemar? prosedur ujian tidak diambil berat?

Saya tidak menyokong mana2 pihak. perkara2 seperti ini tak sepatutnya berlaku.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 4, 2014 at 11:27 AM

Cuba nak pertahankan konglomerat kaya... berpakat cuba nak pusing benda haram kpd halal... ini akan mendedahkan sifat mazmumah dan senang dibeli... ini kemuncak kepada penjualan agama pada harga yang amat murah.... tolong bagitau, macamana sample dalam bungkusan boleh tercemar.... atau uji semula sample lain. Rakyat bukan bodoh macam yang korang sangkakan...

Post a Comment