........... Hikmah Isu Jais @ alKitab - Semakin Jelas Siapa Lawan Dan Siapa Kawan ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hikmah Isu Jais @ alKitab - Semakin Jelas Siapa Lawan Dan Siapa Kawan !

Saturday, June 14, 201431comments

Sejak Peguam Negara Gani Patail memutuskan untuk tutup kes isu rampasan alkitab oleh pihak JAIS, semakin terang dan jelas kepada kita siapa kawan dan siapa lawan ...... siapa yang ikhlas dan siapa yang berpura-pura, .... siapa yang konsisten dan siapa yang hanya bersandiwara politik, senang cerita - semakin jelas siapa duduk dipihak mana.


MB Khalid dan kerajaan Negeri Selangor termasuk parti PAS yang sebelum ini cuba bermain playsafe dengan tidak memihak kepada sesiapa,  sebaik saja AG keluarkan ketetapan untuk tutup kes, dengan pantas menyokong penuh keputusan itu ! 


Kambing hitam sudah muncul, maka semua pihak dengan gembira berdiri dibelakang Gani Patail ! Semua pihak akur dan taat setia kepada keputusan AG ! Termasuklah puak Pakatan Rakyat yang sebelum ini sering bertegang urat dengan AG.

Paling menarik adalah pihak Dap !

Mkini
Tu dia .......  Semua pihak kena patuh pada keputusan AG ! Bukan orang Umno yang cakap tapi DAP !


Seperkara yang rasanya perlu kita dapatkan penjelasan adalah - Di mana kedudukan Najib dan Umno dalam kes ini ?

Sehari dua ini banyak tersebar dalam watsup dan turut dipaparkan oleh beberapa blog, cerita yang menghentam AG. Habis diungkit segala macam insiden dan penghapusan akta2 yang di kaitkan dengan kegelojohan Gani Patail.

Dan ini termasuk ISA dan EO !

Nama Najib langsung tidak disebut. Sungguh kurang sopan mereka yang mengedar cerita itu....  sebab seingat saya lah, Najib lah orangnya yang telah memeranjatkan satu Malaysia bila beliau mengumumkan untuk menghapuskan ISA 3 tahun lalu. Begitu bangga sekali Najib bercakap dikaca TV secara live waktu itu.

Nama Gani Patail langsung tidak timbul .... alih2 sejak semalam, Gani Patail pula yang dipertanggungjawabkan sebagai dalang yang menghapuskan ISA ? ? Kecil hati Najib nanti .....


Apakah ia merupakan satu usaha licik membersihkan nama Najib ? Kalau sebelum ini, para penasihat dan konsultan yang dikambinghitamkan, apakah kini giliran AG pula ? 


Jika kita diminta percaya kepada cerita yang disebarkan itu, tidakkah itu juga tambah mengesahkan yang Najib adalah PM yang BLUR ! ?

Entah berapa kali bercakap mengumumkan dasar2 yang kemudiannya bila mendapat kritikan ramai, terus dipersalahkan orang lain ..... yang pergi cakap dan umumkan itu kira BLUR la ?


Benarkah AG bertindak sendirian tanpa mendapat arahan dari Najib ? Lepas satu-satu keputusan ... semuanya tanpa lampu hijau dari Najib ? Ni apa punya PM yang kita ada kalau benar itu yang berlaku !

Balik kepada kes JAIS di atas, bukankah di artikel Bernama ketika AG umumkan keputusan Tutup Kes turut disebut -

Abdul Gani berkata jabatan tersebut juga mengambil kira keterangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bahawa buku-buku itu tidak dikawal KDN dan tidak melibatkan isu keselamatan negara.


Apakah Najib dan kerajaan BN tidak tahu menahu tentang keputusan Tutup Kes oleh AG ini ?


Sekarang merupakan masa terbaik bagi Najib tampil dan jelaskan pendirian kerajaan. Biar umat Islam semua tahu dimana kedudukan semua pihak termasuk Najib dan Umno ( kerana seperti biasa, Umno akan ikut buta apa saja kata Najib .... selagi Najib jadi Presidennya )

Biar kita semua tahu SIAPA MUSUH DAN SIAPA KAWAN !

Itulah HIKMAHnya isu Jais@alKitab ini .....

Share this article :

+ comments + 31 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 14, 2014 at 11:49 PM

Mungkin jawatan ag tu lebih tinggi dr pm kot. Pm cakap jer, yg buat semua tu ag. Cakap shj, yg mahal yg buat. Dulu dah nak tukar, tp bila ckp dgn tdm, kalah. Ni baru ckp sikit jer, tak habis lagi, penasihat terus setuju asalkan benda baru. Janji baru, buksn dr mantan pm, lulus terus.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 12:07 AM

X kot pm yg arah dibuat mcm ni. Or oenasihat dia. Ape pn kalau dia akur dgn penasihat maknanya dia x ambil pusing langsung pasal agama bangsa dan negara.

Isu di atas ni kan lagi tanda kita kalah dgn kaum2 pelampau? Lepas ni apa pula. Telan saja lah kalau kita pakat x buat apa2.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 5:17 AM

Inilah bahayanya pemimpin liberal. Dia tiada rasa sayang pada bangsa dan agamanya. Demi menjaga perasaan rakan yang berlainan bangsa, melayu dan Islam sanggup dikorbankan. Percayalah bahawa umno tidak hancur kerana pembangkang kuat, tapi umno hancur kerana pemimpin umno sendiri yang lemah dan lembik. Tebuan liberal hanya melihat sahaja sarangnya dijolok tanpa berbuat apa-apa. Umno akan hancur kerana dirosakkan dari dalam. Melayu akan terus merintih, mengemis dan merempat di bumi sendiri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 5:44 AM

bende simple...kalu kitab tu tak diharamkan mengikut peruntukan negara maka tak boleh rampas...walaupun kita tak suka pd kitab tu kita takde hak nak ambik...kalu kita dah mula bertindak tak mahu ikut undang2 maka huru-hara la negara nanti...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 6:43 AM

Blogger mana berani tegur najib. Alih alih tuan punaisihat yg diersalahkan. Apa punya tur lah korang ni

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 7:00 AM

@AnonymousJAIS bertindak atas dasar undang2 dan kita membantah juga atas dasar undang2 !

alkitab yg dirampas itu menyalahi Enakmen Syariah kerana mengandungi perkataan yg dilarang.

Kalau AG sendiri tidak hormat pada Enakmen, kenapa tidak hapuskan saja Enakmen itu ?

Siapa yang tidak ikut undang2 di sini ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:02 AM

@Anonymous

blogger yang tak berani tegur najib adalah blogger yang cari makan. mereka mana kesah agama dan bangsanya dihanyutkan ke laut cina selatan? saperti juga dengan pemimpin pemimpin Melayu, mereka sebok berpolitik hingga sangkar burung mereka terbuka pun mereka tak sedar.

supaya tidak dilihat tidak kritikal, sekali sekala mereka akan merencanakan artikel yang konon memperjuangkan agama dan bangsa. itu pun sebagai umpan untuk mendapatkan ikan yang lebih, agaknyalah!!!!!

lihatlah bangsa cina mempermainkan sesuatu isu. mereka akan berterusan melakukanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:09 AM

@Anonymous

sudah pun menjadi parah keliberalanya. agama dan bangsa? mereka dah lupa asal usul mereka. tidak saperti KITA yang telah dididik dan dibesarkan dengan agama, yang merasakan dihina dan di perlekehkan. benar kata kamu tuh. UMNO sedang dihancurkan oleh pemimpin yang ada sekarang. dah menjadi keselaluan sekarang nih kata kata saperti "Melayu jangan dicabar", "Melayu jangan diusik dengan dua perkara iaitu agama dan bangsa" dsb. ada bangsa kiasu ni kesah? hari ini Melayu hanya pandai berbahasa, tapi habuk pun tadak!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:14 AM

@Anonymous

kenalilah pemimpin kamu, nilaikanlah sendiri. ada pilihan? halatuju Melayu ditentukan oleh pemimpin UMNO yang ada sekarang ini. apa mereka takut? apa orang Melayu boleh buat? ini kalilah nak eksperimenkan apa yang berada dalam kepala hotak mereka. hari ini mereka memimpin dan hari esok belum tentu akan saperti hari ini. mengapa tidak make hay while the sun shines?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:18 AM

@Anonymous

tak kiralah jawatan tinggi ke rendah ke. mereka punyai kata dalam soal ini. kata yang mengikut undang undang sedia ada. bukanya kita pertikaikan jawatan tapi soal undang undang. apa gunanya undang undang kalau tidak dilaksanakan? ada kah mereka itu menganggap Melayu sekarang ni dah terlalu lemah dan bodoh hingga mereka berani menjalankan tanggungjawab sekehendak hati?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:21 AM

@Anonymous

bang, negara telah memperuntukkan undang undang. bukanya suka suka jer nak buat. kalau orang yang menjaga undang undang tak nak ikut undang undang, apa citer?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:42 AM

isu nye ialah kita tak boleh bertindak atas dasar interpretasi undang2 kita tak sama dgn org yg lebih bertanggung-jwb...contoh kalu di mahkamah hakim kata mereka tak bersalah jadi apa nak buat? tak nak ikut jugak..?

trend melawan keputusan pihak berkuasa adan menceroboh dewan undangan negeri ini sgt2 merbahaya kpd keharmonian negara...

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 8:45 AM

@AnonymousMakanya .... BN pakatlah dengan PR supaya dihapuskan segala Enakmen2 yang ada supaya dapat diwujudkan KESAMARATAAN !

Jadi tak timbul dah masalah... tak gitu ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 8:51 AM

Undang-undang sudah jadi mainan. Paling ketara, pihak pembangkang yang kerap ingkar undang-undang. Tahu kenapa ? Mereka sudah kaji kelemahan nya dari segi aplikasi dan teknikal. Umpama kes jenayah. Ada cara melepaskan kesalahan anak guam nya ! Mendiang Karpal memang pakar, betul tak ? Apa lagi common law.

Berbalik MAIS dan JAIS jika pihak bertanggungjawab ini tahu status nya, mereka tidak boleh undur kebelakang. KEBENARAN mesti di tegakkan. Kadangkala pengaruh wang terlalu kuat membenamkan kes ! Islam tidak boleh di tegakkan dengan ganjaran. Ia mesti di atas keikhlasan fisabililah yang di perkuat atas nama JIHAD. Memang sukar kerana melibatkan semua pihak. KEPAKARAN dalam ILMU sahaja dapat mengalahkan strategi musuh.

MAIS kena bermaruah. Jika kafirun harbi menuding jari menyalahkan mereka, bijak lah, patahkan telunjuk tersebut. Dalam masa yang sama wajib juga menghapuskan MUNAFIK. Menjual Agama untuk kesenangan dunia. Bukan kah tindakan Peguam Negara seperti contoh kedua ? Di sokong pula oleh kuasa-kuasa yang sering mempermainkan Islam.

Telunjuk kanan itu bersaksikan Allah yang Satu. Jaga lah hak-hak kita yang terlalu banyak di gambarkan dalam diri individu. Haram hukum nya melakukan sebarangan yang berlawanan dengan kehendak NYA ! Tegakkan Syariah NYA semula, penuh kesabaran di atas kebenaran.

Bersatu lah Umat Islam sekelian !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 11:37 AM

@Anonymous

jadinya kalau gitu orang Melayu tak perlulah buat apa apa. lepas baca doa tunggu jerlah hingga dihidangkan makan? kalau orang yang bertanggungjawab tak menjalankan tanggungjawabnya dengan baik macamana pulak tuh? kepada orang Melayu semuanya berbahaya tapi kalau bangsa lain sumernya "di izinkan".

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 12:23 PM

din ...
tidak kukuh tiang seri tanpa rasuk dan penyambut ...
jika tiang seri itu ibarat perlembagaan ...
maka akta hasutan dan isa adalah rasuknya
manakala akta pengcegahan adalah penyambutnya ...

tetapi malangnya pm kita tidak tinggal di rumah melayu lama ...

tidak kenal ia akan tiang seri
tidak tahu ia akan kayu rasuk
tidak faham ia akan kayu penyambut

bagaimana dia mahu faham tentang bijaksana dan hikmah orang tua2 dahulu membina asas negara bertiang serikan perlembagaan ... berasukan akta hasutan dan isa
berpenyambutkan akta pengcegahan

duduknya ia di rumah batu
menetap lama d England
belajar di menara gading ... tapi apakan daya kerja kursus disubkonkan kepada punahsihat projek paper pun diupah dibayar ... entah2 masuk exam pun orang lain yang hadir ...

dan kita dapat lihat hasilnya ialah semua kerja tadbir urus negara orang lain yang buat ... pm kita hanya pembaca melulu sahaja ... entah yang dibacanya itu dia faham atau tidak ...

nasib kita lah din dah dapat pm macam ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 12:47 PM

@Anonymous

sebagai seorang Melayu, aku sokong coretan kamu dan amat tersentuh dengan maksudnya. anak Melayu yang tidak dibesar dan dididik dari kalangan orang Melayu. ketulinanya hilang sama sekali ibarat makan lauk yang tidak dirasakan garamnya. tawar dan hambar. rupanya saja yang sama tapi rasanya tak dapat hendak ditelan. Allah tidak mengubah nasib sesuatu bangsa itu melainkan bangsa itu sendiri yang melakukanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 12:53 PM

@maae

betullah tuh. mainan kanak kanak, tapi pembangkang bukanya kanak kanak. disebabkan itulah kerja mereka asyik menyakat dan suka melihatkan kanak kanak meraung, tapi tak dapat nak buat apa. walaupun disekel kepalanya sekali pun.

MAIS telah melakukan yang terbaik untuk agama dan bangsa Melayu. hanya sokongan dari pelbagai pehak terutama NGO Islam yang membolehkan MAIS dilihat gagah.

yang bersaksikan Allah itu jugalah yang digunakan untuk menuding kearah mereka untuk menutup kesalahan sendiri.

dah sampai masa Melayu bersatu. <<<<>>>>.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 2:05 PM

Mana-mana pemimpin melayu yang tidak pernah makan belacan, budu, cencaluk, tempoyak dan tempe, haruslah muhasabah diri. Jika ada mana-mana melayu yang mengatakan bahawa kesenangan yang mereka perolehi sekarang ini bukan kerana perjuangan pemimpin terdahulu, ianya adalah bohong sama sekali. Kononnya mereka maju kerana usaha dan kerajinan semata-mata. Walhal jika tidak dipecahkan tembok perkauman yang diasaskan oleh puak kiasu, mana mungkin melayu boleh belajar sehingga ke luar negara, menjawat jawatan tertinggi, menjadi professional dan menjadi tokoh korporat terkemuka. Siapakah yang telah banyak berjasa sehingga melahirkan ramai jutawan melayu ? Lain tidak bukan pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu lah yang bersusah-payah mencipta peluang dan ruang untuk melayu terus maju dan keluar dari kepompong kemiskinan.

Malangnya, apabila mereka telah berjaya dan hidup senang, mereka melupakan jasa-jasa pemimpin terdahulu. Lalu dimomokkan kepada umum bahawa, mereka berjaya tanpa bantuan tongkat yang diasaskan oleh pemimpin umno. Mereka lupa asal-usul. Mereka lupa di mana bumi dipijak. Mereka lupa siapa diri mereka yang sebenarnya.

Kini, pemimpin melayu yang lupa diri itu kebanyakannya menjadi pemimpin tertinggi dalam umno. Umno akan menerima tempiasnya kerana kesombongan mereka enggan mengakui jasa pemimpin terdahulu. Mereka enggan meneruskan polisi pemimpin terdahulu supaya mahu melayu terus dibantu. Mereka kata, semua warganegara patut mendapat layanan samarata dan samarasa. Oleh itu, melayu tidak wajar dibantu. Inilah idea kesamarataan yang jelas menyamai slogan malaysian malaysia tapi dalam bentuk baru. Maka diberikanlah dengan nama-nama yang sedap didengar seperti transformasi, liberalisasi, rasionalisasi, rekonsialisasi dan terbaru RUU harmoni nasional. Inilah agenda puak kiasu untuk menghancurkan melayu supaya melayu tidak akan maju dan terus-menerus mengemis bantuan dari kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 2:51 PM

kalu rasa itu terbaik hapuskan la...tapi ini bukan isu nak kesamarataan...ini isu undang2 dah ada...AG sbg pihak pemerintah kata tutup kes so tutup kes la...

kalu tak puas cari jalan lain tp yg tak bersalah jgn dihukum...

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
June 15, 2014 at 3:20 PM



Melayu / Islam makin tersepit dan terhimpit dinegara mereka sendiri.

Siapa nak dipersalahkan ?.

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 3:35 PM

@AnonymousYa, ini isu undang2.

AG ikut undang2 ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 4:12 PM

Salam...,,,, sekali lagi syariah dan hokum Islam di perlalekeh kan, Mana suara UMNO, semua play safe. PM apa akan berlaku..Senyap sepi.... Mana Pemuda, mana puteri. mana KJ...( DAH THAU DAH,,,LIBERAL..kan..), mana pula wanita, mana pulak Majlis tertnggi...jgn kira lah berlaku di negeri Selangor, tapi yang bagi perintah AG... perintah tue ..dari siapa....nasihat siapa....pada PM...AG juga kan,,,,, so mcm nie lah keadaan skerang ..all nak play safe....kena tubuh PARTI baru lah.....SEMAU ORANG MELAYU BERSATU dalam paerti....baru....SELAMAT KAN melayu. Padah nya akan menanti.
orang lama 1957

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 4:36 PM

Tak samarata dah timbul pada zaman penjajah lagi dimana pendatang yang diimport oleh Inggeris keparat telah diberi segala kemudahan kepada mereka termasuk pendidikan. Orang melayu dipastikan tidak mendapatkannya dan ditindas. Tujuannya senang sahaja supaya melayu tidak bersatu dan memberontak. Inggerislah yang melabelkan melayu malas sejak beberatus tahun lagi.

Kalau mengikut sejarah asal usul dan temadun melayu yang ramai tak tahu, Melayu ada bangsa yang bertemadun didunia. Temadun melayu jauh lebih awal dari negara cina.

Hanya DEB Melayu baru nak bernafas semula. Bangsa Cina jauh kedepan dari bangsa Melayu kerana dasar penjajah inggeris.

Tapi malangnya penafasan ini dah nak ditarik balik oleh pemimpin dari bangsanya sendiri melalui RUU.

WAHAI BANGSAKU BANGUNLAH DARI TIDUR DAN SEDARLAH APA AKAN JADI KEPADA BANGSA KITA SENDIRI.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 8:12 PM

aku bukan pakar undang2...jd kalau AG yg menjaga hal2 perundangan negara kata tutup kes sapa lah aku nak kata tidak...walupun ia tidak spt yg aku harapkan...

hari ni AG org tak mau pecaya... esok IGP pulak lepas tu PM pun kita tak mau ikut...last2 Agong pun kita ketepikan...lama2 jd Syria la kita...ciri2 dh nampak dah...

....................
Reply To This Comment ...................
June 15, 2014 at 10:16 PM

@AnonymousAda saya tulis sebelum ni - dalam isu ini jelas Jais kata rampasan adalah kerana adanya kalimah Allah dalam alkitab itu, dan kejadian berlaku dinegeri Selangor yang punya Enakmen berkaitan.

Jadi mengikut undang2 yang saya faham - ADA KES.

AG tutup kes bukan atas dasar undang2 di atas.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 15, 2014 at 11:35 PM

kok yer pon nak penuhkan petai ke dalam guni...gunalah guni yg mesra petai....maksudnya...guni yg mudah disumbat petai...tak gitu...PALA HOTAK LU GANI PATAIL

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 12:01 AM

1. keje JAIS buat rampasan je..samada org tu salah atau tidak bukan keje JAIS...ia di luar bidang kuasa JAIS

2. Ya, saya setuju AG buat keputusan tidak berlandaskan enakmen negeri s'gor..rasanye diambil kira perjanjian yg PM buat dgn Sabah & Swak..itu masaalahnye..kita ni byk campur agama dgn politik...sama la dgn hudud..last2 semua org keliru & panas baran..

Sebab tu saya kata kes ni kita tutup je la..keharmonian negara perlu diambil kira juga..tapi lepas ni duduk dan bincang balik.. selaraskan undang2 ni betul2..

wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 16, 2014 at 6:23 AM

Kalau ditutup sekali lagi org melayu bertoleransi. Sudahlah mengenepikan undang2...asyik org melayu sajalah yg toleransi.

X cukup dgn tu now derang demand nk pulang balik kitab. Xpe la maruah dh dicalar mahu dinajiskan lagi.

Ikut pm? Buat apa kalau hak kita dia mansuhkan. Dgn org liberal mcm ni ape yg dia hendak bincangkan dgn melayu mcm kita? Dia lebih suka berdialog dgn org kristian dan cauvinis.

Melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
IdrisMdIsa
June 17, 2014 at 12:10 AM

Betul din...lagi pun keputusan mahkamah rayuan mengharamkan penggunaan kalimah Allah adalah undang-undang yang mengikat semua rakyat, melainkan dan sehingga di overturn oleh mahkamah persekutuan. Bible bahasa melayu melanggar enakmen anti penyebaran agama lain dikalangan umat Islam dan penggunaan kalimah Allah dalam bible tu terang2an menghina mahkamah. Siapa yang tak ikut undang2 di sini?

....................
Reply To This Comment ...................
June 18, 2014 at 9:45 AM

Yang salah, Melayu Islam sendiri. Teruskan bercakaran antara satu sama lain.

Solution nya senang iaitu BERSATU tetapi nak buat nya hai.....

Post a Comment