........... Group Melayu Protes Najib - Mohon Pandangan Anda ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Group Melayu Protes Najib - Mohon Pandangan Anda !

Thursday, June 26, 201467comments




Satu perubahan yang saya sendiri alami sejak akhir2 ini adalah - Saya dah semakin malas nak meluahkan perasaan tidak puashati saya terhadap kepimpinan Najib.

SENTIASA ada saja perkara baru berlaku yang menyakitkan hati, yang mana jika difikir secara mudah pun, kita boleh kaitkan dengan Najib selaku PM.

Najib adalah PM Malaysia yang lemah. Period.

Benda ni sebelum PRU13 lagi saya dah rasa. Dan saya percaya, dari pemerhatian saya, semakin ramai orang Melayu pun turut berkongsi perasaan ini. Makan dalam beb .....

Tak perlulah saya nak sebut satu persatu apakebendanya yang Najib dah buat salah pada mata saya.... anda sendiri pun tahu. Buat menyakitkan hati jer kalau nak kena ingat. 

Yang paling berbulu bila Najib perasan dia mendapat sokongan padu rakyat, khususnya orang Melayu .... PERASAN NAK MAMPUS !


Tujuan utama saya berblog adalah sebagai satu medium untuk meluahkan perasaan. Tidak terfikir untuk saya cuba mempengaruhi sesiapa kerana saya tahu, adalah satu perkara mustahil untuk mengubah cara pemikiran seseorang hanya melalui penulisan blog. Lain lah kalau orang itu hanya baca satu jer blog setiap hari !

Makanya saya dapat bertahan 4 tahun memendam dan meluahkan kegeraman terhadap cara keLIBERALan Najib dan konco2nya mencairkan segala yang orang Melayu telah pertahankan selama ini.

Sebab saya bukan nak ubah apa-apa. Kalau niat saya nak buat perubahan, dah lama saya berhenti menulis kerana saya sedar tidak ada kesan apapun hasil penulisan saya ini.

Ada satu perkara yang menarik perhatian semasa saya melayari laman2 blog sebelum menjadi blogger dan selepas saya mulakan blog DT .... iaitu, saya sedar saya tidak keseorangan dalam melayan perasaan berbulu ini.

Umpama kita melepak dikedai kopi, kita akan bertemu dengan geng yang satu kepala dan dimana berkumpulnya geng itu, ke situlah yang kita tuju.

Saya yakin dan percaya geng yang berkumpul di DT majoritinya SAMA KEPALA dengan saya - iaitu orang Melayu yang pro Umno tapi kritikal terhadap kepimpinan Umno ( dalam kes ini - kepimpinan Najib ). Kita sokong perjuangan ASAL Melayu Islam yang dipelopori Umno dan kita tidak dapat menerima cara pembaharuan LIBERAL yang dbawa oleh Najib, KJ dan beberapa pemimpin tertinggi Umno. 

Perubahan mengikut arus masa tidak semestinya perlu dikorbankan perjuangan mempertahankan agama dan bangsa.

Dipendekkan cerita, untuk terus menulis saya perlukan satu suntikan semangat yang baru. Saya percaya rakan2 dalam geng DT juga faham maksud saya .... ramai yang boring dengan cara komen yang tidak memberi kesan. Paling tidak, kita nak lah juga coretan kita itu menarik perhatian target kita.


Maka saya nak mulakan satu kempen yang saya secara adhoc namakan sebagai Melayu Protes Najib atau ringkasnya MPN. 

Cute .... sebab dekat2 dengan MKPN hahahaha ..... MPN takder K !

Asalnya nak namakan Melayu Undi Protes tapi ia mengundang persoalan yang malas saya nak layan. Lagipun PRU14 lambat lagi.  Kemudian nama Melayu Protes Umno .... inipun mengundang persoalan dan bantahan sebab kita bukan protes Umno tapi kepimpinan Umno.

Jadi saya pilih nama yang straight to the point, tak mungkin disalah faham secara sengaja atau tidak sengaja ( macam Umno yang perasan Melayu sokong dia sebab Umno bukan kerana tidak ada pilihan lain yang lebih baik ). 

MELAYU PROTES NAJIB! Kan tepat tuh apa yang kita rasa. Kalau ada sambutan dan mendapat perhatian Najib atau orang2 dekat Najib, apakah mungkin mereka boleh salah faham maksudnya ? Kalau tak faham juga, memang namanya Bapak Blur !

Di sini saya ingin minta pandangan anda ...... amacam ? Boleh tak anda beri sokongan bagi menjayakannya ? Tujuan kita adalah untuk memberi mesej yang jelas dan tepat kepada Najib dan pemimpin2 Melayu Umno yang sama LIBERAL dengan Najib yang kita protes mereka.

Kalau ada sambutan, saya akan buka satu FB Group dalam waktu terdekat dan sama2 kita sebarkan. Tak perlu kita nak pengaruhi orang lain untuk like sebab perkara itu akan datang sendiri. Cuma sebarkan kewujudan group ini nanti.

Pro PR yang cuba ambil kesempatan dan cuba alihkan sokongan kepada PR, minta maaflah, saya tak akan layan. Sebab ini bukan soal politik Umno-Pas, bukan soal siapa yang lebih baik bla bla bla. 

Oya, kepada pro Najib, janganlah marah ya. Sekurang2nya dengan cara ini, mereka yang bengang dengan Najib masih tetap sokong Umno ......setakat ini lah, masa depan saya tahu. 

Lagipun, mana lebih penting - Najib First atau Malay First ?

PS - Sila LiKE https://www.facebook.com/pages/Melayu-Protes-Najib/655946814483835

Share this article :

+ comments + 67 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 2:35 AM

Negaraku
Tanah tumpahmya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 2:41 AM

salam tuan,
cadangan yg cukup hebat.melayu islam perlu beri tekanan pada najib dan kj khususnya, agar sedar bahwa mereka menang kerana undi
melayu islam.kini kelihatan ngo islam spt perkasa mula beralih dr menyokong umno secara zahir akibat sering dihentam dan dihina oleh liberal spt kj.

elok dimulakan protes segera sbb pemimpin umno masih diulit mimpi indah.pru 14 pun bukan lama lagi.kita gertak umno bn. syabas tuan!

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 2:42 AM

Ko prnh tgk dorg jdkan satu benda tu viral tak?? Contoh mcm prlaksanaan AES.. Semua kecoh trutama side pmbangkang, then apa jd... Tangguh kan??nape biler dorang mintak hapuskan ISA xde blogger yg mainkan isu ni smpi viral... Biar sampi xjadi...sebab nyer korang nyer game xmcm RBA, dorang sorang der 100 account..mnyamar jd cina india melayu pompuan laki apa pon boleh@youtube/fb etc. Kalu sekali kuar criter 100 org dh share dr org yg sama ,kali lak dgn group dorg yg ntah brp ratus org... Kompem kt youtube dh jd (what hots for today)...whats trending etc2....so seriously baik buat page NAJIB HARUS TUNAI JANJI ..DENGAR AKAR UMBI.ataupon NAJIB HAPUSKAN RUU KEMBALIKAN ISA.br der faedah kot.wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Melayu Kampung
June 26, 2014 at 3:13 AM

Aku setuju Melayu bersatu untuk buat protes terhadap kepimpinan yang ada sekarang. Najib boleh kita jatuhkan. Tetapi musuh paling besar Melayu bukannya Najib atau cina. Musuh besar Melayu adalah golongan liberal. Najib cuma salah seorang ejen puak liberal. Kalau Najib jatuh dan digantikan pula dengan ejen puak liberal yang lain, nasib Melayu tetap akan sama seperti sekarang.

Golongan Melayu liberal adalah majoritinya Melayu yang lupa daratan. Mereka telah hidup senang tetapi lupa membantu Melayu lain yang masih dalam kesusahan. Cina juga ada puak liberal tetapi mereka tidak lupakan bangsa mereka. Melayu liberal lebih senang membantu bangsa lain dari bangsa mereka sendiri. Mereka terlampau takut dianggap rasis tetapi sedikit pon tak terguris bila bangsa mereka sendiri menderita.

Untuk kita nampak lebih jelas lagi betapa bahayanya barah liberal dikalangan orang Melayu, mari kita lihat musuh yang cuba diperangi oleh UMNO iaitu Anwar Ibrahim. Tetapi Anwar Ibrahim bukan Melayu liberal. Dia cuma tamakkan kuasa. Sesiapa pon akan dia perkudakan demi kuasa yang dia idamkan. Dia bukan musuh Melayu no 1. Dia tidak menghampakan orang Melayu kerana orang Melayu telah tau sikap buruk yang ada pada dia. PR tidak menang PRU 13 kerana Melayu menolak Anwar Ibrahim.

Melayu menjadi hampa setelah puak liberal mula berkuasa. Agama, Bangsa dan Tanahair bukan lagi jadi tonggak perjuangan. Liberal memperjuangkan kesamarataan. Mereka merampas hak Melayu dan memberikannya kepada bangsa lain. Puak liberal ini sama seperti musang berbulu ayam. Mereka masuk kedalam reban sambil berkokok. Dalam masa yang sama ayam direban mereka ratah. Anwar Ibrahim pula seekor ular sawa. Dari jauh lagi kita sudah nampak niat jahat si ular sawa yang datang hendak membelit. Kita dah boleh bersedia sebelum ular sawa itu tiba.

Ini memang luahan hati aku secara peribadi. Maaf kerana ambil ruang yang besar. Sebagai permulaan perjuangan, aku beri sokongan 100% dengan usaha MPN. Cukup molek kalau ada sub-agenda MPKJ sehingga boleh terhapus terus puak liberal dari Tanah Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 4:11 AM

DT, Aku rasa golongan ELIT Islam-Melayu-LIBERAL terlalu BONGKAK - seolah tak baca lansung pandangan rakyat biasa dari BUMIPUTERA Islam/Melayu kat sosial media! Tapi kalau si kaum PENDATANG merungut, walaupun yg. MENENTANG ISLAM - bukan main lagi; sampaikan KPN pun boleh diSERGAH! Lihat di http://paneh.blogspot.com/2014/06/kj-nak-hapuskan-kuasa-mahkamah-syariah.html , KJ nak hapuskan kuasa Mahkamah Syariah?!, Coretan: paneh, June 12, 2014! Jadi aku cadangkan nama “Melayu BENCI si UMNO-LIBERAL-PENGKHIANAT” (MBULP)!

Lihatlah PENKHIANATAN Islam/Melayu- LIBERAL yg. berterusan; mcmmana TENDER untuk program rasionalisasi subsidi minyak ni boleh dibuka pd. sy. asing (ini belum lagi masuk TPPA – dah masuk, tak tahulah apa lagi bala!); yg. berkaitan KESELEMATAN/KEDAULATAN Negara/rakyatnya terutamanya umat Islam kita – apalagi umat Islam makin disasarkan MUSUH ISLAM Barat-ZIONIS dan ejen tempatannnya, utk. diHAPUSKAN dlm. GENOSID yg. pelbagai; utk. MENGURANGkan jumlah umat Islam (lihat di http://www.presstv.ir/detail/2014/05/05/361346/bioweapons-could-lead-to-apocalypse/ , Bio-weapons could lead to ‘apocalypse’, By Dr. Kevin Barrett, May 5, 2014)! Tapi si Liberal-EGO takkan baca ni semua – mereka terlalu teruja diBODEK si KAPIRDAJAL, terutamanya si UN/GAYObama/Barat-ZIONIS/kaum PENDATANG-yg. pandai BODEK!

Lihat di http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140625/dn_13/Tolak-permohonan-syarikat-luar-Singapura:

Tolak permohonan syarikat luar, Singapura

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kerajaan diminta menolak permohonan daripada syarikat berpangkalan di luar negara dan syarikat berkaitan Singapura yang telah memberi cadangan untuk program rasionalisasi subsidi minyak di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, langkah itu bertujuan mengelak daripada timbul isu keselamatan memandangkan syarikat yang menerima hak itu mempunyai akses kepada maklumat peribadi lebih 10 juta rakyat Malaysia melalui MyKad.

Tegas beliau, rasionalisasi subsidi perlu disegerakan untuk mengelak berlaku ketirisan namun pelaksanaannya mestilah dilakukan secara berkesan dan tepat untuk mengelak daripada timbul masalah lain.

"Tidak wajar bagi syarikat asing menyimpan data dan maklumat peribadi rakyat Malaysia mengenai MyKad, baik syarikat swasta mahu pun syarikat asing tidak boleh dibenarkan memiliki sistem yang mempunyai maklumat itu. ….

Makcik Sambal Belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:41 AM

Penimpin liberal adalah lebih bahaya daripada Anwar Ibrahim kerana mereka merosakkan UMNO dari dalam. Sedikit demi sedikit hak melayu dan milik melayu dikorbankan atas nama kesamarataan. Melayu dinafikan hak meskipun telah termaktub dalam perlembagaan.

Meritokrasi adalah pembunuh masa depan anak-anak melayu no.1. Anak-anak kita, generasi pelapis pasti tidak akan mampu survive kerana dunia di luar sana, majoritinya dikuasai oleh puak kiasu. Nak kerja ngan company diaorang? Jangan haraplah boleh dapat. Kalo dapat pon jawatan yang paling rendah jer meskipun telah memiliki ijazah sekaipun. Begitu jugak dalam persaingan merebut tender dan kontrek kerajaan yang menafikan kemampuan syarikat kecil bumiputera dan melebihkan syarikat besar milik kiasu. Meritokrasi secara teorinya nampak adil tapi jika diimplimentasi di negara ini adalah tidak sesuai kerana wujudnya persaingan yang tidak adil atau berat sebelah.

Segala kepincangan yang wujud pada masa kini ialah kerana slogan 1Malaysia. 1Malaysia ciptaan Ah Jib Gor adalah sama jer konsep dengan Malaysian Malaysia ciptaan Kit Siang. Namanya nampak berbeza, tapi matlamatnya tetap sama iaitu nak menghapuskan hak melayu dan mewujudkan kesamarataan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 7:09 AM

dah lama .. sebelum piliharaya lagi dah berbulu.. makin lama najib makin bangang. dia nak buat semuanya sama rata kononya.. cuba suruh dia hapuskan sekolah jenis kebangsaan ? apa jawapan dia. PM paling bangang pernah ada dalam sejarah malaysia.

yang peliknya.. bangang dia ni macam dah tak boleh ubat dah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 7:42 AM

Ada media lain tak kerana saya sesungguhnya amat jelik dengan Facebook dan sudah saya padamkan akaun saya. FB sebenarnya salah satu punca Malaysia huru-hara sebab rakyat kita ni terutamanya Melayu macam monyet dapat bunga tidak reti menggunakan kemudahan FB. FB juga lubuk puak-puak liberal ni (read: tiada peraturan dalam FB. Anything goes - )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 7:46 AM

@Melayu Kampung

betul perjuangan kita bkn hanya jatuhkan najib.

saya masih mahukan parti baru yg bebas dr golongan liberal penjahanam bangsa ni.

mudah2kan facebook group yg baru akan menjadi pemangkin.

kalau mahu bertindak kita perlu bertindak segera. kalau mahu parti baru kita perlu tubuh segera sbb pru x lama.

kiranya group ini menjadi ancaman, aspect heavy serangan dr golongan liberal kj dan sewaktu dgnnya. kita tau permainan derang mcm mana mereka tekan perkasa. sedihnya kini perkasa turut mengikut rentak umno.

isma masih istiqamah, kita perlu tekan isma utk berdiri mewakili org2 melayu islam sebagai parti.

siapa lagi kalau bkn mereka?

tiada harapan lagi buat umno. pemimpin liberal mereka x berkesudahan. patah tumbuh hilang berganti.

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Aduka
June 26, 2014 at 7:52 AM

PM SEKARANG LEMAH DAN LEMBUT.
PERLU TUKAR KPD YANG BERMATLAMATKAN SAYANG BANGSA UGAMA DAN NEGARA...........UNTUK MELAYU ISLAM.
KJ TIADA QUALITY SEBAGAI PEMIMPIN MELAYU ISLAM........NO WHERE.
MEREKA SEMUA BERSEKOLAH DI " OVERSEAS"..JADI TAK PUNYAI LATARBELAKANG KEMELAYUAN SEJATI....SBB ITU AMAL LIBERALISM DAN OPENNESS.
PEMIMPIN UMNO DULU, SUNGGUHPUN SEKOLAH KAPUNG TETAPIBSEMANGAT SAYANG BANGSADAN UGAMA PADAT SEKALI......UNLIKE THE TWOOF THEM........HMMMMMMPH.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 7:55 AM

@arabMPN adalah bapak dia, mungkin anak2 dia ( mengikut isu tertentu secara spesifik ) akan timbul :)

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 7:59 AM

@Melayu KampungKenapa Najib secara khusus ? Kerana trend Umno, Presiden adalah almighty, takde siapa berani angkat muka apatah lagi suara.

Kepala lah yang akan menentukan anggota yang lain.

Tidaka ada gerenti kepala baru juga tidak liberal macam Najib.... tapi orang itu pastinya bukan bodoh untuk tidak melihat protes orang Melayu terhadap Najib, takkan dia mahu teruskan legasi keliberalan yang sama.

Kita cuma mampu berusaha ... dan berdoa.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 8:01 AM

@AnonymousKita mulakan dengan FB dulu .... jika ada media lain, kita akan try test juga :)

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 8:03 AM

Yang saya pasti - orang Najib baca artikel ini dan akan pantau sambutan pada FB MPN. Serius cakap ...

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 8:05 AM

@Melayu KampungIni cuma satu langkah kecil .... berkesan atau tidak, mendapat sambutan atau tidak ... wallahualam. Yang penting kita mulakan dulu.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 8:25 AM

Salam DT (aku bagi salam nak tulis panjang he..he..)

1. Aku dah sindir Umno dalam blog kadirjasin

2. Aku komen dalam blog DT, PMNajib lupa lak lantik aku jadi menteri atau senator.... Lantikan ke kabinet konon menjadi wakil suara cina. OinKing ! MCA parti muka dua masih di anggap komponen baik. Satu muka lebih pada Dap. Satu muka pada Najib je..mohon belas TETAPI bukan cara melayu boleh sujud cium tangan dan kaki. Undi melayu mengangkat cina.

MCA lakukan cara cina -tidak mengaku salah dan mohon maaf, pesongkan fakta dan sondol Melayu! Perilaku cara Dap (baca helenang) Penipuan, Pantang berterimakasih, Kesombongan dan Keangkuhan melampau kepada Melayu. Islam juga di ganggu !

4. Sesungguh PM Najib juga bermuka dua. Betul, kita perlukan pasukan parti yang boleh menyepak gol sebanyak mungkin ! Bila ada komponen suka sepak masuk gol sendiri cara tidak ketara, berkali-kali, masihkah kita kata 'tidak sengaja?' . Kalau begitu ada nya, terjun lombong aje lah...

Sayangkan Melayu dengan wajah Islam. Senang je, tipu bayang. Sayangkan cina taburkan lagi wang!wang!wang! banyak lagi wang! Greater JB ! Greater KL ! Greater KJ ! Greater 1MDB ! Greater Khazanah ! Greater Bangsaku !?..... neh...neh...neh... nanti tiada FDI....akhir nya terjadi hakikat nya Melayu jauh di pinggirkan makrifat nya roh Melayu mesti di liberalkan, sekular tidak apa kerana Allah untuk semua ! Syirik atau tidak belakang kira. Majlis Tertinggi Umno yang suka merapik... asyik berkareoke, ketawa derai yamseng nya terlalu panjang....

Ok DT nanti sambung. Maaf DT, media sosial fb, tweeter seumpama nya aku tak punya...mungkin aku jumud, bukan apa, takut salah guna.

Berblog hanya sekadar sedikit berdakwah dan kias curahan rasa kepada pemimpin politik sahaja....untuk sendiri dan mungkin pada yang berkongsi pendapat sama. No Harm and 'no bring jahanam'...

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 8:28 AM

aku sokong cadangan dinturtle.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 8:29 AM

@Ibnu Din AssingkiriAku sokong gak ! :)

TerimaKasih, bukan cadangan lagi dah, dah buka pun FB MPN itu , sila LiKE !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 8:59 AM

Aku x setuju.... hanya semata2 najib lantik menteri kabinit mca...

Halooo..... mca dah join kjaan ...dah berpuloh tahun ....

Koata yg diberi tu pon mewakili 30% masyarakat cina...

Kene terima hakikat ..... ini negara demokrasi...

Sama juga .... dlm negara demokrasi kene ada pembangkang...

Walopon pembangkang tuduh dan fitnah gomen mcm2 tapi kjaan x buat apa pon sbb atas nama demokrasi...

Kalo x.... dah lama kjaan haramkan pas dan dap...

Sama juga dgn mca.... kene terima hakikat berpolitik....

Umno dah beri mcm2 pd org melayu semenjak menang pru13 dulu.....cuma org melayu jaa tido lenaa....

Kalo nak niaga pi lah cari teraju tu.... mcm2 ada.... tekun pon mcm2 ada... ajensi kjaan yg lain ada pelbagai pakej meniaga...

Tp bloger melayu hanya fokus pd politik sajaa...

Politik longkang sajaa.... pemikiran 20 sen... hangpa tau ka kenapa najib lantik org cina dlm kabinit...peratikan betul2 langkah najib...

analisa satu persatu....

Najib dia lawan cina masa krisis gula dulu... dia hantar angkatan tentera utk hantar gula ke sabah dan swak...

Lepas tu org mlayu kuasai pengangkutan logistik dan org melayu kuasai kilang gula...

Satu krisis najib menang...

Lepas tu najib biarkan redbin kuasai pemikiran org cina dan biarkan akhbar nanyang dan the star di kuasai.pembangkang...

Akhirnya cina 99% x sokong bn...

Dann org melayu kautt semua.... dari segi peruntukan ...projek gov... pelaburan... dan org melayu langkah bergaya menuju negara maju 2020....

Tu seme hangpa nampak kaa....

Buka mata luas2.....

Najib tindakannya penuh skill dan seni...

Akhirnya mca yg belakon dgn dap pd pru13 lepas mula nak join bn semola.... sbb habis semua org melayu kautt...

Biarkan... biarkan .... redbin kuasai pemikiran org cina....

Kita org melayu kene rapatkan saf.... selesaikan isu org melayu....

Tgk najib nak selesaikan isu hudud yg jadi darah daging pertelingkahan org melayu...

Tapi anwar ...dap... mca semua nak gagalkan... sbb mereka dah npk strategi berseni najib...mereka dah mula sedar...

Tapi blogger seme asyik syok sendiri... ambil isu populis....

Ok cukup la tu .... eyes opener utk korang...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 9:03 AM

Bro Din,
Pandangan bro sama dgn saya. Nak undi PAS? Tidak sama sekali. Undi PKR? Tiada dlm hati. Nasib baik Shah alam DAPig tak masuk.

Saya juga bersetuju dgn pandanan blogger GAP. Saya follow GAP dah lama. Since 2008 hingga kini.

GAP ada menulis artikel berbunyi TS MUHYIDIN LETAK JAWATAN ? MELAYU GESA TS MUHYIDIN TIDAK MENGULANGI KESILAPAN DR MAHATHIR.!

Benar telaah GAP. Saya dah làma baca perkara ini sebelum 2003 lagi. Masa tu saya dpt rasakan melayu tak akan bersatu. Melayu akan saling tikam sesama sendiri. Melayu akan jadi mcm anwar ibrahim

Kini. 2014, apa yg saya jangka dah berlaku bahkan ianya lebih teruk lagi. Tak sangka saya.

jadi teruskan lah Din. Ini sahaja cara nak ajar Najib.

Melayu yak bodoh.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 9:10 AM

@AnonymousTerserah ... itu pandangan saudara. Saya dah katakan, saya bukan nak pengaruhi sesiapa cuma tawarkan tempat untuk mereka yang tak puashati dengan Najib, untuk berkumpul dan nyatakan pendirian masing2.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 9:39 AM

Kedua2 parti PAS dan UMNO sedang dirosakkan dari dalam oleh Pemimpin dan ahli berjiwa liberal. Sama je pattern. Berjaya penjajahan bentuk baru. Sepatut Sultan jadi benteng, tapi malangnya sikap dan perbuatan sultan juga ala2 liberal

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 9:56 AM

Cuba tengok ahli2 NUCC. Najib ambil melayu liberal jadi wakil, lebih banyak ahli bukan islam dari islam.Begitu jiga dgn Moderate Movement yg di tubuh oleh Najib.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 9:57 AM

@Anonymous

mmg ade kuota utk mereka.

kalau mereka boleh semata2 abaikan kuota kata x mahu jawatan kenapa kita kene ikut?

kalau berdasarkan meritokrasi mereka hanya layak 1 saja dek menang prk hari tu. dua ok lagi 3 pn xpe. tp 1 prk menang kasi 6.

sorry aku x terima konsep optimis ko. well pandangan ko pandangan ko.

sampaikan tun m pn kritik dia asyik entertain cina n opposition, mayb tun pn x nampak ape yg ko nampak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:01 AM

@Anonymous

boleh saya ciluk komen ni dan poskan kat lain2 tempat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:13 AM

Sokong!

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 10:27 AM

Aku SOKONG perjuangan ini. MELAYU wajib bangun dan bangkit dengan semangat dan roh MELAYU yang tulin. Usah dirisaukan samada diberikan respon atau tidak, kerana ini adalah satu permulaan. Saperti kata RaisYatim, setiap perjalanan yang tak kira berapa jauh pun, tetap bermula dengan langkah yang pertama. Anda telah melakukan yang terbaik daripada melihatkan MELAYU yang kecewa hilang dan berdiamkan diri.

Kadang kala terasa saperti komen komen keatas Najib tidak langsung mendatangkan kesan. Mahu atau pun tidak, diulangi juga komen komen yang sama oleh pelawat. Saya yakin ramai yang membaca artikel dari blog ini, tetapi malas atau pun tidak tahu apa lagi yang hendak dikomenkan.

Orang MELAYU sudah kelihatan miskin dengan hak keistimewaan mereka dicabuli. Fikiran MELAYU semakin tertekan dan terasa pergerakan sudah semakin terbatas. Ramai MELAYU yang tidak sanggup melihatkan UMNO berkubur kerana itulah asal perjuangan MELAYU. Pemimpin hari ini adalah merupakan pemimpin yang paling teruk dalam sejarah UMNO. Pemimpin UMNO hari ini yang liberal yang akan menghancurkan segalanya bagi orang MELAYU yang begitu susah payah dibina oleh pemimpin semalam.

Saya bersetuju dengan saudara admin yang dapat melihat diantara garisan dan telah dapat menghidu keberterusan isu ini. Agama dan Bangsa saperti dipermainkan dan saperti sengaja didendangkan. Tiada seorang pun dari pemimpin yang bersuara untuk mempertahankanya.

Teruskanlah perjuangan untuk AGAMA, BANGSA, NEGARA DAN RAJA RAJA TERCINTA. Kalau asalnya benih yang baik, jatuh kelaut akan menjadi pulau.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:27 AM

Sebagai tanda protes aku pada Najib....mulai hari ini aku secara konsisten akan menggelar Najib sebagai Ah Jib Gor sehinggalah Najib mengembalikan semula hak melayu yang telah dirampas selama ini.

....................
Reply To This Comment ...................
dontortoise
June 26, 2014 at 10:32 AM

maaf..memang kita kena rapatkan saf. tapi bukan dgn ajib gor. ajib gor memang terbukti amat lemah. jika kita nak ambilkira prestasi. ajib gor telah gagal total sebagaimana gagalnya mca. jika ikut meritokrasi, ajib gor dan mca memang tidak layak bukan? so..jangan cuba nafikan.

KITA MAHUKAN HANG AJIB ATAU HANG DIN ATAU HANG KEBUN..BUKAN AJIB GOR..DIN GOR ATAU KEBUN GOR..

harap maklum.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:41 AM

@AnonymousKepada anon June 26, 2014 at 10:01 AM...

Boleh, silakan jika saudara nak share kat mana2 pun takpe. No, problem.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:42 AM

@Anonymous

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya raya
Tergadai seluruh hartabenda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita Cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYU kan gagah dinusantara

http://www.youtube.com/watch?v=IA7Ua-5AYo4

....................
Reply To This Comment ...................
wan jamak
June 26, 2014 at 10:44 AM

wan jamak sokong.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 10:57 AM

Nama baru panda pun ahjib pilih xing xing dan liang liang.Apa motif tukar nama cina kepada nama cina jugak?

Sori dt tak relevan kot,tapi sedikit sebanyak menunjukkan kelemahan dan sikap pro cina najib yg tiada batasan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 11:02 AM

buang 1Malaysia yg tak ada makna.
slogan yg telah menjahanamkan malaysia khusus bangsa melayu dan bumiputra.

kalimah Allah SWT, lepas islam menang, najib kata kristian boleh pakai plak.

dulu, perkasa lah yg menjuarai melayu, kini, perkasa di perlekehkan. sapa kalau tak pemuda umno sendiri.

aku rasa lah, tingkat 4 masih ada cuma tukar nama kepada pemandu. lepas tu ransform kepada apa tah..tu yg woritaya morti boleh masuk kabinet. lepas tu gigit umno balik macam suarez gigit Chiellini.

wardina plak bodoh bagi statement.

ntah. betul kata anwar ibrahim.

penjara satu anwar ibrahim. 100 anwar ibrahim akan keluar.

ini lah maksud anwar..

betul Din?

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 11:10 AM

Like

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 12:28 PM

Najib must go. Liberals must go, kalau tidak hancur melayu, pasti semakin ramai melayu meluat kepada UMNO dan akan beralih undi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 1:50 PM

Aku sokongkau din ....aku memang menyampah kat Najib ni dah lama dah ......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 2:14 PM

tuan buDIN, apa pulak FB? aku pun dah lupa mcmana nak login!

kena cari alternatif lain yang lebih berviral kesannya!

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 2:25 PM

Pendek saja cadangan saya. CANTAS NAJIB!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 3:50 PM

Din Penyu, Kau makan kepok lekor lagi baik. Kalau boleh jual kepok saja. Tak payah cari publisiti murahan. Nak tunjuk hebat bertandinglah dalam UMNO. Baru boleh komen kepimpinan negara.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 3:54 PM

Saya cadang kita buat survey. Saya boleh tolong buat soalselidik. Apa pun cadangan soalan boleh datang dari komentatur di blog ini.

....................
Reply To This Comment ...................
June 26, 2014 at 5:07 PM

@AnonymousYES ! ! Ada yang terasa hahahahaha maknanya ada kesan juga lah !

YES ! !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 5:08 PM

Puak kiasu sudah semakin galak menguasai bandar2 besar di seluruh negara. Modus operandi mereka ialah dengan menaikkan nilai hartanah sehinggakan orang melayu tak mampu membeli rumah di bandar. Lama kelamaan, orang melayu akan berhijrah ke pinggir bandar yang kurang sedikit kosnya. Kalo masih lagi nak duduk kat bandar, terpaksalah menyewa kat rumah flat seumur hidup. Pada masa yang sama, puak kiasu membina koloni dan membentuk komuniti baru di bandar2 besar. Inilah punca yang menyebabkan bandar2 besar menjadi kubu kuat DAP. Persoalannya, apakah pemimpin liberal UMNO benar2 telah mendengar denyut nadi orang melayu ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:00 PM

Najib dah jadi barua besar Cina, banyak dah Cina dapat, apa lagi dia nak bagi kepada mereka,............

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:07 PM

Tak da sekor naib prediden yg sesuai gantikan ahjibgor..Dia betul2 syok swndiri..ounahsihat d keliking dia yg beri imout yg cantik..utu aja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:09 PM

@Anonymous

haha yg comment lagi 41 org pn cari publisiti murahan kene jual kopok lekor ke

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:20 PM

@dinturtle

umpan dah dimakan ikan. tak tau pulak tuh yang besar ker yang kecik, janji ikan. itu sebab kata orang ikan nih bodoh sebab tak pandai jaga mulut. macamana pun nampaknya ada market, bolehlah kita jual.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:25 PM

@Anonymous

memang betul pun. kerajaan naikkan bandar bukan ker untuk mereka? habis tanah tanah Melayu dijadikan pembangunan. secara tidak langsung kerajaan membantu dalam menempatkan mereka. sekarang nih pula secara diam mereka telah membangun dikawasan kawasan berhampiran masjid. lama kelamaan, bila mereka dah ramai dikatakan pulak azan terlalu kuat pulak. pendekata apa jua bentuk pembangunan sekarang nih, yang untung adalah mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:34 PM

din, aku setuju dengan ko... buat je la.. lagi cepat lagi baek..

najib nie, maka lama makin menyampah dah rase...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 6:56 PM

@Anonymous

Dahsyat sungguh peraturan UMNO. Perlu bertanding untuk membolehkan komen kepimpinan negara. Sejak bila pula ada peraturan begini? Patutlah huruhara sudah kelihatan dalam UMNO disebabkan peraturan yang tidak masuk akal. Patut jugalah kepimpinan UMNO buat tak tau dengan denyutan nadi rakyat, sebab dikehendakki bertanding jawatan dulu. ish! ish! ish!

Brother ini nampaknya saperti pemantau UMNO tapi sudah kah menang bertanding? Jikalau belum, lebih baik jual ikan masin.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 9:29 PM

Sekali melangkah usah berpatah balik. Jikalau sudah meyakinkan untuk berumah ditepi pantai, usah dihiraukan gelombang yang akan memukul. Jikalau sudah berkehendakkan bermain api, genggam baranya hingga sampai menjadi arang. Saya tetap akan menyokong!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 9:31 PM

@Unknown

baik sungguh hati kamu bro. mungkin boleh berbincang dengan admin - demi agama dan bangsa.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:37 PM

Bro din, dah bukak fb ni.tapi banyak sangat MPN.yang mana satu.tak berapa rajin nak semak satu satu.specify plse.terimakasih.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 10:54 PM

Assalam bro, sori.da dapat cari mpn tu.ingatkan mpn rupanya melayu protes najib.ok.da like.klu bole nak beribu kali like.hehehe.tak tau camana nak send the msg across to that blur gor!

....................
Reply To This Comment ...................
wan jamak
June 26, 2014 at 11:03 PM

tak payah tengok isu yg besar dan jauh dan kompleks dan penuh konspirasi.. tengok nama panda pun cukup lah.. dah tentulah nama asal panda tu nama cina, sebab panda cina. bila dah hadiah ke sini, bukan main nak announce nama baru sesuai dengan norma malaysia. alih2 nama cina jugak.. kena translate ke bahasa malaysia untuk tau maksud dlm bahasa malaysia.. apa ke bodoh nye tu? kenapa tak terus bagi nama malaysia? baik tak payah bagi nama baru. nak marahkan penasihat yg bagi nama, yg hang pi terima tu pasai apa? bodoh tak habih2..

rasa macam nak buat sticker letak kat kereta tulih "Najib sila turun"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2014 at 1:29 AM

Yg sedih ya ah jib gor kata nama yang dia bagi tu nama Malaysia. Tang mana Malaysianya...saya pun tak tahu...huhuhu...

....................
Reply To This Comment ...................
adi busu
June 27, 2014 at 11:04 AM

Saya dah request join group "melayu protes Najib"....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2014 at 12:16 PM

Sori Din....off topic jap...

Mintak tolong Din buat artikel khas....benarkah Petronas merupakan milik melayu ? Atau Petronas tidak terikat kepada dasar membantu bumiputera. Din mesti ingat lagi kes seorang peniaga melayu kat KLCC yang teraniaya tu kan....

Artikel rujukan kat http://www.bnbbc.my/?p=16539

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 27, 2014 at 6:18 PM

Saya rasa MIO, Bahagian Penyelidikan JPM dan badan-badan lain yang sewaktu dengannya dah lama pantau blog ni. Untuk bro Din, saya sokong usaha tuan. Tapi sayangnya, saya dah lama tutup akaun FB, maka tak dapatlah saya nak like. Apapun, moga Allah SWT bersama kita!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 28, 2014 at 12:27 PM

aku pernah suruh TSM lawan najib 2008 tapi beliau menolak. Bukan sekadar Najib... Hishamudin pun patut kita singkirkan .. lama dah aku boring kat 2 bersaudara ni ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2014 at 12:17 AM

Salam Bro DT, Lihat lah Kampung ku Segambut. Pembangunan menghalau Melayu kemana? Condo dan perumahan mewah untuk siapa. Ya benar kata Tun Mahathir melayu mudah lupa.
Seronoknya jadi cinabeng.

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
July 1, 2014 at 9:59 PM

@Anonymous
Sampai bila Melayu nak menjeruk hati?.

....................
Reply To This Comment ...................
IdrisMdIsa
July 2, 2014 at 6:36 PM

Apa karut yang kau tulis ni. Puji najib atas dasar yang kabur. Pekung2 najib yang dah bernanah dan hanyir yang dah hampir nak jadi tokak tu semua kau tak nampak? Lembu pun tak bodoh macam kau.

mca dulu dan mca sekarang lain. mca sekarang bersaing hebat dengan dap untuk menghina dan meruntuhkan Islam, melayu dan raja2, api dalam sekam, duri dalam daging. atas nama demokrasi, ini semua justified?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2014 at 2:36 PM

Tang ni aku setuju sangat. The time is now to make the ground move. Movement ni kalau boleh menarik 1/2 juta aje aku rasa Najib will feel the heat. Kemudian we keep the momentum and snowball to 1-2 million followers melayu-muslim then tubuh Parti Melayu-Muslim, time tu PAS, UMNO, PKR will realise melayu-muslim are damn serious about our survival.

Let's do it!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2014 at 3:41 PM

PM ada direct email....apa lagi tarik 1 juta email blast dia punya box, tengok sesak tak server dia......

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 3, 2014 at 3:46 PM

PRU13 dia tabur I love PM berlambak....sticker idea tu bagus cuma tukar I hate PM lepas tu tabur macam PRU13 kalau Najib masih menyeringai memang sah dia BINGAI!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 10, 2014 at 8:58 PM

Muhyiddin for PM

Lagi sedap bunyinya. Lagi direct, tegas dan menunjukkan apa yang kita mahu berbanding Melayu Protes Najib. Bandingkan 'Arab Against Israel' dengan 'Gaza for Arabs'. Mana lagi bersemangat?

Post a Comment