........... Giliran KJ Pula Balun Deraf RUU Keharmonian ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Giliran KJ Pula Balun Deraf RUU Keharmonian !

Wednesday, June 25, 20147comments


AKHIRNYA ...... baru kita dengar komen Ketua Pemuda Umno dalam isu deraf RUU Keharmonian selepas beberapa lama pelbagai pihak yang memperjuangkan hak agama Islam dan bangsa Melayu mengkritik keras apa yang dilabel sebagai Malayan Union 2.0 itu dan menuntut kerajaan supaya menolaknya.

Dengan semangat pemuda Melayu yang berkobar2,  KJ tampil mempertikaikan usaha licik puak liberal yang bersekongkol dengan dalang2 COMANGO yang berselindung disebalik topeng Majlis Peguam dalam agenda mereka kearah Kesamarataan Hak melalui deraf yang mereka sediakan. Semuanya pula mendapat restu dan sokongan dari MKPN yang diwujudkan oleh Najib kononnya bagi mencari penyelesaian masalah polarisasi perkauman negara.

Habis ditelanjanginya oleh KJ agenda tersirat mereka ..... demi mempertahankan hak dan maruah bangsa Melayu dari terus dicemari !

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia akan menghantar memorandum kepada kerajaan bagi memperhalusi serta melindungi beberapa perkara di dalam Akta Hasutan 1948 sebelum digantikan dengan Akta Harmoni Nasional.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan sebelum Akta Harmoni Nasional diluluskan bagi mengelakkan isu-isu sensitif terutama berkaitan kedudukan agama dan bangsa dibangkitkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Maksudnya Akta Hasutan (1948) selama ini menjadi perisai kepada perkara-perkara yang asas dan sensitif dan saya harap dalam akta baharu, turut diberi perlindungan yang sama kepada semua rakyat Malaysia.

"Bukan hanya kita harap ada perlindungan kepada kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, tetapi apa sahaja kenyataan atau tindakan yang menghina mana-mana agama mestilah menjadi satu kesalahan di bawah akta baharu ini,"

Errr .....kenapa lain macam jer bunyinya ..... Rasa macam tak ngam mukadimah saya dengan kenyataan KJ .....iramanya tak senada dengan lirik.

Bunyi macam KJ kritik deraf itu ..... tapi liriknya tak sebut pun macam tu.

Bunyi macam nak pertahankan bangsa Melayu .... tapi .....err... kenapa rasa macam selama ini KJ beranggapan hak bukan Melayu pula yang tertindas, yang bukan Melayu pula perlu lebih perlindungan  ? 

KJ risau deraf dari Majlis Peguam bakal menganaktirikan bangsa bukan Melayu ?

.... saya harap dalam akta baharu, turut diberi perlindungan yang sama kepada semua rakyat Malaysia.

hmmm ..... ginilah, tanpa mahu membuat sebarang spekulasi, kita tunggu jer memo itu. 

Harap2 memo dari Pemuda Umno tidak perlu di proof read terlebih dahulu oleh Setiausaha Akhbar KJ !

PS - Senang citer, berlatarbelakangkan bantahan2 dari NGO2 Melayu terhadap deraf RUU Keharmonian, KJ cuba jadi hero Malaysian Malaysia 1Malaysia !

Bernama

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 9:07 AM

Baca betul-betul DT dgn. kenyataan licik si mamat tu!

Sebenaqnya si LIBERAL-mamat-kari memang PENJAHANAM – tengoklah si mamat-DALANG-DUA-MUKA ni MASIH menyokong Akta Harmoni; tapi dgn. amat licik, di bawah agenda hak asas “KESAMAAN“ yg. tersembunyi! Walaupun dia disyaki BERPURA menyokong “kedaulatan agama Islam, kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera Sabah dan Sarawak, bahasa Melayu dan keistimewaan Raja-raja Melayu“ dikekalkan, tetapi lihat hak asasi ‘KESAMAAN‘ disyaki di perjuangkan dgn. amat licik melalui kenyataannnya di mana “sesiapa sahaja mengeluarkan kenyataan yang ditujukan kepada mana-mana agama atau bangsa mestilah menjadi satu kesalahan“! Maka, bayangkanlah, kalau kita umat Islam, termasuk MAIN/JAIS nak mengkritik MUSUH ISLAM yg. nak menggunakan KALIMAH ALLAH, MENGKAPIRkan anak-anak Islam mereka terutamanya setelah bercerai, ataupun membina kuil/tokong HARAM kat merata tempat di NEGARA ISLAM ini; maka berdasarkan kenyataan licik ini, kemungkinan umat Islam tiada lagi hak sebenaqnya utk. MEMPERTAHANkan Islam! Jadi sepatutnya si LIBERAL-mamat-kari ni memperjuangkan agar Akta Hasutan 1948 TIDAK dihapuskan BUKAN diganti dgn. akta Harmoni-JAHANAM itu!

Dahlah haritu si mamat-kari-PENYIBUK ni yg. pikiaq dia dah dilantik sbg. PM kot; nak menyibuk pula dgn. MEMANIPULASI dgn. begitu licik, kajian UM yg. mendapati bangsa BUMIPUTERA didiskriminasi oleh majikan PENDATANG CINARASIS! Lihat bagaimana liciknya si PENYIBUK-mamat-kari nak pertahankan undg-undg si KAPIR Barat-ZIONIS melalui hak asasi ‘KESAMAAN‘ dlm. pekerjaan swasta dan awam, disyaki juga nak MENGHAPUSkan terus hak keistimewaan BUMIPUTERA yg. termasuk kuota istimewa pekerja BUMIPUTERA seperti Perkara 153 Perlembagaan Malaysia tersebut. Sepatutnya kajian UM itu digunakan utk. memastikan Perkara 153 tidak diJAHANAMKan si PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS; bukan diselesaikan melalui hak asasi 'KESAMAAN' Barat-ZIONIS! Bahkan Perlembagaan Persekutuan pada perkara 38 (5) menyatakan dengan jelas perkara berikut :(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153"! Jadi JGN. si mamat-kari ni nak tunjuk TERA dia, tak tentu pasal! Lihat di -
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140613/dn_23/Tangani-isu-ambil-pekerja-ikut-kaum ,Tangani isu ambil pekerja ikut kaum, Oleh FAZRINA AYU RADUIAN!

Makcik Sambal Belacan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 9:20 AM

Kita dah faham benor akan pendirian Ketua Pemuda UMNO BN ni. Kita dah boleh jangkakan apa jua kenyataan yang keluar dari mulut beliau pasti akan menjurus ke arah menyokong kesamarataan. KJ memang suka mengeluarkan kenyataan yang berbelit-belit supaya tak dilihat menyokong atau menentang (playsafe). Oleh itu, orang melayu tak perlulah nak mengharapkan KJ membela dan mempertahankan hak melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 11:06 AM

Bukan 'proof read' memo tapi takut semua memo ke luar SU akhbar yang sediakan. KJ cuma 'read & approve' saja. Itu yang menakutkan!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 12:00 PM

mula2 baca... ingatkan nk PAU dh balik hahaha

tp makin baca makin nampak plak tembelang. kita yg selalu dlm defensive digambarkan menyerang org lain.

see once a liberal will always be liberal. kj nk tukar bulu pn x cukup power mcm anwar lagi. menuntut lagi dgr mentor.

nk tanya semua kt sini kita ke org melayu yg start ketegangan kaum selama ni? yg baling batu sorok tgn? yg seru demand mcm2 sejak najib dgn 1msia dia yg dia perkenal?.

deeper look kita akan dapati kj pernah menjadi group student mewakili melayu liberal. ingat entry dinturtle dulu?

so kj x payah nk susah2 kami belajar setiap kali PAU, lakonan kelas c mcm ni x cukup mantap lagi. byk lagi geng dia dan penasihat kejenya punah hak bangsa dan agama jgn ingat kami x nampak.

hahaha seriously kj?


melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 3:02 PM

Boleh hidapi sakit jantung dengan artikel ni. Mamat yang suka inter frame, bercakap asalkan boleh bercakap nak jadikan dirinya popular. Apa pulak ceritanya dari blog: http://gelombangkick.blogspot.com/2014/06/ketua-polis-negara-akhirnya-terpaksa.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 25, 2014 at 8:32 PM

Najib bapa liberal
KJ pahlawan liberal
Comango pejuang liberal
MKPN pusat pemikiran liveral
Majlus Peguam pengubal dasar liberal ...

Jangan risau din apabila rang undang2 itu diluluskan oleh parlimen akan asa hakim.yang bijaksana berkata !ketidajakuran kepada undabg2 inu bukanlah suatu kesalahan tetapi kepatuhan kepada undang2 ini adalah kesalahan yang serius".

Maka jadilah ubdang2 itu seperti apa ... polis tangkap dan siasat tapi tak leh nak tuduh ... Kerana melanggar undang2 itu bukanlah kesalahan ... sesiapa pun berhak berbuat apa saja perlanggaran kepada apa yang dinyatakan oleh undang2 itu. Polis sekadar bpleh vagi nasihat kata perbuatan itu salah ... tapu tak leh nak dakwa.

Undang2 seumpama inu sepatutnya dijadikan kertas tandas saja. Itylah maksud hakim teraebut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 30, 2014 at 12:28 AM

jgn lupa PEMANDU .

Post a Comment