........... Enakmen Syariah Cuma Sekadar Window Dressing ? Di Wujudkan Untuk Apa Kalau Tidak DiGunakan ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Enakmen Syariah Cuma Sekadar Window Dressing ? Di Wujudkan Untuk Apa Kalau Tidak DiGunakan ?

Saturday, June 21, 20142comments

Hari Isnin ni Mahkamah Persekutuan akan memutuskan samada membenarkan rayuan kes kalimah Allah @ The Herald. Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013 telah memutuskan melarang penggunaan kalimah Allah oleh The Herald.

Saya sebenarnya keliru juga dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu. Yang diharamkan pakai kalimah Allah itu CUMA The Herald saja. 

Ada yang kata, mesej penghakiman itu terpakai untuk semua jenis penerbitan .... dengan katalain, bukan saja The Herald yang dilarang tapi SEMUA jenis penerbitan dilarang dari menggunakan kalimah Allah selain dari maksud yang diterima oleh umat Islam.

Saya percaya ramai yang beranggapan serupa, makanya kita membantah kalimah Allah disalahgunakan dalam penerbitan alKitab. Kita beranggapan keputusan Mahkamah Rayuan tahun lepas itu turut terpakai dalam kes alKitab.

Perkara ini selari dengan Enakmen Syariah ( Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam ) yang KONONnya berkuatkuasa di 9 buah negeri Semenanjung.

Saya sebut KONON sebab dalam beberapa kes yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung dengan isu kalimah Allah, Enakmen berkaitan TIDAK PERNAH digunakan !

Makanya saya keliru .....Kenapa digubal satu Undang2 kalau tidak digunakan bila jelas terdapat kes yang boleh dirujuk kepadanya ?

Apakah Enakmen itu diwujudkan hanya untuk ambil hati umat Islam saja ? Atau diwujudkan kerana nak menunjukkan KONON Malaysia sebuah negara Islam, yakni hanya sekadar window dressing ?

Apakata MAIS atau JAIS atau Pembela ambil kes alkitab ini dan rujuk kepada Mahkamah Syariah supaya diadili dibawah Enakmen berkaitan.... BUKTIkan yang Enakmen itu bukan sekadar Enakmen Kosong.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 21, 2014 at 4:38 PM

1. Malas buat kerja. Pakar perundangan syariah tiada pula membuat tafsiran dan rujukan yang betul. Mana tak kalut. Bila mereka di beri AMANAH maka itu lah yang kita ingin lihat, sempurnakan. Buka sikap tidak apa.

2. Malas naik turun mahkamah. Betul lah kerana masa dan penat. Jika Hakim itu ikhlas dengan jawatan nya, kenapa pemegang Amanah Islam tidak bersikap bertanggungjawab dengan lebih lagi ?

3. Kata zul4kulim, enakmen Islam tidak melibatkan bukan Islam. Jika begitu,
terma-terma yang sama, kenapa tidak di selarikan sivil ? Boleh saja di buat bukan ?
Peguam Negar sepatut nya Pakar Syariah juga. Lain kali mestu di syaratkan. Ini Malaysia. Common Law juga di buat dengan pengubasuaian. Bukan sekadar undang-undang tetapi amat terpakai kepada pengamal nya zahir dan bathin.

Maka Syariah Islam itu, tertinggi dari nya. Kenapa 'loop holes' ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2014 at 8:44 PM

Salam,
Mana ada org takut kat mahkamah syariah. Yg kena tangkap buat maksiat jer takut. Yg tak bg nafkah, gantung isteri tak bertali, nikah luar, tak dtg selesai kes dgn isteri, byk lagi, no hal. Hakim tak kisah pun. Yg lain tu, kira pangkat hakim dan glamor sebagai org yg terer dlm agama la.

Post a Comment